Sunday, January 11, 2009

SUKAD di Engineerig Campus..

Tahniah kepada pasukan-pasukan di Kampus Engineering kerana pencapai yang gilang gemilang pada hujung minggu ini.

Aku mula kisah dengan team ragbi. Pada kali ini team ragbi kejuruteraan yg dikenali sebagai Phantom telah dibahagi kepada 2 kumpulan. Team senior mewakili lembaran manakala Jr mewakili Jaya. Team Lembaran berjaya menewaskan IK dan Tekun seterusnya menjadi Johan Kumpulan. Manakala pasukan Jaya tewas kepada Murni dan membelasah Aman Damai utk menjadi Naib Johan Kumpulan. Di peringkat Separuh Akhir Lembaran bertemu Jaya. Kemahiran dan pengalaman yang ada pada team senior berjaya menang keatas Jaya. Seterusnya di Peringkat Akhir, perlawanan sengit menyaksikan selepas tamat masa permainan keputusan masih seri. Berg dikenakan Kad Kuning dan paksa meninggalkan padang selama 3 minit.. kemudian pemain murni nurani turut dikenakan kad kuning kerana kesalahan dilakukan. Tambahan masa juga menyaksikan seri dimana kedua2 pasukan membuat try.. Jadi sepakan penalty dari jarak 22 m terpaksa dilakukan.. Toyol dan Samad berjaya menyempurnakan 2 penalti daripada 5 bg memastikan Kejuaraan Ragbi Tahun ini milik campus Kejuruteraan.

Bagi Aksi Takraw pula. Team Lembaran telah berjaya menjadi Johan yang mana diwakili oleh permain-permain terhebat Kampus Kejuruteraan. Manakala Jaya yg sedikit kurang latihan berjaya sampai ke peringkat separuh akhir. Pada perlawanan akhir lembaran yg juga johan kumpulan menewaskan Bakti Permai 2-0. Sungguh hebat dengan kasut warrior masing-masing..

Pada permainan Bola Jaring.. Pasukan Jaya telah telah berjaya menghapuskan monopoli pasukan IK dalam acara Ini. Pada peringkat kumpulan pasukan bola Jaring Telah menjadi johan kumpulan dan bertemu dengan pasukan Lembaran pada peringkat separuh akhir.. Pasukan Jaya berjaya menewaskan pasukan lembaran. Pada perlawanan akhir pasukan jaya bertungkus lumus menentang pasukan Murni Nurami. Namun kehebat GS dan GD pasukan murni telah menghampakan pasukan Jaya 32-12. Tahniah kepada kemajuan Pasukan Jaya.

Perlawanan terakhir pada petang td adalah perlawanan Bola Baling Lelaki. Pasukan Jaya telah menjadi Johan untuk kali ketiga berturut-turut. Pada tahun ini NIzam yg telah menyumbang pingat emas dalam acara Squasy telah menyertai pasukan bola Baling ini. Pada peringkat kumpulan Pasukan Jaya telah membelasah pasukan lain dengan 14-0, 10-0 dan takut nak lawan. Pada peringkat suku akhir lawan dengan Tekun dan menang besar juga 8-1. Pada peringkat Separuh akhir pasukan Jaya Telah menentang pasukan Lembaran dan menang dengan 6-2. Pada peringkat akhir pasukan Jaya membelasah Murni Nurani 9-0. Bak kata team lembaran depa lagi hebat. Apapun engineering hebat.

Pasukan yg terakhir adalah pasukan sorak. Jaya dan Lembaran telah berpadu tenaga memberi sokongan kepada pasukan dari kampus engineering sehingga menyebabkan tekanan mental kepada pasukan lawan. Tahiah Pasukan Sorak. Minggu depan kita gempur kampus Induk plak!!!. Kalu Lembaran Jaya Gabung.. Perh.. Confirm Champion!!!!

Keputusan Terkini:
Jaya : Squasy Lelaki Emas, Bola Baling Lelaki Emas, Bola Jaring Wanita Perak.
Lembaran: Temping Bowling L perak, Ragbi emas, Takraw Emas.
"Engineering Team The Best"

4 comments:

Anonymous said...

majulah pasukan sorak untuk engineering campus..=p

Anonymous said...

tahniah kepada semua pemain....
team sorak memang best..
minggu depan sama-sama kita berjuang di induk.....
~mok

Anonymous said...

Nizam pun kena kad kuning gak.. hahahahhaha

~penyokong tegar engineering..

Exco Kebajikan said...

knp kad kuning je??kad undangan kahwin xde ke??ngeh3X

Peta Pelawat