Wednesday, December 31, 2008

Kenangan Mendaki Puncak Kinabalu

Hari aku tengah pikir macam mana nak cari sponsor nak g sabah untuk projek INTAN. Dalam dok2 ikir tu teringat aku masa g sabah untuk mendaki gunung kinabalu di Sabah masa Matrik dulu. Seminggu di sana. Rindu gila saat Disana.

Hari aku rasa nak kongsikan skit pengalaman mendaki gunung Kinabalu dan aktiviti di Sabah. Insyaallah januari 2010 kita akan naik sekali lg ke puncak kinabalu mcam dirancang. Jadi kepada kengkawan, macam biasa benda paling penting kumpul duit. hahahhaha.. perit ooo nak cari duit..

So bermula la kisah pg kul 3pg sem 1 di Matrik kedah.. masa aku tgh lepak2 ngan kengkawan aku dalam bilik disable..tetiba lecturer aku 'taiko' En Kjj mai bilik. Then citer ilham terbaru, nak g gunung kinabalu.. idea menarik tu.. then sembang2 bermula tugas pertama cari pendaki n paperwork. Semua en kjj tlg setel kan.. then dapat peserta 40 org yang sanggup keluarkan rm500 seorang. Then Kita adakan trainning jungle tracking berjam2 tgh panas kt hutan apa ntah.. then daki gunung jerai.. fit ness test.. mmg fit lah.. selain tu persedian barang2, shoping sampai kat pesta penang.. cari duit.. najwad (along) terre cari duit.. kire leh dapat sampai org 4 helai bj n topi dan jamuan sampai 4 kali lah...semua keje ni dalam biro.. semua berjalan lancar..

Tiba lah hari nak pi.. dari KMK bertolak ke KLIA then naik fligth tgh malam.. sampai pg2 buta kat kota kinabalu dan bermalam di sana.. then the next day bertolak ke Kinabalu Park. On the way singah di kebun sayur.. beli survinior dan mcam2 lah.. then terus ke kita balu park.. sampai petang waktu ni.. then lepas check in.. Peklah selaku Asst Capt, membahagikan bekalan mengikut group sambil ade team yg masak kat dapur dengan chef samihah... dia mmg terre masak.. abg aku p.. dia mcam biasa lah tlg kak samihah masak... so lepas suma barang dah settle bahagi... kita ada kn solat jemaah dan bacaan yasin.. then taklimat utk pendakian esok... oleh bos2.. en zamri, enkjj, en amar dan lain2. Lepas tu semua relex menikmati alam, dingin kawasan ni.. sambil 2-3org wat last check on stuff.

Hari yang ditunggu2..pg2 lepas subuh berjemah.. semua org bersiap.. Then bergerak ke Tim Pohon Gate.. tempat kami mula mendaki.. Tak silap aku Kul 9 pg waktu.. Then majlis perasmian di adakan oleh pengarah Kampus.. then dalam kul 10 pg mula mendaki.. kami di bahagikan dlam beberapa group sume ada 40 org student 13 lecturer.. mendaki lah kami.. track yang cantik dengan flora dan fauna yang indah.. dari pokok besar balak.. sampai ke poko renek bila menghampiri kawasan yg lebih tinggi..

setelah 6 jam lebih mendaki.. Sampai lah di Laban Rata.. Perhentian utk rehat.. kami bermalam disini.. Group paling lewat sampai Kul 7... leh tgk sunset... cantik berdiri atas awan.. then masak n makan kat sini.. ade restaurant.. masa ni nasi goreng Rm20 sepingan.. tp lapaq nya pasai takpa.. aku wat pinjaman kewangan ngan taiko... Then rehat di situ.. ade 2 cabin satu di laban rata satulg di gunting lagandan (100m dari laban rata)...

kul 1 pg... semua bersiap utk sambung pendakian... kul 2pg semua mula bergerak... kawasan lepas gunting lagandan adalah kawasan berbatu... lepas 3 jam berjalan ada group yg mula berpecah.. sebb penat... then sampai lah di puncak... so group awal menunai solat subu n sujud syukur di puncak.. yg wudud terbatal tu..pasrah le amik wudud dlam kesejukan... then tgk mata hari terbit dan tunggu kawan2 dan bergambar dipuncak... then dalam kul 10 pg kami bergerak turun dari puncak ke Tim Pohon Gate... Letih gila masa nak turun.. sampai lah di Kinabalu park dalam KUl 6.... Otak dah bengong masa nie....

