Monday, July 13, 2009

Orang yang berjaya..

Td masa makan tgh hari dengan Meor di Nasi Campur Awet Muda, Sg Dua, masa aku tgk2 orang bayar kat kaunter aku teringat satu cerita masa aku matrik dulu..

Masa tu aku di matrik kedah, changlon, time tu dah masuk sem 2.. aku mcam biasa aku suka makan tengah hari lewat dalam pkul 4 ptg baru p lunch.. wat mcam mana time tgh hari ramai sgt org dan aku suka membuta time tu....

Then masa aku makan kat situ, mak cik tokey cafe mai duduk dekat aku.. dah settle kira duit and kemas kot... tunggu masa dinner satgi dia pun bercerita pasal benda yang belaku pg tadi..

Ada seorang mamat ni datang cari dia... dia cakap nak bayar utang... mak cik tu pun terkejut sejak bila mamat ni berhutang ngan aku.. tgk pakai kemas, keta dia pun leh tahan besar gak.... mak cik tu pun tanya brapa??? mamat tu jawab rm2000 lebih.. terkejut mak cik tu.. byk tu...

Then mamat tu pun cerita, masa dia study kat matrik (matrik penang kalu tak silap aku) dulu dia susah, family die susah, so dia mmg takde duit langsung nak bayar makan.. jadi setiap kali masa makan dia akan amik makanan dan catat setiap harga makanan yg dia ambil... dia tunjuk buku 555 dia yg dah buruk tu kat mak cik tu... dia niat dalam hati dia, bila dia ada duit nnt dia akan bayar balik semua ni... tp yg die pun pelik, tak de sape2 pun perasan...

Before ni mmg makcik cafe tu buka cafe kat matrik penang... dia pun terkejut... bile mamat ni datang, die tanye la dah keje ke?? mamat tu jawab alhamdullilah berkat makanan yg makcik hidang sy dah jadi engineer dan ada syarikat sendiri.. dah lama sy cari makcik.. Then mamat tu bayar hutang dia rm 2000 lebih tu dan bg extra rm1000 utk student yang mmg takde duit....

Peristiwa tu mmg menyedarkan aku bahawa aku cukup dalam keadaan selasa utk berjaya.. org yang dalam susah pun berjaya.. takan aku tak leh berjaya... sekian cerita yang aku kongsi utk har ini..


1 comment:

Anonymous said...

kesimpulannya di sini, meor agak kejam. gahahaha (x da kena mengena)

Peta Pelawat