Tuesday, January 13, 2009

Kempen Pilihan Raya Kampus USM Kejuruteraan


Setelah penamaan calon berakhir 12.30tgh hari kelmarin. Sahlah dua calon dibawah akan bertanding.
Sekarang mari kita analisis calon terbaik. Berdasarkan kitab "sistem Politik Islam" karya Khalid Ali Muhammad Al Anbariy. Terdapat 8 ciri untuk memilih pemimpin:

1. Mukallaf iaitu orang Islam yang baligh dan berakal.. - Dua-dua ok.
2. Lelaki - 1-0
3.Keadilan -1-1
4. Ilmu pengetahuan- 1-1
5.Keupayaan Politik- 1-1
6. Berketurunan Quraisy - 0-0
7.Merdeka -1-1
8. Kesempurnaan pancaindera dan angota badan- 1-1

Jadi kelebihan kepada Abul kerana beliau seorang lelaki. Berdasarkan satu hadith riwayat Ahmad, Abu Daud, Al-Nasa'i, Ibn Manjah sabda Nabi s.a.w:

" Tidak akan berjaya sesuatu kaum yang diperintah oleh kaum wanita".

(Sebagai seorang pemimpim, seseorang tu nnt akan dicemuh dan berhadapan dengan pelbagai dugaan. Tugas ini amatlah berat dan tidak sesuai dengan seorang wanita yang secara lahiriah dijadikan dengan hati yang lembut dan jiwa yang halus. Hal ini juga bertujuan memelihara kemuliaan dan kehormatan kaum wanita.)


Bila bertanding laki n perempuan ni yang tak best ni. Dah ada panduan kena pilih lelaki. Jadi aku pun bertanyalah kepada sahabat-sahabat ada dak hadith atau ayat al-quran yg boleh dijadikan panduan. Dan seorang sahabat kata ada.. kita perlu pilih yang tidak mudarat. Aku bertanya apa mudarat nya antara kedua-dua calon ini. Sebelum aku mengulas lanjut perkara ini aku nk cerita sikit pasal cadangan abul sebagai calon..

Bermula sem lepas mantan-mantan presiden persatuan bersidang, Jadi kita fokus kepada bahaya semangat aspirasi dan proM yang boleh membawa pepecahan dikalang pelajar terutama melayu. Jadi kita mengambil Iniasitif ini untuk cuba merungkai semangat kepuakan ini agar tidak merosakan pelajar. Daripada inisiatif ini pihak proM yg ditungangi oleh PMI dapat merasa bahawa pihak pentadbiran lebih profesional dalam meluluskan setiap projek tidak seperti sebelum ini. Projek mereka asyik di sekat atas dasar politik. Inilah yang diidam oleh semua mantan-mantan presiden. Untuk merealisasikan matlamat ini, calon umum yang bakal menjadi MPP hendaklah bebas daripada dua pengaruh kelopok ini dan mempunyai ketegasan dan memperjuangkan suara Pelajar. Setekah berbincang hampir satu sem. Kami bersetuju agar AbulKassim SMJ di calon. Tetapi ada gak org BELOT!!! nk mewujudkan semangat kepuakan ini. Aku tak paham kenapa. Sedangkan kita dah berbincang mencari wakil terbaik untuk objektif hapuskan sikap kepuakan ini. Tp still ada gak.. Konfius-konfius..

Berbalik kepada persoalan td, jawapan yg diberikan oleh sahabat td pasal mudarat adalah kerana disangkanya abul adalah ASpirasi, sebenar abul adalah seorang yg neutral dan dah dipersetujuan oleh Faris yang juga mantan presiden PMI. maka isu mudarat kerana aspirasi tidak timbul disini. Maka aku dengan bebesar hati menyatakan sokongan terhadap abul berdasarkan perjanjian dan dalil yang ada.

"UNDILAH ABUL KASSIM"

34 comments:

@f!ah said...

yeaah!!!

hidup kilau!patut ko yang bertanding kilau..sure sapu bersih!kui2x..

papepn..ak berkecuali

sue88 said...

sape yg belot itu?

