Sunday, October 26, 2008

Harga Minyak, Krisis Ekonomi & Peranan Yang Boleh Kita Mainkan.

1. Hari aku baru balik daripada JUSCO baru kat bandar Perda.. Ramai nyer orang, maklumlah hunjung minggu and dapat gaji.. Tp dalam banyak-banyak yang p situ brapa ramai yang window shopping??? Adakah suasana ini melambangkan kita sudah cukup bersedia menghadapi krisis ekonomi???

2. Pada masa aku menulis artikel ini, indeks komposit pada paras 859.03 mata merudum setiap hari. Aku pun tak paham apa makna ni.. sahabat terangkan kepada aku, indeks komposit ini menunjukan pelaburan asing dan dalam sesebuah negara. Jika menurun maknanya tiada pelaburan luar dan dalam yang belaku. Syarikat2 yang baru melabuh di Malaysia tiada pada ketika ini, termasuk syarikat dalam negara. Ini menunjukkan peluang pekerjaan baru tiada.

2. Harga minyak dunia pada masa artikel ini ditulis adalah $64.15 setong dan pada Jun dahulu harga minyak berapa pada paras $140 lebih setong. Pada ketika minyak mahal, harga minyak negara pun dinaikan.. lantas kita tgk tambang bus naik, dulu betterworth alor star RM7.00 ja.. sekarang RM9.80. Tempat-tempat lain jugak naik 30%. Barang-barang sedia maklum la.. mee goreng dulu RM3 dah jadi RM4.. Skrang harga minyak di malaysia diturunkan, tp harga-harga barang yang dah naik tak turun pun.

3. Aku takmau bincang sapa perlu bertanggungjwab. Tp kita nak tgk kesan dan apa perlu kita buat. Syarikat-syarikat terpaksa mengurangkan kos,termasuk mengurangkan jumlah pekerja. Yang dah kerja kena berenti. Macam yang disebutkan diatas, daripada indeks komposit menunjukan peluang pekejaan baru tiada. Penganguran meningkat. Kuasa beli pengguna terhad sbb semua kena berjimat. Aliran kecairan tunai berkurang dan inflasi meningkat pada kadar yang membinbangkan..

4. Apa yang belaku ini memberi kesan terus kepada kita yang berumur 17 hingga 60 tahun.. kerana golongan umur ini yang berkerja. Anak sepupu aku yang kecik-kecik kisah apa, janji time makan ada makanan, tok aku yang dah kat umur 100 lebih pun tak kisah pasal ekonomi, boleh call anak-anak dia kalu ada masalah kewangan. Jadi kita dalam lengkongan umur ini, nnt dah grad kena hadapi semua ini. Seperti kajian kawan aku, krisis ekonomi malaysia 1998, indeks komposit dari ada 600 mata nak cecah 1000 mata ambil masa 5tahun.

5. Semua yang disebut diatas adalah kesan yang mana kita kena hadapi secara langsung nnt. Jadi sebagai mahasiswa apa peranan kita??? Pada pendapat aku, kita perlu memainkan peranan aktif dalam membantu pihak berkuasa dan kerajaan menghadapi krisis ini.

6. Kita Buat Bengkel Menghadapi Krisis Ekonomi di peringat Mahasiswa. Kita boleh kumpul segala kekuatan mahasiswa di Malaysia ini yang ada, menjelang cuti mid term nnt selama sebulan kita boleh adakan bengkel atau apa-apa prgram. Kita jemput kawan-kawan kita daripada IPT lain dalam bidang ekonomi dan bidang berkaitan untuk kita bincang pada peringkat kita untuk memberi cadangan kepada pihak kerajaan. Ini kerana cadangan kita lebih bersifat neutral dan academik tanpa pengaruh politik.

7. Aku bg 2 contoh dalam confrence ni atau bengkel ni, kata kita mengkaji dan mendapati bahawa sistem harga minyak harian perlu mengikut pasaran dunia, tp kekurangan daripada sistem komputer. Kawan-kawan dalam bidang software engineering boleh develop satu sistem yang boleh digunapakai di malaysia. Satu lagi contoh, kawan aku mengatakan kita perlu tingkat capital dalam negara., mcam mana nak buat... kwan-kwn kita yang pakar ekonomi akan sama brain strom dalam bengkel atau program ni.. tak kisah la cadang tu mcam gabungan bank ke.. then apa-apa je lah..

8. Kita lihat mcam mana mahasiswa di Indonesia membina sendiri jambatan di negera mereka. Mereka memainkan peranan aktif membangunkan fizikal negara mereka. Di jepun, kereta-kereta keluaran jepun di design oleh mahasiswa di Universiti mereka, kemudian membuat kajian.Mereka Juga memainkan peranan aktif dalam bidang mereka.

