Wednesday, October 29, 2008

Berkayak 29hb Oktober 2009

Alhamdullilah.. hari ramai yang turun kayak... staf and student.. meriah-meriah.. tp hujan dipenhujung hari... ada hikmah tu.. yang lambat n tak sempat naik insyaallah minggu depan kita buat lagi... aku kongsikan beberapa gambar-gambar masa kayak td..






Jadi boleh buat undian utk pilih hari berkayak di sebelah.. :)

Monday, October 27, 2008

Selamat Menduduki Peperiksaan

Aku mengucapkan selamat menduduki peperikksaan kepada semua kawan-kawan, adik-adik.. terutama budak EE.. Sekadar kongsi pesanan bg menghadapi peperiksaan ini:

1. Jaga Solat
2. Jaga Study
3. Jaga Amalan Harian (Makan, Pergaulan, Pakaian Dll.)

Istiqamah dalam persediaan menghadapi peperiksaan.

" SELAMAT MAJU JAYA"

Sunday, October 26, 2008

Harga Minyak, Krisis Ekonomi & Peranan Yang Boleh Kita Mainkan.

1. Hari aku baru balik daripada JUSCO baru kat bandar Perda.. Ramai nyer orang, maklumlah hunjung minggu and dapat gaji.. Tp dalam banyak-banyak yang p situ brapa ramai yang window shopping??? Adakah suasana ini melambangkan kita sudah cukup bersedia menghadapi krisis ekonomi???

2. Pada masa aku menulis artikel ini, indeks komposit pada paras 859.03 mata merudum setiap hari. Aku pun tak paham apa makna ni.. sahabat terangkan kepada aku, indeks komposit ini menunjukan pelaburan asing dan dalam sesebuah negara. Jika menurun maknanya tiada pelaburan luar dan dalam yang belaku. Syarikat2 yang baru melabuh di Malaysia tiada pada ketika ini, termasuk syarikat dalam negara. Ini menunjukkan peluang pekerjaan baru tiada.

2. Harga minyak dunia pada masa artikel ini ditulis adalah $64.15 setong dan pada Jun dahulu harga minyak berapa pada paras $140 lebih setong. Pada ketika minyak mahal, harga minyak negara pun dinaikan.. lantas kita tgk tambang bus naik, dulu betterworth alor star RM7.00 ja.. sekarang RM9.80. Tempat-tempat lain jugak naik 30%. Barang-barang sedia maklum la.. mee goreng dulu RM3 dah jadi RM4.. Skrang harga minyak di malaysia diturunkan, tp harga-harga barang yang dah naik tak turun pun.

3. Aku takmau bincang sapa perlu bertanggungjwab. Tp kita nak tgk kesan dan apa perlu kita buat. Syarikat-syarikat terpaksa mengurangkan kos,termasuk mengurangkan jumlah pekerja. Yang dah kerja kena berenti. Macam yang disebutkan diatas, daripada indeks komposit menunjukan peluang pekejaan baru tiada. Penganguran meningkat. Kuasa beli pengguna terhad sbb semua kena berjimat. Aliran kecairan tunai berkurang dan inflasi meningkat pada kadar yang membinbangkan..

4. Apa yang belaku ini memberi kesan terus kepada kita yang berumur 17 hingga 60 tahun.. kerana golongan umur ini yang berkerja. Anak sepupu aku yang kecik-kecik kisah apa, janji time makan ada makanan, tok aku yang dah kat umur 100 lebih pun tak kisah pasal ekonomi, boleh call anak-anak dia kalu ada masalah kewangan. Jadi kita dalam lengkongan umur ini, nnt dah grad kena hadapi semua ini. Seperti kajian kawan aku, krisis ekonomi malaysia 1998, indeks komposit dari ada 600 mata nak cecah 1000 mata ambil masa 5tahun.

5. Semua yang disebut diatas adalah kesan yang mana kita kena hadapi secara langsung nnt. Jadi sebagai mahasiswa apa peranan kita??? Pada pendapat aku, kita perlu memainkan peranan aktif dalam membantu pihak berkuasa dan kerajaan menghadapi krisis ini.

6. Kita Buat Bengkel Menghadapi Krisis Ekonomi di peringat Mahasiswa. Kita boleh kumpul segala kekuatan mahasiswa di Malaysia ini yang ada, menjelang cuti mid term nnt selama sebulan kita boleh adakan bengkel atau apa-apa prgram. Kita jemput kawan-kawan kita daripada IPT lain dalam bidang ekonomi dan bidang berkaitan untuk kita bincang pada peringkat kita untuk memberi cadangan kepada pihak kerajaan. Ini kerana cadangan kita lebih bersifat neutral dan academik tanpa pengaruh politik.

7. Aku bg 2 contoh dalam confrence ni atau bengkel ni, kata kita mengkaji dan mendapati bahawa sistem harga minyak harian perlu mengikut pasaran dunia, tp kekurangan daripada sistem komputer. Kawan-kawan dalam bidang software engineering boleh develop satu sistem yang boleh digunapakai di malaysia. Satu lagi contoh, kawan aku mengatakan kita perlu tingkat capital dalam negara., mcam mana nak buat... kwan-kwn kita yang pakar ekonomi akan sama brain strom dalam bengkel atau program ni.. tak kisah la cadang tu mcam gabungan bank ke.. then apa-apa je lah..

8. Kita lihat mcam mana mahasiswa di Indonesia membina sendiri jambatan di negera mereka. Mereka memainkan peranan aktif membangunkan fizikal negara mereka. Di jepun, kereta-kereta keluaran jepun di design oleh mahasiswa di Universiti mereka, kemudian membuat kajian.Mereka Juga memainkan peranan aktif dalam bidang mereka.

9. Kita yang bakal menghadapi masalah ini nnt. Dapat memainkan peranan kita secara aktif dalam membantu kerajaan menghadapi krisis ini. Bukan sahaja dalam bidang ekonomi,tp dalam bidang lain yang memerlukan setiap komponen masyarakat memainkan peranan, kita perlu melibatkn diri. Kawan-kawan di Universiti lain, kalu berminat dengan idea ini, ambil saja tanpa perlu mintak izin. Kawan-kawan di USM, kalu berada pada kedudukan yang mampu utk membuat perkara ini, aku sedia menerang dengan lebih detail perkara ini ;)

"Mahasiswa Komponen Penting Negara"

Saturday, October 25, 2008

sepintas lalu...


