Thursday, April 30, 2009

Apa nak Jadi ni???

1. Perhimpunan Agong dicemari dengan Rasuah.

2. Kabinet yang dilantik terdiri dengan orang yang terlibat dengan rasuah.

3. Kes agama, lantik orang-orang yang tidak layak dan dipengerusikan oleh org yang memang tidak layak.

4.

5.

6.

7. Dan seterusnya... "satu malaysia" tgh tunggu apa lagi huru hara yang nak dibuat...

Kerajaan Melantik Musti Baru bagi "Satu Malaysia"

Tan Sri Dr Koh Tsu Koon telah dilantik mempengerusikan Jawatankuasa Khas bagi membahaskan Isu Agama anak pasangan yang bertukar agama berikutan Kes K Pathmanaban atau nama Islamnya Mohd Ridzuan Abdullah.

Persoalan yang timbul adakah orang-orang yang dilantik dalam Jawatankuasa ini layak membahaskan perkara ini? Mari kita teliti:

Koh Tsu Koon
Ijazah dalam bidang fizik daripada Universiti Princeton University tahun 1970
Ijazah Phd bidang ekonomi dan Sosiologi oleh Universiti Chicago

S Subramaniam
Ijazah perubatan dan Pembedahan daripada di Universiti Singapura pada 1978.
Diploma dalam bidang Perubatan Dermatology di Universiti Wales.

Shahrizat
Universiti Malaya dalam bidang undang-undang pada tahun 1973 dan dianugerahkan Ijazah LLB (Hons) pada tahun 1976.

Jamil Khir Baharom
Ijazah dalam bidang Syariah dari Universiti Malaya pada 1986
Sarjana Pengajian Islam (Pengurusan Ekonomi Islam) dari The Graduate School of Islamic and Social Science di Virginia, United States, 2000.

Kes undang-undang syariah. Seorang saja yang berkelayakan dari segi akademik iaitu Jamil Khir manakala Sharizat dalam bidang undang-undang civil. Lagi 2 doktor dan pakar fizik. Pengerusi pakar fizik. Kes adalah undang-undang syariah. Layak ke tak layak Jawatankuasa ni?? Jawapannya "satu Malaysia dah tau".

Kerajaan mana yang lantik??? Jawapannya "Satu Malaysia dah tau".

Persoalan yang timbul: kenapa tidak dilantik pakar2 akademik yang benar-benar berkelayakan. Ini yang kita tak tau kenapa. Adakah utk menjaga perpaduan sehingga melantik orang yang tidak layak menguruskan hal yang amat besar dan penting ini.

Atau perkara yang besar dan penting ini dianggap tak penting?? Ini yang kita tak tau.. negara sekular la bak kata Negarawan. Yang pasti seorang sahaja ahli yang arif dalam undang-undang syariah yg sorg lain sekular dan lg 2 bukan ahli undang2 pun...

Sapa yang sokong kerajaan ni?? "Satu Malaysia" dah tau apa kerajaan ni buat utk agama bangsa dan negara... nak subahat lg.. aku leh kompromi jika ekonomi dijadikan alasan utk menyokong kerajaan ini.. aku leh kompromi jika isu tanah utk menyokong kerajaan ini tp aku tak bodoh nak sokong kerajaan yang melantik orang yang tidak layak menguruskan Hal berkaitan agama yg menjadi asas kehidupan. Jadi jgn jadi bodoh subahat dengan benda2 macam ni..

TV- TV boleh sembunyi perkara ini daripada pengetahuan umum.. tp igt "yahudi dan musuh-musuh merancang, Allah juga merancang.. tetapi igtlah, perancang Allah perancang terbaik."

Baru beberapa bulan berkuasa, Ini lah satu malaysia yang ingin dibentuk. Jika org bukan islam membaca Al-Quran dihebohkan sebagai sesuatu yang salah. Nak raih sokong undi, ini yang dikata guna kepala lutut. Dia melantik orang bukan islam mengurus hal berkaitan agama... Ini lah "satu malaysia" namanya...

Bersedialah pemuda pemudi negara.. Tiupan "Satu Malaysia" akan bertiup menghancurkan jiwa sebagai mana yg belaku dalam perang salib dikala jatuhnya Bahdad di tangan British.. tp sejarah itu dilakukan oleh kafir... ada kisah Kamal Artartuk akan belaku di Malaysia??





Tuesday, April 28, 2009

Seronoknyer berada dirumah

Minggu yang menyeronokkan minggu ni bila berada dirumah.. byk menda yg aku slalu wat masa aku kecik2 aku dapat wat balik bile aku balik umah setelah tamat ijazah pertama aku..

Aku dapat kikis cat kat basikal aku yang skarang jadi basikal adik aku yang kecik, then spray cat balik.. best gila ah wat keje... masa kecik2 dulu aku slalu wat menda2 macam nie... sambil ayah aku tgk.... then nak tunjuk la kat ayah aku hasil keje seni aku terhadap basikal... bile tgk adik aku wat n ayah aku komen, baru aku paham.. ayah aku nak aku semua ade experince buat2 keje guna tangan sendiri.. jgn asyik kira nk upah orang je... bgus ooo pengalaman nie..

Malam semalam plak mak aku wat pizza, mcam aku kecik2 dulu, mak aku slalu wat kan pizza kat kami adik beradik.. maklumlah masa tu duduk langkawi mane ade pizza hut.. dalam kesibukan mak aku keja kat kilang simen tu, sempat gak die belajar wat pizza utk anak2 die yg mmg suka makan... terharu bila tgk mak aku usaha wat nak bg anak2 die makan.. daripada tak reti nk masak piza skrang dah master macam2 masakan... best2.... tq mama...

Yg paling best bile mak aku pangil tlg masak.. nak wat camne ... takde anak pompuan... sebab mak aku slalu ajak lah, aku dah pandai masak... ngorat bakal isteri pun dengan masakan resipi mak ( moi sup n keteow singapore) ... terbukti resipi mak aku berjaya membantu aku memikat si die.. hehehheheh... bgus nie aku tahu ape yg perlu bile g beli barang2 dapur nnt.... tq mama

Pagi2 plak follow bapak aku g JPJ and PUSPAKOM setelkan hal keta... macam kecik2 dlu gak.. suke menyebuk bila ayah aku g pejabat kerajaan ni.. suka la aku main kat tali utk beratur tu... best2... kali ni plak baru aku sedar macam mane bapak aku arrange idup aku dari pada aku kecik masuk sekolah rendah, menengah, matrik then U.. dah nak abes....

