Saturday, September 27, 2008

Rahsia Cinta

RAHSIA ILAHI

"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingati Allah swt"

Surah al-Zariyat ayat 49

Cinta adalah fitrah yang wujud dalam hati setiap insan tanpa mengira usia, bangsa dan agama. Rasa utk menyayangi,di sayangi, menyintai dan dicintai, dibelai dan membelai hadir dalam diri setiap pemilik hati nurani. Pada kebanyakan insan yang sudah tentu punyai hati dan perasaan, cinta sudah menjadi sama penting dengan keperluan asasi. Makanan, pakaian, tempat tinggal tidak sempurna tanpa cinta. Kisah cinta yg sering menjadi sebutan dikalangan masyarakat hari ini, adalah cinta antara kaum Adam dan Hawa. Sebelum itu perlu diingat, kewujudan cinta itu sendiri bukan sekadar utk menjaga hubungan sesama manusia, tetapi adalah supaya manusia lebih mengingati dan mencintai Allah swt, Raja sekalian alam yg telah menciptakan cinta. Semakin tinggi cinta manusia pada Allah swt, semakin menggunung kasih sayang Allah swt terhadap mereka.

Sebagai permulaan, suka utk aku berkongsi kisah cinta seorang sahabat baik aku Fairuz (bukan nama sebenar). Aku memilih utk mencoret kisah ni atas keizinan tuan punya badan sebagai satu wadah utk kita sama-sama memahami sedikit sebanyak konsep cinta dalam Islam.

Semasa di sekolah menengah dulu, Fairuz menganggap cinta remaja perkara biasa. Katanya, bercinta kehendak naluri hati yg tak boleh dielak, jadi tk salah kalau nk bercinta asalkan jaga batas-batas agama. Walaupun masa tu Fairuz membenarkan pencintaan anak muda, tapi dia sendiri belum bersedia utk ade seorg teman di hati. Perasaan utk bercinta tu, aku rase die pun ade sebb mmg itu dah naluri manusia, jadi satu pembohongan kalau dia kata tk minat sesiapa. Apepun, tu rahsia hati dan hak peribadinya. Dalam masa 5 tahun belajar di sekolah menengah berasrama campuran lelaki dan perempuan, Fairuz tetap teguh pada pendirian untuk tidak bercinta dengan mana-mana perempuan sehinggalah tiba waktunya nanti. Tapi, sebagai sahabat baik , yang mengenalinya sejak kecil, jauh di sudut hati kecilnya, aku percaya keinginan Fairuz utk menyintai seseorg tetap ada.

5 bulan selepas tamat persekolahan, dia terpilih utk mengikuti program khidmat negara di sebuah negeri pantai timur. Ketika itu, Allah swt mahu uji imannya. Fairuz berkenalan dengan seorang pelatih perempuan yg cukup terkenal dengan sifat lemah lembut dan budi pekerti mulia. Pertama kali terpandang wajah anak gadis yg berasal dari pantai timur tu, hatinya seolah-olah terpanggil utk memulakan perkenalan. Walaupun sukar utk sesetengah rakan2 yg lain mendekati Salmy(bukan nama sebenar), tp itu bukan satu halangan bg Fairuz. Di saat berlaku perkenalan dalam masa yg singkat itu, Fairuz bermonolog kecil dengan diri sendiri, “mungkinkah Salmy ni orang yang aku cari-cari selama ni”. No telefon di ambil utk memudahkan perhubungan. Saban hari, dua hati ni saling mengenali. Walaupun belum memutuskan utk bercinta sebagai pasangan kekasih, tp niat tu sudah ade, cuma menunggu saat yg dinantikan tiba. Namun, pada waktu yg sama, hatinye cukup diuji . Perasaan ingin bertemu dan menatap wajah Salmy bergelojak sehingga kadangkala menganggu gugat kekekusyukan solatnya kerana hadir ingatan terhadap jiwa baru die kenali itu. Hati Fairuz tidak lagi tenang seperti sebelumnya.

