Thursday, October 23, 2008

Teruskan atau Mansuhkan AUKU??

1. Aku tertarik dengan isi yang diceritakan kepada aku oleh seorang sahabat yang pergi ke forum yang membincangkan auku di USM Induk semalam. Ape yang dibincangkan adalah mansuh atau teruskan AUKU... aku pun tanya, takdak bincang mengenai pinda ka?? die pun senyum.. die kata ada penal yang juga seorg peguam stresskan pasal pinda, tp maklum la majlis yang telah dirancang oleh pihak tertentu kata nya.. aku pun tersenyum.. :) Aku rasa aku ingin melahirkan pendapat aku mengenai isu ini.

2. Kita perlu fahami kenapa AUKU diwujudkan. AUKU diwujudkan oleh Tun Dr Mahathir ketika beliau menjadi Menteri Pendidikan dahulu. Dalam menjadikan Malaysia sebuah negara yang kuat, rakyatnya perlu berilmu. Pada masa ini, bilangan orang melayu yang memiliki ijazah sgt sedikit. Orang melayu di Universiti tempatan juga cenderung kepada politik, jadi tujuan penubuhan AUKU ini adalah supaya fokus pelajar di Universiti adalah untuk mendapatkan ijazah dengan cemerlang. Baru kedudukan negara lebih kuat.

3. Aku merujuk kepada tulisan tunku abdul rahman dalam buku 'Sebelum dan Selepas 13 Mei' yang menyatakan kecenderungan pelajar terutama melayu di Universiti tempatan terhadap politik dan ini akan menyebabkan hasrat negara untuk melahirkan mereka yang berilmu akan terbantut. Jadi Inilah tujuan asal AUKU ditubuhkan.

4. Kawan aku balik daripada Oversea kata, di Universiti luar tiada AUKU pun. Aku pun tanya di eropah tu dah brapa lama Universiti merka wujud??. Ratusan tahun dah. Maknanya mereka ada tradisi dan kematangan yang beza dari kita daripada kecendurangan politik. Cuba tgk sekitar kita, kawan2 kita.. adakah kita dah cukup matang dan cukup bertanggungjawab nak bicara soal politik ni???

5. Selain itu, ada mengatakan bahawa AUKU ni digunakan sebagai senjata politik oleh pihak tertentu. Aku tak berminat nak bincangan benar atau tidak dakwaan ini. Sebab yang kempen mintak mansuhkan terus pun adalah permainan politik pihak tertentu.

6. Universiti kita semakin hari semakin lama tempoh penubuhannya dan objektif melahirkan graduan terutama melayu yang berilmu juga sekarang tercapai. Kematangan pelajar pun semakin matang dan setiap isu. Jadi persoalan yang ditimbulkan adalah samada perlu diteruskan AUKU ini atau Mansuhkan.

7. Pada pendapat aku, tahap kematangan kita belum lagi mencapai tahap dimana AUKU perlu dimansuhkan. Lihat saja sekeliling kita. Apa yang aku cadangan ialah kita Pinda AUKU ini bersesuai dengan tahap kematangan UMUM pelajar kita. Aku ulangi tahap kematangan UMUM. Semakan terhadap AUKU ini perlulah dibuat sebagai contoh setiap 10tahun dengan kajian yang tidak dipengaruhi oleh faktor2 kepentingan politik.

8. Macam nak wat kajian tanpa faktor politik?? mesti berat kepada kepentingan politik punya lah.. kata kawan aku.. Jadi aku cadangan untuk menubuhkan badan untuk mengkaji ini, kita pangil kedua-dua belah pihak kerajaan dan pembangkang utk sama-sama memilih ahli dalam badan ini untuk membuat kajian. Dalam perbincangan ini, kedua-dua pihak ini mesti ada rasa bertanggungjawab demi melahirkan warga negara yang berkualiti bukan atas dasar politik semata-mata.

