Sunday, October 12, 2008

Apa sebenar nya ni??

1. Semalam aku balik naik kereta api. Aku tak leh tido sebb ada org ada org seronok sgt naik kereta api.. so aku pun p beli milo panas. Masa tu pukul 2pg.. sambil minum milo panas ketapi berenti di stesen kuala kangsar. Kat situ aku ada pasangan dah tua macam atuk n nenek, tp sgt menarik aku tgk kemesraan pasangan ni, si nenek berdiri dibelakang atuk sambil menongktkan dagu di bahu atuk dan melambai kepada cucu depa... then disebalik tu atuk pegangan tangan nenek.. best nyer aku tgk...

2. Then aku teringat satu sms yang aku terima last week pasal blog aku dari org yang aku taktau.. die kate apa sebenar nyer yang aku nak?? sekejap berbicara pasal politik kampus then tetiba masuk pasal cinta... Aku terpikir aku ni ada masalah personaliti ka? aku rasa tak, aku ada perdirian aku dan aku jelas apa yang aku nk..

3. Ditakdirkan oleh Nya, keikhlas percintaan itu akan membawa manfaat, bakal teman hidup menghadiahkan aku buku karya Tuan Guru Nik Aziz, aku baca trtulis pendek ja pada mukadimah buku memmberi aku ilham bg mana utk memudahkan aku menerang apa yang sebenar di lubuk hati aku ni kepada pengirim sms itu.

4. Apa yang aku ingin adalah biarlh universiti ni jadi tempat membina jati diri dan melahir insan2 yang berkualiti, kerana pada tahun kelahiran aku ramai lebih kurang 500 000 orang tp hnya 25000 ja masuk Universiti and ramai yang tak abes belajar. Daripada 25000 ini, brapa org lelaki?? kalu kita bersikap macam org yang tak abes belajar, tak kisah, nak idup mcam org biasa2, tak nak btulkan yang salah, taknak membantu membina insan.. jadi sapa yang nak buat??? member aku kat kampung ka ?? yang dia tau cari awek p cc then keluar pekan hujung mingu rantai penuh kat leher n poket.. yang aku suka tgk style gotik.. jati diri mana ni??

5. Jadi bagi aku, kita ada peranan sbb tu Allah bg kelebihan dari segi kecerdikan, mcam yang berlaku tahun 80an dimana masa ni org ramai berpakaian macam barat , kebaya ketat, tak bertundung tp bersangui, yang ladies isap rokok.. mahasiswa yang mask U ms ni balik ke keluarga dan masyarakat masing menjadi agen berubahan yang mana kita tgk yang sebelum tidak bertudung jadi betudung dan beradap dalam berpakaian. Ini adalah contoh peranan kita..

6. Dalam mencapai ni, kita perlukan sistem memilih pemimpin pelajar yang berkeliber sebb tu aku menulis pasal politik kampus sbb hanya 4 tahun kita kat sini. Lepas ni kita keluar, join masyarakat, kalu di U ni kita dapat membina jati diri kita. Kita akan jadi agen pembentukan masyarakat yang berjaya seterus membina negara yang berjaya. Ini peranan kita. bukan just follow sistem, masuk tadika, masuk sekolah rendah, masuk sekolah menengah, masuk matrik, masuk U, kerja, kawin, mati.. tak buat apa pun. Rugi nya....

7. Kita tak boleh ikut jati diri barat, lemah.. dalam ketenteraan org barat utk jaga moral depa, wanita dan arak jadi sandaran, die sekolah2 mereka hubung laki dan perempuan yang melampuai batas jadi ukuran kematangan, dari segi hiburan, kita dapat tgk pub2, jenis2 lagu.. dari segi pakaian ketat, seksi , make up yang melampau.. ni bg perempuan.. lelaki plak selekeh.. berantai... ini kan kemodenan yang diaggungkan??? yang menjadi ikutan dalam membentuk jati diri kita???

8. Kita sepatutnya ada jati diri yg kukuh, sejarah sebagai pengajaran. Dalam ketenteraan, perjuang islam apabila dalam keadaan takut bersolat memohon kekuatan, membatasi pergaulan lelaki dan wanita sebagai mana diajar walaupun kita ada keingin tp iman dan jati diri kita kuat, kita tak cepat ikut walau org kata kita ni mcam org tua ka.. rugi la.. igt hidup abadi di akhirat... masa ni kita untung.. wanita kita berpakaian menutup aurat, yang aku selalu dengar, jawapan tak sampai seru lagi.. seruan mati ka yg ditunggu??? lebih 1400 tahun dahulu lagi seruan allah utk menutup aurat dah sampai. Wanita Muhajirrin dan ansar, sampai saja seruan ini, walaupun di pasar, depa capai kain utk menutup aurat dan yang tak sempat memaling kan muka kearah lain utk tidak dilihat.. skrang sapa yang idup dalam dunia tamadun??? kita atau org dahulu yang mempunyai jati diri yang kuatt sehingga dapat bina empayar yang gagah n mahsyur??? renungkan... pasal hiburan aku huraikan nnt... pasal pakaian tertarik dengan satu peristiwa yang jadi depan aku, kawan aku, memakai seluar panjang yang kemas, bj lengan panjang dan membawa sikat dalam poket dan akan membetulkan rambutnya.... then ada sorg mamat kate kat dia, mamat bunga la ang ni.. mamat nie plak pakai seluar jenas, t-shirt berkedut, gelang di tangan n leher.... kwan aku ni jawab ni kan sunah rasullullah... sentiasa bersih dan kemas...

9. Then kenapa aku asyik tulis pasal cinta plak?? sbb ni adalah perasaan yang wujud dalam diri setiap insan atau makhluk.. dalam mencapai apa yang aku kata kat atas.. percintaan ini perlu sentiasa di peringati sbb kerana percintaan yang salah lah punca kejatuhan akhlak dan maruah umat islam, persekitaran kita telah buktikan.. sbb tu aspek percintaan ni.. aku tekankan.. supaya kita tidak rosak kerana percintaan dalam membina jati diri seterus membina keluarga dan membina ketermadunan yang berjaya....

10. Inilah asas jalan yang aku pilih... dan sms pun dan bunyi.. afiq pangil makan.... so.. renung-renungkan..:)

"Iman adalah Jati diri Kita"

2 comments:

e-mam said...

i agree with you, but kene ingat dalam membina pendirian kita harus berani berubah, asas jatidiri adalah kesediaan untuk berubah,.....

p/s: aku panggil makan ko masih dok menulis? huh, xde jatidiri langsung hahaha....STS

nikillas said...

panjang tol entry2 ko neh..

Peta Pelawat