Tuesday, January 13, 2009

ABUL KASSIM SMJ


IRC - INTEGRATION, RIGHT & CHARITY

INTEGRATION ( INTEGRITI MAHASISWA)
-Mewujudkan perpaduan antara kaum & perpaduan antara staff – pelajar melalui
+ Program sukan cthnya KASUS, BOWLING
+ Program Antarabangsa
+ Program Pembangunan Lestari
-Mewujudkan 4 Wakil Etnik – CINA , INDIA, SABAH, SARAWAK sebagai pembantu
EXCO Majlis Perwakilan Pelajar.

RIGHT (HAK MAHASISWA)
-Memastikan HAK MAHASISWA bersuara di dengar oleh Pihak Pentadbiran USM
-Memperkasakan peranan GPPK-Gabungan Pemimpin Pelajar Kejuruteraan dalam
menyuarakan Masalah pelajar

CHARITY (KEBAJIKAN MAHASISWA)
- Menaiktarafkan kemudahan internet USM
- Menaiktarafkan perkhidmatan kafetaria USM
- Menaiktarafkan kemudahan sukan
- Penambahbaikan Pengangkutan pelajar (Bas dsb)
- Mendapatkan Unit Pengijazahan (unit kokurikulum) kepada pelajar yang aktif
berpesatuan
- Mendapatkan insentif, contohnya pengecualian yuran desasiswa bagi pelajar aktif
berpesatuan

PENGALAMAN

POLITEKNIK JOHOR BAHRU
Diploma Kejuruteraan Mekanikal BAHAN
1. Exco R&D Majlis Perwakilan Pelajar
2. Pengerusi Pembimbing Rakan Siswa ( 2 Penggal)
3. Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Politeknik Berhad
4. Naib Pengerusi Perpustakaan PJB
5. Ketua Unit Jabatan Pertahanan Awam (JPA3)
6. Pengarah Projek melebihi 20 program Politeknik

Universiti Sains Malaysia
1. NYDP Gabungan Anak-anak Pulau Pinang
2. NYDP Komuniti Kaunseling
3. Exco Konvensyen Kejuruteraan Zon Utara – 6/2/2009
4. Pengarah Projek Explorace Heritage 2009 – 24/2/2009
5. Program Keusahawanan Sosial Antarabangsa, Aceh Indonesia

Wakil Profesional
1. Wakil Zon Utara Persatuan Paintball Malaysia
2. Malaysian Paintball Rulling Body (MPRB) - kejohanan Kebangsaan & Antarabangsa
3. Pengarah Cawangan Majlis Jurulatih Unit Latihan Khas Malaysia.

Kempen Pilihan Raya Kampus USM Kejuruteraan


Setelah penamaan calon berakhir 12.30tgh hari kelmarin. Sahlah dua calon dibawah akan bertanding.
Sekarang mari kita analisis calon terbaik. Berdasarkan kitab "sistem Politik Islam" karya Khalid Ali Muhammad Al Anbariy. Terdapat 8 ciri untuk memilih pemimpin:

1. Mukallaf iaitu orang Islam yang baligh dan berakal.. - Dua-dua ok.
2. Lelaki - 1-0
3.Keadilan -1-1
4. Ilmu pengetahuan- 1-1
5.Keupayaan Politik- 1-1
6. Berketurunan Quraisy - 0-0
7.Merdeka -1-1
8. Kesempurnaan pancaindera dan angota badan- 1-1

Jadi kelebihan kepada Abul kerana beliau seorang lelaki. Berdasarkan satu hadith riwayat Ahmad, Abu Daud, Al-Nasa'i, Ibn Manjah sabda Nabi s.a.w:

" Tidak akan berjaya sesuatu kaum yang diperintah oleh kaum wanita".

(Sebagai seorang pemimpim, seseorang tu nnt akan dicemuh dan berhadapan dengan pelbagai dugaan. Tugas ini amatlah berat dan tidak sesuai dengan seorang wanita yang secara lahiriah dijadikan dengan hati yang lembut dan jiwa yang halus. Hal ini juga bertujuan memelihara kemuliaan dan kehormatan kaum wanita.)


