Monday, March 30, 2009

Perak, Raja dan Perhimpunan UMNO

Lame gak rasa aku tak menulis sbb bz dengan test n FYP.. lepas perhimpunan agong UMNO baru-baru then banyak la program2 bual bicara yang mana ahli politik jadi penal. Menari betul, yg paling best aku tgk yg ada Dato Dr Zambry, confident je...

Antara persepsi dan realiti, fitnah dan nyata.. lani byk sgt persepsi yang diterima sebagai kenyataan, aku nak ulas mengenai isu perak dan 16 september.. 16 september pakatan rakyat kata bakal ubah kerajaan, namun tak jadi maka byk lah alasan yg diberi dan persepsi yang timbul.. persepsi pertama mengatakan pakatan rakyat menipu dan omong kosong dan yang kedua mengata fokus pakatan rakyat adalah membangunkan ekonomi dahulu.. yang mane btul kita tak tahu.. kerana kedua adalah persepsi..

Apabila BN mengambil alih perak, pebagai persepsi juga muncul, ada yg dikatakan menderhaka raja, ada yang dikatakan gila kuasa, ada yang dikatakan rancangan yg makan diri dan lain-lain. Pada pendapat aku setelah aku baca beberapa penulisan dan berfikir mengenai tindakan sultan perak, aku rasa tindakan yg tepat, kerana secara konsepnya undi tidak percaya adalah apabila ADUN tidak memberi sokong majoriti kepada menteri besar yg memerintah, oleh kerana berdasar ini sultan perak memangil ADUN yang tidak menyokong dato' Nizar utk memastikan sokongan meraka. Secara teknikal undang2 mesti berlaku dalam persidangan DUN, tp asas yg diambil oleh sultan perak adalah tepat yakni sokongan ADUN itu sendiri. Yang kedua, kenapa Sultan tak pilih bubar DUN utk pilihraya semula, disini ada sedikit perbezaan, wakil rakyat kawasan masih hidup dan blum meletak jawatan walaupun ada surat, masih dibicarakan di makamah, secara konsep awal pilihanraya, masyarakat daripada sesuatu kawasan memilih wakil mereka berdasarkan kemampuan wakil itu, tp hari ini pemilihan berlaku berdasar parti yang diwakil.. namun sebab pemilihan wakil itu samaada kerana kredibilitinya atau parti masih tidak jelas. Jadi pada pendapat aku, Sultan Azlan membuat keputusan berdasar faktor pertama yg aku nyatakan diatas. Bagi aku tindak ini berdasarkan konsep demokrasi.

Jika diarahkan utk membuat undi tidak percaya dalam DUN atau Perlimen skali pun, pihak yang berkemungkinan kalah pasti tidak akan membuat Undi ini. Jadi tindakan Sultan Azlan adalah tepat

Walau apa pun persepsi yang timbul disini, tetapi yang nyata berlaku hari ini adalah keadaan huru hara yang mana berpunca daripada perubahan kerajaan. Ini menunjuk org yang mengubah kerajaan ini tidak bertanggungjawab dan tidak memikiran kesan yg akan berlaku daripada tindakan mereka. Ini bukan persepsi lagi. tp kenyataan, jika bertanggungjawab org-org ini akan memikirkan kesan daripada tindakan ini. Lepas ni kalau nak lompat2 ke pikirkan kesan kepada Rakyat dalam kawasan tersebut. Inilah jadi kalu tak bertanggungjawab dan terlalu nk memerintah.

Pasal perhimpunan agong UMNO plak, yang menarik pastinya tindakan SPRM terhadap Ketua Menteri Melaka dan ketua pemuda UMNO yang baru. Menurut lembaga displin UMNO mereka telah didapati bersalah dan laporan kepada SPRM telah dibuat. Maka ini menjadi sesuatu keadaan yang menarik untuk dinantikan. Yang kedua, ada sesuatu yang tidak kena dengan pengundi yang memilih mereka yg didapati bersalah dalam pemilihan UMNO pada kali ini. Pelik tp benar.. mengapa ini terjadi.. tanyalah orang UMNO... wsalam...