Lepas packing dlam transport.. kami bergerak ke Poring Hot Spring.. menginap di Situ... mcam biase.. kak samihah msak... b4 tu makan KFC di mane ntah.. aku pun tak igt.. malam tu mandi air Panas.. then siang esok g tgk bunga reflesia dalam hutan... Then bergerak Ke KK.. menginap di Marina Bay yg berharga rm300 semlam.. 10 org satu apartment...

Masa di KK kami p shoping di pasar Philipine dan makan di situ.. Best2.. Then bertolak balik ke KLIA dari KK... Mmg best lah trip ni... memori terindah dalam idup.. :) ...

"Persahabatan itu Indah"

Tuesday, December 30, 2008

Event Yang Akan Berlangsung DiKampus USM

4hb Jan 2009
Navy Family Day
Pantai Batu Feringgi
(Tindakan: Subby intake 19 dan PALAPES Laut USM)

Dijangka Pertengahan Jan 2009
Penamaan Calon MPP dan Pilihan Raya
Kampus Kejuruteraan
(Tindakan: Jentera Calon, Calon & Warga Kampus)
*Maaf diatas kesilapan tarikh sebelum ini.

9hb, 10hb, 11hb Jan 2009
SUKAD
Kampus Kejuruteraan
(Tindakan: Team Yang terlibat (Desasiswa)-Refer Jadual Game)

9hb, 10hb, 11hb Jan 2009
SUKAD
Kampus Induk
(Tindakan: Team Yang terlibat (Desasiswa)-Refer Jadual Game)

24hb & 25hb Jan 2009
Kejohanan Ragbi USM
Kampus Kejuruteraan
(Tindakan: AJK kejohanan & Team Bertanding)

7hb Feb 2009
E'SCOSA
Kampus Kejuruteraan
(Tindakan: AJK E'SCOSA, SEE & Warga Kampus Dijemput Hadir)

12hb sehingga 15hb Feb 2009
Debat Antara Desa
Kampus Induk
(Tindakan: MPD)

13hb sehingga 14hb Feb dan 20hb sehingga 22hb Feb 2009
Schooldetto
Kampus Kejuruteraan
(Tindakan: SEE dan Budak2 EE)

18hb dan 19hb Feb 2009
EKSPO KERJAYA USM KEJURURUTERAAN
Kampus Kejuruteraan
(Tindakan: AJK Career Fair, Final Year, Semua Warga Kampus)

16hb, 17hb dan 18hb Feb 2009
Kejohanan Futsal USM Kampus Kejuruteraan (TEJA)
Kampus Kejuruteraan
(Tindakan: AJK Futsal dan Team Bertanding)


20hb, 21hb,22hb Feb 2009
TEJA
Kampus Kejuruteraan
(Tindakan: MPDJ dan semua warga kampus dijemput memeriahkan kanival)

20hb, 21hb,22hb Feb 2009
Pantun antara Desa
Kampus Induk
(Tindakan: MPD)

24hb Feb -2hb Mac 2009
INTAN SABAH
UMS
(Tindakan: Deligasi INTAN Sabah)

Sunday, December 28, 2008

Memahami Imigrasi dan Ketuanan Tempat.


Carta Migrasi Manusia (tgk dari kutub utara)

Aku selalu terfikir mengenai isu yang panas sekarang, ketuanan melayu, dan macam mana aku nak memahami persoalan ini. Kenapa sekarang dipersoalkan begitu kuat. Desas desus melayu juga pendatang di Tanah ini. Hampir 6 bulan aku meneliti teks-teks dan kajian sejarah dan aku rasa aku nak berkongsi apa yang aku baca. Diatas adalah peta migrasi manusia daripada kajian sejarahwan.

Apa kena mengena migrasi dan ketuanan sesuatu tempat. Fakta pertama perlu kita fahami adalah ketuanan sesuatu tempat diberi kepada kelompak masyarakat yang menemui kawasan itu. Kita tgk di Eropah, org yang menemui eropah atau mula bermigrasi atau berhijrah ke sana adalah bangsa astonias dan germanic yang kini dipangil bangsa eropah dan diiktiraf ketuanannya di Tanah eropah, Di Amerika keturunan Indian atau lebihan dikenali sebagai Red Indian, megikut kajian, mereka berasal daripada keturunan berhampiran India-Mogolia yg berhijrah kesana, tetapi yg belaku kepada mereka adalah hak ketuanan mereka di nafi dimana mereka skarang? bagaimana taraf ekonomi mereka?.

