Monday, April 20, 2009

Cerpen: "Baik Sangat"

Dalam kesibukan belajar, perasaan ingin bercinta lahir dalam jiwa setiap insan. Di waktu yang sama persahabatan terbina atas dasar keselesaan bersama dan sedia berkongsi rahsia, bergurau senda dan menghormati perasaan sahabat.

Rahzi mempunyai hubungan cinta dengan Nil, namun hubungan cinta mereka tidak kesampaian kerana Nil tidak dapat menerima cara Rahzi. Simpati dengan Rahzi yang tidak keruan setelah berpisah dengan Nil, jadi kawan Rahzi iaitu Arjuna pun bertanyalah kepada Nil kenapa dia memutuskan hubungan dengan Rahzi, Nil menjawab dengan senyuman yang manis " dia sangat baik dan tidak sesuai dengan Nil". Arjuna bingung dengan jawapan Nil itu.

Bagaimana seorang lelaki yang baik boleh ditinggalkan wanita yang menyedari kebaikan Rahzi itu. Radzi makin tidak keruan. Setiap kali menikmati hidangan tidak kira pagi, tengah hari atau malam, bersama-sama rakan-rakan iaitu Arjuna, Kencana dan Putih. Radzi sering menceritakan nasib malang ditinggal Nil yang telah dialami.

Masa silih berganti, dan mereka pun telah berada di Tahun 3 di sebuah Universiti. Namum cerita Nil tetap bermain di mulut Rahzi yang masih tidak dapat menerima hakikat Nil telah meningalnya. Rahzi masih bercerita yang sama kepada rakan-rakan nya. Keadaan ini menyebabkan Arjuna, Kencana dan Putih berasa bosan dengan sikap Rahzi yang sepert kebudak-budakan. Pelbagai nasihat diberi, Arjuna yang mempunyai pegalaman bercinta telah menasihati Rahzi dengan pelbagai cara "Namun Rahzi yang baru pertama kali mengenali Cinta dengan Nil berkata "Aku dah merasa semuanya pasal cinta, kamu semua tidak paham". Kata-kata Rahzi itu hanya mengundang ketawa dihati Arjuna. Sesungguhnya Arjuna lebih berpegalaman daripada Rahzi dan hal percintaan ini

Rahzi berasa kesunyian dan cuba mendekati gadis-gadis lain yang lebih Junior daripadanya. Dia amat rapat dan amat dikenali dengan kebaikannya. Namun tidak seorang pun antara mereka membuat Rahzi terpikat, mungkin kerana masih teringat Nil yang juga masih di Tahun 2 di Universiti yang sama. Rahzi juga ada mencerita mengenai gadis-gadis yang cuba didekatinya kepada Arjuna, Kencana dan Putih, mereka pun menasihati Rahzi untuk memilih salah seorang daripada gadis-gadis ini. Namun Rahzi tidak membuat apa-apa tindak yang dapat membantunya melupakan Nil.

Hari semakin berlalu, gadis-gadis junior yang dirapati oleh Rahzi mula menjauhkan diri daripadanya. Keadaan ini membuatkan Kencana tertanya-tanya mengapa boleh berlaku demikian. Suatu hari, Kencana perlu menghadiri satu Jamuan Makan Malam bersama pasangan di Sebuah Hotel di Pearl Island. Kencana membuat keputusan mengajak Dahlia ke jamuan itu, Dahlia merupakan salah seorang gadis yang cuba dipikat oleh Rahzi. Tujuan Kencana tidak lain dan tidak bukan selain sebagai pasangannya pada majlis itu, kencana juga ingin mengetahui perihal mengapa mereka menjauhi Rahzi. Daripada perbualan dengan Dahlia, memang diakui Rahzi memang seorang yang baik terutama kepada wanita, tetapi suka mengungkit apa yang di lakukannya. Kencana masih tidak paham apa yang dimaksudkan oleh Dahlia.

Ketika dalam perjalanan pulang, Kencana teringat mengenai Rahzi yang juga penah menjadi wakil pelajar di Universitinya, dimana ketika tempoh menjadi wakil pelajar, tiada tindakan major yang dilakukan oleh Rahzi. Mungkin kerana terdapat kekangan. Tetapi apabila makan bersama, Rahzi akan bercerita bagai dialah seorang wira ketika mejadi wakil pelajar. Terdetik di hati kencana mungkinkah ini yang dimaksudkan Dahlia. Sikap suka mengukit kebaikan yg telah dilakukan. Pada Kencana, mungkin Rahzi dalam kesunyi dan inginkan perhatian. Tambahan pula Rahzi pernah memberi tahu bahawa dia tidak selesa dengan sikap Ibu Bapa nya di Rumah.