Bila bertanding laki n perempuan ni yang tak best ni. Dah ada panduan kena pilih lelaki. Jadi aku pun bertanyalah kepada sahabat-sahabat ada dak hadith atau ayat al-quran yg boleh dijadikan panduan. Dan seorang sahabat kata ada.. kita perlu pilih yang tidak mudarat. Aku bertanya apa mudarat nya antara kedua-dua calon ini. Sebelum aku mengulas lanjut perkara ini aku nk cerita sikit pasal cadangan abul sebagai calon..

Bermula sem lepas mantan-mantan presiden persatuan bersidang, Jadi kita fokus kepada bahaya semangat aspirasi dan proM yang boleh membawa pepecahan dikalang pelajar terutama melayu. Jadi kita mengambil Iniasitif ini untuk cuba merungkai semangat kepuakan ini agar tidak merosakan pelajar. Daripada inisiatif ini pihak proM yg ditungangi oleh PMI dapat merasa bahawa pihak pentadbiran lebih profesional dalam meluluskan setiap projek tidak seperti sebelum ini. Projek mereka asyik di sekat atas dasar politik. Inilah yang diidam oleh semua mantan-mantan presiden. Untuk merealisasikan matlamat ini, calon umum yang bakal menjadi MPP hendaklah bebas daripada dua pengaruh kelopok ini dan mempunyai ketegasan dan memperjuangkan suara Pelajar. Setekah berbincang hampir satu sem. Kami bersetuju agar AbulKassim SMJ di calon. Tetapi ada gak org BELOT!!! nk mewujudkan semangat kepuakan ini. Aku tak paham kenapa. Sedangkan kita dah berbincang mencari wakil terbaik untuk objektif hapuskan sikap kepuakan ini. Tp still ada gak.. Konfius-konfius..

Berbalik kepada persoalan td, jawapan yg diberikan oleh sahabat td pasal mudarat adalah kerana disangkanya abul adalah ASpirasi, sebenar abul adalah seorang yg neutral dan dah dipersetujuan oleh Faris yang juga mantan presiden PMI. maka isu mudarat kerana aspirasi tidak timbul disini. Maka aku dengan bebesar hati menyatakan sokongan terhadap abul berdasarkan perjanjian dan dalil yang ada.

"UNDILAH ABUL KASSIM"

Sunday, January 11, 2009

SUKAD di Engineerig Campus..

Tahniah kepada pasukan-pasukan di Kampus Engineering kerana pencapai yang gilang gemilang pada hujung minggu ini.

Aku mula kisah dengan team ragbi. Pada kali ini team ragbi kejuruteraan yg dikenali sebagai Phantom telah dibahagi kepada 2 kumpulan. Team senior mewakili lembaran manakala Jr mewakili Jaya. Team Lembaran berjaya menewaskan IK dan Tekun seterusnya menjadi Johan Kumpulan. Manakala pasukan Jaya tewas kepada Murni dan membelasah Aman Damai utk menjadi Naib Johan Kumpulan. Di peringkat Separuh Akhir Lembaran bertemu Jaya. Kemahiran dan pengalaman yang ada pada team senior berjaya menang keatas Jaya. Seterusnya di Peringkat Akhir, perlawanan sengit menyaksikan selepas tamat masa permainan keputusan masih seri. Berg dikenakan Kad Kuning dan paksa meninggalkan padang selama 3 minit.. kemudian pemain murni nurani turut dikenakan kad kuning kerana kesalahan dilakukan. Tambahan masa juga menyaksikan seri dimana kedua2 pasukan membuat try.. Jadi sepakan penalty dari jarak 22 m terpaksa dilakukan.. Toyol dan Samad berjaya menyempurnakan 2 penalti daripada 5 bg memastikan Kejuaraan Ragbi Tahun ini milik campus Kejuruteraan.

Bagi Aksi Takraw pula. Team Lembaran telah berjaya menjadi Johan yang mana diwakili oleh permain-permain terhebat Kampus Kejuruteraan. Manakala Jaya yg sedikit kurang latihan berjaya sampai ke peringkat separuh akhir. Pada perlawanan akhir lembaran yg juga johan kumpulan menewaskan Bakti Permai 2-0. Sungguh hebat dengan kasut warrior masing-masing..

