Tuesday, September 30, 2008

Selamat Hari Raya AidilFitri 1429H

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua. Aku mengambil kesempatan ni nak minta ampun dan maaf diatas segala kesalahan atau percakapan atau penulisan atau apa sahaja yang menyakitkan hati... Kepada kawan-kawan yang tervelling, hati2.. releks2 driving jgn ikut jiwa muda sgt.. lambat skit takpa, jgn asyik press pedal minyak sgt.. rugi.. minyak kan murah lani.. hahha... last..

SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI

Sunday, September 28, 2008

Grand Dinner Intake 2005 USM Eng. Camp.

Setelah berbincang dengan beberapa org sahabat daripada PPK yang berlain. Kami bercadang mengada Grand Dinner bg pelajar 4th atau Intake 2005 USM Kampus Kejuruteraan. Penyertaan terbuka kepada semua yang masuk USM pada tahun 2005 dikampus kejuruteraan. Pada Sem 1 cadangan adalah mengumpul duit dahulu. Draf cadangan jamuan adalah seperti berikut:

Tempat :
Jawi Golf Resort, Jawi / Sunway Hotel , Seberang Jaya/ Restaurant Di Auto City, Juru.

Tarikh :
Mac 2009

Bayaran :
Dijangka RM100 (termasuk cenderahati dan pengangkutan)

Tema :
Akan ditentukan kemudian.

Pakaian:
Military - Mess Kit
Civilian - Tuxedo, Blazer, Baju Kebaya/Kurung, Dinner Dress (Proper Dress for Dinner)

Cenderahati:
1. Majalah intake 2005 yang mempunyai Contect dan gambar berukuran pasport Semua dan tempat autograf serta ucapan, Gambar2 kenangan mengikut pusat pengajian dan hasil2 tulisan atau seni yang ingin dijadikan kenangan macam sajak atau lukisan atau gambar.
2. Gentlemen - Sheild berlogo USM
Ladies - Jambak Bunga

Cadangan Aktiviti:
1. Semua wajib membawa hadiah dan akan ditukar secara rambang pada malam itu. Price hadiah bebas
2. Persembahan daripada semua pusat pengajian.
3. Persembahan Solo (terbuka mcam silat mata, or apa2 yang pelik pun takpa)
4. Tayangan Multimedia bermula daripada minggu oreantasi sehingga terbaru.

Wakil utk membuat bayaran:
Akan ditentukan kemudian.

Jemputan:
Tiada VIP jemputan. Just student sahaja.

Cadangan daripada semua masih diperlukan. Diharapkan semua dapat memberikan cadangan masing dalam menjayakan program ini.

[UPDATE-9/10/2008]

Cincan Intake 2005:
Setelah seach kat internet, cincin yang dicadangkan lebih kurang macam nie..


utk maklumat lanjut boleh ke:
http://en.wikipedia.org/wiki/MIT_class_ring

aku akan cuba servey harga n cadangkan design. tq for the suggestion.

Saturday, September 27, 2008

Rahsia Cinta

RAHSIA ILAHI

"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingati Allah swt"

Surah al-Zariyat ayat 49

Cinta adalah fitrah yang wujud dalam hati setiap insan tanpa mengira usia, bangsa dan agama. Rasa utk menyayangi,di sayangi, menyintai dan dicintai, dibelai dan membelai hadir dalam diri setiap pemilik hati nurani. Pada kebanyakan insan yang sudah tentu punyai hati dan perasaan, cinta sudah menjadi sama penting dengan keperluan asasi. Makanan, pakaian, tempat tinggal tidak sempurna tanpa cinta. Kisah cinta yg sering menjadi sebutan dikalangan masyarakat hari ini, adalah cinta antara kaum Adam dan Hawa. Sebelum itu perlu diingat, kewujudan cinta itu sendiri bukan sekadar utk menjaga hubungan sesama manusia, tetapi adalah supaya manusia lebih mengingati dan mencintai Allah swt, Raja sekalian alam yg telah menciptakan cinta. Semakin tinggi cinta manusia pada Allah swt, semakin menggunung kasih sayang Allah swt terhadap mereka.

Sebagai permulaan, suka utk aku berkongsi kisah cinta seorang sahabat baik aku Fairuz (bukan nama sebenar). Aku memilih utk mencoret kisah ni atas keizinan tuan punya badan sebagai satu wadah utk kita sama-sama memahami sedikit sebanyak konsep cinta dalam Islam.

Semasa di sekolah menengah dulu, Fairuz menganggap cinta remaja perkara biasa. Katanya, bercinta kehendak naluri hati yg tak boleh dielak, jadi tk salah kalau nk bercinta asalkan jaga batas-batas agama. Walaupun masa tu Fairuz membenarkan pencintaan anak muda, tapi dia sendiri belum bersedia utk ade seorg teman di hati. Perasaan utk bercinta tu, aku rase die pun ade sebb mmg itu dah naluri manusia, jadi satu pembohongan kalau dia kata tk minat sesiapa. Apepun, tu rahsia hati dan hak peribadinya. Dalam masa 5 tahun belajar di sekolah menengah berasrama campuran lelaki dan perempuan, Fairuz tetap teguh pada pendirian untuk tidak bercinta dengan mana-mana perempuan sehinggalah tiba waktunya nanti. Tapi, sebagai sahabat baik , yang mengenalinya sejak kecil, jauh di sudut hati kecilnya, aku percaya keinginan Fairuz utk menyintai seseorg tetap ada.

5 bulan selepas tamat persekolahan, dia terpilih utk mengikuti program khidmat negara di sebuah negeri pantai timur. Ketika itu, Allah swt mahu uji imannya. Fairuz berkenalan dengan seorang pelatih perempuan yg cukup terkenal dengan sifat lemah lembut dan budi pekerti mulia. Pertama kali terpandang wajah anak gadis yg berasal dari pantai timur tu, hatinya seolah-olah terpanggil utk memulakan perkenalan. Walaupun sukar utk sesetengah rakan2 yg lain mendekati Salmy(bukan nama sebenar), tp itu bukan satu halangan bg Fairuz. Di saat berlaku perkenalan dalam masa yg singkat itu, Fairuz bermonolog kecil dengan diri sendiri, “mungkinkah Salmy ni orang yang aku cari-cari selama ni”. No telefon di ambil utk memudahkan perhubungan. Saban hari, dua hati ni saling mengenali. Walaupun belum memutuskan utk bercinta sebagai pasangan kekasih, tp niat tu sudah ade, cuma menunggu saat yg dinantikan tiba. Namun, pada waktu yg sama, hatinye cukup diuji . Perasaan ingin bertemu dan menatap wajah Salmy bergelojak sehingga kadangkala menganggu gugat kekekusyukan solatnya kerana hadir ingatan terhadap jiwa baru die kenali itu. Hati Fairuz tidak lagi tenang seperti sebelumnya.

Perkenalan mereka kekal sehingga Fairuz mengambung pelajarannya di sebuah institusi pengajian tempatan tetapi tidak berkekalan lama. Di sana, hati yg sedikit sebanyak telah lalai dibuai keinginan sendiri mendapat satu tamparan yg cukup hebat. Tapi, segalanya atas pilihan Fairuz sendiri. Sebagai langkah utk mendapatkan kembali rase hati yg senantiasa tenang bila berhadapan dengan Tuhan Rabbul Jamil, dia mengambil keputusan utk tidak lgi berhujung dengan Salmy melalui telefon mahupun sms. Hatinya kembali tenang seperti sebelumnya walaupun pada awalnya naluri hati meronta mahu meneruskan perhubungan .

Sebenarnya, keputusan yg dibuat itu banyak didorong oleh nasihat seorg ustaz yg cukup dia segani. Beliau banyak memberikan tunjuk ajar kepada Fairuz tentang “kisah cinta” anak-anak muda.

Di antara pesanan ustaz, “perasaan ingin berpasangan adalah fitrah dalam kehidupan apatah lgi kepada golongan muda mcm Fairuz yg berada di peringkat kemuncak keinginan bertemankan seorang bidadari dunia. Naluri itu tak boleh dibunuh. Ia tetap bertapak dalam lubuk hati setiap manusia yg berakal. Orang yg mahu membunuh fitrah kurniaan Allah swt tu boleh dianggap ‘gila’. Tetapi, kehendak naluri itu boleh dikawal. Macamana caranya? Dengan iman dan taqwa. Serahkan segala ketentuan cinta kepada yg telah menciptakannya. Mohon doa dan bina tarbiah dalam diri agar cinta itu di sandarkan pada jalan yg benar. Pasti suatu masa nanti, akan dianugerahkan utk Fairuz sebuah cinta yang suci dan diberkati. Ingatlah, dalam Islam, tidak sah cinta antara dua hati yg bukan muhrim sebelum bergelar suami isteri. Jadi, bila anta dah bertemu calon nanti, jaga perhubungan, jangan mengambil risiko dan menguji iman sendiri terhadap kemaksiatan. Syaitan itu cukup halus godaannya. Sedang Nabi Adam as pun termakan dengan dengan hasutan syaitan apatah lagi kita manusia biasa yg berimankan senipis kulit bawang. Jangan sekali-kali bazirkan kasih sayang sebelum tiba waktunya. Jagalah kaum Hawa yg kita sayangi, bukan pula merosakkannya. Perempuan yang baik ibarat mutiara yg cantik berkilau. Janganlah kerana terlalu mengikut kehendak nafsu kita, mutiara yg putih dan terpancar sinarnya itu dicalar-calarkan. Sebaiknya, carilah cinta yg diredhai Allah swt.