16 comments:

gangojos said...

salam..sheikh, mana hang tau adun perak nak undi sapa?pastu mana hang tau pilihan raya negeri perak mesti bergantung pada bilangan adun yang masih hidup?pa perlembagaan hang tgk nih...belajaq baik2 perlembagaan dulu!

Ariff Redza said...

ni la kalu tak baca.. 28 yng dipangil oleh sultan azlan shah menyatakan sokongan kepada BN.. jadi dah majoriti.. sbb tu la aku tau majoriti yg mana.. pilihanraya boleh belaku bila DUN dibubarkan atau ADUN meningal atau ADUN letak jawatan.. tp dalam konteks perak, adun tak letak jawatan atau mati sebb tu la sultan tak pekenan bubar DUN macam aku citer kat atas.. aku bukan kata kenapa pihanraya tak belaku, aku cuma kata kenapa sultan tak pilih bubar DUN untuk pilihan raya.. ang baca paham ka tak paham ni..

Anonymous said...

bodoh la gangojos ni.. bace pun tak paham.. aku bace pun paham.. gangojos ni ada masalah membaca rasenyer.. aku pun bace gak kes perak ni.. sultan ade pangil semua 28 ADUN termasuk yang bangang lompat2 tu.. kalu wat Undi tak percaya dalam DUN mesti la pakatan kalah.. tp aku still musykil kenapa sultan tak pekenan bubar DUN, may be mcam si kilau ni kate kot.. tp yg pasti aku sokong, yg lompat2 n ubah kerajaan sesuka hati nie memang tak bertanggungjawab...

Mujahid Cakna said...

assalamualaikum
ai kilau,hg da lame x post bnde hngt sjk prk ari tu
da pns blk da..huhu
em,aku tertarik pade pembentukan 'kerajaan' prk baru ni
korg rase melalui care yg btoi ka?

Mujahid Cakna said...

pastu kes ameno nek satu 'pejuang' pemuda baru..
em,pencalonan die bkn ke de mslh?
tup3, mng plk tuh...
ape komen hg?

Aneroid said...

salam...
menarik.

walaupun isu ni dah agak lama, tp masih ada rasa panasnya lg. so, nak kongsi persepsi jugak. (ingat, persepsi saja)

kenapa pakatan rakyat nak juga undi x pcaya tu diadakan utk menentukan Ir Nizar masih disokong sbg MB atau tidak?

takkan pakatan tak tahu jumlah 28 yg menyokong BN tu pasti akan menumbangkan Ir Nizar.

Strateginya, sementara menunggu sidang dun utk buat undi x percaya, Speaker akan menggantung 3 org yg lompat tu sehingga mahkamah memutuskan kes mereka. so, bilangan yg nak buat undi x percaya tetap tak cukup - bermakna Ir Nizar akan terus jadi MB.

Sekarang ni pun yg kita tau, Speaker dah gantung 6 org klu x silap. Siap sidang dun bawah pokok, undi percaya terus diberi kepada Ir Nizar utk terus jd MB.

BN mungkin terlepas pandang, bhw Speaker masih mmpunyai kuasa yg besar dlm sidang dun. Sepatutnya mereka culik speaker, bukan culik adun2 lompat tu. :))

itulah strategi pakatan rakyat yg dapat diperhati. tapi apa yang terjadi, kita dah lihat. masing2 bleh fikir.

bab sultan xmau bubar dun, byk persepsi yg boleh kita buat. antaranya, mungkin sultan nampak, kalau bubar, rakyat akan buat pemilihan, dan kalau hasilnya lebih kurang sama, iaitu majoriti pemenang adalah sedikit, kemungkinan acara lompat melompat akan berlaku lagi. So, yg akan jd mangsa adalah rakyat. So sultan pun hold dulu bubar dun. lantik MB baru.

persepsi lain pula...emm tak yah cerita laa. nnt pening kepala. huhu

sori kalau xde kena mengena,
demikianlah persepsi....

