Wednesday, January 14, 2009

Analisa Manifesto PRK 2009

Selesai manifesto td. Skarang masa untuk analisis. Sebelum itu kita tgk calon-calon daripada school-school yang menang tanpa bertanding. Dari 6 didapati 4 calon selesa dan nampak bersedia bercakap di hadapan org ramai. Lagi 2 calon boleh perbaiki gaya berhadapan dengan org ramai. Secara 1st impression gandingan MPP yg menang dilihat lebih extrovact dan meyakinkan. Diharapkan sepanjang tempoh memegang jawatan amanah yg dipikul dijalankan dengan baik.

Calon UMUM yg pertama membentang manifesto. Saudari Aini, berbakat dan bersedia dalam perbentangan. Tetapi perbentangan saudari Aini dikaburi oleh sorakan penyokong lawan. Moto yang dibawa olehnya together we excellerate. Moto yang baik didengan program APEX. Agenda utama yang ingin dibawa ialah perubahan, namum dalam perbentangan td saudari ini tidak mengambil kesempatan untuk menjelaskan apakah perubahan yang ingin dibawa dan mekanisma atau kaedah yang ingin digunakan. Selain itu isu sistem perparitan dan meningkatkan taraf desasiswa . Isu yang baik dibawa tetapi pengupasan yang kurang jelas tentang cadangan atau kaedah yang ingin dilakukan. Pada pendapat aku, ruangan rapat umum seharusnya menjelaskan apa yang terkandung dalam blog atau poster pilihan raya. Meminta pengundi melihat didalam blog adalah sesuatu tindakan yg tidak tepat. Kaedah perbentangan seperti menyampaikan puisi pada pendapat aku kurang menarik disini kerana corak pemikiran pelajar kejuruteraan yang teknikal. Iaitu inginkan penjelasan mengenai kaedah yang ingin digunakan dengan jelas dan teratur. Namum kreativiti yang ditunjukan sungguh mengagumkan.

Calon UMUM yg kedua ada saudara ABUL KASSIM membentangkan manisfetonya. Saudara Abul nampak lebih matang dan mempunyai susuk tubuh yang lebih sasa. Membentangkan pengalaman beliau daripada peringkat poli, USM dan antarabangsa. Menggunakan ruang utk menerangkan apa yang terkandung dalam manifestonya. Dengan Moto IRC "Intergration,Rigth Charity", penerangan menifesto lebih jelas dengan pembahagian yang baik. Cuma mekanisma yang ingin lakukan tidak diterangkan. Berdasarkan pengalaman aku, menerangkan mekanisma atau kaedah atau cara pelaksanaan akan memberikan keyakinan kepada pengundi. Sebagai contoh, saudara ABUL KASSIM ini memperkasakan GPPK iaitu gabung pemimpin pelajar kejuruteraan. Ini bagus, tp apa yang lebih ingin didengar adalah bagaimana cara memperkasakan GPPK itu. Kekuatan yang ada pada saudara Abul pada malam ini adalah kematangan dan gaya beliau. Bagus.

Esok kempen lagi. Diharap kedua-dua calon meningkatkan kempen dan memperbaiki kelemahan hari ini. Dan skrang masa aku tido. Pasal komen-komen dan soalan-soalan aku jawab esok la ye.

2 comments:

Anonymous said...

Oooo, kumpulan ni la yg melalak semalam. Geli aku tgk korang

Anonymous said...

mcm maner nk sempat,budak2 U Apex ni terlalu bersemangat smpaikn melalak xkna tmpt..
papepn gud luck kedua2 calon..

Peta Pelawat