Anonymous said...

no chauvinism plis

Anonymous said...

pembelot tu patut kena pancung je!!!

Membina Keluarga Muslim said...

mmg konfius. adakah saudara menyangka pemilihan MPP itu hanyalah melalui pemilihan drpd what so called mantan-mantan presiden? jika demikian, you are the one belot to all student.

apa salahnya jika abul menang dgn bertanding? melalui rapat umum, all student dapat lihat kebolehan abul itu buat pertama kali. bukan semua org tahu dan kenal siapa abul.

bila ada pertandingan, org akan nampak kelebihan abul. student akan pilih berdasarkan analisis mereka sendiri.

jika saudara mengatakan abul bukan dr pihak aspirasi atau proM, tidakkah sama sahaja kelakuan memilih MPP tanpa bertanding itu sama shj dgn kelakuan aspirasi?

kalau betul saudara bersemangat student, saudara akan biarkan seberapa ramai calon untuk bertanding tanpa konpius lagi. MPP bukan hak mantan-mantan presiden. bukan hak saudara. bukan hak hepp. bukan hak proM. ia adalah hak semua student.

maaf jika saya mencampuri urusan kampus anda.

Anonymous said...

http://pena-zulfirdaus.blogspot.com/2009/01/mpp-siapa-sewajibnya-dipilih.html

Fawwaz said...

Salam dan slmt sjhtra.
Sekadar pandangan dan mungkin ingin meminta penjelasan daripada tuan punya blog.

Adakah perbincangan antara mantan2 ketua persatuan/kelab ini direstui oleh semua pihak? Memang benar kalian amat berpengalaman dan berpengaruh dlm persatuan2 yang kalian handle, aku hargai usaha kalian untuk melahirkan perpaduan dalam kalangan orang melayu ni tapi Pernahkah kalian bertanya, pernahkah ahli2 di dalam persatuan tersebut memberi mandat kepada kalian untuk memilih wakil yang akan membawa suara mereka? (Aku selaku budak EE sendiri tak pernah mewakilkan mantan YDP SEE aka tn punya blog, as wakil aku di dalam perbincangan tersebut). Apa yang aku nampak, mantan2 persatuan/kelab ini hanya berperanan 'MENCADANGKAN' nama bakal MPP, dibincangkan, dan jika dipersetujui ahli mtg yg terlibat, akan dicadangkan kepada pihak MPP yang lepas untuk dinaikkan sebagai 'CALON MPP', bukan berperanan 'MELANTIK' secara mutlak MPP tersebut. Mahu bertindak sebagai badan yang melantik MPP? Maybe boleh diusulkan kepada pihak universiti, kalau itu yang kalian mahu. Sudah tertakluk di dalam AUKU, cara utama untuk melantik MPP adalah berdasarkan suara demokrasi, suara SEMUA pelajar, bukan SESETENGAH PELAJAR SAHAJA. Jangan salahkan calon lain yang ingin bertanding, jika dia tidak berpeluang untuk disenaraikan di dalam meeting kalian.

Berkenaan tentang hadith tersebut, aku harap en kilau yang budiman boleh terangkan dengan lebih lanjut akan cerita di sebaliknya. Bukan aku ingin menjadi puak wahabi yang terlalu rigid dalam menerima dalil, bukan juga aku tergolong dalam anti hadith, namun apabila kata2 Rasulullah digunakan sewenang2nya, ditafsirkan sesuka hati tanpa mengetahui akan asal-usul kejadiannya, itu bukan caraku. Aku menghargai penjelasan penuh dari tn punya blog.

Cuma 1 je kot, jika ingin terlibat dalam politik, bersikap matanglah dalam menghadapi sepak terajang dunia politik, walaupun ia hanyalah sekadar POLITIK KAMPUS.

Aku bukan musuh PERPADUAN.

lileng said...

1) i got so many email from many unknown guy aa. how u got my id?