Pada permainan Bola Jaring.. Pasukan Jaya telah telah berjaya menghapuskan monopoli pasukan IK dalam acara Ini. Pada peringkat kumpulan pasukan bola Jaring Telah menjadi johan kumpulan dan bertemu dengan pasukan Lembaran pada peringkat separuh akhir.. Pasukan Jaya berjaya menewaskan pasukan lembaran. Pada perlawanan akhir pasukan jaya bertungkus lumus menentang pasukan Murni Nurami. Namun kehebat GS dan GD pasukan murni telah menghampakan pasukan Jaya 32-12. Tahniah kepada kemajuan Pasukan Jaya.

Perlawanan terakhir pada petang td adalah perlawanan Bola Baling Lelaki. Pasukan Jaya telah menjadi Johan untuk kali ketiga berturut-turut. Pada tahun ini NIzam yg telah menyumbang pingat emas dalam acara Squasy telah menyertai pasukan bola Baling ini. Pada peringkat kumpulan Pasukan Jaya telah membelasah pasukan lain dengan 14-0, 10-0 dan takut nak lawan. Pada peringkat suku akhir lawan dengan Tekun dan menang besar juga 8-1. Pada peringkat Separuh akhir pasukan Jaya Telah menentang pasukan Lembaran dan menang dengan 6-2. Pada peringkat akhir pasukan Jaya membelasah Murni Nurani 9-0. Bak kata team lembaran depa lagi hebat. Apapun engineering hebat.

Pasukan yg terakhir adalah pasukan sorak. Jaya dan Lembaran telah berpadu tenaga memberi sokongan kepada pasukan dari kampus engineering sehingga menyebabkan tekanan mental kepada pasukan lawan. Tahiah Pasukan Sorak. Minggu depan kita gempur kampus Induk plak!!!. Kalu Lembaran Jaya Gabung.. Perh.. Confirm Champion!!!!

Keputusan Terkini:
Jaya : Squasy Lelaki Emas, Bola Baling Lelaki Emas, Bola Jaring Wanita Perak.
Lembaran: Temping Bowling L perak, Ragbi emas, Takraw Emas.
"Engineering Team The Best"

Thursday, January 8, 2009

Jadual Sukad Hujung Minggu Ini bg Team Jaya

Ragbi
10hb Jan 2009 (Sabtu)
9.15 pg - Phantom B Lwn Murni Nurani (Padang B)
10.00 pg -Phantom A Lwn Indah Kembara (Padang B)
11.30 pg - Phantom A Lwn Tekun (Padang B)
12.15 tghhari - Phantom B Lwn Aman Damai (Padang B)


Bola Baling Lelaki
10hb Jan 2009 (Sabtu)
10.45 pg - Jaya Lwn Aman (Padang A)
4.00 ptg - Jaya Lwn (tak igt) (Padang A)

11hb Jan 2009 (Ahad)
9.15 pg - Jaya Lwn Cahaya Gemilang (Padang A)


Takraw
10hb Jan 2009 (sabtu)
8.30 pg - Jaya Lwn IK (Gelangang Takraw)
3.45 ptg - Jaya Lwn Aman (Gelangang Takraw)


Bola Sepak
10hb Jan 2009 (sabtu)
8.30 pg - Jaya Lwn Murni Nurani (Padang Meiden Induk)
5.00 ptg - Jaya Lwn Tekun (Padang Meiden Induk)

Datang lah bg sokongan kepada pasukan kita.

"Jaya The Defending Champion"

Wilayah Palestine sedang Dijajah oleh Yahudi Laknatullah

Aku terkejut dengan kenyataan beberapa orang islam atau pemimpin islam yg menyatakan Serangan Negara Haram Isreal berpunca daripada tindakan ganas Kumpulan Pejuang seperti melancarkan serangan roket keatas Isreal.. bodoh sapa yg beranggap seperti diatas.

Peta disebelah adalah Negara Palestine daripada 1917 sehingga 2006.. Dibawah PBB penubuhan negara haram Isreal telah direalisasikan dengan alasan peristiwa Holocust.. Persoalan utama disini.. benarkan peristiwa holocust itu terjadi atau alasan utk mewujudkan negara Isreal Laknat ini. Blog2 sahabat lain telah menyertuh perkara ini dan peristiwa kearahan ini.