Perkenalan mereka kekal sehingga Fairuz mengambung pelajarannya di sebuah institusi pengajian tempatan tetapi tidak berkekalan lama. Di sana, hati yg sedikit sebanyak telah lalai dibuai keinginan sendiri mendapat satu tamparan yg cukup hebat. Tapi, segalanya atas pilihan Fairuz sendiri. Sebagai langkah utk mendapatkan kembali rase hati yg senantiasa tenang bila berhadapan dengan Tuhan Rabbul Jamil, dia mengambil keputusan utk tidak lgi berhujung dengan Salmy melalui telefon mahupun sms. Hatinya kembali tenang seperti sebelumnya walaupun pada awalnya naluri hati meronta mahu meneruskan perhubungan .

Sebenarnya, keputusan yg dibuat itu banyak didorong oleh nasihat seorg ustaz yg cukup dia segani. Beliau banyak memberikan tunjuk ajar kepada Fairuz tentang “kisah cinta” anak-anak muda.

Di antara pesanan ustaz, “perasaan ingin berpasangan adalah fitrah dalam kehidupan apatah lgi kepada golongan muda mcm Fairuz yg berada di peringkat kemuncak keinginan bertemankan seorang bidadari dunia. Naluri itu tak boleh dibunuh. Ia tetap bertapak dalam lubuk hati setiap manusia yg berakal. Orang yg mahu membunuh fitrah kurniaan Allah swt tu boleh dianggap ‘gila’. Tetapi, kehendak naluri itu boleh dikawal. Macamana caranya? Dengan iman dan taqwa. Serahkan segala ketentuan cinta kepada yg telah menciptakannya. Mohon doa dan bina tarbiah dalam diri agar cinta itu di sandarkan pada jalan yg benar. Pasti suatu masa nanti, akan dianugerahkan utk Fairuz sebuah cinta yang suci dan diberkati. Ingatlah, dalam Islam, tidak sah cinta antara dua hati yg bukan muhrim sebelum bergelar suami isteri. Jadi, bila anta dah bertemu calon nanti, jaga perhubungan, jangan mengambil risiko dan menguji iman sendiri terhadap kemaksiatan. Syaitan itu cukup halus godaannya. Sedang Nabi Adam as pun termakan dengan dengan hasutan syaitan apatah lagi kita manusia biasa yg berimankan senipis kulit bawang. Jangan sekali-kali bazirkan kasih sayang sebelum tiba waktunya. Jagalah kaum Hawa yg kita sayangi, bukan pula merosakkannya. Perempuan yang baik ibarat mutiara yg cantik berkilau. Janganlah kerana terlalu mengikut kehendak nafsu kita, mutiara yg putih dan terpancar sinarnya itu dicalar-calarkan. Sebaiknya, carilah cinta yg diredhai Allah swt.

Sabda nabi saw, “tiada yg lebih baik bagi dua org yg saling menyintai melainkan pernikahan yg sah”.

