Wednesday, March 4, 2009

Part 2: Dari Hembusan Bayu di Negeri Sabah

26 Feb 2009
Hari ini kedua team deligasi di sabah... hari ni merupakan tugas utama kami iaitu menjalankan penyelidikan mengenai Kelestarian ALam Sekitar di Sabah dan Hubungan Etnik di sabah mengenai Bahasa. Kajian lebih kepada Sosial Sains punya kerja tp atas dasar menyahut cabaran APEX U, team deligasi membuat sesuatu yang 'unussual bisness' seperti yang dinyatakan oleh V.C. Ini akan melahirkan seorang jurutera yang lebih holistik dan memahami malaysia sebagai negara majmuk bukan hanya dari bacaan namun daripada pengalaman membuat kajian ini. Pengalaman yang diperolehi ini akan membantu bakal jurutera utk menghasilkan sesuatu yang lebih lestari kepada alam sekitar dan masyarakat setempat. Gambar diatas adalah ketika team deligasi berada di hapadan pejabat kolej Kediaman IP UMS. Baru lepas breakfast.
Team deligasi menikmati breakfast di Laman Pejabat KOolej Kediaman IP.
Taklimat dan Bacaan Doa sebelum bergerak ke kawasan kajian iaitu di sekitar penampang dan kota kinabalu.

Aku ketika menemu ramah salah seorang respon di Pasar Tamu di Penampang dan kemudiannya menikmati Minuman Kepala Muda dengan RM 2. .Zool mengedarkan borang kaji selidik di Stesen Taxi di Penampang, 15 org menjalan kajian mengenai Hubungan Etnik mengenai bahasa Etnik di Sabah satu lagi team 15 org juga but mengenai Kelestarian Alam Sekitar di Sabah.

Ketika di Pasar Tamu, dalam gambar ni adala h ulat sagu yang di rasa oleh afiq bertapa enaknya.. hahahhahahahaAfiq bersama 2 orang responden di Penampang , sama baya dengan kami tapi sudah mula berniaga.. ni tercabar rasanya ni
Afia dan Zool melihat barang2 kraftangan yang terdapat di Pasar Tamu Penampang sambil gambar ni aku amik... nak beli utk sapa tu???Semasa di Pasar Tamu ada kumpulan yang mempersembahkan alat muzik ketukan .. bukan saja utk pesembahan malah utk jualan..Afiq ketika memdapatkan respond di Library Penampang..
Zool kepenatan sambil tunggu aku potong rambut dengan RM8... padan muka aku..hahahahahYDP MPDJ menjalan survey di Central Poin t K.K... cepat-cepat.. nnt kena g tempat lain plak..
Lagi resondend di C.P KK.. cari maklum balas je.. nk mintak no hp tau..
Team deleligasi sedang mencari responden
Selesai membuat kajian, sebelum pulang ke kolej IP UMS, kami singgah di menara tergangtung Tun Mustafa.. Menarikan menara nie....
Pada sebelah malam, team deligasi menganalisa maklumat yg telah diperolehi sambil menyiapkan report dan perbentangan.
Sebahagian Team Deligasi berbincangan mengenai temu bual yang telah di buat sambil menganalisa rakaman temu bual pada siang td..Team yang membuat kajian kelestarian alam sekitar sedang menyusun data..
Afif membicarakan sesuatu mengenai kajian dan printer agak nya... Aksi kishi... sekejap tergolek.. sekejap terbaring dalam menyiapkan laporan kajian... jgn masuk.. g... .com sudah.. hahahhahahha


Hasil kajian kita akan bentangkan sedikit masa lagi kepada semua warga kampus dan di sampaikan kepada wakil UMS..

Esok Part 3 : dari hembusan bayu akan di ceritakan....

Monday, March 2, 2009

Dari Hembusan Bayu di Negeri Sabah

24 feb 09 (Selasa)

Team deligasi berkumpul untuk bertolak ke LCCT KLIA. Persediaan yang dilakukan selama 3 bulan lepas telah tiba pada harinya. Tak brpa tepat Jam 9 malam kami bertolak ke KLIA dengan bus USM. Terkenang kelas yang akan ditingalkan dan test yang tak akan diambil... dan afiq mula mencatur hari-hari FYP nya....

25 Feb 2009
Kami tiba di LCCT KLIA dalam jam 6pg.. dalam keadaan mengantuk kami memungah barang keluar daripada bus. Manusia teramat ramai di awal pg macam ni.. siap ada yang tido depan pntu masuk airport.. tp bukan team deligasi la.. nasib baik tak kena pijak dengan aku...


