Wednesday, January 14, 2009

Komen-komen menarik utk di kongsi..

Wah best nyer bila banyak2 komen macam ni... macam biase aku tak kan delete comments saudara dan saudari.. Mula-mula ingin nk jawab komen-komen tp tak jadi sbb ada tlg jawab dah. Hari ini aku nk share 3 komen yg aku rasa menarik dan perlu diberi perhatian. Yang pertama datang dari 'Pelajar Kampus', katanya:

"Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa yang saya akan katakan disini merupakan pendapat saya semata-mata. Ya memang benar kata saudara kita Luffy yang mengatakan kenapa join politik jika tidak mahu dipulau atau dibelot. Tetapi adakah semangat itu yang saudara ingin sematkan didalam hati pelajar2 USMKKJ atau lebih kepada semangat persaudaraan? Apa yang saya difahamkan, perbincangan yang dijalankan adalah untuk mengelakkan berlakunya salah faham diantara para pelajar sekiranya PRK dijalankan(memilih calon yg sesuai melalui musyawarah). Bukankah itu yang sering dilakukan semasa zaman khalifah?. Ya memang benar para pelajar yang menyokong mana2 pihak harus melupakan segala apa yang berlaku semasa hari berkempen setelah tamatnya PRK. Tetapi adakah saudara yakin ini akan berlaku dan para pelajar yang terlibat akan berbaik semula setelah PRK tamat? Apa yang saya lihat, semasa PRK lah kita akan hilang segala semangat persaudaraan kerana kita lebih pentingkan SEORANG calon daripada 100 rakan. Untuk pengetahuan saudara, pihak mantan2 memang memberikan pendapat mereka setelah mereka berbincang dengan persatuan mereka sendiri. Namun kenapa harus berdusta? Kenapa tidak memberitahu sahaja yang mereka inginkan pilihan raya? Adakah ini salah satu strategi kotor untuk mendapatkan maklumat mengenai calon pihak lawan? Bagi saya, jika benar mahukan pertandingan, pihak yang inginkan itu haruslah secara jujur memberitahu niat mereka. Kita masih pelajar. Politik, politik juga tetapi jangan sampai persahabatan menjadi petaruhan dalam politik ini terutamanya politik kampus. Kerana jika ini berlaku, maka saya takut umat islam akan sentiasa jatuh kerana umatnya sendiri.

Saya mohon maaf sekiranya terdapat kesalahan didalam kata2 saya tersebut.

Sekian."

Yang Kedua daripada Kura-kura Senyum sokmo:

"ramainyer yang memberi komen.. kali ke-4 sy membaca artikel ini dan komen-komen.. Sgt menarik kepada siapa yg memahami masalah orang melayu.. Terlebih dahulu sy ucapankan tahniah kepada mereka-mereka yang prihatin terhadap kesatuan orang melayu.. Daripada bacaan dan temubual dengan org yg menulis, dapat sy paham bahawa penulis yg dikenali sebagai en kilau tidak menghalang pilihan raya.. cuma apa yg dilakukan oleh kumpulan ini adalah mencadangkan nama calon.. dan jika ada calon-calon yang ingin bertanding. Perkara asas seperti melebel saru-satu pihak sebagai PMI atau proksi kerajaan tidak diutarakan beberapa pekara asas lain. Ini bertujuan mengelakkan pepecahan dikalangan pelajar melayu. Berkenaan dengan pemilihan lelaki, saya melihat mmg tidak salah utk kaum wanita bertanding, cuma dalam contect kita pada pilihan raya kali ini, yg mana kedua2 calon mempunyai keseimbangan dan tidak dipengaruhi oleh semangat kepuakan seperti sebelum ini, ini saya buat daripada analisa manifesto kedua2 calon td. Jadi sebagai seorg muslim/muslimah kita mempunyai panduan utk membuat pilihan pemimpin kita. Walaupun ini hanya lah pemilihan MPP peringkat kampus, tetapi implikasi wakil yang menang ini membawa suara ke peringkat kebangsaan atau mewakili suara belia. Yang mana secara tradisinya calon UMUM daripada kejuruteraan akan menjadi NYDP USM keseluruhan. Bayangkan seorang seorang NYDP dari sebuah universiti ternama negara. Pemilihan kali ini mempunyai kepentingan yang lebih luas, bukan hanya pilihan raya kampus semata-mata. Sekali sy ingin menyatakan tahniah kepada mereka yg prihati dengan masalah di kampus terutama en kilau yg budiman. Undi saya adalah rahsia.. GOOD LUCK ABUL & AINI!!!!

~Kura-kura senyum SoKmo~"

Yang Ketiga daripada Saudara Android09, yg secara peribadi aku kagum dengan artikel-artikel penulisan beliau, Katanya:

Salam...
ramainya duk komen...
nak komen jugak..

lupakan salah faham, belot ke tak belot, pancung tak pancung, abul atau aini. Apa yang salah faham? apa yang belot? apa yang nak dipancung? apa pula chauvinism? Abaikan these nonsenses.