Sedar atau tidak kekadang kita selalu merungut.. kenapalah aku diuji smp mcm ne.. kekadang sampai kita rasa mcm tak sanggup dan diuji.. kita lupa yang semua manusia ni tak semuanya bertuah.. kadang-kadang tuah untuk kita tu sekejap je.. baru nak rasa manisnya dah diragut.. pahitnya yang kekal..
Org tua-tua selalu berpesan " Allah tak uji kita kalau kita tak mampu".. namun kita tetap rasa tak mampu nak hadapi tiap ujian yang diberiNya.. selalu kita kata " kenapa aku?? Why ME??"
Sekadar berpesan.. galilah hikmah yang terkandung disebalik tiap peristiwa yang terjadi.. kadang-kadang kita meminta bunga dan rerama.. tapi Allah kurniakan kita kaktus dan ulat.. namun kalau kita selalu sabar dan redha.. Allah akan gantikan kaktus dan rebut ia bersama ulat.. dari ulat keluarkan rerama cantik.. usaha, doa dan tawakal.. kembalilah ke jalanNYA.. Insyallah.. dari kaktus dan ulat akan hasil bunga dan rerama...
LaYaNzZZz...

Daripada:
Ratu Lanun
Black SHEPP

Thursday, October 23, 2008

Teruskan atau Mansuhkan AUKU??

1. Aku tertarik dengan isi yang diceritakan kepada aku oleh seorang sahabat yang pergi ke forum yang membincangkan auku di USM Induk semalam. Ape yang dibincangkan adalah mansuh atau teruskan AUKU... aku pun tanya, takdak bincang mengenai pinda ka?? die pun senyum.. die kata ada penal yang juga seorg peguam stresskan pasal pinda, tp maklum la majlis yang telah dirancang oleh pihak tertentu kata nya.. aku pun tersenyum.. :) Aku rasa aku ingin melahirkan pendapat aku mengenai isu ini.

2. Kita perlu fahami kenapa AUKU diwujudkan. AUKU diwujudkan oleh Tun Dr Mahathir ketika beliau menjadi Menteri Pendidikan dahulu. Dalam menjadikan Malaysia sebuah negara yang kuat, rakyatnya perlu berilmu. Pada masa ini, bilangan orang melayu yang memiliki ijazah sgt sedikit. Orang melayu di Universiti tempatan juga cenderung kepada politik, jadi tujuan penubuhan AUKU ini adalah supaya fokus pelajar di Universiti adalah untuk mendapatkan ijazah dengan cemerlang. Baru kedudukan negara lebih kuat.

3. Aku merujuk kepada tulisan tunku abdul rahman dalam buku 'Sebelum dan Selepas 13 Mei' yang menyatakan kecenderungan pelajar terutama melayu di Universiti tempatan terhadap politik dan ini akan menyebabkan hasrat negara untuk melahirkan mereka yang berilmu akan terbantut. Jadi Inilah tujuan asal AUKU ditubuhkan.

4. Kawan aku balik daripada Oversea kata, di Universiti luar tiada AUKU pun. Aku pun tanya di eropah tu dah brapa lama Universiti merka wujud??. Ratusan tahun dah. Maknanya mereka ada tradisi dan kematangan yang beza dari kita daripada kecendurangan politik. Cuba tgk sekitar kita, kawan2 kita.. adakah kita dah cukup matang dan cukup bertanggungjawab nak bicara soal politik ni???

5. Selain itu, ada mengatakan bahawa AUKU ni digunakan sebagai senjata politik oleh pihak tertentu. Aku tak berminat nak bincangan benar atau tidak dakwaan ini. Sebab yang kempen mintak mansuhkan terus pun adalah permainan politik pihak tertentu.

6. Universiti kita semakin hari semakin lama tempoh penubuhannya dan objektif melahirkan graduan terutama melayu yang berilmu juga sekarang tercapai. Kematangan pelajar pun semakin matang dan setiap isu. Jadi persoalan yang ditimbulkan adalah samada perlu diteruskan AUKU ini atau Mansuhkan.

7. Pada pendapat aku, tahap kematangan kita belum lagi mencapai tahap dimana AUKU perlu dimansuhkan. Lihat saja sekeliling kita. Apa yang aku cadangan ialah kita Pinda AUKU ini bersesuai dengan tahap kematangan UMUM pelajar kita. Aku ulangi tahap kematangan UMUM. Semakan terhadap AUKU ini perlulah dibuat sebagai contoh setiap 10tahun dengan kajian yang tidak dipengaruhi oleh faktor2 kepentingan politik.

8. Macam nak wat kajian tanpa faktor politik?? mesti berat kepada kepentingan politik punya lah.. kata kawan aku.. Jadi aku cadangan untuk menubuhkan badan untuk mengkaji ini, kita pangil kedua-dua belah pihak kerajaan dan pembangkang utk sama-sama memilih ahli dalam badan ini untuk membuat kajian. Dalam perbincangan ini, kedua-dua pihak ini mesti ada rasa bertanggungjawab demi melahirkan warga negara yang berkualiti bukan atas dasar politik semata-mata.

9 Kesimpulannya aku cadang pindaan perlu dilakukan kepada AUKU bukan mansuhkan atau teruskan seperti sekarang.

"Kematangan selaras dengan Tanggungjawab"


Wednesday, October 22, 2008

Berkayak


Aku dapat 1st, Syam 2nd & DIn Last


Walaupun renyai2... hujung tp seronok gak berkayak... Insyallah Minggu depan, Hari rabu kita berkayak lagi.. Percuma.. hhehhehe.. utk riadah dekat tasik.... Mai la minggu depan... Progam bawah Unit sukan, Ratu Lanun Handle (Kak Sal), Aku tlg run je...