Pada mulanya, agar sukar Fairuz terima tiada istilah cinta antara laki2 dan pompuan bukan muhrim sebelum tiba sangat yg dinantikan setiap pasangan yg bercinta iaitu pernikahan yg sah. Namun bila sedikit masa diluangkan utk berfikr, die sedar, inilah tarbiah dari Allah swt. Bile Fairuz memerhati keadaan sekelilingnya, melihat gelagat2 mereka yg bercinta, dia melihat ramai yg dah berubah kearah yg tidak baik tetapi bukan semua berkeadaan yg sama. Sebut pasal mereka-mereka yg berubah ni, kalau dulu selalu ke masjid, bila dah bercouple, terus hilang atau jarang sekali utk nampak batang hidung di rumah Allah swt. Ade juge yg dulu haram bgi mereka berpegang tangan, tp bile dah saling cintai menyintai, bersentuhan kulit pun dah jadi halal. Ade sesetengah tu, persahabatan dengan sahabat sejantina makin renggang sebbnya mase banyk diluangkan bersama pasangan kesayangan. Ingatlah teman-teman, couple bukan tiket utk kite menghalakan perkara yg jelas haram. Ada yg kata, “aku kami ok je. Sepanjang bercouple, kami jage batas-batas yg ditetapkan syariat. Kami tk pernah berpegangan tangan”. Baguslah kalau cmtu. Cume, mereka lupa ujian terbesar dr Allah swt bgi dua insan yg bercinta adalah ujian hati dan perasaan. Bila hati terlalu banyak terisi dengan cinta terhadap kekasih yg masih belum bergelar seorang isteri, hati makin lame makin lemah mengingati Allah swt. Lama kelamaan ramai di kalangan mereka mengambil mudah tentang persoalan batas pergaulan. Jiwa mudah kacau bila terdapat perselisihan faham. Emosi menjadi landasan penyelesaian konflik. Kadang-kadang, hal kecil dibesar-besarkan. Rajuk merajuk,cemburu mencemburi, pujuk memujuk menjadi biasa dikalangan mereka yg mengatakan “ye” terhadap couple. Kadankala, hubungan tamat tanpa sebarang ikatan yg sah dan benci membenci menjadi penyudah perhubungan mereka.

Sejak berfikir sejenak terhadap semua yg berlaku di kiri dan kanan, Fairuz mengambil keputusan utk tidak bercinta sehingga tiba waktunya. Kalau adapun, biarlah disemadikan seketika di dalam hati sanubari. Fairuz sering mengingatkan dirinya bahawa jodoh itu rahsia Allah swt. Betul, usaha perlu dilakukan utk mendapat permata yg punyai 4 ciri yg disebutkan Rasulullah saw, tapi usaha yg paling penting perlu dilakukan terlebih dahulu adalah memperbaiki serta dekatkan diri kepada Allah supaya diri tergolong dalam kelompok orang-orang yg baik. InsyaAllah dikurniakan bukan sekadar permata mahupun mutiara, bahkan berlian yg bersinar lgi bergemerlapan. Sepotong ayat quran dijadikan pendorong utk Fairuz meneruskan pencarian.

Maksud firman Allah swt:

sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik .. (Surah An- Nur ayat 26)

Sejurus tamat belajar di institusi tempatan, Fairuz mengambung pelajaran di sebuah university di luar Negara dengan berbekalkan prinsip yg sama. Namun, di sana ujian yg sama datang menghinggap dalam lubuk hatinya. Naluri yg bergelojak itu sekali lgi terpikat akan keayuan dan agama yg ada pada seorang anak Adam yg sebaris dengan Hawa. Sekali lgi ditabahkan hati utk menghadapi segalanya. Jauh di sudut hati, terdengar satu suara, “biarlah Allah swt tentukan segalanya.Kalau benar dia milikmu, pasti Allah swt akan satukan di suatu masa yg ditetapkan nanti. Mase ni, ada tanggungjawab yg perlu engkau selesaikn dahulu utk kebahagian mase depn.” Segalanya dilupakan dengan doa dan mengharapkan petunjuk serta keampunan daripada Allah swt.

