Tuesday, October 14, 2008

Pemimpin Pelajar

1.Aku telah jelas kan apa yan kita harapkan daripada sebagai pelajar dan kempimpinan pelajar dalam artikel sebelum ini seperti "memperkasakan MPP". Jadi Halatuju kita adalah menjadikan MPP dan persatuan sebagai pengerak utk membina kematangan dan jati diri pelajar. Yang mana aku telah jelas Pemimpin yang bagus akan berada di dalam MPP dan MT persatuan lain. Manakala Persatuan lain adalah tempat utk melatih dan membina bakal baru. MPP sebagai badan pelaksana yang sudah mempunyai org telatih. Mekanisma pengurusan telah aku jelaskan dulu. Jadi Penglibatan lebih menyeluruh. Dengan ini kita dapat bina pelajar yang terbaik.

2. Jadi perkara utama yang perlu kita fokus sebelum melaksanakan mekanisma ini adalah pemilihan pemimpin. Aku menolak faktor pemilihan yang diberi selama ini, iaitu mesti baik dengan HEPP, terbukti selama ini dah berapa tahun, faktor ini bukan faktor utk Kepimpinan perlajar berkesan. Faktor kedua yang diberikan adalah student aspirasi atau PPMS ini mampu berbahasa universiti?? bahasa apa depa pakai?? bagi aku pemimpin yang berbahasa universiti ada pemimpin yang mampu membuat keputusan bagi pelajar selaras dengan dasar universiti bukannya dasar individu tertentu dalam HEPP. Dengan secara langsung mereka boleh menerang dasar n matlamat USM.

3. Jadi faktor pemimpin yang aku gariskan adalah yang pertama Kredibiliti dalam melaksanakan kepimpinan. Maksudnya macam ni, jika individu tertentu kata kita bawak student ke BTN utk dedahkan pasal politik dah semasa negara. Pemimpin yang kita pilih mesti stand jgn jd pak turut ja.. dan tahu bahawa ini adalah dasar atau kehendak individu atas dasar kepenting politik, sbb kita tahu macam mana modul BTN. Jadi pemimpin ini mampu utk kata tidak dan buat program lain seperti jemput wakil dari kedua2 belah pihak politik iaitu pembangkang dan kerajaan utk menerang isu semasa macam UKM buat dulu. Baru btul dan selaras dengan dasar USM supaya pelajar terdedah dengan isu semasa. Bukan dipergaruhi sebelah pihak sahaja. Sebab kita jelas dan tahu ada individu dalam HEPP yang berkepentngan politik. Kita mau student dirosakkan oleh individu ini. Biarlah student mampu berfikir dengan maklumat daripada kedua2 pihak.

4. Selain itu pemimpin yang kite pilih mesti mempunyai jati diri dan berani menegakkan kebenaran. Ini dapat dilihat dari segi penampilan dan kelantangan tentang sesuatu perkara. Selain sifat update dengan sesuatu perkara dan jelas tujuan dan matlamat ingin dicapai. aku ulang pemimpin mesti jelas apa nak dicapai. Bukan taktau apa n apa yang nak dicapai mesti ditahap MPP Universiti bukan budak matrik atau sekolah menengah.

5. Aku tau sgt dan Amat susah bg 7 org pemimpin (MPP) utk membuat keputusan bagi semua pelajar. Jadi gunakan Gabung Pemimpin Pelajar Kejuruteraan ( GPPK) utk membuat setiap keputusan yang membabitkan pelajar termasuk darisegi kewangan dan peruntuk utk pelajar. Perbentangan penggunaan duit peruntukan dibentangkan dalam GPPK ini supaya kita jelas kemana duit dan brapa lagi baki n dimana baki. Macam yang terjadi pada ekspen dan peruntuk lain kita tidak tahu mane pergi duit itu, atau digunakan utk program lain. (Boleh rujuk blog afiq misman). Kalu nak guna utk program lain perlu mendapat persetujuan GPPK, baru la guna. ni suka hati ja amik guna..

6. Kenapa GPPK, kerana GPPK terdiri daripada pemimpin yang terbaik daripada semua persatuan termasuk MPD. Lebih kurang macam GPPK ni parlimen la tempat bahas n bincang, MPP kabinet utk run keputusan yang dicapai. Kenapa aku cadangkan GPPK yang buat bajet belanjawan daripada peruntuk diberi, sbb kita dapat melatih dari awal bagaimana pegurusan wang dan jelas kemana duit kita. Sbb aku heran disini kita ada 12 team yang masuk sukad final, bila mintak peruntukan nak g induk training, tetiba kata tak duit?? pelik... mcam tu gak dalam bidang lain, kita baget betul supaya semua dapat manfaat.. bukan puak2 tu ja...