Ariff Redza said...

bz skit la nak bincang pasal politik nie mujahid.. kena byk reading nk paham situasi.. tak sangke plak tertido 2jam.. bgun2 dah 6 komen.. ape kate kite up skit perbincangan kepada theory konspirasi.. hehehehe

Ariff Redza said...

idea aneroid best gak.. tp aku rasekan die gantung lepas Sultan pangil 28 org tu.. cume strategy pakatan lewat skit je... tp kalu sidang DUN bawah pokog kire sah gak kan... menarik2 utk dibincangkan...

gangojos said...

Yang tak baca nye engkau tu Ariff Redza yang berlagak pandai. Baca la blog Cetdet, blog Kuli, kenyataan Prof Aziz Bahri, prof agus dan banyak lagi lahhh... Sultan Azlan tak ada kuasa nak panggil adun dan tentukan majoriti sokong belah mana dan tendang MB yang sedia ada. Undi tak percaya hanya boleh dibuat oleh persidangan dewan. Zaman sebelum merdeka memang la Sultan ada kuasa nak pecat. Lani kita dah pakai Raja Berpelembagaan. Sapa yg setuju undang-undang ni? Sape lagi kalau bukan si pengkhianat UMNO tu jugak. Pejuang raja kononnn... Boleh blah!!

Ko tau tak apa tu kerajaan minoriti? Kerajaan minoriti ni sepatutnya wujud di perak kalau ikutkan perlembagaan. Tu pun kalau surat perletakan jawatan 3 ekor tu tidak sah. Kalau sah, memang tak ada majoritinya kat BN. Surat tu hanya tak sah kalau ADUN tu diugut dengan keselamatan sahaja untuk ditandatangan, contoh diugut dengan pisau, atau pistol. Tu Prof Aziz bahri yg cakap. Sekarang pun kes ini dalam perbicaraan mahkamah. Kalau lah betul sokongan belah BN tu majoriti pun, tunggu la persidangan dewan untuk undi tak percaya. Dalam undang-undang tubuh, dewan akan terbubar dengan sendiri kalau tidak bersidang lebih 6 bulan. So, kerajaan minoriti akan tumbang dan kuasa memilih akan kembali kepada rakyat. Undang-undang nampak dah cantik kat sini. Cuma orang UMNO ni memang bodoh bebal. Sendiri buat sendiri mau langgar....

Kenapa Sultan ikut kemahuan UMNO tu ada kaitan dengan kontrak GAMUDa buat landasan kereta api. Pergi tgk kat Malaysiatoday ada pendedahan... Sendiri baca la..

Kesimpulannya si Zamry tu tak layak dipanggil MB.... Nizar masih lagi MB sah. Bukan aku saja kata, Mahathir, Kuli dan sapa-sapa saja yang berotak waras pun kata Nizar masih MB... Bab ni Mahathir waras skit...

Ariff Redza said...

aku ade bace pasal ape ko cakap tu dalam che det and malasia today.. cume masalahnyer benda tu nyata atau theory konspirasi je..

Pasal kerajaan minoriti tu base on common law or undang2 tubuh kerajaan negeri?? tp aku ade baca pasal kerajaan minoriti ni.. tp aku tak pasti die tertulis dalam common law atau undang2 tubuh kerajaan negeri.. sapa2 amik law tlg explain jap...

