Monday, October 20, 2008

Aspirasi, ProM, dan apa yang sebenarnya kita mahu???

1. Sekian lama apa pikir kenapa kena ada semanggat aspirasi, kenapa kena ada semanggat proM kenapa ada persatuan lain yang aliran lain dan apa yang perlu sebenar nya.Tertarik dengan penilaian dari blog afiq, walaupun aku tetap tak pasti, cuma aku luah kan pendapat aku sebagai bahan untuk kita pikir bersama. Adakah salah satu menentang dasar uniersiti?? aku rasa TIDAK.

2. Pada asasnya semua persatuan nk bersama-sama dengan dasar universiti membina kecermalangan bg student.. Ini yang semua kita nak.. tp yang belaku hari ni ada pepecahan yang melampau. Maksud aku kalu sekadar perbezaan pendapat biasa ok, ini sampai hasut menghasut, benci membenci.

3. Mula-mula kita tgk aspirasi.. semanggat nya bgus.. semua yang masuk USM laung aspirasi.. tp taktau apa.. tp makin hari makin ditolak oleh student.. termasuk aku.. ini dapat dilihat dengan semakin kurang nak jadi PPMS (PPMS pengerak utama aspirasi). Ini kerana jelas ada campur tangan politik dan kepentingan individu sampai belaku pengurusan duit yang tak diyakini. Program2 atas dasar kepenting politik and peribadi.. Pelajar2 yang bersama kelompok ni terpaksa menyembunyikan hal ni.. bila dah habis belajar baru cerita...

4. ProM plak asal nyer student yang menyedari masalah yang belaku atau perkara yang tak elok dalam aspirasi, jadi mereka pun menentang, ini kita boleh tgk apa yang diperjuangkan. Golongan ini kinai turut dipengaruhi oleh politik luar dipihak yang lain. Aku kaji pasai dua2 sebenarnya, aspirasi dan proM, yang mane proM bertunjang daripada PMI dan persatuan bangsa. Cuma bg aku mmg proM memperjuangkan yang btul, tp tiada mekanisma atau peracangan yang kukuh mcam mana kita nk atasi masalah ini tidak jelas.

5. Jadi apa yang belaku adalah kerugian kepada student tu sendiri. kalu tak join ProM, die kate aspirasi, kalu tak join aspirasi, die kate proM.. Kita yang rugi sebenarnya. mmg pengaruh poltik luar ada. tp kita kena jelas apa yg perlu bg kita sebagai student. Bina benteng. Benar universiti luar lebih terbuka, tp student dia wat tindakkan yang matang n tidak merugikan students. Ini sbb universiti luar dah ditubukan ratusan tahun, tahap kematangan lain dengan kita yang baru capai kemerdekaan n usia Univesiti masih muda. Tp jgn risau kita sedang menuju kearah kematangan.

6. Kita perlu bina balik, jika perlu, buang semangat aspirasi atau proM ni.. kita memegang semangat sebagai Pelajar USM, kita bina balik MPP yang macam2 org kata skrang.. kita buat utk menjadikan organisasi pelajar yg utuh yang mempunyai kekuatan sayap kiri dan kanan agar terbang tinggi mencapai langit..

7. Aku telah beri cadangan aku macam mana kita nak bleh buat. Skop yang aku beri kan fokus kepada kampus kejuruteraan. Kampus lain, aku menerima khabar positif kedua2 belah pihak atau sayap ni untuk kita bincang and bina balik yang telah rosak atau tak berfungsi.

8. Apa yang aku utarakan adalah membina keperkasaan bg mahasiswa dan mahasiswi usm. Cukuplah kita berpecah. Pasal pegwai, aku hurai nnt sbb tgh bincang dengan pemimpin dari semua kampus dan U lain. Aku bukan lah aspirasi (tp ada pengalaman) dan bukan lah proM. Jauh di sudut hati aku kita kena bina balik kekuatan pelajar supaya kita dapat memberi manfaat kepada pelajar balik, memberi suara dan pandangan yang kukuh dan adil kepada kerajaan dan pembangkang.

9. Kita perlu bersama2 utk bina MPP balik (bukan ditujukan kepada ahi MPP) tp sapa pun yang memegang amanah dalam MPP, mereka bukan aspirasi, bukan proM tetapi mereka adalah pegerak keperkasaan mahasiswa (susah nak paham kan, bace artikel lain dalam blog ni). Aku tahu setiap ahli MPP mempunyai kerisauan yang sama, aku dapat rasa bila berbicara dengan depa.

10 Konklusi nya, Yang kita nak capai adalah keperkasaan pelajar. Masalahnya pepecahan antar a pelajar aspirasi dan ProM. Tugas sekarang satukan balik dan mekanisma yang jelas. Fokus kepada bina dalam kampus lebih banyak Yang politik luar, nnt dulu, kita ada tugas nak buat. Untuk mencapai yang tinggi kita perlu fokus kepada dasar yang kukuh. Kepentingan bersama harus diutamakan.

"Kepentingan Bersama Harus Diutamakan"

1 comment:

Anonymous said...

aku stuju kita bawak agenda bersama. Nice aa..

Peta Pelawat