Begitu juga di autralia dan tempat lain dimuka bumi, menurut kajian manusia mula menetap di muka bumi di kawasan utara aftika dan seterus berhujrah dan menjumpai kawasan baru dan menjadi tuan kepada kawasan itu. Inilah hal yg berlaku kepada masyarakat melayu. mengikut kajian Dr. Zafarina Zainuddin, Pensyarah Sains Forensik USM, terdapat dua kelompok Utama melayu. Iaitu melayu Proto dan Melayu Moden.

Melayu proto berasal daripada afrika yang kini dikenali sebagai org asli, kerana itu mereka mempunyai kulit yg gelap dan rambut kerinting dan kajian DNA juga membuktikan mereka berasal dari Afrika. Melayu proto datang ke Tanah Melayu pada 200 000 tahun dahulu tp bilangan kemuniti ini kecik berbading melayu moden.

Melayu Moden berasal daripada Populasi Mongoloid atau Autranasian (Kawasan Indo-China) dan berhijrah ke Tanah Melayu dan Nusantara melalui Sg Mekong, dipercaya penempatan pertama komuniti ini di Kelantan dan berkembang ke seluruh nusantara. Melayu Moden mula menapak di Tanah Melayu kira-kira 8000-6000 tahun dan membina ketermadunan baru dengan perubahan dailek bahasa dan kebudayaan. Keturunan ini yang dipangil Melayu hari ini.

Fakta yang perlu difahami juga, Bangsa Cina dan India mula datang ke Tanah Melayu pada 1800an yang dibawa oleh British bg memenuhi sektor perlombongan dan pertanian. Jelaslah disini orang melayu diiktiraf sebagai Tuan tanah di Tanah Melayu. Tp perlu juga kita fahami dalam konteks sekarang kita perlu hidup dalam masyarakat berbilang kaum dan masing-masing perlu memahami hak dan jangan menafikan hak kaum lain seperti yang terjadi di Amerika dan dasar Apertied di Afrika Selatan.

Bila kita memahami sejarah dan bagaimana pemberian warga negera kepada kaum lain di Negara kita, seharusnya tidak mempersoalan isu ini. Pihak yang terbabit perlu saling menghormati hak dan memelihara asas persetujuan ini supaya kita hidup harmoni.

Berkenaan soal bumiputera lain seperti kaum kadazan, murut dan lain-lain di Malaysia timur, ada desas desus mengata kaum bumiputera di Malaysia Timur mendapat kelebihan yang kurang berbanding di Tanah Melayu. Adakah benar?? Bagi memahami soal ini. Kita perlu soroti bagaimana penubuhan Malaysia. Sabah dan Serawak menyertai Malaysia tetapi beberapa perjanjian termaktub seperti warga negeri sarawak dan sabah, urusan Pentadbiran Negari dan Soal Tanah di Takbir oleh Negeri masing-masing. Kerana itu sawarak mengada pilihan raya berlainan di Semenanjung. Begitu juga hal bumiputeranya, tetapi ia tetapi dijamin oleh pelembagaan Malaysia, cuma kurang dan lebih itu kerana pentadbiran yang berbeza. Nanti aku akan cerita lebih lanjut perkara ini bila aku abes baca teks-teks dan kajian mengenai perkara ini.


[ Surah Hujuraat, Ayat : 13]
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan suku puak, supaya kamu saling berkenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling takwa di antaramu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya.

Saturday, December 27, 2008

Air Panas Ulu Lengong, Baling

Hari aku nk kongsi tempat percutian seterusnya yg aku penah p. Hari Sabtu lepas aku ikut rombongan pasukan bola adik aku yang kecik, KBTM yg berpangkalan di Jitra Kedah ke perlawanan persahabatan Bola Sepak dengan Project FC di Pengkalan Hulu (Sepadan Perak Kedah).

Perlawan diadakan di Stadium Daerah Pengkalan Hulu. Pada sebelah petang pelawanan untuk bawah 12 tahun yang berakhir dengan seri dan malam bg umur bawah 18thn berakhir dengan kalah 3-0... adik aku baru umuq 13 thn bermain dengan bawah 18thn.. dasy
at gak tu... tp tak pa good exprience...

Kami bermalam di Ulu Lengong, kawasan rekriasi air panas yang menarik. Ada kolam sampai paras dada.. best gila berendam sampai kul 3 pg.. kawasan ni ada tapak berkhemah, chalet n domitri.. ada gk home stay yg disediakan.. ramai gila org.. so aku kongsi beberapa gmbar2 kawasan rekrasi ni.. 2 jam ja dari alorstar and daripada kampus USM KKj.. nnt aku aku nk g lagi... jom ramai2...