Taklimat diberikan oleh Saudara Afif mengenai penerbangan... kami berlepas dengan 2 kapal terbang.. skuad 1 dan skuad 2... sbb ramai sgt nak g sabah pg2 buta nie... selesai taklimat.. kami semua g solat dan breakfast nasik lemak RM5 .. hahahhaha
Skuad 2 check in pada jam 9 pg lebih.. masa ni skuad 1 sudah berada di awangan menuju ke sabah... sudah lama rasanya tak naik kapal terbang...

aku dengan macho nya naik kapal terbang walaupun mashal kat sebelah dok tuib wisel suruh cepat naik.... jarang2 naik kapal terbang bah.... sabar ye bah...
Setibanya kami di Terminal 2 KKIA, kami disambut oleh MPP UMS. Dalam gmbar kelihatan Faiz, kembar dan emily menyambut kami.. Saudara Azhar jugak ada tp tak masuk dalam gmbar, tak silap tgh berbual dengan afif kot.. mereka lah yang menjaga dan memberi layanan yg sgt istimewa kepada kami sepanjang kami di sana.. aku secara peribadi sgt terharu dengan layan dan masa yang mereka luangkan kepada kami.. memori yg sukar dilupakan... Tq sahabat di UMS..

Team Deligasi ke Anjung Pelajar utk sesi ice - breaking dan makan tgh hari yang disediakan oleh pihak UMS.. kat situ ade jual yogurt turkey.. kawasan usahawan pelajar dan bilik persatuan kelab....
Ice -Breaking yang dipengerusikan oleh sauadara Azhar, Naib YDP MPP UMS bg akademik dan Hubungan Diplomatik... Kemudia n disusuli ucapan selamat datang oleh YDP MPP UMS saudara Azrul Ibrahim dan Ucapan balas oleh saudara afif... Majlis Penyerahan cenderahati diadakan selepas itu..Sebelum bergerak ke Lawatan kampus 1, team deligasi bergambar bersama MPP UMS di anjung siswa.
Sebahagian angota deligasi bergmbar dihadapan dewan chanselor.. mcam colosium...

Kami melawat Library UMS. Ramai btul pelajar g library... bagus-bagus... mcam aku kat kampus gak.. hahahahah
Bilik Noble.. satu ruangan yang menarik di dalam library UMS . Ruangan ini menyimpan karya-karya pemenang noble yang terlenal. nnt karya aku pun ada dalam ni gak.. tunggu....


Seterusnya ruangan perdana.. yang menyimpan koleksi dan manuskrip seperti surat-surat dokumen kerajaan daripada PM no 1 sampai no 5..

Bakal-bakal perdana menteri mengadakan sidang khas meluluskan sesuatu...
Seterusnya kami melawat chanselori... skrang berada ditaman dihadapan chanselori... cepat-cepat.. pejabat dah nak tutup....

dihadapan canselori... banguanan ini merupakan bangunan berkembar... yg dalam gmbar tu die punye jambatan yang menghubungkan antara dua bangunan... menara yang 3 j3jaka melaya ni amik gmbar merupakan tugu cabaran wawasan 2020..
Didalam canselori terletak muzium UMS.. pelbagai bahan sejarah mengenai UMS dipamerkan disini.. saiz UMS 999 hektar... IPTA ke 9... dll...Bergambar dihadapan canselori.. belakang kami ada air pancut... kedalaman 1 m.. nasib baik takdak yang jatuh ke belakang.. kalu dak.. takyah mandi dah...

Bangunan canselori UMS ni juga mengadap laut.. permandangan yang indah dan permai... cantik taman kat canselori ni...

Selesai lawatan kampus kami check ke rumah di kolej kediaman Indah Permai... Blok ladies nie.. hehehehehe... tp kami baik... kan zool kan... team deligasi bersiap utk acara makan malam... tp aku and zool tenang ja tunggu time p makan..

Kami menikmati makan malam di Anjung Selera yang terletak di tepi Pantai... Romantik gila tempat ni.. dia ada banyak2 kedai kat sini.. saudari mas dari UMS rekemen kedai yang terbaik kat kami..
Jeneral Shahril menikmati JUS GELAS BESAR dan aku pun terpedaya.. padan muka aku... meja ni sedang menanti makan utk di abeskan...

Table aku.. makanan yang special kat sini adalah sayap ayam dan nasi goreng lalap.... apa lg kami order benda yg special ni la.. sampai la perut aku kembung.... terperangkap dengan JUS GELAS BESAR... selesai aktiviti utk hari pertama.. lepas ni kami balik ke kolej IP bersiap sedia utk kajian esok....

[Part 1 Selesai.. esok story part 2]

Kejohanan Futsal Kejuruteraan 2009

[musykil dengan entry ni..]

Monday, January 26, 2009

Tahniah kepada AJK kejohahan Ragbi USM Joker 10's 2009

Aku ingin merakamkan tahniah kepada jawatan kuasa kejohanan r edisi ke 4 kerana telah berjaya menganjurkan kejohanan pada kali ini dengan meriah dan teratur. Tahniah kepada pengarah Saudara Wan Muhammad Arif atau dikenali sebagai toyol kerana berjaya memimpin AJK sehingga berjaya. Kejohanan padaagbi USM joker 10's 2009 kali ini telah disertai oleh 18 kelab dan 12 pasukan sekolah. Penaja Utama kejohanan adalah Carisbrook of New Zealand

Kejohanan kali ini di menangi oleh JLJ (tentera darat) A dengan membelasah Taiping tiger 40-0. JLJ ini merupakan johan antara rejemen askar melayu. Saingan yang berkualiti dan pengawalan bola yang menarik oleh kedua-dua pasukan amat mengagumkan. Namum ketangkasan JLJ gagal di tandingi oleh taiping tiger.