Cuba tgk rapat umum semalam. Apa yang berlaku? Bising, provokasi, dan macam2 lagi. Abaikan juga yang itu.

Cuba tengok bilangan org yg hadir. Rasanya tak sampai 10% pun mahasiswa yang hadir untuk menyaksikan rapat umum tersebut.

Kenapa dengan orang yang tidak hadir? Adakah mereka banyak kerja lain? Banyak assignment? Study? Atau leka bermain Game?

Tak kisah apa-apa urusan mereka, apa yg kita dapat lihat, mahasiswa USM KKj ni tidak berminat dgn politik kampus. Tidak berminat dengan pemilihan pemimpin mereka. Tidak juga berminat mengenali siapa pemimpin yang mereka akan undi nanti.

Yang hadir hanyalah beberapa orang penyokong calon, provokator, orang yang kebetulan sedang makan... kiranya tak sampai 10% mahasiswa yang hadir.

Rapat umum adalah program yang penting yang dianjurkan oleh pihak universiti. Jika tidak penting kenapa TNC pernah hadir. Kenapa malam tadi Prof Rahman juga hadir.

Jika program penting ini tidak mendapat sambutan mahasiswa, rasanya menang atau kalah calon-calon yang bertanding, tidak membawa apa-apa makna. Hampir-hampir saja sama levelnya dengan pemilihan secara perbincangan.

Kenapa warganegara dibolehkan mengundi bermula pada umur 21 tahun? Kenapa tidak bermula dari umur baligh, 15 tahun sekurang2nya? Kerana secara amnya, seseorang yang berumur 21 tahun ke atas mampu menimbang, menganalisis, memahami hujah dan suasana sebelum memilih seseorang pemimpin. Tidak memilih berdasarkan sentimen kepuakan, emosi dan sebagainya.

Jadi,sepatutnya mahasiswa yang akan mengundi nanti, perlu mempunyai maklumat yang secukupnya untuk difikir dan dianalisis sebelum membuat pilihan. Bagaimana mahu dapat maklumat, jka majlis rapat umum lengang sahaja? Siapa yang kata crowded, memang jenis tak cukup zat.

Rapat umum semalam, menunjukkan mentaliti mahasiswa terhadap pilihanraya kampus sangat tidak memberansangkan. Tidak penting bagi mereka. Yang seronoknya, main game. Berchatting.

Jadi, rasanya mana-mana calon yang menang nanti, adalah elok sekiranya anda bukan sahaja menyempurnakan kebajikan mahasiswa, malah boleh berusaha menggilap semula mentaliti mahasiswa terhadap program-program anjuran universiti. Universiti Apex, bukan sekadar nama yang kita mahu, tetapi transformasi mahasiswanya ke arah lebih intelektual juga perlu."

http://aneroid09.blogspot.com

6 comments:

Anonymous said...

congakkan di ats kertas menyaksikan abul kasim menang tipis dgn kelebihan satu(1) brbnding aini..namun segala2nya akn ditentukan esok(15 jan 09) apb kedua2nya 2rn pdg utk pertembungan klasik membabitkan 2 musuh tradisi..segala2nya akn ditentukan oleh rakyat jelata siswa-siswi usmkkj..ayuh 2rnlah mngundi..ingat undi anda adlh rahsia..hak3X :-)

Anonymous said...