Mcam mane dia ajar aku wat duit simpanan, mcam ne die tunjuk cara organise duit... paling aku terharu skali bile dengar secara tak sengaja die cakap kat dealer keta.. my son already finish study, so i want to give him a car and good foundation to start his life... after 3 year hope he can survice comcortablely... perh.. terharu giler....

mmg dari kecik benda2 faundamental macam duit tabung haji ayah aku sediakan... amounce duit poket die bagi ckup2 untuk makan tp mmg tak ckup utk enjoy.. sbb ayah aku particular pasal duit, jadi aku tak berani nak mintak duit lebih melainkan utk yuran n buku.. jadi aku terpaksa organise duit btul2... tak makan, makan sehari sekali.. pinjam duit... tp sgt berbaloi sbb byk pengajaran yg aku dapat... apa yang peting.. ialah ayah aku ajar.. buat yang menda penting dahulu before menda takpenting.. contohnya antara belajar n berseronok... aku boleh je beseronok takyah belaja masa sekolah.. nk je aku g jejalan kat queen bay.. tgk wayang tiap2 minggu.. makan secret recipe.. tp aku tau semua menda ni aku leh wat bile aku dah keje... duit yg ayah aku bg skrang bukan utk berseronok.. tp utk aku belajar.. bukan sahaja aku belajar benda akademik... tp juga pengurusan duit and hidup.. ape yang ayah aku ajar... what i am now...

Aku masih teringat masa sekolah, ayah aku selalu pesan... masa belajar.. belajar.. masa main.. main betul2... (main malaysia nnt abah belikan kasut adidas yang mahal)... tp jgn main-main... sume org ada 24jam.. tp angah dah guna masa besembang dalam kelas tu utk main band n ragbi.. no more masa utk bersembang n main dalam kelas.. masa tu kena guna utk completekan home work... aku amalkan kata-kata ayah.. akhirnya aku dapat macam2 pengalaman yg org lain mungkin terlepas.. aku boleh berbangga dengan penglibatan aku daripada sekolah, matrik and kat U... tq abah....


Berada di rumah setelah abes belajar membuka mata aku mcam mana parents aku organise, arrange, didik kami adik beradik utk hadapi hidup yg mencabar ni.. byk menda lagi yg aku tak dapat nak ukirkan dalam entry kali ni... apa yg telah abah n mama aku lakukan akan aku amik contoh utk membesarkan anak2 aku nnt..... :))






Sunday, April 26, 2009

Farewell Dinner EE batch 2005-2009










" Rindu nyer saat nie"... sedih sedih.. isk... isk... isk..

Thursday, April 23, 2009

Student of Electric, Electronic, Mechatronnic 2005-2009

Laporan Perlawanan Terakhir dari Desert Field

Perlawanan hari ini merupakan perlawanan terakhir di Desert Field, kejayaan yang membanggakan kepada pasukan DF 1 yang dibarisi oleh Kilau, kimul, hakim, yusri, rusdan dan rezmy (abg kedai).. manakala pasukan DF2 dibarisi oleh Pejal sebagai captain, Mijie belacan sebagai stricker gagal, Pak Aji sebagai Stricker dan defence yg gagal juga, Faris , Ihsan, Piji... Pasukan DF1 telah menewaskan DF2 dengan jaringan yang cukup membanggakan..

Kekentalan Kimul dan Hakim di barisan pertahanan menyebab kan Pak Aji dan Mijie belacan pulang menagis sampai hingus terkeluar.. Kehebat Kimul dan Hakim juga menyabab pasukan DF2 merasa sia-sia membeli mijie belacan dan Pak Aji, ini di burukkan lagi dengan setiap peluang di SiA-sia kan.,,

Di barisan tengah pula, DF1 di kawalan oleh rezmy,rusdan dan yusri yang bertindak sebagai midfield stricker.. menyebab kelincahan Ihsan terus ilang dibanyang kehebatan mereka.. Hari ini merupakan Hari malang bg faris kerana acap kali terjatuh dan merembat diri sendiri.. Ini merupakan punca-punca kalahan DF2... selain itu, mis kick sering dilakukan faris.. dengan kata lain sia-sia jugak faris di beli oleh DF 2..

Pada babak kedua, Pak Aji telah bertukar posisi ke penjaga gol.. namun seperti dijangka, pemain yang sia-sia ni terus menghampakan.. kilau yng bergerak selaku sayap kanan manakala yusri kadangkala bergerak sebagai sayap kiri .. terus memilukan hati Pak Aji.... dijangka Pak Aji dan Mijie belancang akan menangis tanpa henti malam ni...

Sekian laporan daripada Desert Field.


Wednesday, April 22, 2009

Satu lagi Episod yang akan berakhir

Lagi 13 jam aku akan menghadapi paper terakhirku di USM ni... benda sedikit menganggu ketenteraman jiwa aku masa 1st year bila tgk senior2 dah abes belajar.. Bilalah masa aku akan tiba.. lg 16 jam utk aku tidak berada dibawah sistem pembelajaran secara formal. Lepas ni tak tahu lagi kalu jalan terbaik masa tu sambung, insyaallah aku sambung.

Aku ingin merakam terima kasih kepada mereka2 yg mewarnai hidup aku kat sini:

Kepada senior-senior yang membantu ketika pendaftaran

Memberi peluang aku mengetuai bacaan ikrar pada MSS 2005/2006

Memberi aku perluang menari dalam variasiswa

Kepada pegawai-pegawai senior dalam PALAPES yg membentuk diri aku. dan Intake 19 Navy USM... maaf atas segala caci maki ketika latihan.. kepada junior komited lah dengan latihan...

Kepada senior-senior ragbi yang menjaga aku masa first.. kelas malam tetap dalam igtan...

Kepada kawan-kawan yang bersama run Phantom 10's 2005 dan 2006, Masai, Sitai, Ongeng, Korea, Ala, Fiza, Sara, sarah, Aimi, Aroy, dan ajk2 yang lain. Maaf kan aku.. sbb aku suka marah2... tq kerana bantu aku perbaiki tq...

