Saturday, September 26, 2009

Sibuk tak dapat Nak Study

"Sibuk nnt tak sempat nak study" ayat yang slalu aku dengar bila aku tanya adik2 atau kawan2 aku kenapa tak involve dengan persatuan atau kelab di sekolah atau di Universiti. Balik raya baru ni kawan adik aku, baru form 2 study kat kolej sultan abdul hamid, sekolah aku gak.. aku tanya la dia join pancaragam ka dak.. dia kata " join sart then keluar". Aku tanya kenapa, dia jawab " sibuk nak study". Teringat aku alasan bila kawan2 aku di USM dulu tak dapat bagi komitmen dengan kelab atau pun PALAPES dengan alasan yang sama.

Aku rasa aku, macam tak btul ja alasan yang depa bagi.. aku rasa aku lg sibuk dengan PALAPES kelab2, ragbi dan MPD, kalu masa sekolah dulu dengan Pancaragam, pengawas, kelab, olahraga, ragbi dan macam-macam. Aku dapat simpulkan daripada pengalaman aku takdak la sibuk menganggu pelajaran. Aku rasa masa aku dipenuhi dengan aktiviti yang bermakna dan membentuk diri aku. Yang paling penting pengalaman yang aku dapat dalam setiap aktivi yang aku join. Berijazah dan dapat kerja yang baik juga.

Pada pemerhatian aku, sebenarnya bukan alasan sibuk takdapat study. Tetapi sibuk tak leh main game, sibuk tak leh hang out dengan kawan-kawan, sibuk nak penuh kan zaman remaja dengan benda yg di pangil "trend". Keinginan semua ini yang membawa kepada perasaan tertekan bila join aktiviti atau persatuan. Terikat dengan tugas2 persatuan, displin terlalu ketat.Sebenarnya satu kerugian, bila dah kerja mana ada perluang nak merasai semua ni. Aku dapat rasa kan keutungan aku join bila sembang dengan rakan sekerja yang dulu tak penah join apa2 masa study. macam kosong ja hidup dia b4 ni.

Jadi kesimpulan coretan aku hari ini. isilah pengalaman hidup anda jika berpeluang. Keinginan untuk mengisi kehendak remaja tu, kadangkala sementara dan membuang masa.

1 comment:

wan said...

saLam....bro...
mmg betul ape yang bro cakap tu...
kalau bro bace kosmo ahad smalam...apa yang diperkatakan oleh prof emeritus khoo kay kim (kalau x salah nama die)...die cakap sistem pelajaran sekarang ini sudah tidak seimbang.....lbh utamakan pelajaran dan meninggalkan apa yang dikatakan pelajaran jasmani dan rohani....semua sekolah sibuk nak naikkan ranking sekolah....kalau u pulak sibuk nak ade dalam ranking terbaik....tetapi student?semakin jauh ketinggalan dalam soal pembangunan modal insan yang seimbang....
tu je bro....
skang ni keje kat mana?

Peta Pelawat