Friday, May 30, 2008

Perjuang.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
“Akan selalu ada dalam umatku, orang yang berpegang teguh pada kebenaran, mereka tidak merasa berat dengan gangguan yang datang pada mereka. Demikian hingga perintah Allah datang."
(Hadith Riwayat Muslim/Bukhari)

Wednesday, May 21, 2008

Hadith.

Solat sunat dapat menutupi segala kekurangan yang mungkin wujud ketika mengerjakan solat fardu ini. Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya amalan manusia yang mula-mula dihisab pada hari kiamat ialah solat mereka. Tuhan kita berfirman kepada para malaikat-Nya padahal Dia lebih mengetahui: Periksalah solat hamba-Ku! Sempurnakah atau kurang? Jika solatnya sempurna catatkanlah sebagai sempurna, dan jika terdapat sesuatu kekurangan Tuhan berfirman pula: Periksalah adakah hamba-Ku mempunyai amalan solat sunat? Jika dia mempunyai amalan solat sunat lalu Tuhan berfirman: Sempurnakanlah solat fardu hamba-Ku dengan solat sunatnya. Kemudian diperhitungkan amalan-amalan itu dengan cara demikian". (riwayat Abu Dawud di dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, hadis no: 733).

Wednesday, May 14, 2008

Pesanan..

Masa aku di Matrikulasi Kedah dulu sorg sahabat aku telah berpesan ketika mengakhiri ucapannya, pesanan ini amat bermakna untuk aku menilai diri aku. Pesan sahabat aku ni:

Perbuatan Jahat yang dibalas keJahatan adalah Dendam,
Perbuatan Baik yang dibalas keBaikan adalah Lumrah,
Perbuatan Baik yang dibalas keJahatan adalah Zalim,
Perbuatan Jahat yang dibalas dengan KeBaikan adalah Kemuliaan.

TQ my friend for this pesanan..

Peta Pelawat