Bagi ketegori sekolah MCKK mengalahkan anderison pada pelawanan akhir. Pada peringkat separuh akhir MCKK berdepan King Edward ke -7 dengan saingan yang sangat mendebarkan dan klasik.

Majlis penutup disempurnakan oleh En Muhammad Hanif Ketua Unit Sukan USM dan Ketua Penolong pendaftar USM Kampus Kejuruteraan En. Mahizan Mahmud.
























"Syabas Jokers"

Thursday, January 22, 2009

Pembentukan Pasukan Varsity

Tertarik dengan pelbagai komen dalam entry sebelum ni, melihatkan fokus kita tak jelas selepas sukad. Sebagai mantan MPD dan pemain USM dalam sukan Ragbi dan membantu menguruskan pasukan lain di peringkat desa, aku melihat fokus kita seharusnya membina pasukan USM yang mantap dalam setiap permainan. Apa yang belaku terutama dalam hoki wanita adalah perasaan cemburu dan iri hati. Aku tak paham puncanya. Krisis yang belaku pada sukad kita bawa kepada pengawa untuk diperbaiki setiap kelemahan yang wujud dalam mesyuarat pengawa-pengawa. Sebagai captain dan pemain varsity yang senior kita tak harus fokus kepada masalah ini. Yang perlu kita fokus adalah mengenal pasti bakal-bakal baru yang berkualiti daripada sukad lepas untuk diserapkan dalam team USM.

Dalam pembinaan team yang bagus tiada senior dan junior. Yang penting kemahiran dan komitment yang ada pada setiap pemain sama ada 1st year atau pun master. Sebagai pengurus atau captain kita perlu sedar cabaran utama kita adalah menyatukan 4 kampus tetapi kampus di Bertam mungkin tiada pemain. Jadi fokus lebih kepada di Kesihatan, Kejuruteraan dan Induk. Kita mempunyai kemudahan contoh ragbi di Kejuruteraan dengan pelbagai alat latihan, hoki di Induk, Bola baling di mana-mana pun boleh, renang di Induk. Disini kita tgk fasiliti ada cuma halangan utama adalah jarak setiap kampus. Kita jgn merungut jauh, pikir macam mana nak selesaikan pekara ini.

Kita perlu atur jadual latihan seoptimum mungkin supaya setiap pemain yg dikenal pasti dapat bersama dalam latihan, kita akui mmg ada halangan seperti kelas, masa exam belainan di setiap kampus. Ini semua masalah, kita perlu merempuh dan mengatasi halangan ini. Mengatur masa latihan, sumber kewangan, perlawanan persahabatan dan lain-lain. Sesuatu sukan tak semestinya hanya belatih di Stadium, meningkatkan daya tahan otot, boleh di lakukan di mana-mana, pasukan itu boleh ke kelantan sebagai mana yang dibuat oleh team olahraga lepas dan datang ke kampus kejuruteraan utk membina pasukan varsity. Pada pendapat aku, Unit Sukan dan desa perlu duduk semeja utk saling bantu membantu membina pasukan varsity ini. Ini pada peringkat persediaan pasukan.


Bila menghadapi kejohanan, selalunya kita akan berdepan dengan pemain yang terlibat dengan latihan industri dan exam. Perkara ini juga masalah, kita jgn merungut tentang masalah, kita perlu selesaikan masalah, sebagai contoh exam.. perkara ni kita bawa kepada pentadbiran universiti untuk menyelaras masa exam supaya pemain-pemain yang bagus dapat mewakili Universiti. Begitu juga halnya dengan Latihan Industri daripada beribu budak USM mesti ada idea utk solution ini, disini perlu MPP main peranan, sukan merupakan penglibatan pelajar yang paling ramai.

Benda asas, seperti pengangkutan, coach dan sumber kewangan mesti jelas supaya kita dapat membina pasukan USM yang mantap. Kalu kata bus USM penuh, org yang bertanggungjawab mencari pengankutan tidak boleh bg alasan kata bus dah tempah abes, Ya mmg bus ditempah abes, kita bukan banyak bus, benda lain yg banyak, so cari la pengangkutan yg available.. Org akan kata aku pandai cakap, btul.. but aku dah provekan, team ragbi p main diterengganu dengan duit sendiri then baru dalam claim, itu pun bus kena bayar sendiri, bukti check akaun kelab ragbi, tetiba je kena bayar bus di Terengganu, but aku berjaya bawak team induk dan engin ke terengganu.. jika aku sebagai student boleh buat, sebagai staf atau pengawai should done batter then me.. sebenarnya boleh buat, cuma nk atau tidak.. Selama 4thn aku kat sini, kita mmg mempunyai pemain yang bagus, tp hanya beraksi diperingkat sukad. Ini satu merugikan. Semua pihak, unit sukad, captain pengurus pasukan, desasiswa dan MPP perlu memainkan peranan utk kita bina kembali kegemilangan USM dalam sukan.

"martabatkan sukan USM"

Peta Pelawat