"Open Talk" MPP

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Perhatian kepada semua pelajar USM Kampus Kejuruteraan, Majlis Perwakilan Pelajar akan mengadakan satu ’open talk’ antara MPP bersama semua pelajar berkaitan dengan Pelan Transformasi USM-APEX. Diharap semua pelajar yang berminat dapat sama-sama berkongsi idea dan pendapat bernas untuk disampaikan kepada pihak pentadbiran universiti. Maklumat ‘open talk’ adalah seperti berikut:-

Tarikh : 22 Oktober 2008
Tempat : DK 7
Masa : 2.00ptg- 4.00 ptg

Datang lah beramai utk kita sama-sama membantu saudara-saudara kita di MPP dalam ruang yang ada ini. Group 'API' mai tau.. Eldest pun mai ek.. kita tlg apa yang daya..

Solat Hajat Perdana menghadapi Final Exam

Tarikh : 23hb Oktober 2008
Tempat : Pusat Islam USM KKj
Masa : Selepas Solat Magrib
Anjuran : Persatuan Mahasiswa Islam dan MPD JAyA & Lembaran

Di jemput semua muslimin dan muslimat hadir. Usaha dan doa perlu seiringan dalam mencapai kejayaan.

Ekspedisi Berbasikal: Le Tour De Sedim 2008

Tarikh : 23-24 hb November 2008
Tempat : Sungai Sedim, Kulim, Kedah Darul Aman, Malaysia.
Bayaran : RM50 seorang
Aktiviti : Water Rafting, Water Tubing, ABseiling, Caamping, Tree Top Walk.
Anjuran : Kelab Rekriasi USM (KKj)

** Kayuh dijangka mengambil masa 4 Jam. Sesuai bagi yang ingin kurus.
** Kepada yang berminat boleh hubungi Donovan dan ajk beliau.

Tuesday, October 21, 2008

Bilik Contoh Jaya


Katil A dengan Susunan Meja Study Style 1


Katil B dengan susunan Meja Study stlye 2


Katil C dengan susunan meja study style 2


Meja Study susunan stlye 1


Meja Study Susun Stlye 2

Loker

Loker lagi...

Monday, October 20, 2008

Aspirasi, ProM, dan apa yang sebenarnya kita mahu???

1. Sekian lama apa pikir kenapa kena ada semanggat aspirasi, kenapa kena ada semanggat proM kenapa ada persatuan lain yang aliran lain dan apa yang perlu sebenar nya.Tertarik dengan penilaian dari blog afiq, walaupun aku tetap tak pasti, cuma aku luah kan pendapat aku sebagai bahan untuk kita pikir bersama. Adakah salah satu menentang dasar uniersiti?? aku rasa TIDAK.

2. Pada asasnya semua persatuan nk bersama-sama dengan dasar universiti membina kecermalangan bg student.. Ini yang semua kita nak.. tp yang belaku hari ni ada pepecahan yang melampau. Maksud aku kalu sekadar perbezaan pendapat biasa ok, ini sampai hasut menghasut, benci membenci.

3. Mula-mula kita tgk aspirasi.. semanggat nya bgus.. semua yang masuk USM laung aspirasi.. tp taktau apa.. tp makin hari makin ditolak oleh student.. termasuk aku.. ini dapat dilihat dengan semakin kurang nak jadi PPMS (PPMS pengerak utama aspirasi). Ini kerana jelas ada campur tangan politik dan kepentingan individu sampai belaku pengurusan duit yang tak diyakini. Program2 atas dasar kepenting politik and peribadi.. Pelajar2 yang bersama kelompok ni terpaksa menyembunyikan hal ni.. bila dah habis belajar baru cerita...

4. ProM plak asal nyer student yang menyedari masalah yang belaku atau perkara yang tak elok dalam aspirasi, jadi mereka pun menentang, ini kita boleh tgk apa yang diperjuangkan. Golongan ini kinai turut dipengaruhi oleh politik luar dipihak yang lain. Aku kaji pasai dua2 sebenarnya, aspirasi dan proM, yang mane proM bertunjang daripada PMI dan persatuan bangsa. Cuma bg aku mmg proM memperjuangkan yang btul, tp tiada mekanisma atau peracangan yang kukuh mcam mana kita nk atasi masalah ini tidak jelas.

5. Jadi apa yang belaku adalah kerugian kepada student tu sendiri. kalu tak join ProM, die kate aspirasi, kalu tak join aspirasi, die kate proM.. Kita yang rugi sebenarnya. mmg pengaruh poltik luar ada. tp kita kena jelas apa yg perlu bg kita sebagai student. Bina benteng. Benar universiti luar lebih terbuka, tp student dia wat tindakkan yang matang n tidak merugikan students. Ini sbb universiti luar dah ditubukan ratusan tahun, tahap kematangan lain dengan kita yang baru capai kemerdekaan n usia Univesiti masih muda. Tp jgn risau kita sedang menuju kearah kematangan.

6. Kita perlu bina balik, jika perlu, buang semangat aspirasi atau proM ni.. kita memegang semangat sebagai Pelajar USM, kita bina balik MPP yang macam2 org kata skrang.. kita buat utk menjadikan organisasi pelajar yg utuh yang mempunyai kekuatan sayap kiri dan kanan agar terbang tinggi mencapai langit..

7. Aku telah beri cadangan aku macam mana kita nak bleh buat. Skop yang aku beri kan fokus kepada kampus kejuruteraan. Kampus lain, aku menerima khabar positif kedua2 belah pihak atau sayap ni untuk kita bincang and bina balik yang telah rosak atau tak berfungsi.

8. Apa yang aku utarakan adalah membina keperkasaan bg mahasiswa dan mahasiswi usm. Cukuplah kita berpecah. Pasal pegwai, aku hurai nnt sbb tgh bincang dengan pemimpin dari semua kampus dan U lain. Aku bukan lah aspirasi (tp ada pengalaman) dan bukan lah proM. Jauh di sudut hati aku kita kena bina balik kekuatan pelajar supaya kita dapat memberi manfaat kepada pelajar balik, memberi suara dan pandangan yang kukuh dan adil kepada kerajaan dan pembangkang.