Tibalah satu ketika, Fairuz terfikir sendirian terhadap suatu perkara yg menjadi matlamat kepada mereka yg bercinta iaitu pernikahan. Kali ni, dia merasakan diri sudah bersedia ke arah sunnah yg dituntut oleh Rasulullah saw itu. Namun, ianya terhenti buat seketika bilamana dia sedar bahawa diri sendiri belum punyai pilihan utk dijadikan zaujah(isteri). Walaubagaimanapun, die mengambil keputusan utk berbincang dengan ibu dan ayah di bumi permata malaysia tentang kehendak hatinya. Fairuz mula bercerita kepada ibu dan ayah hanya sebagai gurauan dengan mengatakan keinginannya utk mendirikan rumah tangga sewaktu belajar. Perasaan terkejut, terharu, dan gembira muncul bilamana ibu dan ayahnya menerima gurauan tersebut sebagai suatu perkara baik tanpa sedikitpun bantahan.Kata si ayah, “ Babah tk kisah kalau anak babah betul-betul dah bersedia”. Kemudian Si ibu bertanya, “ Fairuz dah ada calon ke?” Sambil tersenyum, Fairuz menjawab, “masih dalam permerhatian mak. Nanti bila dah pasti si dia tu orangnya, Fairuz akan beritahu mak dan abah”. Keputusan utk menjadikan org yg wujud dalam hati kecilnya sebagai bidadari dunia belum menemui kepastian sehingga solat istikharah dilakukan mengharap petunjuk daripada Allah swt. Sesetengah org takut utk lakukan solat istikharah kerna bimbang permata yg dinanti bukan pilihan Ilahi. Itulah yg berlaku pada diri sahabat aku ni. Petunjuk Allah swt itu jelas bahawa si dia bukan orangnya. Sebagai hamba kepada yg Maha Menciptakan Cinta, dia redha dengan ketentuan Allah swt. Pasti ada seribu hikmah disebaliknya.Teringat Fairuz akan satu maksud firman Allah swt dalam surah al baqarah ayat 216 yg berbunyi, " dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu". Dalam mase yg sama, dia memohon pada Allah swt sekiranya si dia itu bukan orangnya, mohon agar dikurniakan pengganti yg bakal menjadi penyejuk hati.

Allah swt maha adil, tidak sesekali menganiayai hamba-hambanya. Doa Fairuz dimakbulkan Allah swt. Alhamdulillah, dia telah dipertemukan dengan seorang muslimah yg padanya punyai 4 ciri yg disebut kan junjungan nabi Muhammad saw. Padanya, ape yg berlaku seolah-olah satu keajaiban. Dengan keizinan Allah swt, tidak lame lgi, Fairuz bakal disatukan dengan seorang muslimah yg tidak pernah die kenali sebelum ini melainkan pada pertemuan yg pertama 3 bulan yg lalu. “Si dia” datg ke rumah sekadar utk menziarahi adiknya serta keluarga. Kebetulan ketika itu Fairuz berada di rumah utk menghabiskan cuti semester dan akan berangkat kembali ke negara sebuah negara selepas sebulan. Bukan perancangan keluarga, bukan perancangan sesiapa tp itulah perancangan Allah swt. Terpikat pada peribadi dan agama yg ada padanya, Fairuz menyatakan hajat sucinya kepada ibu dan ayah beberapa hari selepas itu. Alhamdulillah, niatnya diterima baik oleh “si dia” dan keluarga dengan hati yg terbuka setelah istiharah dan doa menjadi jalan tengah sebelum membuat keputusan.

Dalam beberapa bulan yg ada ini, sebelum tiba saat yg dinntikan, Fairuz tidak mahu bazirkan kasih sayang sebelum perkahwinan. Fairuz bersyukur kerana mereka ditakdirkan berjauhan. Perhubungan melalui telefon dan sms dilimitkan supaya hati terjaga dan tidak tergerak kearah yg lalai. Saling ingat-mengingati senantiasa menjadi topik utama perbualan. Tidak pernah sekalipun dia mengungkapkan perkataan sayang, rindu mahupun “I luv you” bila berhubung antara satu sama lain segalanya akan diluahkan setelah cinta antara mereka sah sebagai suami isteri. Kalau ikut naluri hati, ingin sahaja dia menyatakan kecintaannya pada bakal zaujahnya seperti yg biasa diucapkan oleh mana-mana pasangan kekasih. Ingin sahaja Fairuz setiap masa berjumpa dan menatap wajah si dia.Namun dikuatkn hatinya sambil berdoa agar ditabahkan hati oleh Allah swt. Tidak mahu sama sekali Fairuz terleka dengan godaan nafsu yg bakal mengganggu gugat kemanisan selepas perkahwinan.