9 Kesimpulannya aku cadang pindaan perlu dilakukan kepada AUKU bukan mansuhkan atau teruskan seperti sekarang.

"Kematangan selaras dengan Tanggungjawab"


7 comments:

Anonymous said...

AUKu perlu lah dipnda. bab kata mber aku AUKU-akta universiti & Kolej Universiti. MAna dah ada kolej universitilai dr segi nama dah kena pindah. TUL X?

1 lagi, aku nak protest mengenai STATEMENT YDPMPP USM...die kata dak2 USM xtau AUKU tu apa.

Kenapa die ingat die sorang je tau ke!. masa aku ke bicara siswa tue, dieorg xkasi change untuk soalan ANTI U. semua soalan dieorg dah pilih n set kan. mana demokrasi

ok lah gak wakil UUM tu pun klu nak dibandingkan xlah cakap sehebat YDP kita tapi Isi dia bagus, ada gak suruh dipinda. tapi YDP kita nie mcm xfaham bahasa, org nak dipinda die plak duk kata kenapa kita suruh hapuskan. xke BODOH namenye.

pada pendapat aku kena pindah gak AUKU, kerajaan sendiri kata die nak pemimpin yang hebat dan berwibawa dalam kerajaan. Ok cuba kita fikirkan klu pemimpin pelajar di sesuatu universiti tu berwibawa adakah kerajaan akan senang2 amik masuk dalam kerajaan! mesti lah kena melalui parti tertentu bukan. MESTIlah die kena join UMNO dulu or parti barisan nasional baru die leh menjadi pemimpin.
klu x, jadi pemimpin rumah je la.
jgn harap jd pemimpin negara.

pastu kenapa parti politik tubuh puteri, putera dan pemuda! adakah kerajaan nak org yang fail SPM masuk politik, pelajar xleh masuk politik. Apa guna AUKU seksyen 15 n 16. FIKIRKAN LAH

Anonymous said...

kita TUBUHKAN AKTA AU........

la nanti ramai la plak AU kat USM. hahahhahahahahhaha

dah ada 1 AU pun dah cukup susah kat kampus Eng. hahahhahaha sapa lg AU Spike lah.hahahhahahaha

JGN marah

Anonymous said...

Salam...pada pendapat aku..AUKU perlu dipinda.Pertama skali ialah krn nm AUKU itu sendiri mmbawa maksud Akta U dan Kolej U...dlm sistem pndidikan negara hr nh yg telah menaikkan taraf smua kolej U jadi U, mn ada dah AUKU untuk Kolej U?Jd...AUKU da xrelevan sbb dia fokus pada Kolej U yg sudah xwujud lg dlm negara nh.Jadi..kita pinda jadi AU..Akta Universiti ja..haha...bknnnya lawak...tp cb kt lihat balik kalo title sebenar dan nama AKTA pon xbetol; mcmn kt nk teruskn dgn perjuangan Akta Universiti itu sendiri.Jadi, pinda nama tu n pinda apa2 yg ptot...Kilau..ada sorg pelajar LAW dr UUM tegaskn pindaan Seksyen 15 n 16 yg jd isu tp maklumlah...nk berdebat di tempat orang la kan =) ..lawyer pon boley kalah dgn YDP induk kt..hahah...apa yg Mr TANK ckp tu btol...smua da setting; ada cover-up..abes smua soklan yg bernas2 kn block...mcm webfilter kat sni jgk adanya...berani kerana kt fikir benar n patot...smua tunggul2 yg tanya soklan smlm sj sbb nk muka msok TV kot...pny 'jek' n backing...apa2 pon nh 1 isu yg perlu kt sama2 lihat...aku mngaku aku pon xbc smua buku AUKU tu tmmg nmpk ketara sgt la forum smlm tu...sia lawyer Rihanna yg comey tu diamm je...dia x iyakan pon...

Kalo akta AU...jgn la plk rmai2 stdent jd 'Awwww'..pndai2 la pinda nm n isi kndungan...bersesuaian dgn kehendak suara rmai yg slalu kn ttop ja...n dgn keadaa ketidak-lagi-wujudan kolej2 universiti di Msia nh...