Yang last Dr Zambry tu aku seetuju, tu yang aku kate die confident je dalam program tu mcam dah sah.. hahhahahhahahah

Anonymous said...

gangojos ni anti gile ngan sultan perak.. hehehe.. gangojos ko kna belajar bezakan antara teori politik, teori konspirasi, andaian, persepsi dan kenyataan... aku pun tak sejutu dan marah dengan apa yg belaku di Perak, cuma aku risau dengan orang2 yang mcam gangojos ni.. baca je dalam blog terus pecaya tanpa bukti.. boleh menimbulkan fitnah ni.. hati-hati gangojos jgn tergolong dalam orang yang menyebar fitnah... walaupun ada kemungkinan benda itu btul, kita tak tahu betul atau tidak tindakan itu dibuat atas kepentingan peribadi atau tidak, mungkin kita dah mati dulu baru perkara benar muncul tp masa tu kita dah tak sempat bertaubat... maafkan aku gangojos kalu bahasa aku ini sedikit kasar.. cume mengingatkan aje...

gangojos said...

habeh yang korg percaye kt kitab utusan dan bharian tu pehal???kl macam tu,sume bnde kita x leh percaya...pilih satu jln la nk percaya, kl x pilih jln yang benar, maka jln slh ler korg masuk..kl pilih bnyk jln pun, lg trk, blh jd gile...itu bahaya bila x pernah belajar berguru, tp belajar bergurukan penulisan orang sahaja...

Anonymous said...

gangojos kata kat diri sendiri.. hahahahhaha

Anonymous said...

gangojos ni kata kat org tp die plak yg belagak pandai lebih.. ni perangai geng sebelah lg.. naik kereta ke selama, mengata orang dia pun sama.. blah la gangojos.. ko sorg je pandai...

Anonymous said...

Patik mohon sembah DERHAKA... ni bhasa Istana utk seseorg yg bergelar hamba kpd raja utk x bt ape yg dititahkan raja, bahasa yg sopan.. tp yg diwar-warkn UMNO, Nizar DERHAKA sultan.. alangkah BODOHnya n gelojoh x bertempat puak2 UMNO..

satu lg, Nizar di jemput jd Imam n diminta beri tazkirah, tp dikatakan nizar rmpas MIKROPON.. xkan xnmpk lg puak2 penyokong kerajaan taghut nih, sdh trg lg bersuluh laaa.. ckup la kena kencing!!!

delilah said...

mb tu sbg penasihat kpd sultan.
bkn sultan jd penasihat mb.
sakrang ni sultan ada 2 penasihat.
1 penasihat halal dlm buangan, 1 lg penasihat haram.
mb dah nasihatkan suruh bubar dun.
sultan x nak dgr.
pihak umno pun duk cucuk sultan dgn isu pberian tanah kpd org cina. kononnya krajaan pr perak ni x adil. khianat kpd melayu perak. walhal, pberian tanah kpd org melayu yg digantung oleh krajaan bn dulu di luluskan oleh pr dgn jumlah yg lebih byk. tapi media umno ni diam. x boleh sebarkan. hanya main isu tanah cina. tanah yg diberi kpd melayu didiamkan oleh media, sbb x menguntungkan umno. cari makan la barua2 media umno nih. kat akhirat nnt tahu la dorang. pondok pak teh di grik, bn mana bg tanah. pr luluskan, dan dap mintak tanah kpd pondok pakteh diberi lebih luas, sbb pakteh bukan minta utk peribadi, ttp utk pusat pengajian Islam. bn dulu x buat apa2 walaupun dipohon oleh pakteh. sultan pulak asyik dgr apa yg bn kata. sbb org2 istana tu semuanya darah biru. semuanya bawa berita palsu. kalau aku sultan pon aku pcaya la dgn mangkuk2 istana ni. tipu sultan. yg umno luar istana pulak duk cucuk isu pkauman. umno dlm istana duk cucuk sultan. so last skali bjaya lah keajaan haram ni dinaikkan. kudeta! so, apa yg boleh aku simpulkan, kerajaan haram perak sekarang ini tak layak terima gaji, dari MB haramnya sehingga exco haramnya. Kalau dah sign mati nak makan bara api neraka, hah..makan laaa duit haram gaji tu.... wakakaka...

Peta Pelawat