Saturday, October 18, 2008

Catatan, peristiwa dan kata-kata penting!!!!

Nabi s.a.w bersabbda: " Kelak, umat-mat lain akan mengerumuni kalian seperti orang-orang yang lapar mengerumuni hidangan mereka". Salah seorang bertanya: "adakah kerana bilangan kita sedikit pada ketika itu". Nabi s.a.w. menjawab: "Tidak, pada ketika itu bilangan kalian ramai, namum kalian seperti buih dilautan. Allah menghilangkan perasaan takut daripada hati musuh kalian dan Allah akan mencampakan "Wahn" ke dalam hati kalian". Salah seorang sahabat bertanya; " Apa itu 'Wahn' wahai rasullullah?" Nabi s.aw. menjawab: : Cintakan kehidupan dunia dan benci kematian". [Riwayat Abu Dawud dan Ahmad]

Sebelum kurun ke-18, Empayar Uthmaniyah memerintah dari india, negara arab, dan afrika utara dan eropah (turki dan sepanyol). Empayah ini diperintah oleh Khalifah dan mengamalkan sistem khilafah iaitu majlis syura' dan syariat Allah sebagai dasar pemerintahan. Ketika ini perang salib masih berlangsung.

Kurun ke 19 - Britain & France mula menakluk india dan utara afrika. Perjuang kebangsaan Arab melancarkan serangan keatas Empayar Uthmaniyah diserang. Didalangi oleh pengkianat Faisal anak lelaki Shrif Hussain Mekah yang merupakan agen Britain.

1915 - Penaklukan Iraq oleh Britain

1917 - Deklarasi - Balfour : Britain mempersiapkan penubuhan negera Israel.

11 Nov 1917 - Jeneral Allenby (Ketua Pasukan Britain) menakluki Palestin. Dia mengumumkan " Hari ini perang Salib telah berakhir".

1918 - Penaklukan Khilafah di Istambul oleh Britain. Selat Bosporus jatuh ke tangan Britain dan Perancis.

20 November 1922 - Persidangan Laussane bermula: Britain menuntut 4 perkara:
1. Sistem Khilafah mesti dihapuskan.
2. Khalifah mesti dibuang negeri.
3. Harta Khalifah mesti dirampas
4. Negara Turki yang baru mesti didirikan atas dasar sekular.

Mustafa Kamal mula mengeluarkan ugutan dan bertindak licik bagi memastikan semua pihak yang tidak bersetuju menerima tuntutan Britain. Setelah gagal dalam usahanya , Mustafa Kamal lalu membubarkan parlimen secara paksa. Selepas pemilihan baru , persidangaan parlimen kedua juga tidak menerima tuntutan itu. Mustafa kamal tetap menurut kehendak Britain melalui konsiprsi politik secara paksa. Salah seorang Ahli Parlimen 'House of Commons' memprotes Lord Curzon (dalang perjanjian Lausanne) dengan mempersoalkan "Kenapa Turki diberi kemerdekaan sedangkan Negara Arab ditakluki?". Terhadap soalan ini Lord Curzon menjawab:"Faktanya sekarang adalah bahawa Turki telah dimusnahkan dan tidak akan bangkit lagi kerana kita telah hancurkan kekuatan rohnya: Khilafah dan Islam".

13 Mac 1924 - Mustafa Kamal laknatullah mengistiharkan sistem khilafah dihapuskan di istambul. Khalifah yang memerintah di Kepung dan dibuang negeri pada hari yang sama. Ini yang dibayar oleh Mustafa Kamal kepada Britain untuk menjadi President Turki. Republik Sekeluar yang baru. Pendidikan barat di perkenalkan, tulisan arab dimansuhkan diganti tulisan latin. Pakaian barat diperkenal dan melarang pakai melambang islam ke parlimen seperti bertudung dan menutup aurat.

1924 sehingga sekarang - negara india, arab dan afrika utara mendapat kemerdekaan dengan mengamalkan sistem pemerintahan sekular.

1947 - PBB mengdeklarasikan penubuhan Isreal dan memecahakan Palestin tidak lewat darpada 16 mei 1947. Dengan alasan memberi tempat kepada kaum yahudi yang menjadi seksaan Hitler. Penyeksaan, pembunuhan dan pegusiran warga palestin bermula sehingga sekarang dengan kejam tanpa peri kemanusiaan.