Sabda nabi saw, “tiada yg lebih baik bagi dua org yg saling menyintai melainkan pernikahan yg sah”.

Pada mulanya, agar sukar Fairuz terima tiada istilah cinta antara laki2 dan pompuan bukan muhrim sebelum tiba sangat yg dinantikan setiap pasangan yg bercinta iaitu pernikahan yg sah. Namun bila sedikit masa diluangkan utk berfikr, die sedar, inilah tarbiah dari Allah swt. Bile Fairuz memerhati keadaan sekelilingnya, melihat gelagat2 mereka yg bercinta, dia melihat ramai yg dah berubah kearah yg tidak baik tetapi bukan semua berkeadaan yg sama. Sebut pasal mereka-mereka yg berubah ni, kalau dulu selalu ke masjid, bila dah bercouple, terus hilang atau jarang sekali utk nampak batang hidung di rumah Allah swt. Ade juge yg dulu haram bgi mereka berpegang tangan, tp bile dah saling cintai menyintai, bersentuhan kulit pun dah jadi halal. Ade sesetengah tu, persahabatan dengan sahabat sejantina makin renggang sebbnya mase banyk diluangkan bersama pasangan kesayangan. Ingatlah teman-teman, couple bukan tiket utk kite menghalakan perkara yg jelas haram. Ada yg kata, “aku kami ok je. Sepanjang bercouple, kami jage batas-batas yg ditetapkan syariat. Kami tk pernah berpegangan tangan”. Baguslah kalau cmtu. Cume, mereka lupa ujian terbesar dr Allah swt bgi dua insan yg bercinta adalah ujian hati dan perasaan. Bila hati terlalu banyak terisi dengan cinta terhadap kekasih yg masih belum bergelar seorang isteri, hati makin lame makin lemah mengingati Allah swt. Lama kelamaan ramai di kalangan mereka mengambil mudah tentang persoalan batas pergaulan. Jiwa mudah kacau bila terdapat perselisihan faham. Emosi menjadi landasan penyelesaian konflik. Kadang-kadang, hal kecil dibesar-besarkan. Rajuk merajuk,cemburu mencemburi, pujuk memujuk menjadi biasa dikalangan mereka yg mengatakan “ye” terhadap couple. Kadankala, hubungan tamat tanpa sebarang ikatan yg sah dan benci membenci menjadi penyudah perhubungan mereka.

Sejak berfikir sejenak terhadap semua yg berlaku di kiri dan kanan, Fairuz mengambil keputusan utk tidak bercinta sehingga tiba waktunya. Kalau adapun, biarlah disemadikan seketika di dalam hati sanubari. Fairuz sering mengingatkan dirinya bahawa jodoh itu rahsia Allah swt. Betul, usaha perlu dilakukan utk mendapat permata yg punyai 4 ciri yg disebutkan Rasulullah saw, tapi usaha yg paling penting perlu dilakukan terlebih dahulu adalah memperbaiki serta dekatkan diri kepada Allah supaya diri tergolong dalam kelompok orang-orang yg baik. InsyaAllah dikurniakan bukan sekadar permata mahupun mutiara, bahkan berlian yg bersinar lgi bergemerlapan. Sepotong ayat quran dijadikan pendorong utk Fairuz meneruskan pencarian.

Maksud firman Allah swt:

sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik .. (Surah An- Nur ayat 26)

Sejurus tamat belajar di institusi tempatan, Fairuz mengambung pelajaran di sebuah university di luar Negara dengan berbekalkan prinsip yg sama. Namun, di sana ujian yg sama datang menghinggap dalam lubuk hatinya. Naluri yg bergelojak itu sekali lgi terpikat akan keayuan dan agama yg ada pada seorang anak Adam yg sebaris dengan Hawa. Sekali lgi ditabahkan hati utk menghadapi segalanya. Jauh di sudut hati, terdengar satu suara, “biarlah Allah swt tentukan segalanya.Kalau benar dia milikmu, pasti Allah swt akan satukan di suatu masa yg ditetapkan nanti. Mase ni, ada tanggungjawab yg perlu engkau selesaikn dahulu utk kebahagian mase depn.” Segalanya dilupakan dengan doa dan mengharapkan petunjuk serta keampunan daripada Allah swt.

Tibalah satu ketika, Fairuz terfikir sendirian terhadap suatu perkara yg menjadi matlamat kepada mereka yg bercinta iaitu pernikahan. Kali ni, dia merasakan diri sudah bersedia ke arah sunnah yg dituntut oleh Rasulullah saw itu. Namun, ianya terhenti buat seketika bilamana dia sedar bahawa diri sendiri belum punyai pilihan utk dijadikan zaujah(isteri). Walaubagaimanapun, die mengambil keputusan utk berbincang dengan ibu dan ayah di bumi permata malaysia tentang kehendak hatinya. Fairuz mula bercerita kepada ibu dan ayah hanya sebagai gurauan dengan mengatakan keinginannya utk mendirikan rumah tangga sewaktu belajar. Perasaan terkejut, terharu, dan gembira muncul bilamana ibu dan ayahnya menerima gurauan tersebut sebagai suatu perkara baik tanpa sedikitpun bantahan.Kata si ayah, “ Babah tk kisah kalau anak babah betul-betul dah bersedia”. Kemudian Si ibu bertanya, “ Fairuz dah ada calon ke?” Sambil tersenyum, Fairuz menjawab, “masih dalam permerhatian mak. Nanti bila dah pasti si dia tu orangnya, Fairuz akan beritahu mak dan abah”. Keputusan utk menjadikan org yg wujud dalam hati kecilnya sebagai bidadari dunia belum menemui kepastian sehingga solat istikharah dilakukan mengharap petunjuk daripada Allah swt. Sesetengah org takut utk lakukan solat istikharah kerna bimbang permata yg dinanti bukan pilihan Ilahi. Itulah yg berlaku pada diri sahabat aku ni. Petunjuk Allah swt itu jelas bahawa si dia bukan orangnya. Sebagai hamba kepada yg Maha Menciptakan Cinta, dia redha dengan ketentuan Allah swt. Pasti ada seribu hikmah disebaliknya.Teringat Fairuz akan satu maksud firman Allah swt dalam surah al baqarah ayat 216 yg berbunyi, " dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu". Dalam mase yg sama, dia memohon pada Allah swt sekiranya si dia itu bukan orangnya, mohon agar dikurniakan pengganti yg bakal menjadi penyejuk hati.

Allah swt maha adil, tidak sesekali menganiayai hamba-hambanya. Doa Fairuz dimakbulkan Allah swt. Alhamdulillah, dia telah dipertemukan dengan seorang muslimah yg padanya punyai 4 ciri yg disebut kan junjungan nabi Muhammad saw. Padanya, ape yg berlaku seolah-olah satu keajaiban. Dengan keizinan Allah swt, tidak lame lgi, Fairuz bakal disatukan dengan seorang muslimah yg tidak pernah die kenali sebelum ini melainkan pada pertemuan yg pertama 3 bulan yg lalu. “Si dia” datg ke rumah sekadar utk menziarahi adiknya serta keluarga. Kebetulan ketika itu Fairuz berada di rumah utk menghabiskan cuti semester dan akan berangkat kembali ke negara sebuah negara selepas sebulan. Bukan perancangan keluarga, bukan perancangan sesiapa tp itulah perancangan Allah swt. Terpikat pada peribadi dan agama yg ada padanya, Fairuz menyatakan hajat sucinya kepada ibu dan ayah beberapa hari selepas itu. Alhamdulillah, niatnya diterima baik oleh “si dia” dan keluarga dengan hati yg terbuka setelah istiharah dan doa menjadi jalan tengah sebelum membuat keputusan.