Kencana dan Arjuna bersama putih menyertai Kejohanan Olahraga tetapi bukan sebagai atlet tetapi hanya sebagai menghias Khemah peserta di Universiti meraka. Pada kejohanan itu, Kencana bertemu dengan Mawar, kawan lama di kolej persediaan dahulu. Mawar kecil dan comel orangnya. Kencana pun mempekenalkan kepada Arjuna dan Putih. Pertemuan itu mendatangkan bibit Cinta antara Arjuna dan Mawar. Putih sudah berpunya iaitu Sakura manakala Kencana juga sudah terpikat kepada Kemboja. Pada hujung tahun tahun yang sama Rahzi, Arjuna, Putih dan kencana akan ke Industri untuk melaksanakan Pratikal mereka.

Arjuna, Putih dan Rahzi mendapat tempat di Shah Alam manakala Kencana di utara Malaysia. Kencana pergi ke Shah Alam untuk menghadiri satu majlis di sebuah Universiti di Bandaraya. Arjuna, Putih dan Rahzi datang menjemput kencana di perhentian Bus. Topik perbualan yang setiasa diulang oleh Rahzi sejak ketibaan Kencana adalah kejayan dia menyatukan Mawar dan Arjuna. Kencana bergelak didalam hari sambil berkata "berkali nak cakap". Dalam masa yang sama Arjuna berbisik kepada Kencana "Kencana, Rahzi ni tak tahu yang engkau lah orang yang mempekenalkan aku kepada Mawar". Kencana menjawab " seperti biasalah Arjuna, Rahzi kan suka bercakap bagai dia lah wira".Kemudian Arjuna dan Kencana ketawa kecil, putih juga mendegari perbualan tadi sambil tersenyum.

Kembali ke Tahun akhir pengajian, Arjuna menerima satu SMS yang memaki hamun kerana tidak menunaikan janji untuk mengadakan Jamuan projek yang telah dilakukan. Setelah di selidik punca Jamuan ini tidak dilakukan, Arjuna mendapati ini berpunca daripada sikap Rahzi yang lambat, tidak membuat kerja dan beriya-riya di dalam mesyuarat untuk membatalkan jamuan itu. Arjuna sangat marah kepada Rahzi sehingga malas untuk keluar bersama Rahzi lagi. Seperti biasa apabila makan bersama Rahzi akan bercakap seperti wira seperti membuat macam-macam namun Rahzi tidak sedar kata-katanya itu menimbulkan kebencian rakan-rakannya terhadapnya. Arjuna,Putih dan Kencana mengetahui bahawa Rahzi punca terhadap tomahan yang mereka terima, namun Rahzi bercakap masih seperti wira dan tiada perasaan bersalah.

Masa terus berlalu, Arjuna, Kencana dan Putih mula mengasingkan diri daripada Arjuna kerana sikap nya itu yang suka mengukit tentang kehebatannya walaupun tiada apa yang dilakukan. Pada suatu hari Mawar perlu menghadiri temuduga di Butterworth pada pukul 9 pg. Pada ketika ini Mawar telah mempunyai hubungan dengan Arjuna. Tanpa pengetahuan Arjuna, Rahzi menghubungi Mawar dan bertanya mengenai temuduga. Kemudian Rahzi berkata kepada Mawar "jika pukul 9 temu duga, datang lah tido di rumah" Rahzi terus menyerakan Telefon bimbitnya kepada Emaknya untuk mengajak Mawar datang ke rumah. Mawar berasa serba salah dan telah mengambil keputusan untuk datang temu duga pada pukul 2 petang.

Selesai temu duga, Mawar terkejut Rahzi datang ke tempat temu duga dan mempalawa untuk menghatar Mawar pulang. Yang aneh yang keadaan ini belaku tanpa pengetahuan Arjuna. Secara tidak sengaja pada malam harinya Rahzi, Arjuna, Kencana, Putih dan Sakura menikmati minum malam bersama.

Ketika minum Malam, Rahzi terlepas cakap bahawa dia menghantar Mawar pun ke Rumah tadi. Tanpa rasa bersalah Rahzi berbicara bagai seorang hero dengan berkata " aku berada di rumah mawar lama juga. Bersembang-sembang dengan ibu bapa mawar". Kata-kata yang sungguh biadap daripada mulut Rahzi menguris mood minum pada malam itu. Arjuna rasa tersentak dan bagai ingin menghempapkan saja minumnya ke muka Rahzi. Kencana tidak paham apa tujuan Rahzi berkata demikian, adakah untuk memcabar Arjuna atau tersilap cakap yang memakan diri. Bagi megelak pekara yg lebih buruk Putih mengajak semua pulang. Sakura yang turut hadir pada minum malam itu turut tersentak dengan kata-kata Rahzi. Sudah la tidak menghormati perasan rakannya, tiada rasa kesal tentang perbuatannya. Sungguh biadap Rahzi!!