9. Kita perlu bersama2 utk bina MPP balik (bukan ditujukan kepada ahi MPP) tp sapa pun yang memegang amanah dalam MPP, mereka bukan aspirasi, bukan proM tetapi mereka adalah pegerak keperkasaan mahasiswa (susah nak paham kan, bace artikel lain dalam blog ni). Aku tahu setiap ahli MPP mempunyai kerisauan yang sama, aku dapat rasa bila berbicara dengan depa.

10 Konklusi nya, Yang kita nak capai adalah keperkasaan pelajar. Masalahnya pepecahan antar a pelajar aspirasi dan ProM. Tugas sekarang satukan balik dan mekanisma yang jelas. Fokus kepada bina dalam kampus lebih banyak Yang politik luar, nnt dulu, kita ada tugas nak buat. Untuk mencapai yang tinggi kita perlu fokus kepada dasar yang kukuh. Kepentingan bersama harus diutamakan.

"Kepentingan Bersama Harus Diutamakan"

Percaya & Yakin..

Aku teringat satu kisah yang dicerita kat aku pasal yakin dan pecaya ni.. mula-mula aku bertanya yakin n percaya tu berbeza ke?? sbb kawan aku kate skrang ni ramai yang percaya tp tak yakin... so die cerita la kat aku berbunyi begini:

" Dalam satu pertunjukkan yang dihadiri oleh ramai orang, kecik, besar, tua dan muda.. seorang penembak tepat, telah meletakkan sebiji apple diatas tiang kayu dan dari jarak 50m dengan hanya satu das tembakkan die tembak tepat kearah apple tu. Semua org bertepuk tangan meraikan kehebatan penembak itu. Juru acara majlis bertanya kepada semua penonton, adakah kalian percaya bahawa penembak ini penembak tepat, sila angkat tangan sapa yang percaya. Semua penonton angkat tangan dengan kagum. Kemudian juru acara td minta seorang wakil penonton untuk tampil kehadapan untuk mengantikan tiang kayu sebagai tempat letak apple dan penembak akan cuba tembak.. tak dak seorang pun tampil ke depan. Ini menunjuk kan mereka tidak yakin dengan penembak itu."

Ulasan sikit:
Kita berkata kita percaya tp hakikatnya kita tidak yakin. Kisah ni aku kongsi sebagai renung kita bersama. :)

Saturday, October 18, 2008

Catatan, peristiwa dan kata-kata penting!!!!

Nabi s.a.w bersabbda: " Kelak, umat-mat lain akan mengerumuni kalian seperti orang-orang yang lapar mengerumuni hidangan mereka". Salah seorang bertanya: "adakah kerana bilangan kita sedikit pada ketika itu". Nabi s.a.w. menjawab: "Tidak, pada ketika itu bilangan kalian ramai, namum kalian seperti buih dilautan. Allah menghilangkan perasaan takut daripada hati musuh kalian dan Allah akan mencampakan "Wahn" ke dalam hati kalian". Salah seorang sahabat bertanya; " Apa itu 'Wahn' wahai rasullullah?" Nabi s.aw. menjawab: : Cintakan kehidupan dunia dan benci kematian". [Riwayat Abu Dawud dan Ahmad]

Sebelum kurun ke-18, Empayar Uthmaniyah memerintah dari india, negara arab, dan afrika utara dan eropah (turki dan sepanyol). Empayah ini diperintah oleh Khalifah dan mengamalkan sistem khilafah iaitu majlis syura' dan syariat Allah sebagai dasar pemerintahan. Ketika ini perang salib masih berlangsung.

Kurun ke 19 - Britain & France mula menakluk india dan utara afrika. Perjuang kebangsaan Arab melancarkan serangan keatas Empayar Uthmaniyah diserang. Didalangi oleh pengkianat Faisal anak lelaki Shrif Hussain Mekah yang merupakan agen Britain.

1915 - Penaklukan Iraq oleh Britain

1917 - Deklarasi - Balfour : Britain mempersiapkan penubuhan negera Israel.

11 Nov 1917 - Jeneral Allenby (Ketua Pasukan Britain) menakluki Palestin. Dia mengumumkan " Hari ini perang Salib telah berakhir".

1918 - Penaklukan Khilafah di Istambul oleh Britain. Selat Bosporus jatuh ke tangan Britain dan Perancis.

20 November 1922 - Persidangan Laussane bermula: Britain menuntut 4 perkara:
1. Sistem Khilafah mesti dihapuskan.
2. Khalifah mesti dibuang negeri.
3. Harta Khalifah mesti dirampas
4. Negara Turki yang baru mesti didirikan atas dasar sekular.

Mustafa Kamal mula mengeluarkan ugutan dan bertindak licik bagi memastikan semua pihak yang tidak bersetuju menerima tuntutan Britain. Setelah gagal dalam usahanya , Mustafa Kamal lalu membubarkan parlimen secara paksa. Selepas pemilihan baru , persidangaan parlimen kedua juga tidak menerima tuntutan itu. Mustafa kamal tetap menurut kehendak Britain melalui konsiprsi politik secara paksa. Salah seorang Ahli Parlimen 'House of Commons' memprotes Lord Curzon (dalang perjanjian Lausanne) dengan mempersoalkan "Kenapa Turki diberi kemerdekaan sedangkan Negara Arab ditakluki?". Terhadap soalan ini Lord Curzon menjawab:"Faktanya sekarang adalah bahawa Turki telah dimusnahkan dan tidak akan bangkit lagi kerana kita telah hancurkan kekuatan rohnya: Khilafah dan Islam".

13 Mac 1924 - Mustafa Kamal laknatullah mengistiharkan sistem khilafah dihapuskan di istambul. Khalifah yang memerintah di Kepung dan dibuang negeri pada hari yang sama. Ini yang dibayar oleh Mustafa Kamal kepada Britain untuk menjadi President Turki. Republik Sekeluar yang baru. Pendidikan barat di perkenalkan, tulisan arab dimansuhkan diganti tulisan latin. Pakaian barat diperkenal dan melarang pakai melambang islam ke parlimen seperti bertudung dan menutup aurat.