Dalam beberapa bulan yg ada ini, sebelum tiba saat yg dinntikan, Fairuz tidak mahu bazirkan kasih sayang sebelum perkahwinan. Fairuz bersyukur kerana mereka ditakdirkan berjauhan. Perhubungan melalui telefon dan sms dilimitkan supaya hati terjaga dan tidak tergerak kearah yg lalai. Saling ingat-mengingati senantiasa menjadi topik utama perbualan. Tidak pernah sekalipun dia mengungkapkan perkataan sayang, rindu mahupun “I luv you” bila berhubung antara satu sama lain segalanya akan diluahkan setelah cinta antara mereka sah sebagai suami isteri. Kalau ikut naluri hati, ingin sahaja dia menyatakan kecintaannya pada bakal zaujahnya seperti yg biasa diucapkan oleh mana-mana pasangan kekasih. Ingin sahaja Fairuz setiap masa berjumpa dan menatap wajah si dia.Namun dikuatkn hatinya sambil berdoa agar ditabahkan hati oleh Allah swt. Tidak mahu sama sekali Fairuz terleka dengan godaan nafsu yg bakal mengganggu gugat kemanisan selepas perkahwinan.

Kata imam al Ghazali:

Kebahagian terletak pada kemenangan melawan hawa nafsu dari kehendaknya yang berlebih-lebihan.

Bagi Fairuz, pada saat ini, selagi diberikan keizinanNya utk bernafas di muka bumi Ilahi, biarlah ucapan cinta, rindu, sayang itu ditujukan sepenuhnya kepada Rabbul Izzati, Tuhan yg telah menciptakan cinta utknya.

Sahabat pembaca yg dikasihi sekalian, cukuplah sekadar itu dahulu perkongsian kita dalam kisah cinta ni. Sesungguh jodoh pertemuan itu rahsia Allah swt. Mungkin orang yang kita sayangi itu bakal dianugerahkan untuk kita dan mungkin juga tidak. Hanya DIA yg tahu. Sama-sama kita berdoa dan bermunajat kepada Allah swt agar dikurniakan kita cinta sejati yg bakal mendekatkan lagi dari kita mengingatiNYA dalam dalam usaha kita mengejar mardhotillah. Antara ciri-ciri Ibadurrahman(hamba yg diredhai) ialah mereka yang senantiasa melafazkan doa seperti yg dimaksudkan firman Allah swt dalam al Furqan ayat 74.

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami sebagai penyenang hati kami dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.

Wallahua’lam..

Kepada pemilik blog, sahabat yg aku sayangi, syukran jazilan kerana sudi utk meletakkn tulisan daif aku di ruang ni. Mohon agar Allah swt permudahkan segala urusan dipelihara setiap perhubungan serta di satukan dengan jiwa yg dicintai di suatu mase nnti insyaAllah.=)

Faiz Fahmi
Student Uni.Franche Comte

Tuesday, September 23, 2008

Keberkesanan Masyuarat.

1. aku rase aku nak berkongsi pasal mesyuarat sbb benda ni penting dalam setiap organisasi. Cuma kita kena paham sbgai student kita perlu limitkan tempoh masa mesyuarat yang digunakan dalam sehari dan effectiveness of the mesyuarat bg menggurangkan masa yang diambil utk organisasi dalam suatu sidang.

2. Aku suka mula dengan menunjukkan beberapa suasana mesyuarat yang sering belaku dalam kampus. Fokus aku adalah dalam campus. Pertama mesyuarat utk menghentam org, jadi ini akan membawa meeting ni sampai lah ke 4pg. Kedua meeting yang macam bengkel, apa yang aku maksudkan ialah semua ahli mesyuarat masuk meeting tak ready apa2, time meeting br nak brain storm semua benda skali. Ni nama dia bengkel bukan mesyuarat, yang aku tau bengkel ni memakan masa paling cepat sehari. Yang ketiga semua nak bentang dlm satu masa, apa yang org sampai pun jadi tak paham sbb letih dan bosan dan la tu melampau lama. Yang keempat taktau nak buat apa. Aku akan cadangkan beberapa pekara utk mengatasi suasana ni supaya kita dapat adakan meeting yang benar2 berkesan dan menjimat pengguna masa sebagai pelajar.

3. Seterus kita kena memahami, maksima masa kita utk meeting, brapa lama, tugas utama kita adalah beljar. beraktiviti perlu utk membina jati diri kita. Jadi brapa lama. Bg aku meeting yang berkesan adalah pling lama 2 jam dan paling pendek 30 min. jadi atleast kita ada 22jam lagi utk merasai kehidupan yang lain.

4. Sekarang kita fokus mcam mana utk mendapatkan meeting dan output yng berkesan. Benda paling utama adalah memo meeting atau pun surat meeting perlu dikeluarkan atleast 3 hari sebelum dimeeting dan tertera agenda dan perkara yang perlu disediakan oleh ahli meeting seperti cadangan, kajian dan apa yang nk dicakap nnt dalam meeting, bukannya time meeting baru nak brain storming, baik buat bengkel. Sebagai rujukan sertakan sekali minit mesyuarat yang lepas sebagai rujuk mengenai keputusan yg telah dibuat. Jadi... ahli meeting perlu menyiapkan keperluan utk meeting. Kalu meeting tergempaq lain, sbb kita cuma nak buat keputusan sebulat suara.

5. Agenda jangan melampau banyak. Pada2 la utk dua jam. Bagi perbentangan exco dalam committee besaq pulak, kertas cdangan setiap exco diedarkan bersama memo meeting atau surat meeting utk dibca oleh ahli-ahli meeting ni. Jadi bila meeting just tunjuk peta minda ja apa nak buat satu page pun kira ok la sbb semua detail telah dibaca . Dan jika ada soalan terus tanya berdasarkan apa yang telah dibaca. Ahli pun kena baca lah noh. Kalu dak, tungu exco bentang sampai exco ke 10. semua dah "bila nak abes nie" atau "shasha..shasa", "omaq char keteow". kalu ini berlaku, meeting ni tak berkesan dan sia-sia.

6. Pengerusi meeting mesti bukan org yang suka ikut perasaan atau emosi, sorg start hentam org.. dia pun join.. galakkan lagi.. mcam ...(isi tempat kosng)..kira nak marah ja, selesai masalah yang timbul satgi time suma dah menangis. Ini slalu berlaku kat meeting geng2 tu.. aku pun tak paham sbb apa.. Yes!! benda dah jadi, so buat keputusan macam mana nak elak benda tu supaya tak berulang, itu ja yang perlu.. yang kira nak marah ja ni, tak paham aku. Benda ni depa slalu pangil postmotem. Aku rasa postmotem ni adalah utk betul kan kesalahan lalu dan catat secara bertulis supaya masa akan datang kita tak ulangi. Pengerusi juga kena kadang2 buat lawak bg suasana tu ada. Dengan kata lain topi biru lah jenis org nyer.

7. Dalam meeting juga kena ada minum skit, macam teh o atau miniral atau gula2 supaya mrelexkan otak yang tegang. semua ahli meeting mesti ada catatan sendiri sbb nak tunggu nak semak minit mesyuarat mungkin lambat. Minit mesyuarat adalah penting, dan setiap detail mengenai arahan atau persetujuan mesti tercatat dan diedarkan kepada ahli atleast 3 hari sebelum meeting seterusnya sebagai rujukkan n makluman kepada semua ahli dan yang tak mai meeting, baru updated. Melainkan meeting yang pertama, just bgtau dalam memo apa yang perlu disiapkan before meeting.

8. Seterus aku gmbarkan macam mana flow. Yang pertama tulis di white board atau seumpamanya semua agenda yang nak bincang dalam meeting tu. Kemudian masuk agenda pertama tulis kat board tadi apa yang nak dicapai. Supaya smua corak pemikiran kearah apa yang nak dicapai. Untuk agenda kedua punya objektif atau apa yang nak dicapai masa agenda kedua baru tulis dan seterusnya begitu.

9. Agenda pertama telah bermula, msa ni fakta atau kes study yang telah disedia kan sebelum meeting tadi dikeluarkan tulis atau bg salin bertulis kepada semua ahli apa yang telah dijumpai atau infromasi yang diperolehi berkaitan agenda petama dan objektif yang nak diperolehi.

10 daripada maklumat ini mesti ada cadangan. so bg semua cadangan yang telah disediakan dan mungkin baru timbul. Dan yang pasti bukan baru nk pikir, kalu tungu nak pikir jadi la pukui 2 pg baru abes. tulis atau catat secara bertulis.

12. Tgk daripada kesan positif sahaja dahulu cadangan yang diberi. catat

13. Tgk pulak dari segi negatif. Catat gak..

14. daripada process pilih yang terbaik atau alternatif yang timbul daripada penilaian diatas.

15. Buat keputusan awal. Dan nilai daripada positif n negetif keputusan awal ini.

16. Baru la tanya geng2 emosi tinggi dalam meeting ni. Kalu isu yang diberi adalah factor yang significant terhadap keputusan, amik kira pendapat dia sebagai penilaian, kalu sekadar nak bunyi ja. Bersama la dengar sart. Kemudian buat keputusan. Selesai agenda 1. Diigin Flow ini dikawal oleh pengerusi supaya objefti yang nak dicapai tak lari.

