Thursday, April 30, 2009

Kerajaan Melantik Musti Baru bagi "Satu Malaysia"

Tan Sri Dr Koh Tsu Koon telah dilantik mempengerusikan Jawatankuasa Khas bagi membahaskan Isu Agama anak pasangan yang bertukar agama berikutan Kes K Pathmanaban atau nama Islamnya Mohd Ridzuan Abdullah.

Persoalan yang timbul adakah orang-orang yang dilantik dalam Jawatankuasa ini layak membahaskan perkara ini? Mari kita teliti:

Koh Tsu Koon
Ijazah dalam bidang fizik daripada Universiti Princeton University tahun 1970
Ijazah Phd bidang ekonomi dan Sosiologi oleh Universiti Chicago

S Subramaniam
Ijazah perubatan dan Pembedahan daripada di Universiti Singapura pada 1978.
Diploma dalam bidang Perubatan Dermatology di Universiti Wales.

Shahrizat
Universiti Malaya dalam bidang undang-undang pada tahun 1973 dan dianugerahkan Ijazah LLB (Hons) pada tahun 1976.

Jamil Khir Baharom
Ijazah dalam bidang Syariah dari Universiti Malaya pada 1986
Sarjana Pengajian Islam (Pengurusan Ekonomi Islam) dari The Graduate School of Islamic and Social Science di Virginia, United States, 2000.

Kes undang-undang syariah. Seorang saja yang berkelayakan dari segi akademik iaitu Jamil Khir manakala Sharizat dalam bidang undang-undang civil. Lagi 2 doktor dan pakar fizik. Pengerusi pakar fizik. Kes adalah undang-undang syariah. Layak ke tak layak Jawatankuasa ni?? Jawapannya "satu Malaysia dah tau".

Kerajaan mana yang lantik??? Jawapannya "Satu Malaysia dah tau".

Persoalan yang timbul: kenapa tidak dilantik pakar2 akademik yang benar-benar berkelayakan. Ini yang kita tak tau kenapa. Adakah utk menjaga perpaduan sehingga melantik orang yang tidak layak menguruskan hal yang amat besar dan penting ini.

Atau perkara yang besar dan penting ini dianggap tak penting?? Ini yang kita tak tau.. negara sekular la bak kata Negarawan. Yang pasti seorang sahaja ahli yang arif dalam undang-undang syariah yg sorg lain sekular dan lg 2 bukan ahli undang2 pun...

Sapa yang sokong kerajaan ni?? "Satu Malaysia" dah tau apa kerajaan ni buat utk agama bangsa dan negara... nak subahat lg.. aku leh kompromi jika ekonomi dijadikan alasan utk menyokong kerajaan ini.. aku leh kompromi jika isu tanah utk menyokong kerajaan ini tp aku tak bodoh nak sokong kerajaan yang melantik orang yang tidak layak menguruskan Hal berkaitan agama yg menjadi asas kehidupan. Jadi jgn jadi bodoh subahat dengan benda2 macam ni..

TV- TV boleh sembunyi perkara ini daripada pengetahuan umum.. tp igt "yahudi dan musuh-musuh merancang, Allah juga merancang.. tetapi igtlah, perancang Allah perancang terbaik."

Baru beberapa bulan berkuasa, Ini lah satu malaysia yang ingin dibentuk. Jika org bukan islam membaca Al-Quran dihebohkan sebagai sesuatu yang salah. Nak raih sokong undi, ini yang dikata guna kepala lutut. Dia melantik orang bukan islam mengurus hal berkaitan agama... Ini lah "satu malaysia" namanya...

Bersedialah pemuda pemudi negara.. Tiupan "Satu Malaysia" akan bertiup menghancurkan jiwa sebagai mana yg belaku dalam perang salib dikala jatuhnya Bahdad di tangan British.. tp sejarah itu dilakukan oleh kafir... ada kisah Kamal Artartuk akan belaku di Malaysia??





No comments:

Peta Pelawat