Sunday, January 4, 2009

Saturday @ Taiping, Perak.

Hari ni aku nk berkongsi tempat percutian yang hampir dengan kampus USM Kejuruteraan. Sabtu lepas aku berkunjung ke Taiping bersama rakan-rakan. Rupanya byk benda menarik di Taiping ni...

Taiping Terkenal dengan bandar tua yg mempunyai bngunan design lama.. Menarik tgk bangunan zaman sebelum merdeka kat Taiping ni.. Perjalanan dari Kampus naik kereta dengan mengisi minyak RM29, tak cukup duit dah RM 1 lg nk isi RM30.. Masa yg diambil dari sini dengan kelajuan 80Km/j dalam 45 min...

Aku bertolak dari Kampus dalam Kul 11 pg... Then menikmati break fast walaupun dah dekat tegah arie di tepi Sungai.. Tempat mula2 kami p di Taiping adalah Bukit Larut.. Suasana Cantik kat atas bukit... Dingin and menyergarkan.. kami naik dalam kul 1 ptg dengan mengunakan Land Rover Pelancong Bukit Larut.. Kena bayar RM6 utk 2 hala perjalanan... turun dan naik.. dr kami bukit ke 10.3km diatas bukit amik masa 30min.. tp jalan perh... mcam kena guling ooo.. bengkang bengkok tahap carlie menganas... rasa nak muntah gak masa naik.. sampai di Puncak sangat cantk n menarik.. ade banglow utk disewa range dalam RM100~150.. Then puas bergambar atas tu.. kami turun dalam kul 3 ptg... aku cadangkan sapa nk p, naik lah kul 11 and turun kul 3ptg.. Jgn risau.. ada surau and cafe kat atas.... kalu nk daki lebih kurang 5 jam..

Then turun kamii menikmati lunch di Pusat Penjaja Taiping atau dengan femes nya tempat ni di sebut belakang Balai Bomba.. memg btul2 belakang pun... siang ada nasi campus dan malam ada nmasakan panas and Yong Tau Fuu bbyk2... malam pun kami makn sini..

Lepas lunch kami mengayut angsa di Taman Tasik mnegelilingi tasik ni yg besar.. 2 org die kire rm8 utk 30min.. tp aku kayuh mcam lebih ja dari pada 30min, takdk org pangil pun... Cuaca yg redup n menenangkan di Taman Tasik.. mmg sesuai pada yg tension study n penat kena lanyak dengan PALAPES..

Then kami bergerak solat asar, di masjid lama atau zool pangil masjid keling . just depan hospital taiping.. seni bina yg cantik.. Then kami ronda pekan taiping.. cantik pekan dia.. bangunan lama-lama.. objektif time ni.. cari bank duit dah abes.. hehehe

Then lepas magrib kami bergerak ke Nigth Safari kat Zoo Taipin.. dibuka sampai 12 tgh malam.. bayaran masuk RM16 sorg.. kate nyer makanan binatang mahal.. tp zool mengunakan hikmat diplomatiknya utk dapat rm11 seorg.. jimat2.. best tgk binatang yg aktif di malam hari.. tgk binatang tidoq.. rasa nak tembak ja... mcam2 binatang ada kat zoo nie.. zoo taiping merupakan zoo yg tertua kan malaysia.. mula2 kami naik kereta api die.. then kami jalan plak.... best and menenangkan.. :) .. tgk gajah wat tarian mcam cin chan... kuda belang.. buaya.. burung-burung.. ular.. mmg byk lah.. unta pun ada.. best2...

Then lepas menikmati nigth safari.. kami g dinner.. kat belakang balai bomba lg.. then balik ke kampus.. hari yg menyeronokkan.. Next trip ke taiping.. aku bercadang nak bermalam di Bukit Larut... tp wang takdak lg... hehehe

"Banyak tempat menarik untuk dilawti di Malaysia"

2 comments:

miesmoshe said...

setuju2..taiping sgt best..baru je pegi bln 2 bln lepas..seronok2...awat x pegi gua tempurung..lagi2x best..

Eyla.Razali. :] said...

tengs ea . dapat maklumat na buad assignment . :)

Peta Pelawat