17. Masuk agenda 2 plak, prosess sama ja. catat objektif n output yng dikehendaki dan flow dia sama.

18. Setiausaha, jgn lupa catat semua n siapkan minit mesyuarat dengan segera. dan siap pengerusi semak, edar terus kepada ahli utk rujukan. kalu kata tertiba ahli lain tanya pasai pa tak buat lagi kerja, contoh nya, gantung banner, senang je jawab silap rujuk minit mesyurat tarikh sekian2.. bahawa banner akan dipasang pada tarikh sekian2.. atau jumpa org2 ni pada tarikh sekian seprti telah dipersetujui.. then kata ,tak reti baca minit mesyuarat ka.. hahhahahaha...

19. Semoga apa yang aku kongsi ni, dapat meningkatkan eficiensi ketika bermasyuarat dan menghasilkan output yang terbaik.


"Perkongsian Memperkasakan Mahasiswa"

Saturday, September 20, 2008

U-APEX dan corak pemikiran..

1.Aku nk mulakan artikel ni dengan kata-kata seorng pemimpin:

" lebih mudah membangunkan Negara daripada mengubah sikap masyarakat nya"

2. Daripada taklimat yang disampai kan oleh TNC HEPP USM mengenai U-APEX ini, secara dasar nye ada transfomasi akan dilakukan adalah untuk mencapai Universiti Terbaik dunia iaitu dalam tempoh 5 tahun berada dalam 100 terbaik dan kemudian 50 terbaik.

3. Dalam mencapai ini, perkara yang paling penting disebut adalah setiap yang dilakukan memberi "impak" yang besar di peringkat antarabangsa dalam pelbagai bidang seperti penulisaan dan reseach. Seperti cth yang diberi oleh TNC, kebanyakkan universiti sekarang membuat program debat dengan pelbagai nama debat perdana, debat agong, debat antarabangsa, jika dipandang dari satu sudut, program ini tetap debat yang akhirnya ada pemenang dan kesan adalah sama sahaja. Bagaimana utk membuat sesuatu yang memberi impak?? disini aku utara pendapat aku, jika isu yang diperdebatkan sebagai contoh sekarang hubungan kaum, kite sebagai warga U-APEX perlu membuat kajian dan membentangkan strategi-strategi dan terus mengaplikasikan ape yang kita telah bentangkan. Jadi impak nya akan dirasai bukan sekadar memperolehi pemenang. Ini yang dimaksudkan memberi impak.

3. Jadi sini kita sebagai pelajar ijazah pertama perlu membuat program yang memberi impak. Kadang2 aku lihat program yang dibuat bagus mcam jalan2 ke luar negara. Tp bile balik semua org tertanya apa impak kepada student??? jawapan diberi dah bentang kepada pegwai tertinggi USM dan kemudian apa???? apa yang aku sarankan adalah buat satu laman web yang memaparkan apa yang mereka perolehi daripada program ini. Kongsi dengan semua warga pelajar. Huraikan dengan detail apa yang dipelajari dalam bidang2 tertentu supaya kita boleh amik contoh yang baik dan terus melaksanakan apa yang baik ini baru ada kesan daripada progam kepada kwan2 kita. Jika perlu gune laman web MPP atau laman web sendiri lg bagus. Ini ada saranan aku. Begitu juga kepada program lain2. Yang mane kite tahu ada hasil yang positif, cume kite harus pikir macam mane nak sampai kepada yang lain2.. Ini yang kurang.

4. Kita juga perlu paham, USM ingin melahir penyelidik2 yang bertaraf antarabangsa di masa hadapan yang berbeza daripada UM yang ingin melahir future leader. Jadi lebih banyak ruang akan diberikan kepada pelajar ijazah tinggi nnt. Aku tak ingin ulas lanjut tentang bahagian2 sperti Talences, Resources & Garvenance kerana setiap bahagian ini mempunyai detail yang lebih lagi dan perlu diterang secara lebih terperinci setiap bahagian. Cuma yang aku cube nak ulaskan hari ini adalah corak pemikiran kita sekarang, apa tranfomasi yang perlu kita lakukan dan beberapa garis panduan utk berubah. Kerana bagi aku corak pemikiran adalah mengambarkan sikap kita, jika kita mampu mengubah benda yang paling asas dalam diri kita maknanya kita mampu utk membantu merealisasikan U-APEX ini.

5. Slalu kita bising pasal fasiliti tak kira di pusat pengajian, desa, kompleks sukan dan sebagai nya. Semua ini akan diselesai oleh pihak pentadbiran utk APEX ini. Apa peranan kita skarang??. Aku merasakan kita perlu ubah sikap kita dan cara kita berfikir. Aku telah memerhati beberapa ruangan yang memamparkan sikap kite. Dalam laman friendster, forum2 dan comment yang diberi. Aku dapati terdapat dua jenis cara pemikiran iaitu pertama cenderung kepada menghetam dan berlawan hentam dalam pelbagai isu, aku amik contoh paling dekat yang pertama dalam comments dalam blog aku ni menggenai memperkasakan mpp, forum citrawarna, forum tilawah.. aku lihat dominan pada corak pimikiran kita ada berdasarkan topi hitam dan topi merah.

6. Apa yang aku maksudkan disini adalah kita lebih suka melihat daripada aspek negetif dan mengikut perasaan utk mencapai kepuasan hati. Lebih teruk bg aku bile kite memberi komen yang hitam n merah ini berdasarkan khabar angin atau "aku dengar org kata".. tanpa fakta sebenar. Lagi satu perangai, suka mengembangkan isu atau menambah masalah, apa awal nya isu hanya lah satu dan kemudia dia sangkut-sangkut.. bahaya yang ni. Pada pemerhatian aku, isu remah ni akan berkembang dengan sangkutkan dengan isu lain tujuan hanya lah utk memuaskan hati, Kita harus buang sikap hina ni.. Jadi kita harus ubah cara kita iaitu memberi idea penyelesaian kepada masalah yang timbul dan memahami isu samaada remeh atau serius. Kite boleh kritik, tp yang penting kita perlu memberi idea dan melaksakankan idea kita bila diminta, tp apa yang belaku skrang bila disuruh buat, jawapan "aku malas la"... Skrang ramai daripada kita mempunyai sikap seperti diatas termasuk aku sendiri, kita perlu ubah. Kita perlu mengambil langkah utk mengubah perkara ini kerana ini adalah peranan pertama kita dalam transfomasi APEX ini sebelum kita ke peranan lain.

7. Sikap kedua adalah tak mau amik kesah apa jadi pun.. buat hal sendiri ja.. atau org pangil alone ranger... tgk2 dah grad org pun tak kenai.. adakah ni sikap kite dalam menjadi seorg pelajar U-APEX?? kita perlu extrovate dan aktif cuba memainkan peranan yang penting dalam setiap perkara atau memberi sumbangan walaupun kecil tetapi ia merupakan komponen yang perlu kepada sesuatu yang besar. Kepada golongan ini ubah lah...

8. Aku gariskan dua dahulu perkara boleh kita bertindak sekarangn dalam mencapai tranfomasi U-APEX ini, iaitu sikap kita:

- Mampu memberi kritikan dan idea utk menyelesaikan masalah dan mampu menggalas tugas utk menyelesaikan isu yang timbul.
- Menjadi extrovate dan aktif dalam memainkan peranan masing2.


Aku akan beri beberapa cth sikap lg perlu kita ubah pd sambungan topic ini

"Transfomasi Sikap Asas Kepada Transfomasi Mencapai U-APEX"

[bersambung]

Rusuk Lelaki Yang Dijadikan sebagai Teman.

U-APEX dan corak pemikiran sekarang atau isi hati??? dua benda yang aku teringat nak tulis. Aku still dalam process nak sintesiskan apa yang aku dengan pasal U-APEX tadi dengan corak pemikiran skrang. Jadi malam ni aku tulis pasal Rusuk Yang dijadikan teman atau bahasa mudahnya percintaan. Sebagai pembuka ilham kepada Saudara Faiz Fahmi yang berada diperantau, Perancis, utk menghuraikan kisah ini dengan lebih mendalam. So Faiz, setelah aku pikir lame pasal mu tanye tajuk td kan, aku pilih " Rusuk Lelaki yang dijadikan Teman".

so aku mulakan lah.. sebagai seorg manusia biasa naluri ingin bercinta dan perasaan dibelai dan membelai ( belai perasaan noh bukan fizikal). Pengalaman aku tak la banyak sgt baru dua kali.. itu hajat kali pertama tak tercapai sebb ego, kurang kepercayaan, and takmau berbincang.. but really good lesson. So lepas fruss, biasa la first luv, aku cuba cari macam nk bercinta sebenaq nya. Ramai org aku tanya dan ayat mula2 aku pengang adalah " lelaki yang baik adalah utk wanita yang baik dan sebaliknya". Jadi aku kena jadi terbaik utk dapat wanita terbaik.

