Friday, January 16, 2009

Pra Ekspen 2009


Menjelang Career Fair 2009 yang dulu dikenali sebagai Ekspen, pihak menganjur mengadakan pelbagai bengkel sebagai persediaan kepada semua pelajar.

Bengkel-bengkel yang diadakan adalah:

1. Get That Job - 18/01/09- DK 4- 9pg
Bengkel ini adalah bengkel persediaan membuat resume dan cara untuk menghadapi temu-duga. Penceramah adalah En. Rizal Hassan, yang merupakan fasilitator 'Take Charge Sdn Bhd', sebuah syarikat motivasi yang berkaliber. Dalam bengkel ini, aspek gaya bercakap, pakaian dan kesalahan yang perlu dihindari oleh seorang calon akan dikupas dengan teliti.

2. Positive Grooming - 21/01/09 - DK 5-2ptg
Bengkel ini adalah bengkel mempersiapkan diri menghadapi dunia pekerjaan. Aspek yang ditekan seperti dinamika kemahiran iaitu kemahiran yang perlu ketika berkerja selain daripada ilmu akademik. Selain kemahiran komunikasi dan bersosial dalam alam pekerjaan akan ditekan. Cara berpakaian ketika bekerja juga akan disentuh dalam bengkel ini. Penceramah adalah Dr Rahman daripada USM kampus induk.

3. Jatuh Bangun Seorang Pelajar dan Kenali & Cungkil Kekuatan Diri - 11/02/09-DK 4-2ptg
Bengkel ini adalah bengkel motivasi dan perkongsian pengalaman bersama Dr Aidil (berpengalaman dalam jatuh dan bangun sebagai seorang pelajar, beliau merupakan pelajar perubatan namun gagal menamatkan dalam bidang ini tetapi beliau tidak putus asa sehingga berjaya menamat pelajaran dengan PhD) dan Dr Danail Zainal Abidin ( daripada BPR). Bengkel ini juga akan menyentuh bagaimana untuk mencungkil kekuatan yang ada didalam diri supaya kita lebih yakin menghadapi setiap cabaran yang datang.

Pendaftaran:
Setiap bengkel dikenakan RM4, jika mendaftar ketiga-tiga bengkel, hanya RM10 dikena sebagai pakej. Tujuan bayaran ini adalah untuk makanan 2 kali pada bengkel pertama dan sijil bagi setiap bengkel.

Kepada yang ingin mendaftar boleh hubungi : Azirul Azran (Pengarah Publisiti Career Fair 2009). No Hp: 017-9675526 atau YM: jiro_killer

"Discover Your Dream Job"


2 comments:

Anonymous said...

wei...
camne nk dftar..
takat bgtau cmtu jerk xpyh la...

Ariff Redza said...

untuk pendaftaran esok (jumat) boleh di buat di cafe lembaran 11am-5pm dan di pusat islam selepas solat jumaat.. pendaftaran saat akhir

Peta Pelawat