9. Kita yang bakal menghadapi masalah ini nnt. Dapat memainkan peranan kita secara aktif dalam membantu kerajaan menghadapi krisis ini. Bukan sahaja dalam bidang ekonomi,tp dalam bidang lain yang memerlukan setiap komponen masyarakat memainkan peranan, kita perlu melibatkn diri. Kawan-kawan di Universiti lain, kalu berminat dengan idea ini, ambil saja tanpa perlu mintak izin. Kawan-kawan di USM, kalu berada pada kedudukan yang mampu utk membuat perkara ini, aku sedia menerang dengan lebih detail perkara ini ;)

"Mahasiswa Komponen Penting Negara"

7 comments:

Anonymous said...

SO PERANAN NYE ADALAH, MEMBUAT INOVASI.. ERM THEN APE EFEK NYE PADA EKONOMI. BUKAN KALO KITE BYK SIMPAN DUIT EFEKNYE KENAIKKAN KADAR INFLASI KE... SO HARGE BARANG NAIK.. MACAM MUSYKIL JE CADANGAN TUH

Ariff Redza said...

adeh... kite wat conference mahasiswa la sayang... pangil kwan2 kita yang terre ekonomi... bincang.. bg cadangan terbaik.. antar kat kementerian kewangan atas nama mahasiswa malaysia... yang ko cakap tu dlm bab kuasa membeli rakyat... inflasi belaku bila org kurang berbelanja, jadi pekedai terpaksa menaikan harga barang utk tampung kos, ini yang dipangil inflasi.. sampai harga satu barang 2 kali ganda daripda kos.. (boleh rujuk sistem jual beli dalam islam , yang menghadkan pengambilan untung tidak melebihi sekian peratus bg mengelak inflasi ini)... Untuk berjimat kita tak boleh simpan duit bawah bantai, simpan dibank supaya duit kita masuk balik dalam pasaran modal.. mcam melabur la.. Belanja yang kita perlu and yang lebih simpan di bank.

e-mam said...

saje duk ngusik jugak blog ne walopon da suspend diri ntuk exam... hurmmm... for me, peranan yang boleh dimainkan oleh mahasiswa dalam membendung krisis ekonomi ne bkn setakat adakan conference jek,

1. saya galakkan anda sume untuk melabur dalam mana2 institusi kewangan tempatan atau luar negara, untuk menambahkan kecairan dalam pasaran modal.

2. elakkan penggunaan kad kredit, penggunaan kad debit adalah digalakkan, cash lagi bagus.

3. jangan terlalu kedekut berbelanja dan jangan terlalu boros, beli ikut keperluan, mane2 yang dah terlampau kaye tu, haa... ikut petua no satu and due.

4. laburkan sebahagian biasiswa, atau ptptn anda di mana2 ins pelaburan yang diyakini.

5. kurangkan penggunaan kenderaan dan amalkan perkongsian kenderaan supaya demand minyak kita leh kontrol dan rege i'Allah stabil

6. saya cadangkan kita tubuhkan koperasi mahasiswa USMKKJ untuk mengumpulkan modal dari setiap mahasiswa dan modal tersebut kita serahkan kepada individu yang arif dalam bidang pelaburan untuk menjana keuntungan bersama

7. galakkan dan semai sikap keusahawanan dalam diri sendiri

8. sentiasa alert dengan isu semasa dan jangan gopoh membuat andaian tidak berasas.

9. banyak lagi la... xkn nk tulis sume, so, korang pikir sendirila, yang penting......bersederhana..

Anonymous said...

confuse tol..nape harga barang xtrun even harga minyak dah trun??maybe diorg nak keep roll wet rkyat kot..org skrg dah dah pandai jimat cermat..even ade sale pon diorg dah kurg g..just a few fellow je pon g...so terpakse la gune kaedah..jgn trunkn harga barang...hahahahaa.....

Anonymous said...

As'kum..ni pendapat aku sdikit sbyk spanjang aku blajar ekonomi.Kalo boleh dipakai alhamdulilah.Kalo tidakpun kita sama2 berbincang.Ni pendapat utk generate ekonomi di kalangan mahasiswa dan sikit sbyk mmbantu ekonomi negara.

1.Melalui definisi,ekonomi ni bermaksud aktiviti harian manusia yg yg berkaitan dgn pngurusan dan melibatkan kewangan(financial economy).

2.So berpandu dgn definisi di ats,bermakna utk satu2 negara mencapai ekonomi yg stabil,aktiviti ekonominya perlu rancak dr segi rancangan dan thp perbelanjaan.

