Thursday, April 16, 2009

NOLI ME TANGERE


NOLI ME TANGERE atau maksud nya Jangan sentuh aku merupakan Karya Jose Rizal. Beliau lahir di Calamba, Laguna (Filipina), pada 19 Jun 1861. Pada usia 3 tahun beliau dapat membaca; usia 5 tahun memahami Injil; usia 8 tahun menulis sajak, dan pada usia 9 tahun tela mempelajari bahasa Latin. Beliau memperoleh gelaran B.A pada usia 16thn. Pada tahun 1882 beliau belajar di Universiti Pusat di Madrid (Sepanyol). Tiga tahun kemudia memperoleh gelaran Doktor dalam Falsafah dan Sastera di samping gelaran Doktor dalam Perubatan. Dia mengunjungi Perancis, Jerman dan Austria; bergaul dengan sarjana-sarjana terkenal. Di Berlin die menyelesaikan novel Noli Me Tangere ini.

Pada tahun 1887 dia kembali ke Filipina dan membuka klinik. Tetapi pemerintah kolonial Sepanyol segera mencurigainya setelah membaca Noli Me Tangere. Rizal dituduh hendak menggulingkan pemerintah. Bukunya diharamkan.

Dia mengembara lagi ke Eropah. Di London dia menulis berbagai-bagai rencana perjuangan yang menuduh pemerintah kolonial membuat bangsa Filipina bodoh dan malas. Di Belgium dia sempat menyelesaikan novelnya yang kedua, El Filibusterismo.

Kembali ke Filipina pada tahun 1892, dia menubuhkan Liga Filipina untuk kegiatan pendidikan, industri dan pertanian. Tetapu pemerintah kolonial segera menangkapnya dan engasingkannya ke Zamboanga selema 4 tahun. Setelah revolusi meletus, dia ditangkap lagi dan dihadapkan ke pengadilan tentera dengan keputusan ditembak mati. Pada tarikh bersejarah 30 Disember 1896 dia menjalani hukuman tembak itu.

Noli Me tangera adalah sebuah novel yang mengisahkan dan menyingkap keburukan pemerintah kolonial Sepanyol dan kesewenang-wenang kaum pendeta. Novel ini telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa. Edisi bahasa melayu ini diusahakan oleh Intitut Kajian Dasar (IKD) dengan beberapa perubahan untuk manfaat pembaca di Malaysia.

"Jasad mungkin disekat dengan memisahkan roh, namum semangat dan perjuangan akan kekal selagi mana ilmu dan iman sebagai tungang"


1 comment:

Unknown said...

assalamualaikum, tuan
saya berbesar hati jika tuan sudi menjual buku noli me tangere pada saya

kualatiga@gmail.com

Peta Pelawat