Tp still aku tertanye macam mane cara terbaik. perasaan nak bercinta ni makin membuat.. mcam mana aku nak pilih.. Dah cube jadi terbaik nie.. Then aku dapat plak kate2 hikmat utk dipegang " Mencari permata di celahan kaca" masa ni aku sedar yang aku cari adalah insan yang aku nak jadikan isteri iaitu teman idup. Jadi mmg susah nak cari permata dalam butiran kaca. Jadi aku kena cari btul dan hargai bile jumpe.

Alhamdullilah aku ketemu jugak bakal isteri aku. Tp dilema la plak, sikap dan hobi berlainan, boleh tak boleh ni, kawan aku kate kena cari yang hobi same baru selari wave length die. Pulak
macm mane nie.. dah jumpe tp masalah2.. ditakdirkan pulak aku dengar ceramah macm mane nak cari isteri die kete jgn cari yang same, nnt cepat bosan die kate " cari yang berbeza sebagai saling pelengkap" . Selesai satu bab. Tp dah tu nak jumpe macam ni..

Mase tgh pikir macam mane nak buat, sbb aku tahu sebenarnye mane ada bercinta lame2 dalam islam, nabi pun kate "perkara terbaik bagi insan bercinta adalah perkahwinan". Macam mane ni.. nak kawin, confirm parents tak bg lagi, mane aku habes belajar lagi. Ape perancangan aku nak buat nie.. takut gak...

Jadi punya la takut, aku dan die pekenaikan diri masing kat parents sebb sahabat aku kate "dosa anak wanita yang belum kawin ni ditanggung oleh ayah nya" Jadi aku rase sebagai org yang akan memikul segala dosa, bapa dia wajib tahu sapa insan di hati anak die... supaya hubungan ini focus kepada membina masjid dan bukan atas dasar saja-saja ikut trend.

Bile aku tgk sekeliling, org bercinta mesti makan bersuap, dating berdua, jalan pengang tangan. So aku terpikir bercinta macam nie ke.. erm.. ape yang terbaik jadi, aku mintak nasihat daripada sahabat2... then die pesan "elakkan yang hukumnya haram "... jadi ape yang di dicide adalah jgn bersentuh tangan atau berpegangan sampai dah sah boleh sentuh...

Nasib baik la duduk U lain2.. tp naluri ni nak jugak berjumpa so dicide la 4 atau 3 kali je setahun and "jgn dating berdua ja".. ajak la sape2 pun lagi supaya ada perasaan segan kalu org ada, bg mengelak... tak kisah la org kate ape, niat asal just nak jumpe walaupun hanye duduk cafe je tak g mane2.. asalkan selamat...

tetiba plak ada mane ntah die tgk, ade bf tu suap gf die.. then die kate kat aku, best nyer tgk diorg suap2.. ni jem nie... ape aku nak buat.. ditakdirkan oleh NYA terlintas dalam kepala otak aku ni nak jawab "suapan ni hanya utk insan bernama isteri, kerna itu lah manis nya perkahwinan" terre siot aku jawab tersenyum die.. hheheheheh

Setekat ini lah aku kongsi dulu.. nanti sahabat aku, faiz fahmi akan huraikan.. Insyaallah dengan izinnya nnt aku bakal disatukan pada tarikh yang kite telah tetapkan... : ) perkongsian pengalaman ini adalah utk aku menerima teguran dalam menghadapi cabaran yang penuh dugaan....


"manis nyer perkawinan itu kerana kita menjaga nya dari awal"

Thursday, September 18, 2008

Suasana Berbuka Puasa 4th year 1429

Alhamdullillah dengan izin-Nya kita berjaya mengadakan majlis berbuka puasa yang ringkas tp penuh bermakna. Terima kasih kepada Cik Dina (Bakal Puan Lepas Ni) kerana menguruskan majlis ini dan menambah peruntukan kewangan utk majlis ini.. Tq.. nnt kami belanja plak ek.. Kepada kawan-kawan jadikanlah majlis ini sebagai sebahagian kenangan indah kita bersama. Ini adalah sebahagian gmbar2 yang dapat aku kongsi dengan semua.. kamera lain boleh dapatkan daripada En Tarmizi Comel dan Yb Naim.

Saya Tarmizi Comel, merangkap pegawai kewangan majlis.

Jejaka-jejaka malaya

No komen

Pegawai Khas Mentari, Dato' Hairi Potter Bukan Nama sebenar memeriksa data kewangan sambil diperhatikan oleh.. aku taktau sapa..

Lt M hero bersama roomate kesayangan Faizal Cemerlang. Komen lebih2 tanye ongeng.. die pun roomate gak.. hahahhaha..

kire duit ni and amik attendence


table tuan-tuan n ustaz-ustaz

table cik-cik


ongeng guna khidmat kuasa bayangan..



Ketua aras blok 6 yang baru.. pak mat

Table YB

Table Tengku


Arca seni hasilan Lt M Hero dan Lt M Zaki.

"Indah kehidupan kerana ukhwah yang terbina"

Tuesday, September 16, 2008

Oil Price & Currency

Link utk check harga minyak n currency exchange, world news:

http://money.cnn.com/data/commodities/

http://www.xe.com/ucc/

http://www.newsday.com/services/newspaper/printedition/tuesday/news/ny-bzoil165845165sep16,0,7821655.story

AKTIVITI

Aku menerima cadangan daripada Mr B, utk buat satu tajuk sepeti dibawah:

Cadangan aktiviti yg boleh dilakukan atau hendak dilakukan. Terbuka kepada semua bidang, cthnya akademik, sukan, kesenian, multimedia, kursus & apa2 sahaja.

cadangan yang diutarakan didalam blog ini boleh diambil oleh mana-mana persatuan sebagai aktiviti atau projek masing2. Jadi aku berharap org yang bagi cadangan boleh serta nama n contact. Jadi sapa-sapa yang berminat boleh contact tuan2 & puan2 berkenaan. Kepada yang ada idea n nk buat tp tak dak persatuan atau tak tahu nak start mcm mana, Boleh berbincang ngan aku & aku akan suggest kan persatuan-persatuan atau org2 yang boleh dihubungi atau ada persatuan yang nak amik pencadang sebagai pengarah projek pun silalah.

" Perkongsian Mencambah Idea"

UNIVERSITI APEX

YANG BERUSAHA PROF MADYA OMAR OSMAN TIMBALAN NAIB CANSELOR HEP AKAN MEMBERIKAN TAKLIMAT MENGENAI APEX
PADA:

TEMPAT: AUDITORIUM KOMPLEKS DEWAN KULIAH, KAMPUS KEJ USM
HARI: 19/9/08 (JUMAAT)
MASA: 3.30 PETANG

MINTA KERJASAMA SEMUA UTK HADIR ESPECIALLY FIRST YEAR SEBAB KORANG LAH YANG NAK MENENTUKAN USM AKAN TERUS MEMEGANG TITLE APEX UNIVERSITI....BUDAK MASTER DAN PHD DIALU-ALUKAN UTK HADIR....BAWA KAWAN2 ANDA....MARI KITA DENGAR APA BERITA BAIK YANG BOLEH DIKONGSI BERSAMA SETELAH USM MENDAPAT APEX UNIVERSITI

Msg YM daripada Naim MPP.

Monday, September 15, 2008

4th Year EE berbuka Puasa 1429H

Kami telah merancang utk satu majlis berbuka puasa bg 4th year EE, ini adalah salah satu program yang dapat mengerat kan hubungan kita. Dina akan menguruskan hal-hal makanan seperti biasa. EE & EK boleh bg duit kat tarmizi & Dina, meka boleh bagi duit kat aku.

Tempat : Dikir SeaFood
Masa : 6.30 berkumpul di Cafe Lembaran
Duit Collection : RM 10
Menu : Burung Puyuh Masak Halia, Tomyam Campur, Ikan Siakap Stim, Khailan Ikan Masin, Telur Dadar, Kerabu Mempelam.
Jus Tembikai/Oren.


* yang dah confirmkan kehadiran:
mijie comel, dina dewi makan, tengku ongeng & pasangan, Pika hebat Tekuado, Kilau, Pejal Cemerlang, Pak Mat, Aripah, Shuhada, Lt Muda Zulhilmi, Amirul Kacak & Ala, Ijad, Zel perempet basikal, Hairi Potter, YB Naim, Zarina, Hidayah Meka, Lt M Zaki, Azim Manan, Borland C++ & Pasangan, Hidayat, Kia Sportage, sarah, sara, aimi, firdaus, faisal meka, solehah.