2) impressive. u r so creative wif ur kempen. even i dun hv so many malay id, but recently i got the msg from them.

3) here i ll comment about those candidates. mr abul and miss aini. this time i see both hv good prsonality. but for the kempen, i think aini is a bit advance and creative. anyway, we just wait for rapat umum lah.

4) for this blog writer, why u see the gender as the main issue? its doesnt matter a man or woman to be MPP la. why u r so dbl standard to girls?

5) dunno la... an Anonymous said patut kena pancung... this is a kind of extremist exist in this peaceful campus.

thats all. thank for whom had foward this blog url... ganbate yo bye

Pembantu Imam USMKKj said...

Assalamualaikum..

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..

Terima kasih atas perkongsian ini.. Ini sekadar peringatan kepada penulis blog..

Untuk mengulas Dalil Naqli samada Quran atau Hadith.. perlukan rujukan daripada orang yang alim dalam bidang agama.. Ilmu Islam bukan seperti Akedamik.. yang hanya boleh difahami dengan hanya membaca.. Ilmu Islam itu Luas.. Saya ambil antara contoh.. Untuk memahami Dalil Naqli perlu melihat Ilmu Nahunya yakni Bahasa.. Perlu dilihat waqi' atau keadaan bagaimana sesuainya sesuatu dalil itu.. dan ianya perlu diterjemahkan oleh Ahlinya.. Bukan sekadar kita melihat zahirnya sahaja.. Dalil yang saudara kemukakan merupakan dalil kepada kepimpinan Daulah Islamiah.. Bukannya untuk pertubuhan ataupun organisasi yang kecil seperti Universiti.. Ciri-ciri pemimpin yang di kemukankan merenusi kitab "sistem Politik Islam".. ianya merujuk kepada pemilihan Khalifah Islamiah.. Bukan nya organisasi kecil seperti MPP..

Untuk makluman lanjut.. sekadar perkongsian.. SIla lihat, http://pena-zulfirdaus.blogspot.com/2009/01/mpp-perempuan-boleh-ke-memimpin.html .. Saya cuba mengupas berdasarkan panduan Ustaz Muhammad Syukri Othman pegawai hal ehwal agama Islam USMKKj..

Sebagai akhirnya, bukanlah untuk saa mempertahankan atau memperjuangkan mana-mana pihak.. Tapi, saya terkesan dengan kesalahfahaman yang suadara ulas di dalam posting saudara..

Kerana itulah, untuk urusan yang melibatkan Islam.. Sewajibnya di datangi dalam proses talaqqi yakni berguru kepada ahlinya.. Pembacaan sekadar penambah fahaman sekiranya kita telah mendatangi ahli Ilmuan Islam.. Kerana, kesalahfahaman akan membawa kepada fitnah di dalam Islam.. kerana itulah islam perlu diambil secara menyelurun.. Dalil Naqli itu perlu difahami secara jelas.. Firman Allah s.w.t di dalam Surah Al Baqarah ayat 208 “Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.”

Mohon maaf, atas teguran ini sekiranya menyakiti hati anda.. sekadar peringatan..

Ariff Redza said...

terima kasih atas komen2.. meriah2!!! tp fyp and kelas kaco da.... bagus komen yg bernas.. teruskan komen baru best.. :)

Ariff Redza said...

aku jawab skit lah kepada komentar2.. sejak bila kami wat pemilihan muklak? aku tulis calon.. bace ke tak bace??? kami memang wat cadangan calon.. cuma yg kami marah kat pembelot ni adalah bersikap talam dua muka konon nya berperanan sbg spy la.. slh or dak tindakan dia takmau bincang dalam ruang ni... pasal hadith tu boleh buka blog yg diberi link td and boleh terus mencari pendapat dari ulamak mengenai pemilihan pemimpin daripada semua peringkat.. bgus2..