Maaf kepada adik2 intake 2006/2007 masa aku jadi PPMS time aku marah2 ampa... tindakan yang jahatkan.. biasa la abg Jahat.. hehehheeh.. Sory...

Kawan sepelatih dalam team SUKMA Penang.. great memories playing together..

Kawan-dalam EKSPEN.. afiq, zool, dan lain-lain.. maaf kepada AJK dan adik2 atas kesalahan2 aku...

Team Jokers dan Team Jaya Ragbi.... Tq dan maaf atas segala kekasaran dan maki hamun dalam padang dan luar padang.

Kepada penghuni Jaya aku pohon ampun dan maaf sepanjang menjalankan tugas sebagai ExCO sukan dan pengarah TOT jaya... Tq kepada MT dan MPDJ dan pengawa... maaf atas segala kesilpan dan kekurangan terhadap tugas yg diamanahkan... kepada staf desa.. tq..

Kepada pelajar2 EE.. aku mintak ampun dan maaf atas kegagalan aku mentadbir SEE sebagai Vice president & President.. Tq kepada senior yang memberi ruang dan peluang kepada aku...

Kepada Ahli kelab ragbi yang memberi sokong dalam menjayakan kejohanan ragbi USM.. terima kasih dan sorry atas angin aku yg tak menentu... AKu harap ampa teruskan Kejohanan ini...

Kepada AJK Futsal Toyol, Mas, Fizi, Mat Pit, Arip Fiona, Mok, And Zool.. tq ampa mmg komited dengan tugas.. dan sory lagi.. kepada reff TQ.. kepada perserta tq kerana join..

Kepada AJK F E C Keep it up the good work as well as EKSPEN or CF..

Kepada Kawan-kwan EE... Tahniah sebb dah nak abis.. mintak ampun atas segala kesilapan...

Kepada Pensyarah2 terima kasih atas ilmu yg di curahkan...

Kepada pegwai-pegawai dan staf di semua jabatan USM... tq.. n sory andai diri ini melangar peraturan... hhehhehehe

Kepada adik2 dan kawan-kawan yang masih meneruskan pelajar.. belajar sungguh2.. main sungguh2.. tp jgn main2....

TQ Semua... :)

Tuesday, April 21, 2009

Hairan & Pelik

Aku mula hairan dengan apa yang terjadi dalam topik perbincangan hari. Kenapa susah sangat nak nampak perkaitan setiap peristiwa?? peristiwa yang berlaku hari ni ada kaitan dengan yang sebelum-sebelum nya. Aku bagi contoh disini:

1. Permenent Off- Line kan contect dalam Ym. Tujuan memberi isyarat bawah terasa hati dengan tidakan orang itu.

2. Kurangkan bergaul dengan orang itu kerana dia masih tak paham. Ini bila berbicara dia still guna ayat ni " Si A tu tak tau apa-apa, aku yang buat semua" atau " si B patut yang ini buat itu, kalu aku dalam lama wat semua tu" tp yg cakap tu tak sedar semua itu telah dilakukan. Tp apa yg belaku sebenarnya org cakap suruh buat ini, buat itu tp kerja dia yg hura-hara, tp si A and si B diam je... cuma terasa hati dengan sikap si B.

3. Si B pinjam duit daripada dia, so bile nak bayar die kata takpe la nnt bile ade duit bayar la jgn sampai tak makan. Baiknyer kata si B dengan rasa bersyukur. Apa yang menaik kan darah adalah bila die cerita kat org lain" si B pinjam duit dari aku tp tak reti-reti nak bayar" habis satu dunia dia bercerita.. bila si B dapat tahu dari org yg die cerita, apa lagi terasa hati juga la, macam tak ikhlas je bagi pinjam.. ni wat malas nak bayar ni.. perkara yang sama terjadi pada si A, ketika g makan, si A lupa nak bawak dompet pinjam lah pada dia, terus canang satu dunia, yang si A ni suka pinjam. Apa lagi balik je si A terus bayar and tak nak pinjam dah. si B plak.. tunggu sejuk hati baru nak bayar.

4. Peristiwa 2 dan 3 diatas menyebab si A and si B berasa kurang selesa ngan dia, tp amik keputusan biarkan je lah.. mmg die perlu perhatian kot.. Jadi Permenant off-line diteruskan.

5. Hati ni tgh panas cuba nak disejuk kan tp bila dia buat perangai lagi.. mcam mane nak sejuk. Dia kata dia akan urus jamuan tp yang si pegawai tanya si A and si B dan dah bgtahu mengenai jamuan. Tp bile tanye die, die kata bus dah tempah and suma dah ada sedangkan si A and si B tahu dia ni tipu je nie.. maka mmg panas la plak tambahan plak si B perlu mengatur jadualnya padat, dengar plak orang menipu..perh panas ni... Tp still sabar biarkan lah die... kalu tak sempat g jamuan pn tak kisah, tp kalu tak buat apa2 jgn la tipu sampai orang ke buat dah org pun takde mase time tu.. Masa ni mmg tgh panas gak la ngan sikap die tp tak pe.. just permenant off line and kalu g mana2 kurangkan ajak dia tp jgn la tunjuk kita benci kat perangai die.

6. Dia suka tlg orang, tp nak tolong pun hormat la perasaan orang. Mmg la nak tlg tp kalu dan awek orang selambe je ajak g umah dah la tu tak informe la si A. Langsung tak jaga hati member.. then bercakap berlagak plak tu, " aku g umah die awek die duduk lama plak, sembang-sembang ngan parents awek si A" .. igt org lain tak perasan cemburu ke, org pun ade maruah beb.. jg la same ... sapa yang tak marah... kalu org lain dah tikam mamat ni hidup2.. ada plak nak cabar kesabaran member.. apa punya jenis kwan menda sensitif macam tu pun tak reti nak jaga. Si A mmg dah sampai kemuncak kemarahan ni.. si B dengar pun dah mula geram.. tp nasib baik tak singah penumbuk time tu and nasib baik si A g cari die kat bilik tak de.. kalu dak aduh perang beb.. so si A pun malas nak kata apa2...

7. Jadi si A and si B pun plan la wat something agar die sedar. Tp malang nyer dia hanya nampak perkara ke 6 je sbb die nak tlg awek si A. yang 2, 3 ,4 ,5 yang menjadi bahang semakin besar dia tak nampak plak pekaitan.. Pelik tul aku.. nak suruh cakap depan-depan.. tulis pun dia tak paham apa tak lagi kalu cakap.. cakap benda tak nampak hanya dengar....