Tajuk Artikel Yang Bakal di TUlis

1. Perbentangan Mesyuarat (Sambungan Memperkasakan MPP)
2. Kaedah persuratan (Sambungan Memperkasakan MPP)
3. Kepentingan Minit Mesyuarat (Sambungan Memperkasakan MPP)
4. Keusahawan (artikel sumbangan daripada usahawan2 kampus)
5. Pembangunan Akademik: Langkah dan Kaedah (Sumbang daripada pelajar yang berjaya)
6. Percintaan: Pandangan dalam islam dan panduan kepada yang ingin bercinta ( Sumbangan sahabat daripada Perancis)
7. Perkongsian Program yang penah aku dianjurkan dan terlibat secara langsung atau tidak dalam perspektif pelaksaan, masalah dan cadangan penambah baikan.
- Motinvasi Sekolah Rendah ( Game2 kegemaran)
- Kejohanan Ragbi (Ruang Pembaikan)
- Perjalanan SEE 2006-2008, program2nya & kesilapan aku
- Ekspen (Publisiti)
- PALAPES ( Praktik yang boleh diterap dalam hidup)
- Liga Bola Sepak Sepanjang Sem (KMK)
- Menawan Puncak Kinabalu (KMK)
- EXCO SUKAN MPD: Tugas dan Peranan.
- Program Tilawah: Dari kaca mata aku
- Water Roket Challenge
8. Artikel-artikel sampingan.

sebarang artikel yang ingin dikongsi boleh diemail kepada:
red24_2nd.sahabat@blogger.com

"Orang Yang Bodoh Tidak Belajar daripada pegalaman diri sendiri dan orang lain, Orang yang biasa, belajar daripada kesilapan diri sendiri, manakala Orang yang bijak, belajar daripada kesilapan diri dan kesilapan orang lain untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama"

Sunday, September 14, 2008

Liga Sepanjang Sem

1. Aku teringat mase kat matrik dulu aku penah buat liga bola sepak 9 sebelah yang mana kita main dalam satu sem. tiap2 petang ada game and weekend terpilih.

2. More then 40 team yang amik bahagian. Student, lecturer, staf, pak cik cleaner, abg2 kantin suma main. Yuran masa ni RM50, referee, setiap team kena hantar wakil n kita buat jadual tugas. Pak Halim, Referee KFA jadi penyelaras sbb dia pun staff KMK masa tu.

3. Selama 3 bulan liga ni berjalan, tq kepada semua sahabat, aku paling igt syed kuliah mate aku.. jadi penyelaras referee, pening dia.. welldone bro..

4. Dalam masa liga ni berjalan, pasukan mula la buat jersi team masing2 and ada pasukan penyokong masing yang terdiri daripada ladies. Team aku, team kelas, penyokong salah sorg bakal isteri aku.. hahahaha.. teringt ang beng seng pun main, Ustaz faiz pun main... best2...

5. Yang aku tak leh lupa, ada team yang ponteng kelas pkui 4, alasan nak prepare ada game ptg.. hahhaha... siot je aku kena explain kat pengarah matrik..

6. Keputusan liga kami update setiap minggu, jadi ada papan kenyataan depan bilik aku (bilik Disable A2).. lepas update keputusan ja, penuh org p tgk...

7. Lagi satu setiap lecturer ada incharge or jadi manager team stdent and ada yang main ngan student.. sbb objektif mento -mentee ngan lecturer masa nie hambar skit.. so aku involve kat lecturer dengan student, ada lecturer yang caring pasai team siap belaja makan lagi oo. tanye pasai study.. atleast hubng lebih akrab..

8. Kepada ajk tq.. kita punya jamuan sampai 3 kali, silap tak bg t-shirt 2.. takpe janji dapat makan and dapat t-shirt and sijl.. tq jimie JPP sukan masa nie yang bantu aku dr segi kewangan n support macam ajk..

9. Aku bercita-cita gak nak buat kat usm.. tunggu... may be liga futsa,l lepas padang futsal jaya di rasmikan.. may b, team ajk 1986 boleh jadi penganjur kot.. darisegi pengurusan aku nk tlg.. apamacam???

10. akhir sekali, liga kmk berakhir dengan student kalahkan staff.. en KJJ sepak penalty tak masuk.. piece.. heehhehe....

" Liga Futsal Engineering Bakal Bermula"

Saturday, September 13, 2008

Sistem Dokumentasi Organisasi

1. Hari ni aku nak fokuskan penulisan aku kepada sambungan artikel "memperkasa MPP" iaitu sistem pengfailan atau dokumentasi. Aku akan menggunakan lograt yang mudah dipahami atas permintaan kawan-kawan.

2. Sepanjang pengalaman aku dalam organisasi, kekurang yang ketara skali adalah tiada rujukan daripada program2 yang lepas. Jawatankuasa baru tidak mengetahui apa yang belaku sebelum ini kerana tiada sistem pengfailan atau dokumentasi yang teratur. Dalam SEE skali pun berlaku hal ni dan kita dalam process penambah baik seperti arahan yang dikeluarkan seblum AGM ke -17 SEE.

3. Untuk membuat sesuata sistem atau kaedah, kite perlu paham masalah yang timbul dan tujuan perlu nya dokumentasi ini. Yang pertama dengan ada nya sistem pengfailan yang kemas, ini akan memudahakan kerja sebagai AJK dalam membuat rujukan tentang apa yang telah dan belum dilakukan. Kedua sebagai rujukkan dimasa akan datang dimana selalu belaku, persoalan yang timbul "bagaiman diorg buat sem lepas??" tiada rujukan yang lengkap.

4. Setelah kita paham tujuan dokumentasi ini, macam mana kita nak susun fail kita. Kaedah susunan yang aku cadangkan ini berdasarkan pegalaman aku.

5. Hadapan sekali kalu rajin skit dia ada tulis apa dokumen yang terkandung dalam fail ni, mcam isi kandungan la. Supaya mudah kita nk buat rujukan.

6. Bahagian seterusnya adalah postmotem setiap projek atau program atau kerja yang telah dilakukan. Dalam postmotem ini ada Perjalanan kerja, masalah yang timbul dan cadangan penyelesaian di masa akan datang. Kenapa aku cadangkan letak didepan, kerana apa bila nak buat projek ni pada sidang baru, perkara yg mesti di high ligth adalah kesilapan yang telah dibuat sebelumnya. Supaya kesilapan yang sama tidak diulangi dan improvement dapat dibuat. Jika dulu masalah A ada, tp kali ni masalah A sudah tiada. Jika kaedah ini diamalkan, setiap program akan meningkat prestasinya.

7. Bahagian seterusnya adalah paperwork atau pembahagian kerja dan ajk yang terlibat. Contact ajk yang terlibat mesti lah lengkap macam no hp, email, id YM. Ini supaya, jika ajk memerlukan nasihat daripada penganjur sebelum nya. Ajk tersebut boleh contact terus tanpa perlu bazir masa utk cari org yang terlibat dulu. Selain boleh check macam mana perjalan kerja dilakukan dulu.

8. Bahgian utk meletakkan minit mesyuarat, mengenai minit mesyuarat ini aku akan cerita detail dalam artikel seterusnya. Tujuan minit mesyuarat adalah utk menyemak keputusan atau arahan yang telah diberi dan dipersetujui dalam mesyuarat sebelum nya dan memasti arahan itu disiapkan dalam tempoh yang diberi.

9. Seterus adalah design atau carta atau garfik, susun atur atau plan. Sebagai contah, kalu publisiti mesti ada desing banner, teknikal dia ada susunan atur peralat. begitu jgk ajk lain. Ini dapat memberi gambaran. dalam bahagian ini juga fail2 dalam format psd, jpeg yang telah di burn dalam cd dan diletak dalam fail ini dibahagian ini.

10. seterusnya bahagian surat2. surat yg latest disusun dahulu dan diikut dengan yang lama2. Bahagian ini boleh pecah dua iaitu surat diterima dan surat yang dikeluarkan. Kaedah persuratan akan dihuraikan nnt dalam artikel lain.

11. setrusnya bahagian maklumat dari biro lain. Dalam perbentangan, biro lain akan mengedarkan handout atau maklumat terbaru untuk rujukkan biro2 lain. Jadi handout ini disimpan dalam bahagian ini. Kaedah perbentangan juga akan didetailkan dalam artikel lain.

12. Bahagian seterus adalah lain-lain dokumen yang tidak byk seperti resit belian dan catatan-catatan disimpan dalam bahagian ini.

13. Setelah Fail ini lengkap, fail2 ini hendak lah disimpan dalam bilik persatuan dalam tempoh 3-hingga 5 tahun sebelum dilupuskan. Sebagai contoh. fail 2003 akan disimpan sehinnga 2008 dan pada 2009 akan dilupuskan. bergitu juga fail 2004 akan dilupuskan pada 2010. Jadi dalam simpan persatuan ada fail dalam tempoh 5 thn sebagai rujukan. Make sure lipas n anai2 tak bersarang.

14. Ini adalah sebagai idea berdasarkan pengalaman aku dalam persatuan. Kalu yang tak jelas n nak aku terang lebih lagi, boleh bgtau aku dalam comment.

"Perkongsian Memperkasakan Mahasiswa"

Penghargaan

1. Terima kasih kepada yang memberi komen, yang membina atau mengutuk, jika kutuk itu kepada aku, aku akan sebagai ruang penambah baikan. Kepada yang memberi cadangan, aku akan amik cadangan saudara/i. Dan kepada yang memberi penjelasan kepada issue teruskan berbuat demikian.