Luffy said...

apa2 pun, ni baru politik kampus... xyah nk simpan dlm hati. kalau mng, menang la.. kalau kalah, kalah la. xyah nk salahkan itu ini... kalau xmau terima marah-marah org, kalau x besedia kena belot, kene pukul curi, xyah bpolitik. kalo x bsedia kena pulau, x bsedia digelar pembelot, xyah duk join politik. duk kat bilik makan megi lagi bagus... ni baru sikit saja dah kecoh.

Anonymous said...

yo guys..come on la..no chauvinism,no extremism no gender discrimination n dont use d holy book to downplay another candidate...you're not voting for a person to represent one group's interest only,we vote for them to speak out for each n everyone of us student..all those wanita tak mampu memimpin negara is not relevant in this modern age..look at nurul izzah anwar, an Electrical engineer turn politician,down to earth n turun padang pnya pemimpin..dont tell me u dont salute that..let's vote upon these 2 cnddtes credibility n competency, dont make baseless judgment..

Anonymous said...

kilau n da gang korang mmg x nak ada mngundi ke?

Anonymous said...

MPP hanya sekadar nama..
di peringkat U pon sudah ada perangai politik taik...
mampos pi la sapa2 pon,semua sama ja..
jadi MPP bajet dapat nama la...
haram jadah!!!

Pelajar Kampus said...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa yang saya akan katakan disini merupakan pendapat saya semata-mata. Ya memang benar kata saudara kita Luffy yang mengatakan kenapa join politik jika tidak mahu dipulau atau dibelot. Tetapi adakah semangat itu yang saudara ingin sematkan didalam hati pelajar2 USMKKJ atau lebih kepada semangat persaudaraan? Apa yang saya difahamkan, perbincangan yang dijalankan adalah untuk mengelakkan berlakunya salah faham diantara para pelajar sekiranya PRK dijalankan(memilih calon yg sesuai melalui musyawarah). Bukankah itu yang sering dilakukan semasa zaman khalifah?. Ya memang benar para pelajar yang menyokong mana2 pihak harus melupakan segala apa yang berlaku semasa hari berkempen setelah tamatnya PRK. Tetapi adakah saudara yakin ini akan berlaku dan para pelajar yang terlibat akan berbaik semula setelah PRK tamat? Apa yang saya lihat, semasa PRK lah kita akan hilang segala semangat persaudaraan kerana kita lebih pentingkan SEORANG calon daripada 100 rakan. Untuk pengetahuan saudara, pihak mantan2 memang memberikan pendapat mereka setelah mereka berbincang dengan persatuan mereka sendiri. Namun kenapa harus berdusta? Kenapa tidak memberitahu sahaja yang mereka inginkan pilihan raya? Adakah ini salah satu strategi kotor untuk mendapatkan maklumat mengenai calon pihak lawan? Bagi saya, jika benar mahukan pertandingan, pihak yang inginkan itu haruslah secara jujur memberitahu niat mereka. Kita masih pelajar. Politik, politik juga tetapi jangan sampai persahabatan menjadi petaruhan dalam politik ini terutamanya politik kampus. Kerana jika ini berlaku, maka saya takut umat islam akan sentiasa jatuh kerana umatnya sendiri.

Saya mohon maaf sekiranya terdapat kesalahan didalam kata2 saya tersebut.

Sekian.

Anonymous said...

ala. megundi je..bkn nye bawak mati pun..undi sendiri2 udah ar, biar ar org 2 cmne pun jgn la kte nak buruk kn org 2..pancung ar, xberani amik risiko ar..ape cite nie?..ish3..

bawak bertenang..mengucap

ZAHIR AE86 said...

undilah saya.saya sangat kacak;)

Anonymous said...

pancung zahir!!!ya!!!!

Anonymous said...

haih... dh de perundingn menentukan calon rupe nye, ingt student u APEX ni bleh men runding2 ke nk angkat pemimpin.. Tahniah pd Aini sbb membongkar sec x langsung komplot pemilihan pemimpin.. anda seorg yg berani, jd selayaknye lah anda menjadi PEMIMPIN... vote 4 Aini.. pemimpin yg naik tnpa diuji ibarat pemimpin yg tiada taji, pemimpin yg kalah sblm menang ibarat pemimpin yg sentiasa mengasah taji.. Again.. Vote 4 Aini.. u r so clever to give us the choice..

jujunwala said...

dia juga mangsa keadaan...