Hari ini aku nk terangkan mengapa pejuang Palestine melancarkan serangan terhadap Isreal walaupun dengan Roket buatan sendiri dan batu. Merujuk peta di sebelah. Tanah Palestine dijajah atau diduduki oleh Isreal secara haram dari tahun demi tahun. Pada 2006 sahaja wilayah yg di takbir oleh Palestine telah diduduki secara haram oleh Isreal telah menjangkau 46% ... Telah menghampiri setengah kawasan..

Isreal mewujudkan penempatan haram di kawasan Palestine dan melakukan operasi ketenteraan dengan alasan menjaga rakyatnya. Apa yang peliknya, yahudi laknat ini duduk tanah Palestine secara haram dan gunakan ketenteraan utk menjaga penduduk atau pendatang haram yahudi ini. Kemudian mereka membina Tembok dalam kawasan Palastine, maka makin kecil lah wilayah Palestine. Tentera Isreal pula membunuh rakyat Palestine suka hati dengan alasan menjaga rakyatnya. Ini sebab mengapa pejuang palestine melancarkan serangan terhadap yahudi. Kerana Yahudi secara sistematik menjajah Tanah Suci ketiga kita.

Bagi yang masih tak paham lagi mengapa perjuangan ini dilakukan. Bayangkan Tanah Ayah dan Ibu kita diceroboh. Kemuadian pendatang haram mai duduk. Kemudian buat pagar tanda kata, ini adalah kawasan mereka. Then bgtau negara asal mereka suruh hantar tentera utk jaga mereka untuk diduduk kat Tanah Ayah Mak kita. Then bunuh anak-anak kita.. adik beradik kita.. mak ayah kita... adakah kita nk berdamai ja.. biarlah mereka duduk situ.. Pastinya tidak kan.. Kita akan lawan dengan apa yang ada. walau nya melayan.. Inilah yang dilakukan oleh pejuang Palestine.. tambahan pula tanah Palestine itu tanah suci islam yg ketiga... Maka wajib lah kita membantu mereka yg teraniya.. aku bersama rakan2. akan cuba usulkan kutipan bantuan kepada penduduk palestine dan di hantar kepada Tabung NSTP utk Palestine.. Insyaallah...

" Ya Allah selamatkanlah bumi Palestine, dan saudara-saudara kami disana. Sebagaimana Engkau Selamatkan Mekah daripada tentera bergajah. Hantarkanlah bantuan kepada pejuang-perjuang disana sebagaimana Engkau hantarkan burung-burung Ababir memusnahkan Tentera Bergajah itu , Ya Allah.Amin"

Tuesday, January 6, 2009

PALAPES Navy Family Day @ Batu Feringgi

Hari aku nk berkongsi tempat beraktiviti seterusnya. Ahad lepas, balik dari Taiping, the next morning aku bergerak ke Batu Feringgi Penang. Aktiviti Kali Famiy day PALAPES navy.. Mcam-macam aktiviti yang dijalankan masa family day.. tahniah Intake 21...

Kumpulan aku telah mencatat 2 kemenangan daripada 10 permainan.. Tahniah kumpulan 10.. kita mmg terre.. kepada Kumpulan lain sila cuba tahun depan.. hahahahha... Aktiviti dimulakan dengan senam erobik then permainan mcam2.. then berenti rehat dan solat zohor dimasjid berhampiran. Then diikuti lunch. then sambung berjuang lagi.. kesimpulannya team aku mmg terre...hahahahhaha... last kali acara tarik tali.. tak kira aku menang gak...

Tempat ni sesuai bg mereka yg ingin mengadakan aktiviti pantai seperti bola pantai.. bola tampar pantai dan lain-lain lg.. kemudahan sukan air pun ada kat sini., mcam banana boat.. then naik payung terjun yg boat tarik tu.. sronok tgk.. tp takdak duit nak naik.. kesian aku...