2. Seblum ni semua idea aku aku tulis dan rangkakan dalam buku note aku, sama ada ketika mejadi Angota PALEPES, PSS TLDM, YDP SEE, NYDP SEE, Pengarah & Captain Ragbi, Pengarah Publisiti Ekspen, Exco sukan jaya, Penasihat program dan ape2 yg terlintas dalam otak aku. Semua aku tulis supaya boleh aku buat rujukan bila perlu.

3. Aku terpikir, macam mana nak kongsi pengalaman yang aku ada ni, atau cadangan yang timbul dalam otak aku. Selalu org2 yang aku slalu g makan sama2 lah tempat aku luah idea2 mcam bagok, zool, afiq, tarmizi dan junior2 yang bertanya. Zool penah sebut satu idea, dia kata "ape kate kalu ko tulis idea2 ko nie, nnt org bleh bace". Aku pun terpikir btul gak, aku tak sia2 kan pengalaman aku, and bukan nak suruh org buat pun, just kongsi idea aku ni.

4. Jadi aku memilih blog supaya kawan2 aku yang di luar dan dalam negara boleh excess tentang apa2 yang aku tulis, sbb ade kawan2 aku diluar negara mintak cadangan aku, and banyak kali gak aku tak dak depan comp utk chat dengan depa.

5. Daripada komen2 yang aku baca dalam 3 artikel yang aku buat, aku dapat simpulkan ada yang saja2 tingal komen,ada yang luahan rasa hati, bg penerangan ttg isu dan merasakan apa yang aku tulis ni cara yang salah. Bagi aku pelik nyer dia ni. Tulis pun salah, bgtau dalam meeting pun salah (merujuk kepada meeting GPPK utk buat EF, boleh rujuk kepada YDP persatuan masing2) sebenar aku dah kemuka pun, tanye lah YDP persatuan masing2. Bagi org tak nak terima, mungkin idea aku nie tak bagus. Takpa, aku tulis supaya idea ni kekal n org boleh rujuk tanpa nak kena tunggu aku reply.

6. Aku akan terus menulis artikel baru dan tulis balik apa2 yang aku telah tulis dalam note aku, supaya dapat berkongsi pengalaman, mmg ada perkara yang aku tulis berdasarkan pemerhatian aku. Itu belaku dan aku tulis dan melibatkan org tertentu, aku cuba tak guna nama, tp kalu terasa and nak aku edit bgtau kecuali komen, aku akan kekalkan melain yang melampau mcam komen terhadap amin(MPP 2005/2006).

7. Aku juga akan menulis berdasarkan perkara yang memintak pendapat aku, mungkin org mintak sorg, tp pendapat atau idea aku mungkin berguna kepada org lain, jadi ini ruang bg aku tulis dan org boleh baca.

8. Kesimpulannya, sapa yang ade isu peribadi dengan MPP and PPMS, lebih baik korg email MPP dan PPMS, aku hanya bg cadangan memperkasakan MPP daripada idea aku. Dan kepada MPP sidang ni, aku dah kata benda nie dalam mesyuarat GPPK utk buat EF secara direct and tak guna email atau blog pun lebih kurang sem lepas. Aku dah check dgn wakil persatuan yang hadir, utk mengesahkan bahawa aku dah bgtau. Jadi aku rasa idea aku ni korg tak terima, so aku tulis utk kalu ada akan datang yang menerima idea ini.

9. Kepada org dikutuk direct dalam blog ni.. aku minta maaf and sarankan yang kutuk tu silalah pi settle dengan org2 yg dikutuk.


blog rakan-rakan:

zool ----> http://putihseri.blogspot.com

MTQ-2008

Majlis Tilawah Al-Quran & Kesenian Islam 2008

Tarikh : 12hb September 2008 / 12 Ramadhan 1429
Jam : 10.00 malam
Aktiviti : Tilawah Al-Quran Peringkat IPTA

Tarikh : 13hb September 2008 /13 Ramadhan 1429
Jam : 9.00 pagi
Aktiviti : Pertandingan Nasyid Peringkat IPTA
Pameran

Jam : 10.00 malam
Aktiviti : Tilawah Al-Quran Kategori Kanak-kanak

Tarikh : 14hb September 2008 /14 Ramadhan 1429
Jam : 9.00 pagi
Aktiviti : Pertandingan Nasyid Peringkat IPTA
Pameran

Jam : 6.00 ptg
Aktiviti : Majlis Berbuka Puasa Bersama Naib Chanselor (Anjuran HEPP)

Jam : 10.00 malam
Aktiviti : Majlis Perasmian Penutup & Penyampaian Hadiah.

Friday, September 12, 2008

Memperkasakan MPP

[aku edit skit sbb ada org silap phm cadangan ini utk kutuk MPP, sebenarnya cadangan ini utk memperkasakan organisasi MPP dan mengubah persepsi yang belaku sekarang terhadap MPP atau organisasi MPP. Jadi aku tambah perkataan organisasi bg tak merujuk kepada MPP tahun bila pun dan mana-mana persatuan boleh amik model atau idea ini.]

1. Aku slalu sebut kita memperkasakan kepimpinan pelajar. MPP ada organisasi utama bg pelajar dalam setiap universiti. Apa yang berlaku hari bak kata YDP MPP, "MPP hari ini adalah tempat pemimpin pelajar terbuang". Aku rasa hal ini belaku di kampus kejuruteraan USM dan aku ingin focuskan dicara utk mengatasi atau membina kembali Organisasi MPP.

2. Selama ini aku suka menggunakan taktik mengkritik. Ini kerana bagi aku Laki2 selalu akan membuat sesuatu bila di kritik tp aku nampakya tiada perubahan dasar yang dilakukan dan aku sibuk dengan hal2 school jadi tak sempat nak kritik lagi. Jadi aku rungkai bagaimana utk menjadikan MPP organisasi yang mantap.

3. Aku suka memulakan sesuatu dengan objektif, iaitu menjadikan MPP organisasi contoh dimana persatuan lain boleh mengambil cth2 terbaik daripada organisasi MPP. Kedua memaksimakan penglibatan pelajar dalam organisasi MPP supaya organisasi MMP benar-benar utk student dan bukan seperti skrang yang mana kita sedia maklum.

4. Aku akan mulakan bagaimana membentuk satu organisasi yang mantap kemudian kemudahan yang diperlukan dan sistem yang perlu diterapkan. Perubahan ni boleh dirangka utk jangka panjang dan jangka pendek. Aku akan mula dengan jangka pendek.

5. Organisasi terdiri daripada 7 org exuceutive committe atau EXCO seperti yang di peruntukan oleh perlembagaan USM. Mereka ini akan dibahagi kepada portfolio masing2. Bg mendapatkan pembantu exco, kaedah yang digunakan sekarang adalah isi borang dan interview. Bagi aku ini bukan kaedah yang terbaik bagi organisasi MPP kerana organisasi MPP adalah organisasi elit. Jadi gunakan kaedah lantik ke jawatan tertentu yang akan aku huraikan.

5. Jawatan yang hendak diwujud hendak lah berdasarkan kepada bidang yang ada, sebagai contoh, bidang internet & multimedia, sukan, kesenian, kebajikan, reakriasi, keagamaan, keusahawanan & ekonomi, akademik, keselamatan, kaunseling, pembangunan belia dan lain2 yang dipikirkan perlu.

6. Bagi setiap bahagian dilantik pelajar yang mempunyai kepakaran dalam bidang ini utk menjadi pengarah bahagian dan jawatankuasa bahagian, cth dalam internet/multimedia, pakar computer die seluruh kampus dilantik berada dalam bahagian ini, mereka akan merangka aktiviti yang terbabit dalam bidang ini seprti sistem yang memudahkan pelajar, kursus buat website, petandingan website, memahami sistem internet campus dan lain2 yang mana mereka boleh lantik pengarah utk run program2 dibawah ini. Bagi sukan pulak, KASUS adalah aktiviti wakil dilantik pengarah utk program ini selain ada pengarah bahagian sukan yang mana tugas bukan hanya buat aktiviti sukan tetapi aktiviti seperti rawatan kecerderaan sukan, membantu atlet2 berpontesi mendapat biasiswa sukan, selain memasti kelengkapan dan kemudahan sukan yang perlu ada disediakan oleh pihak USM & pasukan kampus. Begitu juga bahagian-bahagian lantik, lantik pelajar yang memang expert dalam bidang ini sebagai pengarah bahagian dan membina organisasi dibawah berdasarkan akiviti yang ada untuk menjadi pengarah program. dengan ini ramai yang akan bersama membina organisasi MPP. Program baru akan diwujubkan kerana org yang dilantik mmg pakar dalam bidang masing. dan byk lah aktiviti yang dianjurkan dan focus nya lebih jelas.