8. Tlg la paham.. si A and si B bukan bengang kes pasai malam tu ja.. tp sebab dia dok bg panas berkurun lama.. sapa leh tahan.. tp si A je g cari kat bilik.. si B malas nak kata apa2... so si B tulis citer kebengang dengan dia.. tp dia baca dia tak nampak kat mana dia buat kawan-kawan bengang.. tak pe lah.. lantak die lah....

Selama ni kita je kena jg hati dia, tp kali dah tak kisah.. tikam belakang ka depan ka... tak larat nak jg hati orang yg tak reti jg hati orang lain..

Selamat... hehhehehehe....

"Penulisan blog bukti kebebasan bersuara"- topik debat PNC.. hahahahhaha


Monday, April 20, 2009

Cerpen: "Baik Sangat"

Dalam kesibukan belajar, perasaan ingin bercinta lahir dalam jiwa setiap insan. Di waktu yang sama persahabatan terbina atas dasar keselesaan bersama dan sedia berkongsi rahsia, bergurau senda dan menghormati perasaan sahabat.

Rahzi mempunyai hubungan cinta dengan Nil, namun hubungan cinta mereka tidak kesampaian kerana Nil tidak dapat menerima cara Rahzi. Simpati dengan Rahzi yang tidak keruan setelah berpisah dengan Nil, jadi kawan Rahzi iaitu Arjuna pun bertanyalah kepada Nil kenapa dia memutuskan hubungan dengan Rahzi, Nil menjawab dengan senyuman yang manis " dia sangat baik dan tidak sesuai dengan Nil". Arjuna bingung dengan jawapan Nil itu.

Bagaimana seorang lelaki yang baik boleh ditinggalkan wanita yang menyedari kebaikan Rahzi itu. Radzi makin tidak keruan. Setiap kali menikmati hidangan tidak kira pagi, tengah hari atau malam, bersama-sama rakan-rakan iaitu Arjuna, Kencana dan Putih. Radzi sering menceritakan nasib malang ditinggal Nil yang telah dialami.

Masa silih berganti, dan mereka pun telah berada di Tahun 3 di sebuah Universiti. Namum cerita Nil tetap bermain di mulut Rahzi yang masih tidak dapat menerima hakikat Nil telah meningalnya. Rahzi masih bercerita yang sama kepada rakan-rakan nya. Keadaan ini menyebabkan Arjuna, Kencana dan Putih berasa bosan dengan sikap Rahzi yang sepert kebudak-budakan. Pelbagai nasihat diberi, Arjuna yang mempunyai pegalaman bercinta telah menasihati Rahzi dengan pelbagai cara "Namun Rahzi yang baru pertama kali mengenali Cinta dengan Nil berkata "Aku dah merasa semuanya pasal cinta, kamu semua tidak paham". Kata-kata Rahzi itu hanya mengundang ketawa dihati Arjuna. Sesungguhnya Arjuna lebih berpegalaman daripada Rahzi dan hal percintaan ini

Rahzi berasa kesunyian dan cuba mendekati gadis-gadis lain yang lebih Junior daripadanya. Dia amat rapat dan amat dikenali dengan kebaikannya. Namun tidak seorang pun antara mereka membuat Rahzi terpikat, mungkin kerana masih teringat Nil yang juga masih di Tahun 2 di Universiti yang sama. Rahzi juga ada mencerita mengenai gadis-gadis yang cuba didekatinya kepada Arjuna, Kencana dan Putih, mereka pun menasihati Rahzi untuk memilih salah seorang daripada gadis-gadis ini. Namun Rahzi tidak membuat apa-apa tindak yang dapat membantunya melupakan Nil.

Hari semakin berlalu, gadis-gadis junior yang dirapati oleh Rahzi mula menjauhkan diri daripadanya. Keadaan ini membuatkan Kencana tertanya-tanya mengapa boleh berlaku demikian. Suatu hari, Kencana perlu menghadiri satu Jamuan Makan Malam bersama pasangan di Sebuah Hotel di Pearl Island. Kencana membuat keputusan mengajak Dahlia ke jamuan itu, Dahlia merupakan salah seorang gadis yang cuba dipikat oleh Rahzi. Tujuan Kencana tidak lain dan tidak bukan selain sebagai pasangannya pada majlis itu, kencana juga ingin mengetahui perihal mengapa mereka menjauhi Rahzi. Daripada perbualan dengan Dahlia, memang diakui Rahzi memang seorang yang baik terutama kepada wanita, tetapi suka mengungkit apa yang di lakukannya. Kencana masih tidak paham apa yang dimaksudkan oleh Dahlia.

Ketika dalam perjalanan pulang, Kencana teringat mengenai Rahzi yang juga penah menjadi wakil pelajar di Universitinya, dimana ketika tempoh menjadi wakil pelajar, tiada tindakan major yang dilakukan oleh Rahzi. Mungkin kerana terdapat kekangan. Tetapi apabila makan bersama, Rahzi akan bercerita bagai dialah seorang wira ketika mejadi wakil pelajar. Terdetik di hati kencana mungkinkah ini yang dimaksudkan Dahlia. Sikap suka mengukit kebaikan yg telah dilakukan. Pada Kencana, mungkin Rahzi dalam kesunyi dan inginkan perhatian. Tambahan pula Rahzi pernah memberi tahu bahawa dia tidak selesa dengan sikap Ibu Bapa nya di Rumah.

Kencana dan Arjuna bersama putih menyertai Kejohanan Olahraga tetapi bukan sebagai atlet tetapi hanya sebagai menghias Khemah peserta di Universiti meraka. Pada kejohanan itu, Kencana bertemu dengan Mawar, kawan lama di kolej persediaan dahulu. Mawar kecil dan comel orangnya. Kencana pun mempekenalkan kepada Arjuna dan Putih. Pertemuan itu mendatangkan bibit Cinta antara Arjuna dan Mawar. Putih sudah berpunya iaitu Sakura manakala Kencana juga sudah terpikat kepada Kemboja. Pada hujung tahun tahun yang sama Rahzi, Arjuna, Putih dan kencana akan ke Industri untuk melaksanakan Pratikal mereka.