Anonymous said...

mantan2 presiden ni ada konspirasi rupanya... kalo mantan presidn pmi n ydp silat cekak tlibat jugak dlm konspirasi geng kilau, mmg tahi la! Aku sumpah jd batu. ade pulk duk bcg nk angkt calon itu ini suke2 hati. org len pn nk btanding jgak! lg satu ade ke psatuan2 ni bincg dgn mantan2 utk hhantar calon? aku org kuat slat cekak oii. xde plak mantan bincg dgn aku.

Anonymous said...

klu PAS ngn UMNO berbincng utk berkongsi kuase n naikkan pemimpin melalui perlantikan tnpe de perundingn mmg mustahil, tp klu student u berpakat utk melantik pimpinan xmustahil.. sbb student u bkn nye PAS bkn nye UMNO..

bagus gak cmtuh.. :)

siswazah said...

jgn la sampai persahabatn rosak sbb prk ..

org yg besar jiwanya adalah org yg meminta maaf...

dan yg lebih besar jiwanya adalah org yg sanggup memaafkan org lain...

so, jadilah org yg bejiwa besar.

xde apapa lah mpp ni. pmainan budak2 je. bile korg mingkat umur, skit, matang skit, baru korg nmpak, yg berebut mpp ni mainan budak2 - yg cuba dijoin jg oleh hepp yg dah tua.

haa... tarik nafas... bayangkan wajah org yg korg marah, pastu cuba maafkan dia. cool la.

bg aku, kalau ada org belot dr aku, aku xkan marahkan dia. yg pasti, aku akan cuba jd lebih licik dr dia. itu cabaran... haha...

Anonymous said...

ramainyer yang memberi komen.. kali ke-4 sy membaca artikel ini dan komen-komen.. Sgt menarik kepada siapa yg memahami masalah orang melayu.. Terlebih dahulu sy ucapankan tahniah kepada mereka-mereka yang prihatin terhadap kesatuan orang melayu.. Daripada bacaan dan temubual dengan org yg menulis, dapat sy paham bahawa penulis yg dikenali sebagai en kilau tidak menghalang pilihan raya.. cuma apa yg dilakukan oleh kumpulan ini adalah mencadangkan nama calon.. dan jika ada calon-calon yang ingin bertanding. Perkara asas seperti melebel saru-satu pihak sebagai PMI atau proksi kerajaan tidak diutarakan beberapa pekara asas lain. Ini bertujuan mengelakkan pepecahan dikalangan pelajar melayu. Berkenaan dengan pemilihan lelaki, saya melihat mmg tidak salah utk kaum wanita bertanding, cuma dalam contect kita pada pilihan raya kali ini, yg mana kedua2 calon mempunyai keseimbangan dan tidak dipengaruhi oleh semangat kepuakan seperti sebelum ini, ini saya buat daripada analisa manifesto kedua2 calon td. Jadi sebagai seorg muslim/muslimah kita mempunyai panduan utk membuat pilihan pemimpin kita. Walaupun ini hanya lah pemilihan MPP peringkat kampus, tetapi implikasi wakil yang menang ini membawa suara ke peringkat kebangsaan atau mewakili suara belia. Yang mana secara tradisinya calon UMUM daripada kejuruteraan akan menjadi NYDP USM keseluruhan. Bayangkan seorang seorang NYDP dari sebuah universiti ternama negara. Pemilihan kali ini mempunyai kepentingan yang lebih luas, bukan hanya pilihan raya kampus semata-mata. Sekali sy ingin menyatakan tahniah kepada mereka yg prihati dengan masalah di kampus terutama en kilau yg budiman. Undi saya adalah rahsia.. GOOD LUCK ABUL & AINI!!!!