Selain tu ada gak kuda utk di tunggang n moto tayar 4.. aku tak igt nama moto ni.. harga utk semua benda ni aku taktau.. kalu malas nk bermain.. tempat ni sesuai jugak utk berkelah... boleh bbq kat sini... best.. sebelah siang confirm ok.. malam aku taktau boleh ka dak bbq kat sini... kepada pengemar aktiviti pantai, sini tempat yg aku boleh cadangkan jugak.. selamat berkelah...

"kumpulan 10 terre"

Sunday, January 4, 2009

Saturday @ Taiping, Perak.

Hari ni aku nk berkongsi tempat percutian yang hampir dengan kampus USM Kejuruteraan. Sabtu lepas aku berkunjung ke Taiping bersama rakan-rakan. Rupanya byk benda menarik di Taiping ni...

Taiping Terkenal dengan bandar tua yg mempunyai bngunan design lama.. Menarik tgk bangunan zaman sebelum merdeka kat Taiping ni.. Perjalanan dari Kampus naik kereta dengan mengisi minyak RM29, tak cukup duit dah RM 1 lg nk isi RM30.. Masa yg diambil dari sini dengan kelajuan 80Km/j dalam 45 min...

Aku bertolak dari Kampus dalam Kul 11 pg... Then menikmati break fast walaupun dah dekat tegah arie di tepi Sungai.. Tempat mula2 kami p di Taiping adalah Bukit Larut.. Suasana Cantik kat atas bukit... Dingin and menyergarkan.. kami naik dalam kul 1 ptg dengan mengunakan Land Rover Pelancong Bukit Larut.. Kena bayar RM6 utk 2 hala perjalanan... turun dan naik.. dr kami bukit ke 10.3km diatas bukit amik masa 30min.. tp jalan perh... mcam kena guling ooo.. bengkang bengkok tahap carlie menganas... rasa nak muntah gak masa naik.. sampai di Puncak sangat cantk n menarik.. ade banglow utk disewa range dalam RM100~150.. Then puas bergambar atas tu.. kami turun dalam kul 3 ptg... aku cadangkan sapa nk p, naik lah kul 11 and turun kul 3ptg.. Jgn risau.. ada surau and cafe kat atas.... kalu nk daki lebih kurang 5 jam..

Then turun kamii menikmati lunch di Pusat Penjaja Taiping atau dengan femes nya tempat ni di sebut belakang Balai Bomba.. memg btul2 belakang pun... siang ada nasi campus dan malam ada nmasakan panas and Yong Tau Fuu bbyk2... malam pun kami makn sini..

Lepas lunch kami mengayut angsa di Taman Tasik mnegelilingi tasik ni yg besar.. 2 org die kire rm8 utk 30min.. tp aku kayuh mcam lebih ja dari pada 30min, takdk org pangil pun... Cuaca yg redup n menenangkan di Taman Tasik.. mmg sesuai pada yg tension study n penat kena lanyak dengan PALAPES..

Then kami bergerak solat asar, di masjid lama atau zool pangil masjid keling . just depan hospital taiping.. seni bina yg cantik.. Then kami ronda pekan taiping.. cantik pekan dia.. bangunan lama-lama.. objektif time ni.. cari bank duit dah abes.. hehehe

Then lepas magrib kami bergerak ke Nigth Safari kat Zoo Taipin.. dibuka sampai 12 tgh malam.. bayaran masuk RM16 sorg.. kate nyer makanan binatang mahal.. tp zool mengunakan hikmat diplomatiknya utk dapat rm11 seorg.. jimat2.. best tgk binatang yg aktif di malam hari.. tgk binatang tidoq.. rasa nak tembak ja... mcam2 binatang ada kat zoo nie.. zoo taiping merupakan zoo yg tertua kan malaysia.. mula2 kami naik kereta api die.. then kami jalan plak.... best and menenangkan.. :) .. tgk gajah wat tarian mcam cin chan... kuda belang.. buaya.. burung-burung.. ular.. mmg byk lah.. unta pun ada.. best2...

Then lepas menikmati nigth safari.. kami g dinner.. kat belakang balai bomba lg.. then balik ke kampus.. hari yg menyeronokkan.. Next trip ke taiping.. aku bercadang nak bermalam di Bukit Larut... tp wang takdak lg... hehehe

"Banyak tempat menarik untuk dilawti di Malaysia"

Peta Pelawat