Thursday, January 22, 2009

Pembentukan Pasukan Varsity

Tertarik dengan pelbagai komen dalam entry sebelum ni, melihatkan fokus kita tak jelas selepas sukad. Sebagai mantan MPD dan pemain USM dalam sukan Ragbi dan membantu menguruskan pasukan lain di peringkat desa, aku melihat fokus kita seharusnya membina pasukan USM yang mantap dalam setiap permainan. Apa yang belaku terutama dalam hoki wanita adalah perasaan cemburu dan iri hati. Aku tak paham puncanya. Krisis yang belaku pada sukad kita bawa kepada pengawa untuk diperbaiki setiap kelemahan yang wujud dalam mesyuarat pengawa-pengawa. Sebagai captain dan pemain varsity yang senior kita tak harus fokus kepada masalah ini. Yang perlu kita fokus adalah mengenal pasti bakal-bakal baru yang berkualiti daripada sukad lepas untuk diserapkan dalam team USM.

Dalam pembinaan team yang bagus tiada senior dan junior. Yang penting kemahiran dan komitment yang ada pada setiap pemain sama ada 1st year atau pun master. Sebagai pengurus atau captain kita perlu sedar cabaran utama kita adalah menyatukan 4 kampus tetapi kampus di Bertam mungkin tiada pemain. Jadi fokus lebih kepada di Kesihatan, Kejuruteraan dan Induk. Kita mempunyai kemudahan contoh ragbi di Kejuruteraan dengan pelbagai alat latihan, hoki di Induk, Bola baling di mana-mana pun boleh, renang di Induk. Disini kita tgk fasiliti ada cuma halangan utama adalah jarak setiap kampus. Kita jgn merungut jauh, pikir macam mana nak selesaikan pekara ini.

Kita perlu atur jadual latihan seoptimum mungkin supaya setiap pemain yg dikenal pasti dapat bersama dalam latihan, kita akui mmg ada halangan seperti kelas, masa exam belainan di setiap kampus. Ini semua masalah, kita perlu merempuh dan mengatasi halangan ini. Mengatur masa latihan, sumber kewangan, perlawanan persahabatan dan lain-lain. Sesuatu sukan tak semestinya hanya belatih di Stadium, meningkatkan daya tahan otot, boleh di lakukan di mana-mana, pasukan itu boleh ke kelantan sebagai mana yang dibuat oleh team olahraga lepas dan datang ke kampus kejuruteraan utk membina pasukan varsity. Pada pendapat aku, Unit Sukan dan desa perlu duduk semeja utk saling bantu membantu membina pasukan varsity ini. Ini pada peringkat persediaan pasukan.


Bila menghadapi kejohanan, selalunya kita akan berdepan dengan pemain yang terlibat dengan latihan industri dan exam. Perkara ini juga masalah, kita jgn merungut tentang masalah, kita perlu selesaikan masalah, sebagai contoh exam.. perkara ni kita bawa kepada pentadbiran universiti untuk menyelaras masa exam supaya pemain-pemain yang bagus dapat mewakili Universiti. Begitu juga halnya dengan Latihan Industri daripada beribu budak USM mesti ada idea utk solution ini, disini perlu MPP main peranan, sukan merupakan penglibatan pelajar yang paling ramai.

Benda asas, seperti pengangkutan, coach dan sumber kewangan mesti jelas supaya kita dapat membina pasukan USM yang mantap. Kalu kata bus USM penuh, org yang bertanggungjawab mencari pengankutan tidak boleh bg alasan kata bus dah tempah abes, Ya mmg bus ditempah abes, kita bukan banyak bus, benda lain yg banyak, so cari la pengangkutan yg available.. Org akan kata aku pandai cakap, btul.. but aku dah provekan, team ragbi p main diterengganu dengan duit sendiri then baru dalam claim, itu pun bus kena bayar sendiri, bukti check akaun kelab ragbi, tetiba je kena bayar bus di Terengganu, but aku berjaya bawak team induk dan engin ke terengganu.. jika aku sebagai student boleh buat, sebagai staf atau pengawai should done batter then me.. sebenarnya boleh buat, cuma nk atau tidak.. Selama 4thn aku kat sini, kita mmg mempunyai pemain yang bagus, tp hanya beraksi diperingkat sukad. Ini satu merugikan. Semua pihak, unit sukad, captain pengurus pasukan, desasiswa dan MPP perlu memainkan peranan utk kita bina kembali kegemilangan USM dalam sukan.

"martabatkan sukan USM"

7 comments:

lunahasyim said...

yup ini yg aku maksudkan...

Anonymous said...

owh...cmni la maksud luna..
team rugby jauh pg..pakai duit sendri..
mantap gler..
kalau aku xtentu lg nk main...
hehehe...dah kene pakai duit sendri dulu...
pastu korg g dapat balik ke duit tu??
same byk la dgn korg gune???

Anonymous said...

yeye je luna

Anonymous said...

manusia nama shoe tu mmg lah poyo

Anonymous said...

Salam Ariff, boleh tak beri nama penuh penggawa Jaya, dR aFTAR nASIR KE?
BERITA KAMPUS.

Ariff Redza said...

bleh check ejaan nama pengawa di http://ee.eng.usm.my/eeacad.html
nama no.2

Anonymous said...

btul2..sokong..tmbh kami yg jauh kat timur ni..nak g main hoki time konvo pn sll guna duet sndr..naik bas sndr.tmbh budak luar penang terkebil2 xtau nak naik bas camne.nasib de 'abang pones' tolong ambik..hehe :).kite terpakse berkorban kalo nak improve tp kalo pentadbiran or org2 atas xtolong susah gak la nak truskan..duet jpa pn skrg dah kureng..hehe :)
MAJULAH SUKAN UNTUK USM

Peta Pelawat