Friday, July 31, 2009

Babak yang ringkas tp penuh makna

Aku br sudah tgk Kylie xy.. aku tertarik dengan satu babak.. babak ni bukan cerita pasal Kylie dan bukan citer pasal Jessi.. tapi babak ni cerita pasal member diorg yg aku tak igt nama dia...

Mamat ni sorg yang malas belajar dan tiada matlamat dalam hidup dia... mamat nikagum dengan kylie yg bijak dalam segala benda.. dan cadangkan kylie jadi Dr... Kylie pun tanya kenapa, mamat ni jawab supaya dia boleh selamat kan member girl diorg yg ade sakit yg kritikal la... then kylie kata, awk yg patut jd... mamat ni jawab, tapi aku bodoh, sains pun cukup2 makan ja lulus tak mcam ang...

Dalam Episod ni Jessi nak perhatian so dia tunjuk la dia boleh terjun bangun, tp dihalang oleh Kylie... mamat ni tanya, mcam mana Kylie buat, dia jawab awk patut mula dengan asas iaitu badan manusia terdiri daripada 50% air.... mamat ni pun balik study...

Then pada minggu career, mamat ni terserempak dengan pengetua kolej dia, pengetua kolej dia kata "minggu career ni bukan utk org yg takde masa depan".. dengan nada yg tegas dan serius mamat ni jawab "mmg sebelum sy malas dan takde mase depan, tp sy dah sedar, ada matlamat dan sy akan berubah".. pengetua kagum dengan kata-kata tu.. then masa mamat ni cakap macam tu girl yg sakit tu ade tepi dia....

Lepas pengetua tu blah... girl tu tanye.. apa matlamat awk, mamat tu jawab.. "awk boleh pangil sy Dr ..... (nama mamat tu) lepas ni..." girl tu tanye kenapa nak jadi Dr?? mamat tu jawab " sy nak jadi org yg selamatkan awk"... girl tu kata lagi " byk lagi tahun yg awk perlu habiskan utk jadi Dr".... mamat tu pun jawab dengan tegas kat girl tu " Jadi awk perlu bertahan sampai ke tempoh tu.."....

Demikian lah cita-cita seorang kawan kepada kawan.....



Tuesday, July 28, 2009

iPod untuk dijual RM1000




Dilengkapi dengan Protected Film depan dan belakang bersama cover... berminat hubungi aku segera... rm1000 shj..


Thursday, July 16, 2009

Teka teki dari Radio Semalam

masa aku dengar radio dengan aidil smlm balik daripada pejabat ada teka teki.. berbunyi:

"Huruf apa yang cantik dan hemsem?"

jawab-jawab...

Monday, July 13, 2009

Orang yang berjaya..

Td masa makan tgh hari dengan Meor di Nasi Campur Awet Muda, Sg Dua, masa aku tgk2 orang bayar kat kaunter aku teringat satu cerita masa aku matrik dulu..

Masa tu aku di matrik kedah, changlon, time tu dah masuk sem 2.. aku mcam biasa aku suka makan tengah hari lewat dalam pkul 4 ptg baru p lunch.. wat mcam mana time tgh hari ramai sgt org dan aku suka membuta time tu....

Then masa aku makan kat situ, mak cik tokey cafe mai duduk dekat aku.. dah settle kira duit and kemas kot... tunggu masa dinner satgi dia pun bercerita pasal benda yang belaku pg tadi..

Ada seorang mamat ni datang cari dia... dia cakap nak bayar utang... mak cik tu pun terkejut sejak bila mamat ni berhutang ngan aku.. tgk pakai kemas, keta dia pun leh tahan besar gak.... mak cik tu pun tanya brapa??? mamat tu jawab rm2000 lebih.. terkejut mak cik tu.. byk tu...

Then mamat tu pun cerita, masa dia study kat matrik (matrik penang kalu tak silap aku) dulu dia susah, family die susah, so dia mmg takde duit langsung nak bayar makan.. jadi setiap kali masa makan dia akan amik makanan dan catat setiap harga makanan yg dia ambil... dia tunjuk buku 555 dia yg dah buruk tu kat mak cik tu... dia niat dalam hati dia, bila dia ada duit nnt dia akan bayar balik semua ni... tp yg die pun pelik, tak de sape2 pun perasan...

Before ni mmg makcik cafe tu buka cafe kat matrik penang... dia pun terkejut... bile mamat ni datang, die tanye la dah keje ke?? mamat tu jawab alhamdullilah berkat makanan yg makcik hidang sy dah jadi engineer dan ada syarikat sendiri.. dah lama sy cari makcik.. Then mamat tu bayar hutang dia rm 2000 lebih tu dan bg extra rm1000 utk student yang mmg takde duit....