1924 sehingga sekarang - negara india, arab dan afrika utara mendapat kemerdekaan dengan mengamalkan sistem pemerintahan sekular.

1947 - PBB mengdeklarasikan penubuhan Isreal dan memecahakan Palestin tidak lewat darpada 16 mei 1947. Dengan alasan memberi tempat kepada kaum yahudi yang menjadi seksaan Hitler. Penyeksaan, pembunuhan dan pegusiran warga palestin bermula sehingga sekarang dengan kejam tanpa peri kemanusiaan.

1947 - Pembunuhan beramai-ramai umat islam di Kashir bermula. 3370 diseksa sehingga mati, 100000 dipenjara tanpa bicara. Beribu-ribu wanita dirogol. 70 000 Syahid. Semua ini dilakukan oleh pelampau hindu. Penyeksaan belaku sehingga sekarangg.


8 Mac 1945 hingga 1963 - Pembunuhan 1.5 juta org awam Algeria oleh tentera Perancis.
2000 - Israel mula menggunakan senjata kimia terhadap penduduk Palestin. Penyeksaan berterusan dilakukan kepada warga Palestin. Wanita-wanita islam dirogol oleh tentera perancis.

1992 -1995 - Pembunuhan beramai-ramai di Sebrenica, Bosnia oleh Puak Serb. 8373 terbunuh. PBB menyerah kuasa tentera kepada Pihak Serb yang diketuai oleh Ratko Mladic.

11 Julai 1995 - Setelah pengunduran tentera PBB. Ratko Mladic, ketua tentera Serb berkata:" Hari ini, pada 11 Julai 1995, di Sebrenuca Serbia, ketika Serbia menyabut hari sucinya kami menyerahkan bandar ini kepada Negara Serbia. Sebagai penentangan terhadap kaum Turki dan masanya sudah tiba untuk membalas dendam terhadap kaum muslimim" dengan penuh anguh dan dendam diwajahnya. Umat islam terlah dibunuh dengan kejam.

1992 - Pembunuhan beramai-ramai Rusai keatas kaum Muslimin di Chechnya.

2001 - Tentera Amerika bersama Pakataan Utara Menyerah dan menceroboh Afganistan. Membunuh tanpa belas umat islam disana.

2002 - dDi Gujarat, India: Ratusan Muslimah dan anakanak perempuan dirogol dan kemudian dibakar oleh kaum Hindu.

2003 - Amerika menyerang Iraq. Umat Islamm diseksa dan dibunuh kejam. Masih ingat ke Lindi England yang menyesak tahan Iraq dipenjara?? Tentera Britain membelasah penduduk Iraq seperti Binatang. Maha Zalim!!!! orang beribadat didalam masjid ditembak tanpa belas sehingga terburai perut.. hancur kepala... tangan tanpa isi... tiada langsung nilai insan..

Pemimpin-pemimpin mereka berkata:

Dick Cheney (Timbalan Presiden AS): Mereka berbicara tentang menegakkan semula apa yang boleh kita gambarkan khilafah ke 7 yang diperintah dengan hukum syara',Interpresati Al-Quran yang tegar..

Charles Clark (Mantan Setiausaha Dalam Negeri U.K 6 Oktober 2005: "Tidak boleh ada perundingan penegakkan semula Khilafah dan tidak boleh ada perundingan langsung dalam usaha menerapkan hukum Syara'..

Eric Edelman (Pembantu Setiausaha Pertahanan A.S 6 Oktober 2006: "Masa depan Iraq samaada akan dikuasai oleh pengganas yang akan mengembangkan sayap mereka dan kemungkinan bagi mereka menegakkan Khilafah atau mereka akan dihancurkan bagi kita kegagal di Iraq tidak boleh dijadikan pilihan"

John Abizaid (komandan A.S di Timur Tengah):"Mereka cuba untuk menegakkan semula Khilafah bagi seluruh umat Dunia Islam kta perlu belajar apa yang mereka inginkan daripada mulut mereka sendiri"

Donald Rumsfeld (Bekas Setiausaha pertahanan US): Para militan percaya dengan mengawal sesuatu atau kawasan mereka akan dapat menyatukan kaum muslimin, dan membolehkan mereka menggulingkan semua kejaan moderat di kawasan tersebut dan menubuhkan sebuah empayar Islam radikal yang meliputi kawasan dari sepanyol ke Indonesia. Mereka cuba untuk mengambil alih kerajaan-kerajaan dari Amerik Utara ke Asia Selatanyang mereka harapkan suatu hari nanti meiputi seluruh dunia. Mereka telah merancang dan mengedarkan peta dimana sempadan kebangsaan dihapuskan dan menggantikannya dengan empayar ekstrimis global.

Pemimpin-pemimpin islam tunduk dan takut kepada Amerika. Ingat bagaimana Muslim Somalia memalukan Amerika dalam berjuang!!!

Sapa2 yang berminat nak melihat video tentang kejadian yang ditulis ni sila contact aku kay YM..


Friday, October 17, 2008

Kepada Pejuang..

"Aku mampu membayangkan al mujahid itu sebagai seorang lelaki yang setiasa membuat persiapan, menyediakan bekalan, berupaya menguasai fikiran yang memenuhi setiap sudut jiwa dan jurusan hatinya. Dia sentiasa berfikir dan menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap persiapan yang terus menerus. Apabila diseru dia menyahut. Apabila dipanggil dia menjawab. Pulang dan perginya, perkataan dan bicaranya, kesungguhan dan guraunya tidak melampaui bidang yang disediakan untuknya. Dia tidak mengambil tugas selain daripada yang diletak atau dituntut keatasnya. Dia berjihad dijalannya. Kamu dapat baca pada garis wajahnya, melihat pada kilauan matanya dan mendegar pada gerakan lidahnya segala yang bergelora dalam hatinya berupa hawa yang melekat, kesakitan yang terpendam, keazaman yang benar, kesungguhan, cita-cita yang tinggi dan matlamat yang jauh sentiasa memenuhi jiwanya"

-Imam Hassan Al Banna

Thursday, October 16, 2008

Sotong masak kicap (SMK)

1. Tajuk yang pelik.. aku mula2 takmau tulis pasai SMK ni... tp org tanya aku kena aku marah sgt... jadi aku cerita la skit cerita dongeng ni...