Assalamualaikum wbt..
Salam salam salam..
Penyokong Saudara Abul..
Apabila saya meneliti manifesto saudara.. Pada padangan peribadi saya.. Ianya menunjukkan bahawa kita sebagai sebuah universiti yg paling ulung dimalaysia.. Sebagai Universiti Apex masih lagi mengalami permasalahan lapuk yang tidak pernah selesai..
Sebagai cth, saudara menyatakan di dalam soal integrity.. Satu isu lapuk yang dibawa untuk mencanangkan kembali perpaduan antara kaum.. Sedangkn kita sebagai warga Universiti Apex seharusnya sudah matang dalam memikirkan persoalan ini..
Jadi sepatutnya tidak perlu untuk kita menekankan soal perpaduan pada fikiran saya.. Hal ini kerana sewajarnya phak pentdbiran Universiti APEX ini telah memikirkan persoalan ini..
Dari sudut soal right.. kebebasan.. Kata anda.. Hak apa?.. Apa hak mahasiswa yang dipertikaikan oleh Pihak Pentadbiran.. Saya ambil satu contoh.. HEP contohnya, dibawah pimpinan En Mahizan.. Beliau membuka selua-luasnya suara daridapa mahasiswa.. Banyak program-program yang dijalankan oleh mana-mana persatuan diizinkan.. Tiada sekatan..
Pada fikiran saya, Universiti kita telah membuat yang terbaik untuk memberikan warganya hak untuk bersuara.. Hak untuk memilih seperti sekarang ini.. Begitu juga suara pelajar ketika menentang serangan Israil terhadap Palestin.. Jadl soal right sepatutnya tidak perlu timbul..
Dari sdut kebajikan.. pada padangan saya bagi sesiapa yang ingin menjadi MPP semua akan cuba menjadikan ini sebagai umpan.. Kerana, sbnrnya kebajikan bagi Universiti kita adalah baik.. kalau saudara membawa isu ini.. Seolah-olah, kebajikan itu masih menjadi masalah kepada pimpinan lepas.. Internet sebagai contoh, sekiranya hendak dibandingkan kampus lain seperti Uitm.. Universiti kita adalah lebih baik..
Maka, sepatutnyalah, bagi calon-calon yang bertanding sekarang ini.. Manifesto yang harus dipertontonkan dan dibawa seharusnya tidak lagi membawa warisan lapuk manifesto pilhanraya yang berlaku sebelum ini.. kita seharusnye memikirkan dan melangkah lebih kehadapan sejajar dengan universiti kita sebagai universiti apex yang semestinya bebas dari konkongan permasalah dari sudut integriti, right dan charity seperti yang cuba anda ketengahkan..
Jadi. ingatan saya kepada Abul.. kenapa saudara tidak mengutarakan manifesto yg lebih terkehadapan dan releven.. Contohnya, peranan kite sebagai MPP untuk merealisasikan Universiti kita yang diberi kepercayaan dalam masa 5 tahun untuk membuktikan kepada Malaysia.. kita berjaya menempatkan dalam barisan universiti terbaik dunia.. Maka, Apakah sumbangan yang saudara yakin mampu diberikan utk membantu universiti kita untuk mencapai matlamat ini?.. Sedangkan saya melihat daripada manifesto saudara, hanya lah bayangn ilusi yang hanya berada dlm ruang lingkup maslah warga kampus itu sendiri.. sewajarnye lah bagi kita, menjunjung cita-cita murni PM kita Pak lah untuk meletakkan u kita dimata dunia, maka, MPP yg dilantik sewajarnya memikirkan langkah yang lebih terkehadapan dari memikir soal lapuk yang saudara ketengahkan..

khairin said...

Rupa2nya ABUL adalah agen Aspirasi yg cuba bertopengkan Neutral. Scr ringkasnya, budak2 aspirasi ni hujung pangkalnya adalah UMNO. Proksi UMNO dlm klngan student.

Korang tahu sape pegang konstituensi umum yg lalu? Faisal Azami bukan? seblm itu, Raja kan? sblm itu lg, Anuar, kan? sblm tu lg, Iqbal, kan? Ha... Iqbal shj student PPK Aero yg jd calon umum, sbb ppk aero mmg sarang aspirasi. lepas tu, ppk bahan jadi kubu kuat aspirasi. lepas iqbal - naiklah anuar, then raja, then faisal,.... dan kali ini dr skul bahan juga diorg nk naikkan ---> Abul.

Sah, Abul adalah agen Aspirasi. Kenapa dgn Aspirasi? aspirasi ni sembang sj dlm menifesto. Last2 duit student dorang guna utk diorg saja. pg lawat Bandung, Australia, cameron ...melancong. kursus la sangat. atas nama MPP, dorang kebas duit kita.

Kpd yg x minat dgn politik kampus, maknanya anda biarkan saja diorang ni makan free duit kita. manifesto internet laju tu aku rasa dah lama dah. aspirasi yg dulu pn ada janji...x laju jg pon. tabur gula saja.... Jom hilangkan Dominasi skul bahan pd kerusi Umum.

Anonymous said...

hapuskan "kroni" di USM..jgn kerana calon janjikan manifesto lapok yang berbau segar,kita terpadaya dengan janji bagai di tabur BN & UMNO

future engineer said...

pegi australia dgn bandung tu duit sendiri bro.
diorang yg cari sponsor sendiri.utk student la.tp klu ko nk marah jgak ble marah pegawai hepp.sbb klu yg nk dikate gune duit student itu adalh mereka.

Anonymous said...

salam buat semua...malu dan sangat malu ketika membaca komen2 yg ditulis oleh anak bangsa..lantas saya berfikir,dimanakah tahap pemikiran seseorang siswa mahupun siswazah dalam berhadapan dengan dua pilihan dihadapan mata..oleh kerana menjadi ekstrimis, lantas pelbagai tuduhan berasaskan pandangan mentah dikeluarkan dan dicanang melalui komen di blog2 yg berceloteh mengenai pilihanraya. isu tuduh menuduh seharusnya tidak perlu bangkit sekiranya kita sendiri pergi mendapatkan penjelasan mengenai sesuatu hujah yang dibuat. baik manifesto mahupun tindakan yang diambil oleh semua pihak. jika terdapat pihak yang merasakan terdapat agen2 tertentu memanipulasi pilihanraya, mengapa tidak diletakkan calon dalam usaha melakukan transformasi di semua konstituensi? dan mengapa hanya ada dua calon yg bertanding sedangkan pelbagai ketidakpuashatian berada di dalam hati sanubari kita? adakah kita hanya berani berada dibelakang orang?? fikir2kan..renung2kan dan 'APEX'kan mentaliti kita...
tq -calon pusat pengajian-

Peta Pelawat