Arjuna, Putih dan Rahzi mendapat tempat di Shah Alam manakala Kencana di utara Malaysia. Kencana pergi ke Shah Alam untuk menghadiri satu majlis di sebuah Universiti di Bandaraya. Arjuna, Putih dan Rahzi datang menjemput kencana di perhentian Bus. Topik perbualan yang setiasa diulang oleh Rahzi sejak ketibaan Kencana adalah kejayan dia menyatukan Mawar dan Arjuna. Kencana bergelak didalam hari sambil berkata "berkali nak cakap". Dalam masa yang sama Arjuna berbisik kepada Kencana "Kencana, Rahzi ni tak tahu yang engkau lah orang yang mempekenalkan aku kepada Mawar". Kencana menjawab " seperti biasalah Arjuna, Rahzi kan suka bercakap bagai dia lah wira".Kemudian Arjuna dan Kencana ketawa kecil, putih juga mendegari perbualan tadi sambil tersenyum.

Kembali ke Tahun akhir pengajian, Arjuna menerima satu SMS yang memaki hamun kerana tidak menunaikan janji untuk mengadakan Jamuan projek yang telah dilakukan. Setelah di selidik punca Jamuan ini tidak dilakukan, Arjuna mendapati ini berpunca daripada sikap Rahzi yang lambat, tidak membuat kerja dan beriya-riya di dalam mesyuarat untuk membatalkan jamuan itu. Arjuna sangat marah kepada Rahzi sehingga malas untuk keluar bersama Rahzi lagi. Seperti biasa apabila makan bersama Rahzi akan bercakap seperti wira seperti membuat macam-macam namun Rahzi tidak sedar kata-katanya itu menimbulkan kebencian rakan-rakannya terhadapnya. Arjuna,Putih dan Kencana mengetahui bahawa Rahzi punca terhadap tomahan yang mereka terima, namun Rahzi bercakap masih seperti wira dan tiada perasaan bersalah.

Masa terus berlalu, Arjuna, Kencana dan Putih mula mengasingkan diri daripada Arjuna kerana sikap nya itu yang suka mengukit tentang kehebatannya walaupun tiada apa yang dilakukan. Pada suatu hari Mawar perlu menghadiri temuduga di Butterworth pada pukul 9 pg. Pada ketika ini Mawar telah mempunyai hubungan dengan Arjuna. Tanpa pengetahuan Arjuna, Rahzi menghubungi Mawar dan bertanya mengenai temuduga. Kemudian Rahzi berkata kepada Mawar "jika pukul 9 temu duga, datang lah tido di rumah" Rahzi terus menyerakan Telefon bimbitnya kepada Emaknya untuk mengajak Mawar datang ke rumah. Mawar berasa serba salah dan telah mengambil keputusan untuk datang temu duga pada pukul 2 petang.

Selesai temu duga, Mawar terkejut Rahzi datang ke tempat temu duga dan mempalawa untuk menghatar Mawar pulang. Yang aneh yang keadaan ini belaku tanpa pengetahuan Arjuna. Secara tidak sengaja pada malam harinya Rahzi, Arjuna, Kencana, Putih dan Sakura menikmati minum malam bersama.

Ketika minum Malam, Rahzi terlepas cakap bahawa dia menghantar Mawar pun ke Rumah tadi. Tanpa rasa bersalah Rahzi berbicara bagai seorang hero dengan berkata " aku berada di rumah mawar lama juga. Bersembang-sembang dengan ibu bapa mawar". Kata-kata yang sungguh biadap daripada mulut Rahzi menguris mood minum pada malam itu. Arjuna rasa tersentak dan bagai ingin menghempapkan saja minumnya ke muka Rahzi. Kencana tidak paham apa tujuan Rahzi berkata demikian, adakah untuk memcabar Arjuna atau tersilap cakap yang memakan diri. Bagi megelak pekara yg lebih buruk Putih mengajak semua pulang. Sakura yang turut hadir pada minum malam itu turut tersentak dengan kata-kata Rahzi. Sudah la tidak menghormati perasan rakannya, tiada rasa kesal tentang perbuatannya. Sungguh biadap Rahzi!!

Keesokkan harinya, Arjuna, Kencana, Putih dan Sakura ke rumah Mawar untuk menziarahi Ayahnya yang sakit. Peluang ini digunakan oleh Arjuna untuk bertanya Mawar mengenai apa yang berlaku. Jelas penerangan daripada Mawar membuat Arjuna benar-benar geram kepada Rahzi. Jadi Arjuan berbual mengenai Rahzi bersama Kencana dan Putih, Kencana memberi tahu Arjuna dan putih bahawa Dahlia penah memberi tahu yang Rahzi baik tetapi suka mengungkit kebaikan yang di lakukan, kemudian Arjuna teringat kata-kata Nil yang mengatakan Rahzi 'sgt baik'. Rupa-rupanya Baru mereka paham kenapa Nil meninggalkan Rahzi, kerana Rahzi baik tetapi suka mengunkit apa yang dilakukannya. Sebab itu lah Nil berkata "Sgt Baik" sambil senyum sinis. Patutlah semua orang cuba menjauhkan diri daripada Rahzi kata Kencana, mereka semua tertawa kecil.

Arjuna masih tidak puas hati dengan sikap Rahzi yang kerap menghubungi Mawar tanpa pengetahuannya. Namun Arjuna bersabar, kesabaran Arjuna mungkin sampai ke kemuncak jika Rahzi masih tidak sedar. Arjuna masih mempunyai perhitungan dengan Rahzi..........[bersambung]


Di Tengah Sawah di Kaki Gunung Jerai


Hari ni aku dan sahabat ziarah ayah seorang lagi kawan di Yan. Insyaallah kami doa kan ayah kepada rakan kami ni akan sihat.

Apa yg aku nak kongsi arie nie adalah kedamaian bumi Malaysia. Banyangkan di tengah sawah yang luas dan Gunung yang besar. Siapalah kita di situ.. Adakalanya alam akan menjadi guru terbaik bg kita menginsafi diri.

"Bila alam berkata-kata, kita sudah tiada masa"

Al - Fatihah kepada mangsa Tsunami di Acheh.


Saturday, April 18, 2009

Kawasan Tadahan Air :-)


Cantik tak gmbar-gambar di atas, minggu lepas baru aja ada yg terjun dalam longkang sebelah gambar ni. Tak tahan nak mandi kot. hahahhhahah...