"Menikmati Alam Ciptaan Nya"

Sword Barrel Lt Comm Azri

Segala puji bagi Allah yang menjadikan manusia itu berpasang-pasangan.. dengan rahmatnya juga akan lahir keturunan yang baik-baik yang akan membela Agama, bangsa dan negara. Terlebih aku ingin mengucapkan selamat pengantin baru kepada Lt Com Azri, TLDM, daripada unit Pusat Hidrografi Negara yang melangsungkan walimatulurus disebelah pihak lelaki pada 21hb Disember 2008 lepas.

Majlis ini diserikan dengan istiadat kawad pedang yang diiringi oleh pegawai (intake 19 - intake aku nie..) daripada KD SRI PINANG dan Pegawai Kadet Kanan PALAPES USM intake 20 dan 21 diiringi oleh tiupan beg pipe daripada 2 angota askar melayu.

Ini adalah tradisi Navy bg pegawai yang melansungkan perkahwinan. Semua pengiring pengantin menikmati dihidangan dimeja pengantin.. perh.. first time nie... tp menarik.. nice moment.. aku doakan tuan semoga bahagia bersama pasangan di dikurniakan cahaya mata yang sihat : )



Sabda Nabi " Perkara yang terbaik bg dua insan bercinta adalah perkahwinan"

"SELAMAT PENGANTIN BARU"


Thursday, December 25, 2008

Menjelang Pilihan Raya Campus sidang 2008/2009

Pilihan raya kampus (PRK) semakin hampir. Pelbagai pihak merangka strategi untuk menaikan calon dan pengurusan untuk menghadapi pilihanraya kampus pada kali ini. Sesungguhnya kita perlu mempunyai pemimpin yang bertindak sebagai wakil kepada semua pelajar. Aku ingin merakam sakulung tahniah kepada MPP sidang 2007/2008 yang bakal mengakhiri tugas tidak lama lg.

Kepada pihak yg akan bertanding dan sedang merangka strategi utk menghadapi pilihanraya kali ini, aku ingin berpesan iaitu bertandinglah atas dasar kredibiliti dan kemampuan calon. Jangan sekali-sakali fitnah menjadi senjata utk menang. Bertandinglah atas perancangan yg akan dilakukan jika terpilih sebagai wakil nnt. Andai fitnah menjadi senjata, pohonlah keampuan daripada Allah, sesungguhnya Allah mengampunkan semua dosa kecuali dosa mengsyirikan Allah.

Kita perlu fahami, dalam islam politik membawa maksud menguruskan urusan manusia, ini berbeza skali dengan politik barat yang mengutamakan kekuasaan. Amalkan kan politik islam. Masih tergiang2 dalam terlinga aku mengenai satu hadis, hadith nya panjang yg maksud nya menguruskan urusan manusia lebih baik daripada beriktikaf didalam masjid (bukan hadith penuh just content).

Pasukan atau pihak atau parti yang bertindak sebagai jentera membantu calon hanyalah alat. Umpama tukul untuk mengetuk paku, nail gun pun alat gak.. objektif adalah sama memberi yang terbaik kepada org yg kita menjadi wakil. Harus kita ingat, walaupun apa sekali pun alat yg kita guna, perkara paling penting yang perlu kita jaga adalah hubungan sesama insan. Prinsip mungkin berbeza.. tp akidah kita mentauhidkan Allah tetap sama. Terpilihnya pemimpin nnt bersamalah kita taati. Teringat aku dalam satu buku karangang Ali Khalid Muhammad, seorang pensyarah Universiti Di Mesir menerangkan mengenai Politik islam, kita wajib taat kepada pemimpin kita segala mana dia tidak kufur yg nyata dan jika ia kufur datang lah dengan bukti yg nyata yakni bukan fitnah dan dalil allah utk memerangi mereka(tak salah aku ni hadith, nnt aku check balik). Contoh fitnah ( kat sini " aku dengar org kata...").

Kepada pemimpin yg terpilih nnt hadith riwayat muslim: "Pemimpin yg baik adalah pemimpin yg sentiasa mengasihi rakyatnya dan dikasihi rakyatnya, yg mendoakan rakyatnya dan didoakan oleh rakyatnya. Pemimpin yg buruk benci kepada rakyatnya dan dibenci oleh rakyatnya, yg melaknat rakyatnya dan dilaknat oleh rakyatnya.". Peganglah amanah ini kerana agamamu, bangsamu dan negaramu.

