Saturday, September 20, 2008

U-APEX dan corak pemikiran..

1.Aku nk mulakan artikel ni dengan kata-kata seorng pemimpin:

" lebih mudah membangunkan Negara daripada mengubah sikap masyarakat nya"

2. Daripada taklimat yang disampai kan oleh TNC HEPP USM mengenai U-APEX ini, secara dasar nye ada transfomasi akan dilakukan adalah untuk mencapai Universiti Terbaik dunia iaitu dalam tempoh 5 tahun berada dalam 100 terbaik dan kemudian 50 terbaik.

3. Dalam mencapai ini, perkara yang paling penting disebut adalah setiap yang dilakukan memberi "impak" yang besar di peringkat antarabangsa dalam pelbagai bidang seperti penulisaan dan reseach. Seperti cth yang diberi oleh TNC, kebanyakkan universiti sekarang membuat program debat dengan pelbagai nama debat perdana, debat agong, debat antarabangsa, jika dipandang dari satu sudut, program ini tetap debat yang akhirnya ada pemenang dan kesan adalah sama sahaja. Bagaimana utk membuat sesuatu yang memberi impak?? disini aku utara pendapat aku, jika isu yang diperdebatkan sebagai contoh sekarang hubungan kaum, kite sebagai warga U-APEX perlu membuat kajian dan membentangkan strategi-strategi dan terus mengaplikasikan ape yang kita telah bentangkan. Jadi impak nya akan dirasai bukan sekadar memperolehi pemenang. Ini yang dimaksudkan memberi impak.

3. Jadi sini kita sebagai pelajar ijazah pertama perlu membuat program yang memberi impak. Kadang2 aku lihat program yang dibuat bagus mcam jalan2 ke luar negara. Tp bile balik semua org tertanya apa impak kepada student??? jawapan diberi dah bentang kepada pegwai tertinggi USM dan kemudian apa???? apa yang aku sarankan adalah buat satu laman web yang memaparkan apa yang mereka perolehi daripada program ini. Kongsi dengan semua warga pelajar. Huraikan dengan detail apa yang dipelajari dalam bidang2 tertentu supaya kita boleh amik contoh yang baik dan terus melaksanakan apa yang baik ini baru ada kesan daripada progam kepada kwan2 kita. Jika perlu gune laman web MPP atau laman web sendiri lg bagus. Ini ada saranan aku. Begitu juga kepada program lain2. Yang mane kite tahu ada hasil yang positif, cume kite harus pikir macam mane nak sampai kepada yang lain2.. Ini yang kurang.

4. Kita juga perlu paham, USM ingin melahir penyelidik2 yang bertaraf antarabangsa di masa hadapan yang berbeza daripada UM yang ingin melahir future leader. Jadi lebih banyak ruang akan diberikan kepada pelajar ijazah tinggi nnt. Aku tak ingin ulas lanjut tentang bahagian2 sperti Talences, Resources & Garvenance kerana setiap bahagian ini mempunyai detail yang lebih lagi dan perlu diterang secara lebih terperinci setiap bahagian. Cuma yang aku cube nak ulaskan hari ini adalah corak pemikiran kita sekarang, apa tranfomasi yang perlu kita lakukan dan beberapa garis panduan utk berubah. Kerana bagi aku corak pemikiran adalah mengambarkan sikap kita, jika kita mampu mengubah benda yang paling asas dalam diri kita maknanya kita mampu utk membantu merealisasikan U-APEX ini.

5. Slalu kita bising pasal fasiliti tak kira di pusat pengajian, desa, kompleks sukan dan sebagai nya. Semua ini akan diselesai oleh pihak pentadbiran utk APEX ini. Apa peranan kita skarang??. Aku merasakan kita perlu ubah sikap kita dan cara kita berfikir. Aku telah memerhati beberapa ruangan yang memamparkan sikap kite. Dalam laman friendster, forum2 dan comment yang diberi. Aku dapati terdapat dua jenis cara pemikiran iaitu pertama cenderung kepada menghetam dan berlawan hentam dalam pelbagai isu, aku amik contoh paling dekat yang pertama dalam comments dalam blog aku ni menggenai memperkasakan mpp, forum citrawarna, forum tilawah.. aku lihat dominan pada corak pimikiran kita ada berdasarkan topi hitam dan topi merah.

6. Apa yang aku maksudkan disini adalah kita lebih suka melihat daripada aspek negetif dan mengikut perasaan utk mencapai kepuasan hati. Lebih teruk bg aku bile kite memberi komen yang hitam n merah ini berdasarkan khabar angin atau "aku dengar org kata".. tanpa fakta sebenar. Lagi satu perangai, suka mengembangkan isu atau menambah masalah, apa awal nya isu hanya lah satu dan kemudia dia sangkut-sangkut.. bahaya yang ni. Pada pemerhatian aku, isu remah ni akan berkembang dengan sangkutkan dengan isu lain tujuan hanya lah utk memuaskan hati, Kita harus buang sikap hina ni.. Jadi kita harus ubah cara kita iaitu memberi idea penyelesaian kepada masalah yang timbul dan memahami isu samaada remeh atau serius. Kite boleh kritik, tp yang penting kita perlu memberi idea dan melaksakankan idea kita bila diminta, tp apa yang belaku skrang bila disuruh buat, jawapan "aku malas la"... Skrang ramai daripada kita mempunyai sikap seperti diatas termasuk aku sendiri, kita perlu ubah. Kita perlu mengambil langkah utk mengubah perkara ini kerana ini adalah peranan pertama kita dalam transfomasi APEX ini sebelum kita ke peranan lain.

7. Sikap kedua adalah tak mau amik kesah apa jadi pun.. buat hal sendiri ja.. atau org pangil alone ranger... tgk2 dah grad org pun tak kenai.. adakah ni sikap kite dalam menjadi seorg pelajar U-APEX?? kita perlu extrovate dan aktif cuba memainkan peranan yang penting dalam setiap perkara atau memberi sumbangan walaupun kecil tetapi ia merupakan komponen yang perlu kepada sesuatu yang besar. Kepada golongan ini ubah lah...

8. Aku gariskan dua dahulu perkara boleh kita bertindak sekarangn dalam mencapai tranfomasi U-APEX ini, iaitu sikap kita:

- Mampu memberi kritikan dan idea utk menyelesaikan masalah dan mampu menggalas tugas utk menyelesaikan isu yang timbul.
- Menjadi extrovate dan aktif dalam memainkan peranan masing2.


Aku akan beri beberapa cth sikap lg perlu kita ubah pd sambungan topic ini

"Transfomasi Sikap Asas Kepada Transfomasi Mencapai U-APEX"

[bersambung]

1 comment:

Anonymous said...

ermmm....pe yg saye lihat skrg student lebey m'gamalkan sikap selfish...but ta semua mcm tu....ini lebey kpda attitude...klo attitude kite still d tmpt yg same...mcm mn kite nak maju..kan?...ermm...ayah saye slalu pesan dengan kate2 nie ( To move the world, we must first move ourselves
Whether you think you can or you can’t, you’re right
It’s not the mountain we conquer, but ourselves ) ;)

Peta Pelawat