7. Peranan Exco MPP membawa masalah yang ditimbul ke peringkat pengwai tertinggi USM. Pengarah bahagian mengenal pasti masalah yang dalam bidang masing yang memerlukan ke peringkat atas dan disediakan dalam bentuk paperwork dan diserahkan kepada exco MPP. Peranan EXCO n pengarah bahagian memastikan aktiviti atau program yang dirancang dijalan dengan baik diperingkat bersesuaian. EXCO oleh kerana 3 exco akan menjadi YDP, NYDP dan SETIUSAHA, hanya 4 exco yang akan jaga semua bahagian mcam letih la kan. Tp padan dengan boleh p jalan macam kat CHINA. Baru layak mendapat keistimewaan, yang berlaku lani hanyalah kerja takdak jalan mau.

8. YDP and NYDP apa kerjanya, memastikan apa yang dirancang dilaksanakan mengikut jadual, bak kata amirul " masalah aku masalah pengarah, masalah org lain pun masalah pengarah tp bukan masalah aku" jadi mmg berat. Takpa kalu hampa buat btul2, layak lah ampa p berjalan2 nnt.

9. sistem yang perlu diterapkan. Organisasi MPP mesti mempunya prodecure sistem pemfailan yang lengkap. setiap program mempunyai fail sendiri yang mengandungi paperwork, jawatankuasa pelaksanaan, belanjawan, postmotem dan segala maklumat yang detail dan disusun mengikut susun procedure MPP yang perlu diwujudkan. Fail2 ini akan disimpan utk tempoh 5 thn utk semakan atau rujukan utk membuat aktiviti dan dilupuskan selepas tempoh tamat. Di fail ini ada la maklumat tahun and may b bawah bahagian tententu dan projek atau program dalam bahagian ini supaya nak simpan n lupuskan nnt senang. Sistem ini akan menjadi contoh kepada persatuan lain. Begitu juga procedure kerja. seperti memohon supaya setiap paperwork mesti mendapat maklum balas kelulusan dalam tempoh 2 atau 3 hari maksimum. Surat meeting mesti atleast dikluarkan n sampai kepada penerima 3 hari selewat lewatnya b4 meeting. sistem macam nie perlu diwujudkan.

10. Pejabat MPP, sebagai organisasi yang elit, MPP harus ada pejabat dan pusat aktiviti yang mana setiap exco and ketua bahagian mempunya table dalam pejabat ini dengan diberi kemudahan komputer, printer dan ink, dan sudah tentu ada sistem yang memantau supaya tidak disalah gunakan. dalam pejabat ini juga ada meeting table yang boleh digunakan oleh semua. cukup besar macam bilik mesyuarat lembaran. Kelengkapan lain seperti white board, maker pen issue dan keperluan yang penting.

11. Organisasi MPP juga mesti mempunyai sistem persuratan yang melambang efisyensi MPP dan identiti Organisasi MPP itu sendiri yang mana kaedah penyampaian nya lebih mantap bukan macam sekarang tingal dipejabat hepp. atau gunakan kepakaran bahagian multimedia utk mewujudkan system yang hebat utk penyampai maklumat kepada pelajar. Cth la mungkin terpapar di scrin comp atau laptop student yang guna line usm tentang sesuatu maklumat yang ingin disampaikan mcam window kecik pop kluar bile disebarkan. Bahagian yang bakal dilantik ini lagi terre, aku ni sekadar cadang je.

12. Wujudkan perancangan berdasar tempoh apa yang perlu Organisasi MPP capai. Contoh nya bg rancangan 5thn, tahun pertama perlu apa, then akan disambung oleh kepimpinan seterusnya sehingga mencapai matlamat yang dikehendaki. Ini akan mewujukan suasana 'improvement' dalam MPP itu sendiri.


13. Pemilihan MPP, dasar atau semangat puak atau partisan seperti aspirasi dan PMI perlu dihapuskan. Menetapkan secara bertulis bidang dan tahap campurtangan pegawai dalam aktiviti yang dianjurkan secara jelas dan nyata.

14. Jika perubahan ini dapat dilakukan, MPP akan menjadi organisasi contoh dengan aktiviti lebih focus dan mendapat penyertaan pelajar.


" Bersama memperkasakan kepimpinan Pelajar"

[bersambung nnt..]
[kepada comentar-comentar.. terima kasih kerana memberi komen.. yang mane teguran atau cadang kepada aku macam paperwork, akan aku buat dan bg kepada MPP akan datang, kepada comentar hentam2.. igt pesanan Mr B. Dan aku minta lagi comment berbentuk idea. Penulisan aku ni adalah idea aku. Kurangkanlah komen yg menghentam. Cambahkan idea.. TQ :) ]

Jawapan kepada komen:
[kepada komentar ke-4 sebenar idea ini saya sudah terapkan didalam SEE jadi boleh check macammane pejalanan SEE. Cuma scope dan sedikit makanisme yang berbeza.. daripada hasil pemerhatian saya yang berlaku dalam SEE, sy tulis idea ini dalam ruangan ini.. tq]

[ kepada yang mencadang utk buat paperwork, saya akan membuat draf dasar daripada idea ini yang lebih detail dan saya akan serahkan kepada MPP seterusnya]

[kepada komen-komen yang kutuk2.. korg selesaikan lah sendiri ye.. saya takan padam kerana pembaca lain boleh nilai tahap diri kita]

Thursday, September 11, 2008

Pelajar Bersatu.

1. Hari ni macam biasa aku p kompleks sukan ptg. Aku rasa pelik mana p budak2 Cha ni, selalunya penuh kat padang, court badmintan, squasy and gym, dah jadi gelap yang cerah2. terpikir aku, mane depa p nie.. erm.. pikir punya pikir baru teringat malam nie ada pesta tanglung.

2. Apa yang aku nk focus dalam ruang ni adalah penglibatan pelajar cha nie dalam aktiviti diorg nie. sampai tak dak pun yang p main di padang, cuma dua tiga kerat ja. Kenapa bangsa aku tak boleh buat aktiviti mcam nie. Aku cuba selam kenapa. Jadi hari ini aku nak bincang daripada pandang aku, ini mungkin salah tp utk mencari jawapan.

3. Program malam ni yang dianjurkan tak melibatkan seorg pegawai pun. Cuma sign n luluskan paperwork utk bg kebenaran dan melarang masuk benda2 seperti lembu pendek dan jus anggur masam. Tp penyertaan dan sambutan amat mengalakkan dan teringin gak kalu kita yang mata tak sepet ni boleh buat.

4. Kalu program yang mata celik ni anjur aku yakin mesti menjemput org besar, maka program ini akan jadi berprotokol dan membosankan. Aku dapati student lebih suka program yang tak berprotokol and bebas bergerak utk menikmati program. Jadi sambutan lebih memberansangkan.

5. Penyertaan dalam melakukan aktiviti. Apa yang aku nak nampak, student lain malaih atau segan atau meluat nak join sbb ada golong yang meletakan diri konon nya depa lebih tinggi berbanding org lain sampai 'doortag' pun tak reti nak buang, program b4 sem mula tp dia gantung sampai nak abes sem n mungkin sampai grad kot.. YDP MPP, YDP Desa pun tak gantung 'doortag'. Ini menyebabkan org meluat dan mencemuh golongan ini. Tujuan diberi benda ni supaya sedar dan berpijak dibumi yang nyata , kawan2 + musuh2, senior2, junior2 suma dok kutuk. bila org cemuh n meluat jadi org takan join.

6. Setelah lama berfikir aku rasa dua faktor ini adalah faktor yang significant kenapa mata2 celik tak dapat buat program macam cha. Jadi aku ingin beri cadang berdasarkan faktor yang aku sebut diatas.

7. Biar program yang dianjurkan melibatkan student, pegawai hanya pantau saja, bukan terhengeh2 terlibat.

8. Org yang meletakkan diri konon nya lebih baik daripada student lain sila lah sedar dah buat perubahan paradigma kembali dan selami keinginan n perasaan pelajar lain yang sebenar nya ingin terlibat dengan pelbagai aktiviti. Beri ruang dan peluang bukan hanya kepada segerombong puak2 yang kononnya lebih baik.

9. Aku yakin jika perubahan ini berlaku, budaya berkerjasama, saling bantu membantu dan suport menyaport dalam program-program yang dianjuarkan akan berkembang tanpa mengira pahaman politik, persatuan yang diwakili dan perbezaan pendapat.

10. Aku harap budaya yang lebih baik, telus dan jujur akan menjadi asas setiap program.

"Perubahan Memperkasakan Mahasiswa"

Pemberitahuan

[atikel bertajuk 'Kepimpinan Kampus' aku edit skit bg menenangkn hati2 mereka yang bertopi merah ini dan atas dasar kawan, aku akan edit dengan lebih lembut bahasa nya, lagi halus supaya boleh menusuk tanpa sedari. Nantikan, harap maaf kepada yang tak sempat nak baca]

Peta Pelawat