Monday, September 28, 2009

Orang lain ingin berkerja demi keluarga

Sejak aku bekerja masalah yg sering diutarakan adalah MC yg kerap oleh operator dan pekerja yang akan menggangu produktiviti syarikat. Bila aku balik raya kat umah, ade kerabat aku pun kena penyakit MC ni. Bila ditanye kenapa amik MC?? dia jawab sbb b4 tu weekend 2 hari then amik 2 hari MC terus sbb tak larat nak rehat. Pada masa ni aku tak rasa apa-apa dalam jiwa aku. Tp hari ni ada 2 peristiwa yg buat aku kecewa bila ada org yg dapat kerja dan mengsia-siakan peluang itu.
Peristiwa yang pertama hari adalah apabila ada seorang pekerja kontrak berbangsa india masuk pejabat dan cari bos utk mengambil tanda tangan hadir kerja. Pekerja kontrak ni bukan hari2 dapat datang kerja tp bila dipangil baru datang dan dibayar gaji hari. Pekerja ni masuk then minta bos tolong signkan.. Bos aku seorg yg baik, die jawab boleh2.. then terus sign tanpa banyak bicara.. Kemudian pekerja ni tanya, "Bos esok ada kerja tak".. aku tersentak dengan pertanyaan itu.. daripada nada pertanya. Aku rasakan dia mengharapkan ada kerja utk dia esok. Daripada pandangan mata kasar aku, umur die dalam lingkungan 40an, mencari rezeki utk anak2.. namun bos aku tak sampai hati nak kata tak dak.. so dia kata esok tak tahu lagi macam mana.. dia tunduk bagaikan kecewa dengan jwapan itu.. teringat aku dengan org-org yg suka MC walaupun bekerja.. Agaknya mcam mana dia menyara keluarga dengan gaji harian macam tu.. tak dapat aku nak bayangkan.
Ptg sikit ada satu lagi peristiwa, seorg pekerja yang kira senior la dalam kilang. Pekerja yang baik.. setahu aku, dia tak penah amik MC.. Hari ni dia loading asid ftty dalam tank.. tp tetiba host besi dalam tekanan tinggi tu pun membidas tulang rusuknya.. bunyi mcam melutup.. Dia tak bernafas seketika menahan hentakan kuat host td ke tulang rusuk kiri dia. Dia bergerak dalam menahan sakit ke pejabat, then bos aku suruh aku bawak dia p clinic penal utk check. Aku pun terus amik kunci kereta and bergerak ke kereta. Masa nak masuk kereta, nampak keperitan masa nak duduk. Aku bayangkan mesti sakit dalam badan ni, semcam je dia bernafas. Then dia bercakap, mcam mane ni takleh kerja.. tersentak aku, dalam sakit2 nak kerja lagi.. then dia kata dia risau tak leh kerja.. mcam mane nak sara family kat umah... sayu hati aku dengar seorg yang bergelar ayah cakap mcam tu.. sanggup hadapi risiko bekerja utk anak2 hidup selesa. Tp bila aku jejalan kat shoping complex, aku tgk anak2 hp cangih habis.. seluar dan baju berjenama habis... gaya dan lagak mcam duit depa yg cari.. sedangkan duit tu mai dari ayah dan mak yang berkerja menyabung nyawa.. kecewa dan sedih aku rasa.
Berbalik pada cerita pekerja tadi, lepas sampai di clinic then wat x-ray.. Sah tulang rusuk kiri dia patah.. mujurlah tak tersusuk dalam peparu.. dia cakap lagi.. nasib baik.. kalu dak sapa la nak bela keluarga dirumah.. sayu dan insaf aku dengar kata-kata ikhlas seorang ayah.... Alhamdullillah die selamat kena tahan kat hospital bukit mertajam.. menurut Dr 3 minggu takleh kerja.... kita doakan dia cepat sembuh..
Aku kongsikan kisah ini supaya kita dapat amik renungan dan iktibar bersama.

1 comment:

xcomelnakmampus said...

saye faham macam mana rasenye. saye pernah melihat ayah saye bekerja dan saye hampir2 menitiskan air mata (sampai bilik, menangis kuat2) melihat beliau mencari rezeki untuk keluarga.
kalau tengok mereka yang bersekolah tu tak belajar betul2, rase nak cepuk pun ade sekor2 (tambah2 lagi yg pakai baju sekolah kt shopping complex)
besar pengorbanan seorang lelaki bergelar ayah...

Peta Pelawat