Sebenarnya ni la gmbar kampus kesayangan aku dikala hujan lebat. Kesimpulannya, kita tambah sticker utk Jet Sky Dalam Kampus. Jadi tahun depan kepada penduduk kampus akan diadakan Jualan Jet Sky. hahahahha...

Giler ah 4thn aku belajar dikala hujan macam ni.. tambah time senior-senior aku belajar.. perh lama tu macam nie.. Mari kita bincangkan... hehehehhee

Aku dah kena g kerja da.. tak sempat nak ulas panjang-panjang.. Cadang kepada Abul Kassim SMJ, lantik aini sebagai pengarah Khas utk setelkan problem ni... Pada pendapat aku dia ada idea nak buat mcam mana.. aku gerak dulu... :)



Friday, April 17, 2009

Buku-bku untuk dijual







Oleh kerana aku dah nak abes study, So aku nak jual lah buku2 aku dengan separuh harga sbb aku tau ada yg tak mampu nak beli sampai harga rm70 kalu buku baru. Oleh kerana buku-buku ni bukan buku fotocopy jadi aku jual dengan rm separuh harga. Buku yang aku fotocopy aku bg free, buku-buku tersebut adalah:

R K Mittal and I J Nagarath " Robotic and Control", Tatu McGraw-Hill Publishing Company.

Saeed B. Niku "Introduction to Robotics Analysis, System, Applications", Prentice Hall.

Douglas C. Montgomay " Design And Analysis of Experoment" 4th edition, John illy & Sons.

Sapa berminat boleh hubungi aku segera sebelum aku balik pada 24hb April 2009.



Thursday, April 16, 2009

Mengenali Diri

tip mengenal diri sendiri melalui tarikh lahir dari
Dr.Fadzilah Kamsah

1. Pemimpin
2. Lembut
3. Kemas (Cerewet)
4. Rajin
5. Boleh berbincang
6. Angin
7. Patuh
8. Bisnes
9. Glamour
...........................................................
Contoh: 20 05 1981
2 + 0 = 2
Maka kotak pertama adalah 2

Kemudian campurkan kesemua nombor
2 + 0 + 0 + 5 + 1 + 9 + 8 + 1 = 26

Kemudian hasil campur yang lebih dari 9 akan dicampur lagi seperti :
2 + 6 = 8
Maka kotak kedua adalah 8

Selepas itu kotak pertama akan dicampur ngan kotak kedua
2 + 8 = 10

Oleh kerana hasil campur lebih dari 9 maka dicampur lagi
1 + 0 = 1
Maka kotak ketiga ialah 1

... hasilnya ...
2
Lembut
8
Bisnes
1
Pemimpin

Maka anda sudah cerminkan diri anda
mungkin sifat-sifat ini ada dalam diri anda dan mana tahu
mungkin suatu hari nanti dengan sifat ini anda
akan menjadi seorang yang berguna

NOLI ME TANGERE


NOLI ME TANGERE atau maksud nya Jangan sentuh aku merupakan Karya Jose Rizal. Beliau lahir di Calamba, Laguna (Filipina), pada 19 Jun 1861. Pada usia 3 tahun beliau dapat membaca; usia 5 tahun memahami Injil; usia 8 tahun menulis sajak, dan pada usia 9 tahun tela mempelajari bahasa Latin. Beliau memperoleh gelaran B.A pada usia 16thn. Pada tahun 1882 beliau belajar di Universiti Pusat di Madrid (Sepanyol). Tiga tahun kemudia memperoleh gelaran Doktor dalam Falsafah dan Sastera di samping gelaran Doktor dalam Perubatan. Dia mengunjungi Perancis, Jerman dan Austria; bergaul dengan sarjana-sarjana terkenal. Di Berlin die menyelesaikan novel Noli Me Tangere ini.

Pada tahun 1887 dia kembali ke Filipina dan membuka klinik. Tetapi pemerintah kolonial Sepanyol segera mencurigainya setelah membaca Noli Me Tangere. Rizal dituduh hendak menggulingkan pemerintah. Bukunya diharamkan.

Dia mengembara lagi ke Eropah. Di London dia menulis berbagai-bagai rencana perjuangan yang menuduh pemerintah kolonial membuat bangsa Filipina bodoh dan malas. Di Belgium dia sempat menyelesaikan novelnya yang kedua, El Filibusterismo.

Kembali ke Filipina pada tahun 1892, dia menubuhkan Liga Filipina untuk kegiatan pendidikan, industri dan pertanian. Tetapu pemerintah kolonial segera menangkapnya dan engasingkannya ke Zamboanga selema 4 tahun. Setelah revolusi meletus, dia ditangkap lagi dan dihadapkan ke pengadilan tentera dengan keputusan ditembak mati. Pada tarikh bersejarah 30 Disember 1896 dia menjalani hukuman tembak itu.

Noli Me tangera adalah sebuah novel yang mengisahkan dan menyingkap keburukan pemerintah kolonial Sepanyol dan kesewenang-wenang kaum pendeta. Novel ini telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa. Edisi bahasa melayu ini diusahakan oleh Intitut Kajian Dasar (IKD) dengan beberapa perubahan untuk manfaat pembaca di Malaysia.

"Jasad mungkin disekat dengan memisahkan roh, namum semangat dan perjuangan akan kekal selagi mana ilmu dan iman sebagai tungang"


Tuesday, April 14, 2009

UNMO Negeri kelamkabut... BN pun ada skit..

1. Bermula dengan perhimpunan Agong UMNO lepas yg dicemari dengan isu rasuah, kini UMNO dibeberapa negeri turut ditiup angin ribut.. BN turut terkena tempias angin ribut ini bila kalah dalam Pilihraya kecil bukit gantang dan bukit Selambau.

2. Kabinet yang diumum oleh PM mendapat reaksi negetif oleh beberapa ahli komponen yang dimulakan dengan MCA yang mengadakan mesyurat tergempar berhubung Kuota MEnteri dan Timbalan Menteri dan Kabinet PM baru. Tak puas atie konon nya. Tak paham aku.

3. Kata-kata sinis Tun M mengenai kabinet PM baru yg terdiri daripada mereka yg masih terbabit dengan aduan rasuah atau salah laku politik wang sedikit sebanyak mencemarkan barisan kabinet ini.