Peristiwa tu mmg menyedarkan aku bahawa aku cukup dalam keadaan selasa utk berjaya.. org yang dalam susah pun berjaya.. takan aku tak leh berjaya... sekian cerita yang aku kongsi utk har ini..


Tuesday, July 7, 2009

TESCO yang pelik..

Setiap kali aku p TESCO, tak kira lah TESCO Alor Star ka TESCO Penang ka, TESCO Extra ka, TESCO Seberang Jaya ka.. Benda ni pasti belaku.. Apakah benda itu???? bila kita dah beratur di Kaunter panjang-panjang, tp kalu malam dia cepat sikit sbb Q buster berfungsi tp siang kena beratur panjang. Then time nak bayar, mesti ada item yang aku amik tak dak kod bar.. Jadi takleh bayar atau aku kena g amik item tu yang ada kod bar.

Selalunya aku tak amik item tu, malas ma nak cari.. dah la TESCO tu 'kecik'.... yang musykilnya runner takdak ka??? and kenapa benda ni slalu terjadi??? Aku tak dapat nak ulas daripada pihak TESCO, sbb aku pun tak tau macam mana item2 ini di selengara... cuma yang aku dapat beri komen di Pihak penguna mcam aku..

Kepada pengguna, lepas ni kalu membeli belah di TESCO, pastikan barang2 yang diambil tu mempunyai KOD BAR, kalu tidak takleh nak bayar atau kena p amik barang yang sama yg ada kod bar ( kena tunggu lagi) ...Itu saja yang mampu dilakukan setakat ini... sekian...


Monday, July 6, 2009

Ayat-ayat daripada Syurga Cinta

Hari ni aku bangun terus tengok cerita 'Syurga Cinta'.. Satu cerita yang menarik dan memberi pelbagai peringatan.. Teringat beberapa ayat dalam cerita ni... disusun semula... :)

Kepada wanita:
"Jadilah wanita umpama bunga dalam Kaca, tidak mudah didekati, hanya mereka yang benar-benar mampu dapat menyentuhnya."

Kepada yang ingin bercinta:
"Jodoh itu ade 3 jenis:"
"Jodoh yang diilhamkan syaitan, kamu berjumpa dengannya, berpegangan tangan, berhibur dengannya dan kemudian tidur dengannya, dia kemudiannya hamil dan kamu menikahinya"
"Jodoh yang diilhamkan Jin, Kamu mencintanya, tetapi dia tidak mencinta kamu, kamu menyihirkannya dan membomohkan nya untuk berkahwin dengan nya."
"Jodoh yang diilhamkan Allah, kamu bertentang mata dengannya, lahir perasaan cinta dihati kamu terhadapnya dan lahir perasaan cinta darinya terhadap kamu, kamu meminangnya untuk dijadi permaisuri rumahtangga mu"

Kepada Lelaki:
"Cinta bukan untuk mainan, cinta bukan untuk dipersendakan, cinta yang diperlukan wanita adalah cinta yang iklas datang dari hati. Cinta yang bersedia untuk hidup semati."

Kepada semua:

"Percintaan adalah permulaan Jodoh"


Friday, July 3, 2009

Jamuan Makan malam di BNS TURAG

Lama aku tak update story dalam blog... bz dengan mcam2 kerja... Hari ni aku nak kongsi pengalaman aku menghadiri jamuan makan malam di BNS (bangladesh Naval Ship) Turag pada awal Mei dulu.

Kapal ini baru selesai exersice di Singapore bersama navy daripada beberapa negara lain, dan singah di pelabuhan butterworth.. dan secara tradisinya, jamuan makan malam akan diadakan, Panglima Wilayah Laut 3 turut dijemput.. Aku mewakili pegawai staf KD Sri pinang telah berpeluang ke majlis ini .

Persahabatan turut terjalin dengan pegawai Navy dari Bangladesh, iaitu Leftenan Imtiaz dan Leftenan Muda Saiful.. Aku bawa depa round2 penang dan introduce Laksa dan Nasi Lemak.. dan masa nak balik aku beli durian bagi kat Lt M saiful.. Alhamdullillah.. kami still berhubung melalui YM dan email.. turut bersama aku ke Kapal ni ialah Sobra, Ana dan Wati.. Dibawa adalah beberapa keping gambar ketika di atas BNS TURAG.:

Peta Pelawat