Thnks for the interesting blog =)

Anonymous said...

kita kena tanya AU soh komen. Mr.secret soh Mber baik ang AU tu cakp la pasal AUKU. tgk die nak ckp ape. HEHHEHEHEH, asyik kutuk semua org ja.

Mujahid Cakna said...

salam.akhi, aku just nk jwb satu soklan dr comment hg kt blog aneroid.isu syura.btol,tp perhalusi balik kefahaman hg ttg syura.tgk,sape ahli syura tersebut..jgn keliru antara pembawaan islam dr segi aqidah dgn politik islam..aqaidah,benar kita risau aqidah kita terpesong kl x blaja agama lame2..tp dr segi kepimpinan,ikut suasana, sesuai ka ahli syura yg dipilih melalui demokrasi stiap persatuan?ahli syura ade sape kt gppk tu?..ok,bereh..topik menarik,makin bnyk bertanya,makin bnyk kita belajar..mgkn ramai x tau yg islm mengamalkan sistem syura dlm kepimpinan..

Ariff Redza said...

TQ. kepada komentar.. kepada saudara mujahid, aku pun study pasal sistem syura.. aku jelas tentang ahlinya... dalam ruangan ini mungkin tak dapat jelaskan, mungkin artikel lain aku akan tulis, sbb nk kena bukak kitab balik.. pasal sistem syura dan sistem demokrasi.. apa yang belaku skrang, sistem demokrasi kita pun tak same dengan asas sistem demokrasi itu sendiri, yg mana dipangil hari ini demokrasi terpimpin.... aku akan huraikan nnt sistem syura dan sistem demokrasi.. yang mana arah sepatut kita tuju.. kita tidak mampu ikut sistem syura sepenuhnya dan demokrasi sepenuhnya... tp kita boleh amik yang terbaik... kita akan bincang dalam topic nnt... tq.. idea yang baik :)

Aku Bukan Umar Al-Khatab said...

Salam'alaik kilau...

first time ke aku komen kat sini??.. erm x p la... aku agak setuju dengan kebanyakkan daripada point yang kau bagi...

but then point tu nak aku olah sedikit... yup benar sekali kat universiti luar.. x de lansung akta2 yang menyekat kebebasan mahasiswa berpesatuan mahupun berpolitik... dan dengan alasn universiti kita tidak setua universiti di sana.. itu satu kebenaran...

cumanya aku jadi sangat kuat berfikir... adakah usia universiti bermakna jalan seiring dengan mahasiswa yang saban tahun silih berganti??... maksudnya, bukankah mahasiswa yang masuk itu juga dari era yang sama dengan apa yang kita ada kini... kita di era yang sama!!...

Apakah dengan AUKU seperti yang didakwa untuk menjadikan pelajar lebih fokus kepada pelajaran, maka negara kita akan melahirkan graduan yang lebih berkualiti??... aku x nampak ini akan berlaku... malah dari sisi pandangan peribadi aku.. kita sedang melahirkan graduan robot penghafal... yang belajar untuk exam... hakikatnya inilah sistem kita...

mengapa tidak diberi peluang... dengan mengatakan level awam belum mampu untuk menyerap ketiadaan AUKU... kita sebenarnya sedang menjatuhkan hukuman sebelum peluang diberi...

Namun akhirnya.. aku tidaklah menyatakan secara totalnya tiada sekatan langsung kepada mahasiswa.. kerana kita hidup perlukan kepada undang2... benar sekali isu ini lebih banyak dipolitikkan dari diperhalusi... cuma harapan aku selepas ini... ada satu era dimana mahasiswa bukan sekadar robot penghafal.. lebih dari itu mahasiswa turut terlibat sebagai antara peneraju utama pembuat dasar keatas setiap yang ingin dilakukan oleh siapapun yang memerintah kelak.. kerana bagiku... hanya mahasiswa yang punya pandangan jelas mengenai zaman yang mereka lalui...

Peta Pelawat