4. Walaupun KJ tidak terpilih dalam kabinet dengan alasan diberi tanggungjwab projek mendapatkan sokongan golongan muda kepada UMNO dan BN. Ini dilihat sebagai 'cover up' sesuatu yg mengaibkan KJ. Secara logik untuk mengerakkan projek mega ini, semua pemengang jawatan dalam PEMUDA perlu bersama2 meneraju projek ini, tp apa yg dilihat ialah org no.2 pemuda telah di BZ kan dalam kabinet baru dan org kuat PEMUDA (anak tun M) pun di BZ kn dalam kabenit ini. Jadi macam mana projek yg KJ akan buat berkesan kerana org kuat dalm organisasi pimpinan dia BZ dengan tugas kabinet. Sah tektik cover up atau lebih hampir dengan theory PM taknak amik risiko ahli kabinet kena letak jawaatan setelah didapati bersalah oleh siasatan berikutnya.

5. Huru-hara ini diteruskan lagi dengan ura-ura MIC ingin memboikot kabinet baru ini kerana presiden semur hidupnya tidak diberikan apa2 jawatan dlm kabinet. Ini kerana presiden gerakan yg tewas dalam PRU 12 lalu turut dilantik dalam kabinet baru tp Sammy Vellu tak dilantik. Ini dikira kes tak puas hati ni..

6. Then UMNO perlis plak buat hal. Bekas MB yang tak dapat jadi MB masih ada perasaan iri hati kepada pegantinya. Maka muncul lah kata-kata tradisi haram bg penganti MB baru yang tidak mengikut tradisi UMNO, yg mana ketua perhubungan negeri akan jadi MB tp lepas PRU 12 org lain di lantik.. hahahahaha kesian dia kena pindah umah. Problem-problem.

7. Yang terbaru ketika entry ini ialah kes ADUN BN terenggannu tak puas hati kat MB, ini pun kes bekas MB tak puas atie la nie.. ADUN ini di ketua Datuk rasol yg dikenali sebagai penyokong kuat bekas MB. Siap ada ugutan bunuh dan sandiwara boikot perisidangan DUN lg. Apa citer ni?? Sama-sama geng pun nak gaduh. Hormat la keputusan Sultan Mizan , dia pilih MB, nak bantah apasal. aku pun hormat Sultan Perak, walaupun aku tak suka BN.

8. Kesimpulan daripada pembatalan sidang ASEAN di bangkok, hikmat kepada PM baru untuk menyelesaikan krisis dalam parti dan kabinet baru. Dan yang pasti dalam media tak dak pun laporan mengata hubungan parti komponen retak, tak macam yg dilaporkan mengenai PR. Tak Isu pun dikatakan gabungan PR bagai telur dihujung tanduk, terbukti media di Malaysia suka membodek dan berat sebelah, menyebabkan rakyat mulai tidak percaya berita politik yang disampaikan di Tv-tv dan radio2. Akhirnya 'back fire' diri sendiri. Tp tahniah kepada tv3 sbb pembaca berita dah mula pakai tudung. Bgus tu.. :))


Monday, April 13, 2009

Cerita Kampus: Ramai Peljar tak dapat Desa sem depan dan Kenapa aktivi HEPP tidak di Key in dalam 'My aktiviti' Kampus Sejahtera.

Minggu lepas hangat dibincangkan pelajar tak dapat Desa, antara alasan yang di berikan:
1. Tak dapat sebab takde merit, org berkenaan tak key in
2. Masalah sistem di Induk
3. Penghuni tak register ngan UPU dan register lewat
4. Senarai dari Alpabet A sampai tertentu sahaja dapat (sistem problem).
5. Yang kasar sikit, ada org tak buat kerja

Pelbagai andaian yang di timbulkan mengenai perkara ini. Aku pun tak tau yang mana btul, pada final year yg nak tinggal kan kampus, perkara ini dilihat tidak menjadi masalah kepada final year.

Apa yg aku pasti ialah perkara ini akan diselesaikan oleh pihak berkenaan, dan nasihat aku, kepada penghuni2 libatkanlah dengan aktiviti di desa, kampus dan U. Dan kepada yg bertanggungjawab memberikan sijil atau menyiapkan sijil lakukanlah dengan amanah dan jangan lupa key in aktiviti yg telah disertai oleh anak buah anda dalam My akviti kampus sejahteraan. Alhamdullillah di Desasiswa Jaya tidak timbul masalah ini, Tahniah kepada MPDJ kerana update my aktiviti dalam kampus sejahtera dengan baik.

Bercakap mengenai "My aktivti' kampus sejahtera, aku menerima beberapa SMS dua hari lepas bertanyakan penglibatan dalam kejohanan ragbi, PPMS, ekspen, dan beberapa lagi program anjuran HEPP, kenapa tidak di Key In dalam 'My activity ' kampus sejahtera. Bila aku menyemak aku punya "my activity' sama, tidak di key in kan.. aku pun hairan.

Orang yang SMS aku kata macam ni baik Join aktiviti desa, diiktiraf. Aku kata "Btul" dan aku kata walaupun takde dalam my aktiviti tp sijil dapat kan. Jadi apa yg belaku mungkin perkara ini terlepas pandang atau memang tiada dalam bidang kuasa HEPP utk key in aktivti yg telah di sertai atau mmg ade org yg malas nak buat atau memang tidak menghargai mereka-mereka yang menyertai aktiviti yg dianjurkan oleh HEPP.

Jadi nasihat aku, join jgn tak join setiap aktiviti yg ada, cari pengalaman dan ilmu sebanyak mungkin, takde dalam healty campus tak pe, janji ade sijil bleh gune utk interview nanti. Kalu rase kecewa Join lah aktiviti Jaya Confirm akan di Key In.. hahahahhaa tlg promote..

"Membezakan antara manusia adalah pengalaman hidupnya"

Tuesday, April 7, 2009

Bulan megambang dan Mata bersinar di atas Bukit, Dacing di celah batang je..

Tahniah kepada wakil Pas di Parlimen Bukit Gantang Datuk Seri Ir Nizar dan Adun PKR di Bukit Selambau, S Manikumar dan ADUN Batang Ai daripada BN yang berjaya memenangi Kerusi Masing-masing.

