
Kepada pihak yg akan bertanding dan sedang merangka strategi utk menghadapi pilihanraya kali ini, aku ingin berpesan iaitu bertandinglah atas dasar kredibiliti dan kemampuan calon. Jangan sekali-sakali fitnah menjadi senjata utk menang. Bertandinglah atas perancangan yg akan dilakukan jika terpilih sebagai wakil nnt. Andai fitnah menjadi senjata, pohonlah keampuan daripada Allah, sesungguhnya Allah mengampunkan semua dosa kecuali dosa mengsyirikan Allah.
Kita perlu fahami, dalam islam politik membawa maksud menguruskan urusan manusia, ini berbeza skali dengan politik barat yang mengutamakan kekuasaan. Amalkan kan politik islam. Masih tergiang2 dalam terlinga aku mengenai satu hadis, hadith nya panjang yg maksud nya menguruskan urusan manusia lebih baik daripada beriktikaf didalam masjid (bukan hadith penuh just content).
Pasukan atau pihak atau parti yang bertindak sebagai jentera membantu calon hanyalah alat. Umpama tukul untuk mengetuk paku, nail gun pun alat gak.. objektif adalah sama memberi yang terbaik kepada org yg kita menjadi wakil. Harus kita ingat, walaupun apa sekali pun alat yg kita guna, perkara paling penting yang perlu kita jaga adalah hubungan sesama insan. Prinsip mungkin berbeza.. tp akidah kita mentauhidkan Allah tetap sama. Terpilihnya pemimpin nnt bersamalah kita taati. Teringat aku dalam satu buku karangang Ali Khalid Muhammad, seorang pensyarah Universiti Di Mesir menerangkan mengenai Politik islam, kita wajib taat kepada pemimpin kita segala mana dia tidak kufur yg nyata dan jika ia kufur datang lah dengan bukti yg nyata yakni bukan fitnah dan dalil allah utk memerangi mereka(tak salah aku ni hadith, nnt aku check balik). Contoh fitnah ( kat sini " aku dengar org kata...").
Kepada pemimpin yg terpilih nnt hadith riwayat muslim: "Pemimpin yg baik adalah pemimpin yg sentiasa mengasihi rakyatnya dan dikasihi rakyatnya, yg mendoakan rakyatnya dan didoakan oleh rakyatnya. Pemimpin yg buruk benci kepada rakyatnya dan dibenci oleh rakyatnya, yg melaknat rakyatnya dan dilaknat oleh rakyatnya.". Peganglah amanah ini kerana agamamu, bangsamu dan negaramu.
Sabda Nabi saw :
كلكم راع وكلكم مسئول عن رعيته , الامام راع ومسئول عن رعيته , والرجل راع فى أهله ومسئول عن رعيته , والمرأة راعية فى بيت زوجها ومسئولة عن رعيتها , والخادم راع فى مال سيده ومسئول عن رعيته , وكلكم راع ومسئول عن رعيته. متفق عليه
(diriwayatkan oleh Bukhori dan Muslim)
Selamat bertanding.
"Hebatnya kepimpinan kerana strategi perjungannya menghadapi musuh, hebatnya pemerintahan kerana keadilannya."
No comments:
Post a Comment