Kata imam al Ghazali:

Kebahagian terletak pada kemenangan melawan hawa nafsu dari kehendaknya yang berlebih-lebihan.

Bagi Fairuz, pada saat ini, selagi diberikan keizinanNya utk bernafas di muka bumi Ilahi, biarlah ucapan cinta, rindu, sayang itu ditujukan sepenuhnya kepada Rabbul Izzati, Tuhan yg telah menciptakan cinta utknya.

Sahabat pembaca yg dikasihi sekalian, cukuplah sekadar itu dahulu perkongsian kita dalam kisah cinta ni. Sesungguh jodoh pertemuan itu rahsia Allah swt. Mungkin orang yang kita sayangi itu bakal dianugerahkan untuk kita dan mungkin juga tidak. Hanya DIA yg tahu. Sama-sama kita berdoa dan bermunajat kepada Allah swt agar dikurniakan kita cinta sejati yg bakal mendekatkan lagi dari kita mengingatiNYA dalam dalam usaha kita mengejar mardhotillah. Antara ciri-ciri Ibadurrahman(hamba yg diredhai) ialah mereka yang senantiasa melafazkan doa seperti yg dimaksudkan firman Allah swt dalam al Furqan ayat 74.

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami sebagai penyenang hati kami dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.

Wallahua’lam..

Kepada pemilik blog, sahabat yg aku sayangi, syukran jazilan kerana sudi utk meletakkn tulisan daif aku di ruang ni. Mohon agar Allah swt permudahkan segala urusan dipelihara setiap perhubungan serta di satukan dengan jiwa yg dicintai di suatu mase nnti insyaAllah.=)

Faiz Fahmi
Student Uni.Franche Comte

10 comments:

Ariff Redza said...

Terima kasih sabahatku Faiz Fahmi.. Terbinanya Tamadun yang Masyur itu bermula dengan keluarga. Bermulanya keluarga dengan dua insan bercinta. Peliharalah Cinta Kita agar kita dapat membina Tamadun Yang Perkasa. Salam Syawal yang Bakal Menjelma. :)

Anonymous said...

Manisnya kalau dapat curahkan sepenuhnya cinta pada badadari dunia yg bernama isteri =)

Anonymous said...

"Dan di antara kekuasaan-NYA ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari kalangan kamu sendiri, supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka. Dan dijadikan-NYA cinta kasih sayang antara kamu. Sesungguhnya yang demikian itu tanda bagi orang yang berfikir"...(Ar-Rum,21)
semoge bertemu jodoh yg baik utk semua..

selamat hari raya maf zahir batin.
salam perantau.

Anonymous said...

huuuu.... coretan yg amat menyentuh..

Anonymous said...

tapi sayangnya ramai yang menuju ke arah cinta yang salah..

~NaiM~ said...

manusia kini telah memasuki era kesamaran. tertarik untuk berada di antara dua dunia. wal hal yang hak itu hak dan yang batil itu batil. ia nya jelas dan tiada antara kedua nya. May Allah bless, guide and ease our way..

~NaiM~ said...

n tahniah buat fairuz
moga semuanya lancar lah hendaknya. sahabat yg mendengar pun turut terasa kegembiraannya apatah lagi sahabat yang menyaksikan dengan kedua-dua mata sendiri. semoga rahmat Allah yg tak pernah putus ini makin dirasa dan disedari kesannye ~! ^_^ congratz again fairuz :p

Anonymous said...

sape la fairuz ni agaknye ek?..huhuhu

Anonymous said...

thnx for sharing this thing...i like it a lot..i hope im like that, bcome a lover at a right tyme, by right path....(",)

Unknown said...

salam tuan...nice entry..jum visit kat sini lak,huhu~
http://nurcahaya0812.blogspot.com/2012/01/wajib-bace.html

Peta Pelawat