Kempen Derhaka yang diutarakan oleh BN terhadap Calon PR Datuk Seri Ir Nizar nyata ditolak oleh rakyat Bukit Gantang. Ini dibuktikan dengan peningkatan 1000 lebih majoriti Undi yg diperolehi Nizar. Kempen perkauman yg ditiup oleh BN juga gagal dengan memutarkan pemberian hak tanah kepada kaum cina. Sessungguhnya hal sebenar mengenai tanah lebih diketahui oleh masyarakat bukit gantang. Masyarakat Cina diberikan 47 000 lot Kg Cina manakala Kg Melayu 102 000 lot. Tp apa yg dipaparkan dalam media terutama Tv?? kita sedia maklum kenapa, utk menimbulkan kebencian org melayu kepada kerajaan PR di Perak. Ini adalah soal keadilan yg utamakan oleh islam, jika layak org itu memperolehi tanah, tak kira melayu cina atau india, kita sebagai orang islam jgn bersikap zalim dengan menafikan perkara ini, prajudis membuta tuli. Inilah contoh kepimpinan yg ditunjukkan oleh Datuk Seri Ir Nizar.

Selain itu, kejayaan Datuk Nizar juga atas prestasi kerajaan PR Perak mentadbir daripada Pertuntukan pembangunan ditingkatkan, ketua kampung Up Elaun dan pemilihan ketua kampung melalui masyuarat khairiyah berbanding ketika BN lantik terus, Rakyat pelbagai kaum dapat tanah, Peningkatan Ekonomi sebagai cth: Pelaburan asing FDI meningkat daripada 2.04 Billion ketika BN memerintah kepada 3.13 billion dalam tempoh 10 bulan memerintah. Pelbagai lagi peningkatan ekonomi yg dicatatkan. Yang paling menarik perhatian adalah pengurangan pembaziran dimana kerajaan PR perak membelanja hanya 1.1 juta dalam 10 bln bagi majlis rasmi berbanding 2.1juta setahun oleh kerajaan BN perak.

Pelbagai lagi perkara baik ditunjukan oleh kerajaan PR perak berbanding BN seblum ini termasuk pendidikan dengan wujudnya dermasiswa bernilai 5 juta kepada 5000 org di ipt. duit kebajikan di tingkatan daripda rm200 kepada 400 dan skim takaful rm1000 kepada warga emas berusia 65thn keatas. Perkara-perkara ini tiada ketika pemerintahan BN. Secara peribadi juga Datuk Nizar seorg yg berpendidak tinggi dengan menjadi penasihat di firma kejuruteraan antara bangsa. Selain itu boleh berbahasa Melayu, Cina, tamil, ingerris dan Arab, serta mampu mentafsir al-quan. Ini kekuatan yg ada yg membolehkan Ir NIzar menang. Kehebatan Nizar juga sehingga pemimpin DAP mula membuka Al-Quran. Inilah hikmah yg dibawa oleh seorg pemimpin yg hebat. Mengenai terjemahan yg dibuat oleh YB Nga, aku bersetuju dengan Mufti Perak, tetapi kehebatan Nizar telah membawa lembaran baru dalam dakwah islamiah. Hebat!!!

Manakala di Bukit selambau media BN memanupulasi megenai calon yg dipilih oleh PKR yang kononnya mendapat bantahan org-org PKR. Dalam satu segmen buliten utama tv3 ada memaparkan penduduk kawasan Bukit selambau menolak calon PKR kerana tidak dikenal namun tiba2 dia berkata "mcam calon BN suma org kenai... Dia bagus" hahahhaha .. nampak sgt..

Ketika kempen dapat dilihat bagai mana kawasan bukit selambau yg kebanyakan adalah estet tidak mendapat kemudahan asas. Ini menyebab kepecayaan penduduk dikawasan ini kepada Kerajaan BN pudar walaupun sekian lama memerintah tp mereka tetap di pigirkan. Selain itu isu penahan pemimpin Hindraf oleh kerajaan dibawah ISA merupakan suatu perkara yang tidak dapat diterima oleh masyarakat India ini memberi kesan kepada pengundi daripada masyarakat India dikawasan itu.

BN mendapat suntik modal dengan turunnya mantan PM tun dr mahathir yg turut sama berkempen. Namun Tun gagal membantu BN mencapai kejayaan kerana dilihat sebagai penyokong kepada perasuah dengan menyertai UMNO semula. Selain itu sikap buruk yang di tunjukkan oleh Tun ketika pemerintahan Tun Abdullah juga sikit sebanyak mecemarkan kepercayaan raykat dan rasa hormat kepada TUn Dr Mahathir.

Biar pun UMNO baru sahaja selesai pehimpunan agong baru nya. tetapi pemilihan pada kali ini dicemari dengan 900 aduan rasuah seperti yg dinyatakan oleh Tunku Ahmad Retaudin, ini merupakan pun penolak org melayu terhadap BN. Yang telah didapati bersalah pun boleh menang lagi.. musykil aku sebagai anak muda, mcam mana nak bg sokongan...

Walau bagaimana pun di Batang Ai, BN masih mepertahankan kemenangan. Ini berpunca kerana keterbukaan dan capai maklumat di Batang Ai tidak seperti semenanjung, Jadi kawasan ini tidak dipengaruhi oleh pengaruh politik yg terjadi sekarang. Jadi utk menang seterus kawasan ini akan dibiarkan dengan pembangunan yg terhad dengan alasan adat masyarat sekitar yg tidak dapat menerima pembangunan yg pantas. Jadi dijangkakan dalam pilihan raya akan datang ayat ini akan di ulang " tempat ini tersisih daripda pembangunan walaupun puluhan tahun negara merdeka, undilah BN supaya kita dapat merecana pembangunan di kawasan ini" . Hanyalah kata-kata selama ini, tersisih ketika dibawah pemerintahan BN.

Jadi kepada media-media yg sibuk mengipas, apa yg dipaparkan dimedia merupakan perkara yang diketahui umum sebagai berat sebelah, ini membawa keadaan 'Back Fire' yang mana melahirkan rasa benci rakyat melihat ketidak adilan dalam penyiaran sehinggakan ada yg sudah muak dan memberi sokongan kepada lawan dan ada yg mula memboikot saluran-saluran tertentu seperti 25thn (harap maklum).

Sekian, Tahniah Sekali lagi.. :))


Peta Pelawat