7. Aku sedar kita daripada 1st year telah dibasuh oleh PPMS yang cederung kepada sebelah pilih. Ini belaku kerana dasar pemilihan PPMS itu sendiri. Jadi utk mengatasi masalah ini dengan GPPK yang akan memilih PPMS berdasarkan kuata daripada setiap persatuan atau mesti ada MT daripada persatuan itu yang jadi PPMS. Baru kata PPMS ni berkualiti.

8. Secara ringkasnya pemimping yang dipilih mesti berkredibiliti. Peranan MPP sebagai kabinet yang melaksnakan keputusan GPPK termasuk dalam soal pengurusan kewangan pelajar dan pembentukan PPMS. Peranan MPD dan persatuan lain adalah melahirkan atau melatih bakal2 pemimpin. Dengan ini penglibatan lebih meluas dan secara tak langsung ramai yang terlatih daripada segi kepimpinan dan akan matang daripada corak pemikiran seterus mencapai matlamat melahirkan graduan berkaliber dan berjati diri tinggi.

"pemimpin berkredibiliti penerus tradisi kecermerlangan"

10 comments:

Anonymous said...

zaman dah berubah, dunia dah maju
(iklan berita harian)....cam takde kaitan jeh heheh
~pembaca harian kosmo

Anonymous said...

Ramai saudaraku yang baik telah dipijak
~M.Pasir

Anonymous said...

org tua.ko tulis pjg sgt la.mls aku nk bce pjg2 ni.huahaha....

Anonymous said...

telah lama aku menanti artiket terbaru mengenai politik kampus dari otak mat arip ni.. rupa dia ada strategi, step by step.. menarik... walaupun aku tahu mat arip ni ada cukup pengikut untuk buat huru-hara dalam campus.. tp aku aku kagum dia memilih meraikan demokrasi walaupun berat sebelah.. to mat arip aku tahu sapa ko jumpa diluar n sapa pengikut ko didalam.. n support dari luar cukup hebat.... teruskan dengan pejuangan ini... aku sentiasa mengikut... andai mat arip ko mati dulu... akan lahir penganti ko, jgn kuathir...

Anonymous said...

salm...tk kisah la ap orgnak kata kilau..klau ng rasa apa yg ang but nh betoi..
go on.
ang tak yah takut la ngan ugutan2ka apa ka...
jgn over the limit da...
pastuh aku harap...yg ada power nak jatuh kanpelajar dalam kampus nih..ilek2 aaa...bg aa kebebasan sket kat student...nak luah kn perasaan..klau korang dok cantas ja..sampai bila la..
nak matang dalam politik budak usm nh...blog dia bukn mcm mnghasut gila2 ka apa ka...ilek2..coolll aje..

Mr b

Anonymous said...

2la pasal...yg ada kredibiliti tok kpentingan depa amk buat PPMS...then yg xbrpe nsib bek 2 la nt jd pak turut depa...isk9...cm xda otak nk pk ape yg terbaik tok sume..sbb 2la stiap prancangn kne da objektif yg jelas.klu x cmni la jdnye...manusia..byk yg da kpentingn dri sndri..cmne la nk idop lam nih...kekdg ak pun konfuse..ade jgk manusie cmni..huhu..syabas saudara dlm menegakkan hak kte..i'm always with u..=)

Anonymous said...

udah ler dgn politik ni...dh dekat nk exam dh ni...kilau fokus2....exam lg penting....kita kejuruteraan bukan sains politik...ahak....utk bab politik serahkan kepada kishi,raja dan puak2 depa...kita mentimun....

Ariff Redza said...

hehehehheen... boleh sakit tulang belakang ooo makan timun.. tp mkn sotong masak kicap lagi sakit...

Anonymous said...

assalamualaikum.. kenapa perlu disalahertikan tugas dan tanggungjawab PPMS? PPMS tidak berperanan untuk membasuh otak pelajar2 1st year.. PPMS juga bkn student2 yang dikaitkan dgn sebelah pihak.. PPMS adalah pembimbing pelajar, membimbing student2 yang bru masuk yang masih lg terkapai2 tentang kehidupan di universiti.. PPMS dipilih untuk membantu pihak univeristi mengendalikan student2 yang bru masuk.. membantu melicinkan perjalanan pendaftaran student2 bru.. membantu memperkenalkan universiti kepada student2 bru.. PPMS bkn pak turut HEP.. PPMS tidak dipilih berdasarkan fahaman politik kampus mereka, samada mereka PMI, aspirasi atau ape2 pn.. PPMS juga tidak perlu dikaitkan dengan politik kampus.. PPMS adalah PPMS.. PPMS adalah untuk universiti.. jangan lupa, anda juga pnh menjadi seorng PPMS.. mungkin anda terlalu taksub dgn perjalanan poltik kampus, kerana itu, anda memutarbelitkan tanggungjawab sebenar PPMS..

Ariff Redza said...

itu pada asas nye mmg nak bantu stude nt baru masuk... tp apa yang jadi sekarang.. PPMS telah digunakan.... sebb tu aku pun lari.. kawan2 aku pun lari... tak nampak ka????

Peta Pelawat