2. Aku mula2 anggap biasa la macam org boleh kata pasal SMK ni.. so takpa lah... suara2 mengata ni mai daripada senior2 .. masa ni aku 1st year.. then msuk 2nd year.. pada awal sem bukak aku join persatuan yang hebat ni... hebat sgt..

3. Aku pun buat la reja dalam pertubuhan ni macam biasa , tiba terjadi satu kisah ms SMK terlebih kicap balik daripada memangil org22 yang dibantu dengan muka yang marah. Utk makluman SMK ada 2 org, satu kurang kicap dan satu lagi lebih kicap.. tp yg lebih kicap ni dah join pertubuhan lain.. dia balik dia kata ada seorg pemeritah di sebuah pusat tak bg org22 yang diurus balik... then dia barcakap pada SMK kurang kicap.. SMK kurang kicap pun kata pemerintah tu mmg macam tu..

4.Then bos aku masa tu kata, beware SMK dua org ni akan buat pasai.. tertanya2 gak aku... but apa.. erm.. takpa.. tgk ja...

5. Aktiviti di teruskan disebelah malam dengan tayangan wayang yang dilakon kan oleh pemerintah td dan seorg lagi heroin yang jelas menjadi musuh ketat SMK dua.. mereka pun mengunci pangung wayang. maka org2 yang diurus pun berduyun2 ke pangung itu.. tetapi berkunci.. kesana kemari mencari tempat utk berehat... setalh itu, pangung berjaya di buka.. org2 yang dibantu urus pun masuk dan tgk...

6. Tamat ja pesembahan, wakil pertubuhan aku ni turun menyatakan kelewatan berpunca daripada pihak tertentu menyabotaj. balik bilik mesyuarat SMK berdua ni, bersungguh meyakinkan semua ahli pertubuhan bahawa.. sabotaj itu dilakukan oleh pemerintah dan heroin td.. utk memalukan kita... jadi SMK telah berjaya mempengaruhi ahli2 persatuan utk benci kepada pemerintah td n heroin.. aku rasa pelik dah... pasai pa plak aku yang tak pasai2 boleh jadi tak suka kat pemerintah n heroin ni.. so aku pergi mencari kebenaran...

7. Cari punya cari... bos pun pesan.. depakan dah buat tu... aku tak paham... jadi aku p merujuk kepada pemilik mata di pangung... baru lah aku tahu sapa yang mengunci pangung dan memulakan pemain kotor ini utk membuat ahli2 pertubuhan benci kepada pemerintah n heroin...

8. Jadi aku kata pada diri aku, aku mesti menjauhi SMK berdua ni lepas program mengurus dan membantu org2 ni... dia sedar kot.. dia pun hantar sms kat aku, aku tanya ni sapa, dia kata "u ni bukan student kejuruteraan ke, kalu u student sini mesti kenai ......... terhangat".. nk termuntah aku baca.. masa aku terima sms ni.. aku tgh meeting pertubuhan lain ... apa lagi aku tunjuk kepada semua ahli meeting la... semua pakat gelak.... hahahahahha.... hangat la sgt...

9. Then aku pun teruskan idup seperti biasa... then jadi plak kes di mana SMK kicap lebih mengadu email dia diguna utk wat surat layang.. kam gelak ja.. sbb mmg modus operandi SMK berdua macam tu... sbb yang trima surat layang tu, musuh2 SMK tu gak...

10. Aku meneruskan pengajian ketahun 3.. ada kes lagi plak dah.. kali SMK kurang kicap kena mengadap bos besaq sbb kes babit heroin dulu tu... then pemohonan nak jadi penolong bos di istana hingap student di tolak....

11. Yang terbaru... kononnya nak dapat title sbgai 2nd men bos dia la.. karya agong kawan aku.. diprint dan diberikan kepada bosnya... then yang menarik nya... penasihat penulis karya agong dipangil.. keluar ja penasihat tu dari bilik bos.. terus SMK ni dengan gedih p tanya kat S/U bos tu apa jadik??... gedik nyer... takleh tgk persaing berjaya..... sotong btul...

12. Yang terjadik di dalam kawasan yang dijajah oleh SMK kurang kicap... bilik2 kawan die suma jadi bilik dia.. masuk check fail org.. computer org... tnpa rasa salah..... hebat kan SMK nie....

13. Ni la sebb kenapa aku tak Suka SMK ni... bukan tak sedap.. tp boleh mrosak tubuh badan yang sihat..... cerita ini adalah rekaan semata2... utk hiburan... jgn contoh sikap ini......

"Jauhi makanan yang merosakan"

Tuesday, October 14, 2008

Pemimpin Pelajar

1.Aku telah jelas kan apa yan kita harapkan daripada sebagai pelajar dan kempimpinan pelajar dalam artikel sebelum ini seperti "memperkasakan MPP". Jadi Halatuju kita adalah menjadikan MPP dan persatuan sebagai pengerak utk membina kematangan dan jati diri pelajar. Yang mana aku telah jelas Pemimpin yang bagus akan berada di dalam MPP dan MT persatuan lain. Manakala Persatuan lain adalah tempat utk melatih dan membina bakal baru. MPP sebagai badan pelaksana yang sudah mempunyai org telatih. Mekanisma pengurusan telah aku jelaskan dulu. Jadi Penglibatan lebih menyeluruh. Dengan ini kita dapat bina pelajar yang terbaik.

2. Jadi perkara utama yang perlu kita fokus sebelum melaksanakan mekanisma ini adalah pemilihan pemimpin. Aku menolak faktor pemilihan yang diberi selama ini, iaitu mesti baik dengan HEPP, terbukti selama ini dah berapa tahun, faktor ini bukan faktor utk Kepimpinan perlajar berkesan. Faktor kedua yang diberikan adalah student aspirasi atau PPMS ini mampu berbahasa universiti?? bahasa apa depa pakai?? bagi aku pemimpin yang berbahasa universiti ada pemimpin yang mampu membuat keputusan bagi pelajar selaras dengan dasar universiti bukannya dasar individu tertentu dalam HEPP. Dengan secara langsung mereka boleh menerang dasar n matlamat USM.