1947 - Pembunuhan beramai-ramai umat islam di Kashir bermula. 3370 diseksa sehingga mati, 100000 dipenjara tanpa bicara. Beribu-ribu wanita dirogol. 70 000 Syahid. Semua ini dilakukan oleh pelampau hindu. Penyeksaan belaku sehingga sekarangg.


8 Mac 1945 hingga 1963 - Pembunuhan 1.5 juta org awam Algeria oleh tentera Perancis.
2000 - Israel mula menggunakan senjata kimia terhadap penduduk Palestin. Penyeksaan berterusan dilakukan kepada warga Palestin. Wanita-wanita islam dirogol oleh tentera perancis.

1992 -1995 - Pembunuhan beramai-ramai di Sebrenica, Bosnia oleh Puak Serb. 8373 terbunuh. PBB menyerah kuasa tentera kepada Pihak Serb yang diketuai oleh Ratko Mladic.

11 Julai 1995 - Setelah pengunduran tentera PBB. Ratko Mladic, ketua tentera Serb berkata:" Hari ini, pada 11 Julai 1995, di Sebrenuca Serbia, ketika Serbia menyabut hari sucinya kami menyerahkan bandar ini kepada Negara Serbia. Sebagai penentangan terhadap kaum Turki dan masanya sudah tiba untuk membalas dendam terhadap kaum muslimim" dengan penuh anguh dan dendam diwajahnya. Umat islam terlah dibunuh dengan kejam.

1992 - Pembunuhan beramai-ramai Rusai keatas kaum Muslimin di Chechnya.

2001 - Tentera Amerika bersama Pakataan Utara Menyerah dan menceroboh Afganistan. Membunuh tanpa belas umat islam disana.

2002 - dDi Gujarat, India: Ratusan Muslimah dan anakanak perempuan dirogol dan kemudian dibakar oleh kaum Hindu.

2003 - Amerika menyerang Iraq. Umat Islamm diseksa dan dibunuh kejam. Masih ingat ke Lindi England yang menyesak tahan Iraq dipenjara?? Tentera Britain membelasah penduduk Iraq seperti Binatang. Maha Zalim!!!! orang beribadat didalam masjid ditembak tanpa belas sehingga terburai perut.. hancur kepala... tangan tanpa isi... tiada langsung nilai insan..

Pemimpin-pemimpin mereka berkata:

Dick Cheney (Timbalan Presiden AS): Mereka berbicara tentang menegakkan semula apa yang boleh kita gambarkan khilafah ke 7 yang diperintah dengan hukum syara',Interpresati Al-Quran yang tegar..

Charles Clark (Mantan Setiausaha Dalam Negeri U.K 6 Oktober 2005: "Tidak boleh ada perundingan penegakkan semula Khilafah dan tidak boleh ada perundingan langsung dalam usaha menerapkan hukum Syara'..

Eric Edelman (Pembantu Setiausaha Pertahanan A.S 6 Oktober 2006: "Masa depan Iraq samaada akan dikuasai oleh pengganas yang akan mengembangkan sayap mereka dan kemungkinan bagi mereka menegakkan Khilafah atau mereka akan dihancurkan bagi kita kegagal di Iraq tidak boleh dijadikan pilihan"

John Abizaid (komandan A.S di Timur Tengah):"Mereka cuba untuk menegakkan semula Khilafah bagi seluruh umat Dunia Islam kta perlu belajar apa yang mereka inginkan daripada mulut mereka sendiri"

Donald Rumsfeld (Bekas Setiausaha pertahanan US): Para militan percaya dengan mengawal sesuatu atau kawasan mereka akan dapat menyatukan kaum muslimin, dan membolehkan mereka menggulingkan semua kejaan moderat di kawasan tersebut dan menubuhkan sebuah empayar Islam radikal yang meliputi kawasan dari sepanyol ke Indonesia. Mereka cuba untuk mengambil alih kerajaan-kerajaan dari Amerik Utara ke Asia Selatanyang mereka harapkan suatu hari nanti meiputi seluruh dunia. Mereka telah merancang dan mengedarkan peta dimana sempadan kebangsaan dihapuskan dan menggantikannya dengan empayar ekstrimis global.

Pemimpin-pemimpin islam tunduk dan takut kepada Amerika. Ingat bagaimana Muslim Somalia memalukan Amerika dalam berjuang!!!

Sapa2 yang berminat nak melihat video tentang kejadian yang ditulis ni sila contact aku kay YM..


No comments:

Peta Pelawat