Sabda Nabi saw :

كلكم راع وكلكم مسئول عن رعيته , الامام راع ومسئول عن رعيته , والرجل راع فى أهله ومسئول عن رعيته , والمرأة راعية فى بيت زوجها ومسئولة عن رعيتها , والخادم راع فى مال سيده ومسئول عن رعيته , وكلكم راع ومسئول عن رعيته. متفق عليه
Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya tentang rakyatnya. Imam (Ketua Negara) adalah pemimpin, dia ditanya tentang rakyatnya. Seorang lelaki itu pemimpin kepada ahlinya dan dia ditanya tentang rakyatnya. Seorang perempuan itu pemimpin di dalam urusan rumah suaminya dan dia ditanya tentang rakyatnya dan seorang anak menjadi pemimpin menggunakan harta ayahnya dan dia ditanya tentang rakyatnya. Maka semua kamu adalah pemimpin dan ditanya tentang rakyatnya.
(diriwayatkan oleh Bukhori dan Muslim)

Selamat bertanding.

"Hebatnya kepimpinan kerana strategi perjungannya menghadapi musuh, hebatnya pemerintahan kerana keadilannya."

Friday, December 19, 2008

Kem Persediaan Career Fair 2009 di Muka Head

Segala Puji bagi Allah... tercatat lg memori indah dalam hidup ini.. :) Kem persediaan Career Fair 2009 yang diadakan pada 17 sehingga 19 Dis 2008 di CEMEC , muka head , Teluk Bahang, Penang. Tempat aku secara peribadi rekemen kepada persatuan yang nak wat bengkel atau memantapkan uhwah organisasi. Disini aku kongsikan sedikit gambar2 aktiviti dan memori yag telah berlangsung pada tarikh tersebut

Ini adalah Jetty tp masa p kami tak naik boat kami juggle tracking tp beg naik boat and balik naik boat penat nak juggle tracking... hehehehhehe.. but sronok..

AKu bersiap nak bertolak daripada Campus. Nk kongsi pengalaman yg aku ada dengan keluarga baru ekspen.. :)

Sampai di Tanam Negara dan diberi taklimat oleh En Munawar, Staff USM CEMEC.

Jejaka harapan negara loading barang dalam boat.


Perjalanan ke CEMEC melalui jalan hutan... menarik.. lalu hutan tepi pantai...
Akhirnay setelah 45 min berjalan didalam Hutan sampai lah kami di CEMEC USM.

Ini adalah domitri pelajar.. best.. air shawer mcam ais..

Aktiviti pertama ampang pecaya yang dikelolakan leh kak ita. kaunselor hepp

Bob tgh tgk member2 atas pokok masa aktiviti ampang pecah


Then main istana pasir dan musnah istana, modul baru zool.. akan di improve kan lg... tp best sapa yg kena balik kasut keras... aku tak jangka.. sory.. but ada yg aku kagum yg pikir, mula2 nk balik kasut keras tu then die tukar atas dasar nak bermain.. great attitude.. kagum.. kagum..


Riada Pagi lepas Solat SUbuh dan Takirazah Subuh

Antara Istana yang dibina.. ni group Jiro


Perbincangan Kumpulan di Bilik Seminar yang perh macam nak mesyuarat Menteri..

Dewan Makan, makan tgh hari masa En Mahizan sampai... bersama pengarah Hafeez, Zool dan k.ita..

Ceramah personaliti Anggun oleh Kak Ogy, Skilogiest daripada Induk, Muda lagu nie...

Pejalanan Ke rumah api Muka Head. 2 jam perjalan dari Camp.. Kena daki bukit tp Umah api Kunci.. Waaaaaaaa penat... Tp ada hikmat :) .. indahnya bila tgk adik2 aku berkerja sama utk daki bukit ni....

Group jejaka harapan negara ketika pejalan ke rumah api

Rehat sebentar... dalam hutan lagi.. tak sampai Monkey beach lgi.. lepas monkey beach baru mendaki tangga 1000..

Bob menjadi Konductor Orkestra



Mantan-mantan berkongsi pengalaman, gambar aku kira wakil la ek yg lain.... hahahahhaha

BBQ dimalam terakhir... sedap katerin kt sini masak.. naik bukit turun bukit... masuk hutan pun berat still bertambah...



Sebahagian Peserta Makan-makan


Jejaka Malaya lagi... insyaallah jadi tungjang kekuatan USM nnt...

"Indah nya kehidupan ini kerana kita Kongsi Memori yang sama"

Peta Pelawat