3. Jadi faktor pemimpin yang aku gariskan adalah yang pertama Kredibiliti dalam melaksanakan kepimpinan. Maksudnya macam ni, jika individu tertentu kata kita bawak student ke BTN utk dedahkan pasal politik dah semasa negara. Pemimpin yang kita pilih mesti stand jgn jd pak turut ja.. dan tahu bahawa ini adalah dasar atau kehendak individu atas dasar kepenting politik, sbb kita tahu macam mana modul BTN. Jadi pemimpin ini mampu utk kata tidak dan buat program lain seperti jemput wakil dari kedua2 belah pihak politik iaitu pembangkang dan kerajaan utk menerang isu semasa macam UKM buat dulu. Baru btul dan selaras dengan dasar USM supaya pelajar terdedah dengan isu semasa. Bukan dipergaruhi sebelah pihak sahaja. Sebab kita jelas dan tahu ada individu dalam HEPP yang berkepentngan politik. Kita mau student dirosakkan oleh individu ini. Biarlah student mampu berfikir dengan maklumat daripada kedua2 pihak.

4. Selain itu pemimpin yang kite pilih mesti mempunyai jati diri dan berani menegakkan kebenaran. Ini dapat dilihat dari segi penampilan dan kelantangan tentang sesuatu perkara. Selain sifat update dengan sesuatu perkara dan jelas tujuan dan matlamat ingin dicapai. aku ulang pemimpin mesti jelas apa nak dicapai. Bukan taktau apa n apa yang nak dicapai mesti ditahap MPP Universiti bukan budak matrik atau sekolah menengah.

5. Aku tau sgt dan Amat susah bg 7 org pemimpin (MPP) utk membuat keputusan bagi semua pelajar. Jadi gunakan Gabung Pemimpin Pelajar Kejuruteraan ( GPPK) utk membuat setiap keputusan yang membabitkan pelajar termasuk darisegi kewangan dan peruntuk utk pelajar. Perbentangan penggunaan duit peruntukan dibentangkan dalam GPPK ini supaya kita jelas kemana duit dan brapa lagi baki n dimana baki. Macam yang terjadi pada ekspen dan peruntuk lain kita tidak tahu mane pergi duit itu, atau digunakan utk program lain. (Boleh rujuk blog afiq misman). Kalu nak guna utk program lain perlu mendapat persetujuan GPPK, baru la guna. ni suka hati ja amik guna..

6. Kenapa GPPK, kerana GPPK terdiri daripada pemimpin yang terbaik daripada semua persatuan termasuk MPD. Lebih kurang macam GPPK ni parlimen la tempat bahas n bincang, MPP kabinet utk run keputusan yang dicapai. Kenapa aku cadangkan GPPK yang buat bajet belanjawan daripada peruntuk diberi, sbb kita dapat melatih dari awal bagaimana pegurusan wang dan jelas kemana duit kita. Sbb aku heran disini kita ada 12 team yang masuk sukad final, bila mintak peruntukan nak g induk training, tetiba kata tak duit?? pelik... mcam tu gak dalam bidang lain, kita baget betul supaya semua dapat manfaat.. bukan puak2 tu ja...

7. Aku sedar kita daripada 1st year telah dibasuh oleh PPMS yang cederung kepada sebelah pilih. Ini belaku kerana dasar pemilihan PPMS itu sendiri. Jadi utk mengatasi masalah ini dengan GPPK yang akan memilih PPMS berdasarkan kuata daripada setiap persatuan atau mesti ada MT daripada persatuan itu yang jadi PPMS. Baru kata PPMS ni berkualiti.

8. Secara ringkasnya pemimping yang dipilih mesti berkredibiliti. Peranan MPP sebagai kabinet yang melaksnakan keputusan GPPK termasuk dalam soal pengurusan kewangan pelajar dan pembentukan PPMS. Peranan MPD dan persatuan lain adalah melahirkan atau melatih bakal2 pemimpin. Dengan ini penglibatan lebih meluas dan secara tak langsung ramai yang terlatih daripada segi kepimpinan dan akan matang daripada corak pemikiran seterus mencapai matlamat melahirkan graduan berkaliber dan berjati diri tinggi.

"pemimpin berkredibiliti penerus tradisi kecermerlangan"

Sunday, October 12, 2008

Apa sebenar nya ni??

1. Semalam aku balik naik kereta api. Aku tak leh tido sebb ada org ada org seronok sgt naik kereta api.. so aku pun p beli milo panas. Masa tu pukul 2pg.. sambil minum milo panas ketapi berenti di stesen kuala kangsar. Kat situ aku ada pasangan dah tua macam atuk n nenek, tp sgt menarik aku tgk kemesraan pasangan ni, si nenek berdiri dibelakang atuk sambil menongktkan dagu di bahu atuk dan melambai kepada cucu depa... then disebalik tu atuk pegangan tangan nenek.. best nyer aku tgk...

2. Then aku teringat satu sms yang aku terima last week pasal blog aku dari org yang aku taktau.. die kate apa sebenar nyer yang aku nak?? sekejap berbicara pasal politik kampus then tetiba masuk pasal cinta... Aku terpikir aku ni ada masalah personaliti ka? aku rasa tak, aku ada perdirian aku dan aku jelas apa yang aku nk..

3. Ditakdirkan oleh Nya, keikhlas percintaan itu akan membawa manfaat, bakal teman hidup menghadiahkan aku buku karya Tuan Guru Nik Aziz, aku baca trtulis pendek ja pada mukadimah buku memmberi aku ilham bg mana utk memudahkan aku menerang apa yang sebenar di lubuk hati aku ni kepada pengirim sms itu.