Keesokkan harinya, Arjuna, Kencana, Putih dan Sakura ke rumah Mawar untuk menziarahi Ayahnya yang sakit. Peluang ini digunakan oleh Arjuna untuk bertanya Mawar mengenai apa yang berlaku. Jelas penerangan daripada Mawar membuat Arjuna benar-benar geram kepada Rahzi. Jadi Arjuan berbual mengenai Rahzi bersama Kencana dan Putih, Kencana memberi tahu Arjuna dan putih bahawa Dahlia penah memberi tahu yang Rahzi baik tetapi suka mengungkit kebaikan yang di lakukan, kemudian Arjuna teringat kata-kata Nil yang mengatakan Rahzi 'sgt baik'. Rupa-rupanya Baru mereka paham kenapa Nil meninggalkan Rahzi, kerana Rahzi baik tetapi suka mengunkit apa yang dilakukannya. Sebab itu lah Nil berkata "Sgt Baik" sambil senyum sinis. Patutlah semua orang cuba menjauhkan diri daripada Rahzi kata Kencana, mereka semua tertawa kecil.

Arjuna masih tidak puas hati dengan sikap Rahzi yang kerap menghubungi Mawar tanpa pengetahuannya. Namun Arjuna bersabar, kesabaran Arjuna mungkin sampai ke kemuncak jika Rahzi masih tidak sedar. Arjuna masih mempunyai perhitungan dengan Rahzi..........[bersambung]


12 comments:

e-mam said...

very well written, since when you had became novelist? o is it something that you extract from? By the way, visit my new blog on wordpress, mindvault.wordpress.com-nick brainscrypt

Ariff Redza said...

Nukilan ni tidak bermakna bg yg tidak penah merasa, namun ia cukup tajam bg yg terlibat.. ewah..

Anonymous said...

uhuhu, watever~ very well written? mcm org tulih cerpen time tgh x thn nk pi jmban pun ade... mcm x cukup komitmen kt cerpen sndiri.. citer betoi yeh? kira nk kasi pengajaran kt org la ni yeh? bagoih2...

Anonymous said...

~Unta tanpa bonjulan~

at least dia ada sebab nak tulis.. bodoh la anonymous kat atas ni.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

pening bc watak2 kat dlm citer ni..pusing2, org dkt2 je...smua sm2..kwn...apela2...tp ad ke org y mcm tu?

Anonymous said...

aku mcm taw je cite ni...huhu character pon aku taw gak..

Ariff Redza said...

Hahahahahhha... ada gak org komen2 dalam cerpen ni.. tq2

NaD88 said...

bertaubatlah rahzi yea..jgn duk canang dri tuh baik sgt..dri nih byk kekurangan...amik mase muhasabah dri sndiri..jgn duk kco org punye..x baik.klu kwn,buat la stkat kwn..yg duk soh smpi mak ckp sal pa..isk999...lu pk la sndri org yg brkaitan...haha...-S-

Ariff Redza said...

amoih NAD88...

Don^Self said...

huhu,,dahsyat gler r cter nie,,mcam terase jew org yg terkena,,haha,, "kerna api cinta ini x pernah padam biarpun dihempas ombak yg menggila" ngeh3X!!

budak jaya said...

salam ..hem ... rase ye mcm tau je cite ni ... tp, ade juga watak yg aku tak tau, so agak2 je laa ...

aku rase la, bg aku, mesti korg dah wat mcm2 sebelum nie utk membuat teguran secara baik atau, dengan kata lain, luahan rase hati trus dr hati ke hati ....

namun, mungkin cara itu tak berkesan .. (kalo korg tak tegur secara baik tu, silalah tegur secara baik dulu, baru buat menda2 mcm blog nie, sebab tajam seh cerita nie ..)

dan mungkin penulis blog, merasakan cara inilah yg terbaik utk memberi kesedaran sebagai 'teguran yg sgt berkesan' kepada si penuju ..

maka, yg mana tak baik tuh buang ... semua mesti sedar dgn kelemahan diri sendiri (kelemahan si penuju, yg tak tau kelemahan diri dan kelemahan si pencerita, yg tak tau nak tegur utk perubahan kawan die)

jd, aku harap, jgn laa gaduh2 ... korg dah abes pon ... korg geng dr kecik, takkan dah besar dah bawa diri jauh2 ... sebuah persahabatan tidak terhingga nilai ye ..

dgn itu, majulah sukan utk negara !!

Peta Pelawat