Tuesday, April 7, 2009

Bulan megambang dan Mata bersinar di atas Bukit, Dacing di celah batang je..

Tahniah kepada wakil Pas di Parlimen Bukit Gantang Datuk Seri Ir Nizar dan Adun PKR di Bukit Selambau, S Manikumar dan ADUN Batang Ai daripada BN yang berjaya memenangi Kerusi Masing-masing.

Kempen Derhaka yang diutarakan oleh BN terhadap Calon PR Datuk Seri Ir Nizar nyata ditolak oleh rakyat Bukit Gantang. Ini dibuktikan dengan peningkatan 1000 lebih majoriti Undi yg diperolehi Nizar. Kempen perkauman yg ditiup oleh BN juga gagal dengan memutarkan pemberian hak tanah kepada kaum cina. Sessungguhnya hal sebenar mengenai tanah lebih diketahui oleh masyarakat bukit gantang. Masyarakat Cina diberikan 47 000 lot Kg Cina manakala Kg Melayu 102 000 lot. Tp apa yg dipaparkan dalam media terutama Tv?? kita sedia maklum kenapa, utk menimbulkan kebencian org melayu kepada kerajaan PR di Perak. Ini adalah soal keadilan yg utamakan oleh islam, jika layak org itu memperolehi tanah, tak kira melayu cina atau india, kita sebagai orang islam jgn bersikap zalim dengan menafikan perkara ini, prajudis membuta tuli. Inilah contoh kepimpinan yg ditunjukkan oleh Datuk Seri Ir Nizar.

Selain itu, kejayaan Datuk Nizar juga atas prestasi kerajaan PR Perak mentadbir daripada Pertuntukan pembangunan ditingkatkan, ketua kampung Up Elaun dan pemilihan ketua kampung melalui masyuarat khairiyah berbanding ketika BN lantik terus, Rakyat pelbagai kaum dapat tanah, Peningkatan Ekonomi sebagai cth: Pelaburan asing FDI meningkat daripada 2.04 Billion ketika BN memerintah kepada 3.13 billion dalam tempoh 10 bulan memerintah. Pelbagai lagi peningkatan ekonomi yg dicatatkan. Yang paling menarik perhatian adalah pengurangan pembaziran dimana kerajaan PR perak membelanja hanya 1.1 juta dalam 10 bln bagi majlis rasmi berbanding 2.1juta setahun oleh kerajaan BN perak.

Pelbagai lagi perkara baik ditunjukan oleh kerajaan PR perak berbanding BN seblum ini termasuk pendidikan dengan wujudnya dermasiswa bernilai 5 juta kepada 5000 org di ipt. duit kebajikan di tingkatan daripda rm200 kepada 400 dan skim takaful rm1000 kepada warga emas berusia 65thn keatas. Perkara-perkara ini tiada ketika pemerintahan BN. Secara peribadi juga Datuk Nizar seorg yg berpendidak tinggi dengan menjadi penasihat di firma kejuruteraan antara bangsa. Selain itu boleh berbahasa Melayu, Cina, tamil, ingerris dan Arab, serta mampu mentafsir al-quan. Ini kekuatan yg ada yg membolehkan Ir NIzar menang. Kehebatan Nizar juga sehingga pemimpin DAP mula membuka Al-Quran. Inilah hikmah yg dibawa oleh seorg pemimpin yg hebat. Mengenai terjemahan yg dibuat oleh YB Nga, aku bersetuju dengan Mufti Perak, tetapi kehebatan Nizar telah membawa lembaran baru dalam dakwah islamiah. Hebat!!!

Manakala di Bukit selambau media BN memanupulasi megenai calon yg dipilih oleh PKR yang kononnya mendapat bantahan org-org PKR. Dalam satu segmen buliten utama tv3 ada memaparkan penduduk kawasan Bukit selambau menolak calon PKR kerana tidak dikenal namun tiba2 dia berkata "mcam calon BN suma org kenai... Dia bagus" hahahhaha .. nampak sgt..

Ketika kempen dapat dilihat bagai mana kawasan bukit selambau yg kebanyakan adalah estet tidak mendapat kemudahan asas. Ini menyebab kepecayaan penduduk dikawasan ini kepada Kerajaan BN pudar walaupun sekian lama memerintah tp mereka tetap di pigirkan. Selain itu isu penahan pemimpin Hindraf oleh kerajaan dibawah ISA merupakan suatu perkara yang tidak dapat diterima oleh masyarakat India ini memberi kesan kepada pengundi daripada masyarakat India dikawasan itu.

BN mendapat suntik modal dengan turunnya mantan PM tun dr mahathir yg turut sama berkempen. Namun Tun gagal membantu BN mencapai kejayaan kerana dilihat sebagai penyokong kepada perasuah dengan menyertai UMNO semula. Selain itu sikap buruk yang di tunjukkan oleh Tun ketika pemerintahan Tun Abdullah juga sikit sebanyak mecemarkan kepercayaan raykat dan rasa hormat kepada TUn Dr Mahathir.

Biar pun UMNO baru sahaja selesai pehimpunan agong baru nya. tetapi pemilihan pada kali ini dicemari dengan 900 aduan rasuah seperti yg dinyatakan oleh Tunku Ahmad Retaudin, ini merupakan pun penolak org melayu terhadap BN. Yang telah didapati bersalah pun boleh menang lagi.. musykil aku sebagai anak muda, mcam mana nak bg sokongan...

Walau bagaimana pun di Batang Ai, BN masih mepertahankan kemenangan. Ini berpunca kerana keterbukaan dan capai maklumat di Batang Ai tidak seperti semenanjung, Jadi kawasan ini tidak dipengaruhi oleh pengaruh politik yg terjadi sekarang. Jadi utk menang seterus kawasan ini akan dibiarkan dengan pembangunan yg terhad dengan alasan adat masyarat sekitar yg tidak dapat menerima pembangunan yg pantas. Jadi dijangkakan dalam pilihan raya akan datang ayat ini akan di ulang " tempat ini tersisih daripda pembangunan walaupun puluhan tahun negara merdeka, undilah BN supaya kita dapat merecana pembangunan di kawasan ini" . Hanyalah kata-kata selama ini, tersisih ketika dibawah pemerintahan BN.

Jadi kepada media-media yg sibuk mengipas, apa yg dipaparkan dimedia merupakan perkara yang diketahui umum sebagai berat sebelah, ini membawa keadaan 'Back Fire' yang mana melahirkan rasa benci rakyat melihat ketidak adilan dalam penyiaran sehinggakan ada yg sudah muak dan memberi sokongan kepada lawan dan ada yg mula memboikot saluran-saluran tertentu seperti 25thn (harap maklum).

Sekian, Tahniah Sekali lagi.. :))


No comments:

Peta Pelawat