4. Apa yang aku ingin adalah biarlh universiti ni jadi tempat membina jati diri dan melahir insan2 yang berkualiti, kerana pada tahun kelahiran aku ramai lebih kurang 500 000 orang tp hnya 25000 ja masuk Universiti and ramai yang tak abes belajar. Daripada 25000 ini, brapa org lelaki?? kalu kita bersikap macam org yang tak abes belajar, tak kisah, nak idup mcam org biasa2, tak nak btulkan yang salah, taknak membantu membina insan.. jadi sapa yang nak buat??? member aku kat kampung ka ?? yang dia tau cari awek p cc then keluar pekan hujung mingu rantai penuh kat leher n poket.. yang aku suka tgk style gotik.. jati diri mana ni??

5. Jadi bagi aku, kita ada peranan sbb tu Allah bg kelebihan dari segi kecerdikan, mcam yang berlaku tahun 80an dimana masa ni org ramai berpakaian macam barat , kebaya ketat, tak bertundung tp bersangui, yang ladies isap rokok.. mahasiswa yang mask U ms ni balik ke keluarga dan masyarakat masing menjadi agen berubahan yang mana kita tgk yang sebelum tidak bertudung jadi betudung dan beradap dalam berpakaian. Ini adalah contoh peranan kita..

6. Dalam mencapai ni, kita perlukan sistem memilih pemimpin pelajar yang berkeliber sebb tu aku menulis pasal politik kampus sbb hanya 4 tahun kita kat sini. Lepas ni kita keluar, join masyarakat, kalu di U ni kita dapat membina jati diri kita. Kita akan jadi agen pembentukan masyarakat yang berjaya seterus membina negara yang berjaya. Ini peranan kita. bukan just follow sistem, masuk tadika, masuk sekolah rendah, masuk sekolah menengah, masuk matrik, masuk U, kerja, kawin, mati.. tak buat apa pun. Rugi nya....

7. Kita tak boleh ikut jati diri barat, lemah.. dalam ketenteraan org barat utk jaga moral depa, wanita dan arak jadi sandaran, die sekolah2 mereka hubung laki dan perempuan yang melampuai batas jadi ukuran kematangan, dari segi hiburan, kita dapat tgk pub2, jenis2 lagu.. dari segi pakaian ketat, seksi , make up yang melampau.. ni bg perempuan.. lelaki plak selekeh.. berantai... ini kan kemodenan yang diaggungkan??? yang menjadi ikutan dalam membentuk jati diri kita???

8. Kita sepatutnya ada jati diri yg kukuh, sejarah sebagai pengajaran. Dalam ketenteraan, perjuang islam apabila dalam keadaan takut bersolat memohon kekuatan, membatasi pergaulan lelaki dan wanita sebagai mana diajar walaupun kita ada keingin tp iman dan jati diri kita kuat, kita tak cepat ikut walau org kata kita ni mcam org tua ka.. rugi la.. igt hidup abadi di akhirat... masa ni kita untung.. wanita kita berpakaian menutup aurat, yang aku selalu dengar, jawapan tak sampai seru lagi.. seruan mati ka yg ditunggu??? lebih 1400 tahun dahulu lagi seruan allah utk menutup aurat dah sampai. Wanita Muhajirrin dan ansar, sampai saja seruan ini, walaupun di pasar, depa capai kain utk menutup aurat dan yang tak sempat memaling kan muka kearah lain utk tidak dilihat.. skrang sapa yang idup dalam dunia tamadun??? kita atau org dahulu yang mempunyai jati diri yang kuatt sehingga dapat bina empayar yang gagah n mahsyur??? renungkan... pasal hiburan aku huraikan nnt... pasal pakaian tertarik dengan satu peristiwa yang jadi depan aku, kawan aku, memakai seluar panjang yang kemas, bj lengan panjang dan membawa sikat dalam poket dan akan membetulkan rambutnya.... then ada sorg mamat kate kat dia, mamat bunga la ang ni.. mamat nie plak pakai seluar jenas, t-shirt berkedut, gelang di tangan n leher.... kwan aku ni jawab ni kan sunah rasullullah... sentiasa bersih dan kemas...

9. Then kenapa aku asyik tulis pasal cinta plak?? sbb ni adalah perasaan yang wujud dalam diri setiap insan atau makhluk.. dalam mencapai apa yang aku kata kat atas.. percintaan ini perlu sentiasa di peringati sbb kerana percintaan yang salah lah punca kejatuhan akhlak dan maruah umat islam, persekitaran kita telah buktikan.. sbb tu aspek percintaan ni.. aku tekankan.. supaya kita tidak rosak kerana percintaan dalam membina jati diri seterus membina keluarga dan membina ketermadunan yang berjaya....

10. Inilah asas jalan yang aku pilih... dan sms pun dan bunyi.. afiq pangil makan.... so.. renung-renungkan..:)

"Iman adalah Jati diri Kita"

Friday, October 10, 2008

Indah ciptaan Nya


Masa aku melayari blog rakan-rakan, secara kebetulan aku tgk gambar ni.. aku sangat tertarik dengan keindahan dalam gambar ni... :) jadi aku kongsikan gambar ni dalam blog aku.. tempat nya di Scotland kalu tak salah aku.. teringat ms aku kecik, aku suka kayuh basikal g tepi pantai kat umah aku kat langkawi then baring atas batu yang besar sambing dituip angin dibawah redup pohon yang rimbun... zzzzzzzzzzzzz

Thursday, October 9, 2008

Kurniakanlah...


Bismillahirahmaanirrahim...
Ya Allah jika aku jatuh cinta
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu
agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu Ya Muhaimin

Jika aku jatuh hati
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsuwi
Ya Rabbana, jika aku jatuh hati jagalah hatiku padanya
agar tidak berpaling daripada hatiMu........

Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu,
rindukan lah aku pada seseorang yang merindui syahid dijalanMu...
Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasihMu janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu Ya Allah,
jika aku jatuh hati kepada kekasihMu,
jangan biarkan aku bertatih dan terjatuh dalam
perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu....

Ya Allah,
jika kau halalkan merindui kekasihMu jangan biarkan aku melampaui batas
sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu...
Amin...


daripada:
http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=1188

Peta Pelawat