Sunday, December 28, 2008

Memahami Imigrasi dan Ketuanan Tempat.


Carta Migrasi Manusia (tgk dari kutub utara)

Aku selalu terfikir mengenai isu yang panas sekarang, ketuanan melayu, dan macam mana aku nak memahami persoalan ini. Kenapa sekarang dipersoalkan begitu kuat. Desas desus melayu juga pendatang di Tanah ini. Hampir 6 bulan aku meneliti teks-teks dan kajian sejarah dan aku rasa aku nak berkongsi apa yang aku baca. Diatas adalah peta migrasi manusia daripada kajian sejarahwan.

Apa kena mengena migrasi dan ketuanan sesuatu tempat. Fakta pertama perlu kita fahami adalah ketuanan sesuatu tempat diberi kepada kelompak masyarakat yang menemui kawasan itu. Kita tgk di Eropah, org yang menemui eropah atau mula bermigrasi atau berhijrah ke sana adalah bangsa astonias dan germanic yang kini dipangil bangsa eropah dan diiktiraf ketuanannya di Tanah eropah, Di Amerika keturunan Indian atau lebihan dikenali sebagai Red Indian, megikut kajian, mereka berasal daripada keturunan berhampiran India-Mogolia yg berhijrah kesana, tetapi yg belaku kepada mereka adalah hak ketuanan mereka di nafi dimana mereka skarang? bagaimana taraf ekonomi mereka?.

Begitu juga di autralia dan tempat lain dimuka bumi, menurut kajian manusia mula menetap di muka bumi di kawasan utara aftika dan seterus berhujrah dan menjumpai kawasan baru dan menjadi tuan kepada kawasan itu. Inilah hal yg berlaku kepada masyarakat melayu. mengikut kajian Dr. Zafarina Zainuddin, Pensyarah Sains Forensik USM, terdapat dua kelompok Utama melayu. Iaitu melayu Proto dan Melayu Moden.

Melayu proto berasal daripada afrika yang kini dikenali sebagai org asli, kerana itu mereka mempunyai kulit yg gelap dan rambut kerinting dan kajian DNA juga membuktikan mereka berasal dari Afrika. Melayu proto datang ke Tanah Melayu pada 200 000 tahun dahulu tp bilangan kemuniti ini kecik berbading melayu moden.

Melayu Moden berasal daripada Populasi Mongoloid atau Autranasian (Kawasan Indo-China) dan berhijrah ke Tanah Melayu dan Nusantara melalui Sg Mekong, dipercaya penempatan pertama komuniti ini di Kelantan dan berkembang ke seluruh nusantara. Melayu Moden mula menapak di Tanah Melayu kira-kira 8000-6000 tahun dan membina ketermadunan baru dengan perubahan dailek bahasa dan kebudayaan. Keturunan ini yang dipangil Melayu hari ini.

Fakta yang perlu difahami juga, Bangsa Cina dan India mula datang ke Tanah Melayu pada 1800an yang dibawa oleh British bg memenuhi sektor perlombongan dan pertanian. Jelaslah disini orang melayu diiktiraf sebagai Tuan tanah di Tanah Melayu. Tp perlu juga kita fahami dalam konteks sekarang kita perlu hidup dalam masyarakat berbilang kaum dan masing-masing perlu memahami hak dan jangan menafikan hak kaum lain seperti yang terjadi di Amerika dan dasar Apertied di Afrika Selatan.

Bila kita memahami sejarah dan bagaimana pemberian warga negera kepada kaum lain di Negara kita, seharusnya tidak mempersoalan isu ini. Pihak yang terbabit perlu saling menghormati hak dan memelihara asas persetujuan ini supaya kita hidup harmoni.

Berkenaan soal bumiputera lain seperti kaum kadazan, murut dan lain-lain di Malaysia timur, ada desas desus mengata kaum bumiputera di Malaysia Timur mendapat kelebihan yang kurang berbanding di Tanah Melayu. Adakah benar?? Bagi memahami soal ini. Kita perlu soroti bagaimana penubuhan Malaysia. Sabah dan Serawak menyertai Malaysia tetapi beberapa perjanjian termaktub seperti warga negeri sarawak dan sabah, urusan Pentadbiran Negari dan Soal Tanah di Takbir oleh Negeri masing-masing. Kerana itu sawarak mengada pilihan raya berlainan di Semenanjung. Begitu juga hal bumiputeranya, tetapi ia tetapi dijamin oleh pelembagaan Malaysia, cuma kurang dan lebih itu kerana pentadbiran yang berbeza. Nanti aku akan cerita lebih lanjut perkara ini bila aku abes baca teks-teks dan kajian mengenai perkara ini.


[ Surah Hujuraat, Ayat : 13]
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan suku puak, supaya kamu saling berkenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling takwa di antaramu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya.

3 comments:

@f!ah said...

salam kilau montel..keless sgt entry ko..very the sejarahwan..mesti sejarah SPM ko dulu bertaraf A kan..erm..interesting kupasan ko..pasal ketuanan melayu, amerika dan eropah tu..bagi aku kan..takde isu pn pasal ketuanan melayu, isu hishamudin kucup keris time perhimpunan UMNO lepas kalo kita faham apa maksud tersirat sumer tue..

pada pendapat aku, chinese and indian mungkin tk faham maksud2x tersirat tu sebenarnya..mereka hanya namapk tersurat..mungkin disebabkan pendedahan dominasi kemasyarakan. ye le..kalo cina dok kat kaw cin india dok kat kawasan india tnpa bercampur gaul dgn any race yg lain..tu yg mreka kompius...

kalo yg bangsa melayu tu sendiri tak paham maksud ketuanan melayu dan kucupan keris...ak tak taula nak carot apa kat dorunk ne..tula..masa cikgu ajar sejarah + bm (rumusan karangan)..korunk ponteng..nyorok kat tandas merokok..camna nak pandai..hahaha..

neway kilau..ko carot la lagi pasal ketuanan melayu ne dgn ambil artikel2x dari paper..rasa dah ada cendiakwan yg dah kupas pasal isu neyh..dan ak pn dah baca..hahaha..

p/s: lain kali campur dan bergaul dgn masyrakat..bersosial..bukan jadi katak dibawah kaca...nampak dunia laur tapi tk mmpu wat pape..kui3x..

dah ak nak tgok baaadshah ne..baadshah hei baadshah!

imratul husna said...

arini 1 muharram 1430 hijarh.. 1st of all, aku nk ucapkn salam maal hijrah kt ang. Well, nice artikel... ley jd cekgu sejarah le pasni..hurm, kite melayu proto ke melayu moden???? huhu.. =D

aneroid09 said...

Salam. Bagus kupasan isu ini. Teruskan mengorek rahsia sebenar ketuanan Melayu. Tak semestinya nak jd cikgu sejarah baru belajar sejarah.

ttg kucup keris tu, kita kena faham, sebab keris tu merupakan senjata keramat orang melayu. Kalau dulu hang tuah pakai pistol, mungkin dato hishamuddin kita tu kucup pistol. hehehe...

anyway, teruskan menulis!

Peta Pelawat