~Kura-kura senyum SoKmo~

moderator said...

im going for more experience and good leadership.....


more discussion on pilihan raya kampus visit snooble.net


snooble.net
snooble.net
snooble.net

potai said...

heh... aku x paham knapa ada label pihak pmi dn proksi kerajaan dlm prk nh. yg proksi kerajaan aku x tahu. knapa pmi slalu dikaitkn dgn prk? psatuan lain xde ke? stahu aku pmi tu psatuan spt psatuan lain jg. bukan psatuan politik. maksud aku pmi kampus kita la. klu kampus len aku x tahu.

dlm kampus kita, pmi mcm psatuan len la. aku ade tya sorg exco pmi, mmg ade ke dlm meeting pmi utk hantr calon. dia jwb, x pnah meeting. bahkan xde lngsung agenda pmi utk sertai prk.

so salah paham slama ni sbb org yg btanding mlwn student yg kononnye pro krajaan, kebetulan pnah join pmi. ataupn salah anggap sbb kampus2 len mngkin pmi mmg mcm tu.

so xyah nk salahkn pmi. mgkin yg btanding tu atas kapasiti sendiri. xcaya pi la tya presidennya.

lg satu, calon umum, bukan smestinya jd YDP MPP. jgn kelirukan org. malah MPP ni adalah organisasi student yg mwakili 3 kampus usm. so, mcm poster yg aku tgk, YDP nya dtg dr induk. yg kmpus kita jd sekretariat kampus kejuruteraan sj.
so xde masalah klu aini jd wakil kampus kita.

dah... rehat dr politik. meh download byk2 kat sini http://10.122.24.78:45

Anonymous said...

Pihak ketiga yang menjijikan. Kata tak mahu pun memihak pada aspirasi, tak mahu pun memihak pada promahasiswa... Tapi itu hanyalah kata-kata manis dibibir. Yang sebenarnya, sudah pun jelas semalam. Penipuan tiada kesudahan... Bersabarlah mahasiswa semua.

aneroid09 said...

Salam...
ramainya duk komen...
nak komen jugak..

lupakan salah faham, belot ke tak belot, pancung tak pancung, abul atau aini. Apa yang salah faham? apa yang belot? apa yang nak dipancung? apa pula chauvinism? Abaikan these nonsenses.

Cuba tgk rapat umum semalam. Apa yang berlaku? Bising, provokasi, dan macam2 lagi. Abaikan juga yang itu.

Cuba tengok bilangan org yg hadir. Rasanya tak sampai 10% pun mahasiswa yang hadir untuk menyaksikan rapat umum tersebut.

Kenapa dengan orang yang tidak hadir? Adakah mereka banyak kerja lain? Banyak assignment? Study? Atau leka bermain Game?

Tak kisah apa-apa urusan mereka, apa yg kita dapat lihat, mahasiswa USM KKj ni tidak berminat dgn politik kampus. Tidak berminat dengan pemilihan pemimpin mereka. Tidak juga berminat mengenali siapa pemimpin yang mereka akan undi nanti.

Yang hadir hanyalah beberapa orang penyokong calon, provokator, orang yang kebetulan sedang makan... kiranya tak sampai 10% mahasiswa yang hadir.

Rapat umum adalah program yang penting yang dianjurkan oleh pihak universiti. Jika tidak penting kenapa TNC pernah hadir. Kenapa malam tadi Prof Rahman juga hadir.

Jika program penting ini tidak mendapat sambutan mahasiswa, rasanya menang atau kalah calon-calon yang bertanding, tidak membawa apa-apa makna. Hampir-hampir saja sama levelnya dengan pemilihan secara perbincangan.

Kenapa warganegara dibolehkan mengundi bermula pada umur 21 tahun? Kenapa tidak bermula dari umur baligh, 15 tahun sekurang2nya? Kerana secara amnya, seseorang yang berumur 21 tahun ke atas mampu menimbang, menganalisis, memahami hujah dan suasana sebelum memilih seseorang pemimpin. Tidak memilih berdasarkan sentimen kepuakan, emosi dan sebagainya.