3.Tahap ekonomi malaysia kini berada di paras inflasi.Jadi bg mengurangkan kadar inflasi kerajaan perlu tingkatkan prbelanjaan utk pembangunan dan aktiviti yg memanfaatkan rakyat.

4.Jd,sekarang ni kerajaan perlu buka lebih byk peluang kpd rakyat utk menambah pndapatan(peluang pekerjaan dan perniagaan) dan perlu tingkatkan promosi dlm negara.

5.Ini adalah utk menggalakkan rakyat berbelanja di dalam negara bg mengelakkan pengeluaran wang di luar negara.

6.Jd peranan kita sbg mahasiswa kita perlu tingkatkan ekonomi kewangan diri(personal financial) melalui peluang perniagaan atau pelaburan supaya kita dpt bbelanja
dgn lebih efisyen.

7.Masalahnya skarang mahasiswa kita
kurg independant psal kewangan dan pbelanjaan.Byk yg mengharap duit pblanjaan dr pinjaman yg satu hr nnt prlu dbayar.(MARA,PTPTN,JPA dan lain2)

8.Jd mahasiswa skarang "shortage"
dlm isu duit dan kurg berbelanja,jd ini sdikit sbyk mengurangkan "contribution" kpd ekonomi negara.

9.Walaupun ia nmpak kecil dan kurg penting,ttp sbenarnya aktiviti mahasiswa byk memainkan peranan kpd
aktiviti ekonomi negara.

10.Contohnya dlm bidang perniagaan,ianya sgt menguntungkan dan mmberi manfaat kpd ramai pihak.ini secara mikro.seorng mahasiswa yg berniaga di dlm campus dan memberi manfaat dr perniagaanya melalui produk dan juga mendapat keuntungan,akan menggunakan keuntungan tersebut utk berbelanja kpd dua perkara,iaitu pusingan modal dan prbelanjaan dirinya.

11.secara tidak lngsung ianya meningkatkan permintaan kpd bahan mentah(utk hasilkan perniagaan),apabila permintaan meningkat,ia menyumbang kpd pengeluaran negara(bahan mentah dan produk),dan perbelanjaan diri pula meningkatkan kuasa membeli(purchasing power) memberi manfaat kpd peningkatan ekonomi.

12.Apabila pengeluaran negara meningkat,dan permintaan ditampung,negara sudah terselamat drp mengimport.dan wang kita selamat drp dagangan.ianya mengurangkan inflasi krn kerajaan dpt meningkatkan pndapatan(utk menanggung subsidi,dan menjana pembangunan)

12.Sedikit sebyk drpd perniagaan tersebut boleh djadikan karier kpd mahasiswa jika dilakukan berterusan dan ini mengurangkan pengangguran(unemployment).

13.Bygkan jika perkara ni diamalkan
10% di setiap campus IPT di seluruh negara dgn penuh sokongan,sekurang kurgnya mahasiswa telah mmbantu kerajaan mengurangkan
inflasi.

13.Dan wang yg dibelanjakan sedikit sebanyak menjana kpd industri yg lain ada di negara kita,contohnya pelancongan.

13.Cadangan ini adalah digalakkan kerana ianya relevan kpd mahasiswa utk menjana "personal finance" yg membantu kpd aktiviti ekonomi negara.

14.Sbg kerajaan pula mereka perlulah menyediakan peluang kpd mahasiswa dan juga rakyat utk sama2 membantu menjana ekonomi negara,terutama di industri pembuatan,teknologi,pertanian dan pelancongan.

15.Dan sbg mahasiswa kita perlu ambil setiap peluang yg ada di sekeliling dan perlu bijak menghasilkan peluang2 baru tanpa perlu rasa takut atau rasa ingin mencuba.Lakukan smpai berjaya.

16.Kesimpulannya,mahasiswa tidak perlu lg bertelagah mengenai krisis ekonomi yg dihadapi sekarang,sebaliknya sama2 mencari jln penyelesaian dgn menyuarakan pndapat sperti ini tnpa menyalahkan mana2 pihak.


Sekian,Wassalam.

Anonymous said...

mintak maap numbe tak teratoq sikit.dok asyik menaip ja.huhu.. ;)

khasanah77 said...

Setuju dengan e-mam and Nahrub321.. those things that were mentioned are parts that we can take as to reduce the impact of the crisis towards us.

i also agree with Ariff Reza. Students like us should allocate money more on saving or long term investment.

but by the way, about the idea of doing a conference, its a good idea bt then we have to ensure that we got all the support especially from the government. cakap2, senaraikan jalan penyelesaian tapi takder follow up doesnt make sense. sume pihak kena main peranan, play their own role to ensure everything goes smoothly as it suppose to.

hujah ariff reza menarik.. keep it up!!!

Peta Pelawat