Thursday, January 15, 2009

Tahniah kepada Abul Kassim

Keputusan pilihan Raya Kampus telah diperolehi, Saudara Abul telah mencatat kemenangan dengan memperolehi 1041 undi menewaskan saudari Aini dengan 665 undi. Satu saingan yang hebat daripada kedua-dua calon ini.

Jumlah yang layak mengundi di Kampus Kejuruteraan adalah seramai 2560 orang dan seramai 1796 yang keluar mengundi iaitu sebanyak 70.15% daripada jumlah keseluruhan. Sebanyak 90 undi rosak. Dipahamkan pelbagai tanda dibuat diatas borang undi termasuk lukisan.

Kepada calon yang menang selamat menjalankan tugas dan jangan hampakan undi yang telah diberi. Kepada jentera kedua-dua belah pihak, kempen telah berakhir dan usaha yang diberikan amat menarik dan mengagumkan. Sekiranya belaku perselisihan paham dan pelbagai rasa yang kurang baik elok lah kita saling bermaafan dan bersama-sama memperkasakan pelajar. Tahniah kepada Abul kerana menang dan tahniah kepada Aini kerana sama-sama meraikan demokrasi. Selamat Berjuang!!!

"Bersama memperkasakan pelajar"

3 comments:

Anonymous said...

tahniah kepada saudara abul atas kemenangan di dalam PRK kali ini....harap dpt mengotakan janji2 yg telah di buat dlm manifesto pilihan raya.....jgn jadi seperti mpp yg lpas yg cakap x serupa bikin....janji internet akn dipertingkatkan, sampai skrg pn x pertingkatkan pun...still lmbat cam kura2.....

Anonymous said...

hahaha...buat statement guna rambut ke guna otak? hahaha... tenet dah upgrade lama dah pon..tp usage still 100%...salahkan mpp lps???

Anonymous said...

upgrade apanya kepala otak ko berjambul......still lmbat gak....dh taw kalu dlu dh upgrade still lembab gak ternet....upgradekn la lg jd lbey laju...kata universiti apex....aku taw la ni ko balaci aspirasi......

Peta Pelawat