Jadi,sepatutnya mahasiswa yang akan mengundi nanti, perlu mempunyai maklumat yang secukupnya untuk difikir dan dianalisis sebelum membuat pilihan. Bagaimana mahu dapat maklumat, jka majlis rapat umum lengang sahaja? Siapa yang kata crowded, memang jenis tak cukup zat.

Rapat umum semalam, menunjukkan mentaliti mahasiswa terhadap pilihanraya kampus sangat tidak memberansangkan. Tidak penting bagi mereka. Yang seronoknya, main game. Berchatting.

Jadi, rasanya mana-mana calon yang menang nanti, adalah elok sekiranya anda bukan sahaja menyempurnakan kebajikan mahasiswa, malah boleh berusaha menggilap semula mentaliti mahasiswa terhadap program-program anjuran universiti. Universiti Apex, bukan sekadar nama yang kita mahu, tetapi transformasi mahasiswanya ke arah lebih intelektual juga perlu.

http://aneroid09.blogspot.com

sedi wenger said...

betul tu bro aneroid. mmg mentaliti mcm budak skolah. rasenye Abul boleh ubah mntaliti student neh. Abul ada pngaruh kuat. Aini jg boleh. tp aku nampak abul lbh macho... hehehe. Abul is the MAN. Let's Abul actions speak louder than Aini's words.

Anonymous said...

btapa seonoknya en mahizan si pgawai hepp mlihat pasukan abul bsorak mnganggu aini brucap mlm td.
huh. sape yg nk satukn student tu? cakap skit? jgn nk myamar neutral la. korank tu aspirasi. kalau kilau kata neutral, ttp sbenarnya dia sndiri ditunggang oleh aspirasi atas nama neutral. tgklah raja, kishi bri sokongn kpd abul. sape raja? sape kishi? aspirasi la tu. neutral pe nye. pgawai hepp pun sronok tgk aini diboo. suke die...knape dia suke?

1) mngkin Abul dn geng2 neutral ni smemangnya aspirasi
2) kalo betul geng abul ni neutral mybe jg dia sronok sbb xperlu lwn geng2 yg dilabel pmi. letih . mujur ade org 'neutral' yg sambung pjuangan die utk lwn pmi.

-inspirasi-

Anonymous said...

ni la budak pmi.. bile ade org yang boleh menyatukan semua dan mendamaikan yg bergaduh or menjernihkan suasana..mula la tak leh terima.. Ini lah kehebatan seorg pemimpin yg boleh nyatukan org.. bukan hidup dalam puak-puak die je..

Anonymous said...

Pemecah belah student tidak lain tidak bukan adalah aspirasi. Tambahan pula dengan topeng yang berjenama baru dan brand baru. Maklumlah nak sembunyikan nama aspirasi yg sememangnya busuk. Tapi bangkai gajah susah nak disembunyikan. Kafankan je kat perut bumi. Biar semua student talkin mereka sebelum geng aspirasi ni talkinkan demokrasi kampus. Tapi susah.... anak manja HEP

Anonymous said...

knapelah nk babitkan persatuan dlm hal PRK ni.mne blh calon naik berdasarkan persatuan.itu adalah hak peribadi calon untuk bertanding..klu anda mengatakan aini naik kerana PMI, adakah abul naik kerana diri sndri?ataupn kerana dia dinaikkn oleh pihak ASPIRASI..jika mengatakan si Abul tu neutral, Aini mgkin jg neutral..siapa yg cbe memecah belahkn siapa?mahasiswa berhak untuk memimilih dn dipilih..bkn skadar perbincngn oleh pihak yg ingin menjaga kepentingn sndri..kalau tiada pilihan raya kampus, maka jgnlah mengatakan MPP itu sebagai wakil pelajar kerana kami xpnah2 mewakilkn dia..for me MPP is just nothing if this is the way..tgk lah universiti lain yg berkempen bagai nk rak..masuk berita sne sini..knp?think about it..

Peta Pelawat