Wednesday, October 29, 2008

Berkayak 29hb Oktober 2009

Alhamdullilah.. hari ramai yang turun kayak... staf and student.. meriah-meriah.. tp hujan dipenhujung hari... ada hikmah tu.. yang lambat n tak sempat naik insyaallah minggu depan kita buat lagi... aku kongsikan beberapa gambar-gambar masa kayak td..






Jadi boleh buat undian utk pilih hari berkayak di sebelah.. :)

Monday, October 27, 2008

Selamat Menduduki Peperiksaan

Aku mengucapkan selamat menduduki peperikksaan kepada semua kawan-kawan, adik-adik.. terutama budak EE.. Sekadar kongsi pesanan bg menghadapi peperiksaan ini:

1. Jaga Solat
2. Jaga Study
3. Jaga Amalan Harian (Makan, Pergaulan, Pakaian Dll.)

Istiqamah dalam persediaan menghadapi peperiksaan.

" SELAMAT MAJU JAYA"

Sunday, October 26, 2008

Harga Minyak, Krisis Ekonomi & Peranan Yang Boleh Kita Mainkan.

1. Hari aku baru balik daripada JUSCO baru kat bandar Perda.. Ramai nyer orang, maklumlah hunjung minggu and dapat gaji.. Tp dalam banyak-banyak yang p situ brapa ramai yang window shopping??? Adakah suasana ini melambangkan kita sudah cukup bersedia menghadapi krisis ekonomi???

2. Pada masa aku menulis artikel ini, indeks komposit pada paras 859.03 mata merudum setiap hari. Aku pun tak paham apa makna ni.. sahabat terangkan kepada aku, indeks komposit ini menunjukan pelaburan asing dan dalam sesebuah negara. Jika menurun maknanya tiada pelaburan luar dan dalam yang belaku. Syarikat2 yang baru melabuh di Malaysia tiada pada ketika ini, termasuk syarikat dalam negara. Ini menunjukkan peluang pekerjaan baru tiada.

2. Harga minyak dunia pada masa artikel ini ditulis adalah $64.15 setong dan pada Jun dahulu harga minyak berapa pada paras $140 lebih setong. Pada ketika minyak mahal, harga minyak negara pun dinaikan.. lantas kita tgk tambang bus naik, dulu betterworth alor star RM7.00 ja.. sekarang RM9.80. Tempat-tempat lain jugak naik 30%. Barang-barang sedia maklum la.. mee goreng dulu RM3 dah jadi RM4.. Skrang harga minyak di malaysia diturunkan, tp harga-harga barang yang dah naik tak turun pun.

3. Aku takmau bincang sapa perlu bertanggungjwab. Tp kita nak tgk kesan dan apa perlu kita buat. Syarikat-syarikat terpaksa mengurangkan kos,termasuk mengurangkan jumlah pekerja. Yang dah kerja kena berenti. Macam yang disebutkan diatas, daripada indeks komposit menunjukan peluang pekejaan baru tiada. Penganguran meningkat. Kuasa beli pengguna terhad sbb semua kena berjimat. Aliran kecairan tunai berkurang dan inflasi meningkat pada kadar yang membinbangkan..

4. Apa yang belaku ini memberi kesan terus kepada kita yang berumur 17 hingga 60 tahun.. kerana golongan umur ini yang berkerja. Anak sepupu aku yang kecik-kecik kisah apa, janji time makan ada makanan, tok aku yang dah kat umur 100 lebih pun tak kisah pasal ekonomi, boleh call anak-anak dia kalu ada masalah kewangan. Jadi kita dalam lengkongan umur ini, nnt dah grad kena hadapi semua ini. Seperti kajian kawan aku, krisis ekonomi malaysia 1998, indeks komposit dari ada 600 mata nak cecah 1000 mata ambil masa 5tahun.

5. Semua yang disebut diatas adalah kesan yang mana kita kena hadapi secara langsung nnt. Jadi sebagai mahasiswa apa peranan kita??? Pada pendapat aku, kita perlu memainkan peranan aktif dalam membantu pihak berkuasa dan kerajaan menghadapi krisis ini.

6. Kita Buat Bengkel Menghadapi Krisis Ekonomi di peringat Mahasiswa. Kita boleh kumpul segala kekuatan mahasiswa di Malaysia ini yang ada, menjelang cuti mid term nnt selama sebulan kita boleh adakan bengkel atau apa-apa prgram. Kita jemput kawan-kawan kita daripada IPT lain dalam bidang ekonomi dan bidang berkaitan untuk kita bincang pada peringkat kita untuk memberi cadangan kepada pihak kerajaan. Ini kerana cadangan kita lebih bersifat neutral dan academik tanpa pengaruh politik.

7. Aku bg 2 contoh dalam confrence ni atau bengkel ni, kata kita mengkaji dan mendapati bahawa sistem harga minyak harian perlu mengikut pasaran dunia, tp kekurangan daripada sistem komputer. Kawan-kawan dalam bidang software engineering boleh develop satu sistem yang boleh digunapakai di malaysia. Satu lagi contoh, kawan aku mengatakan kita perlu tingkat capital dalam negara., mcam mana nak buat... kwan-kwn kita yang pakar ekonomi akan sama brain strom dalam bengkel atau program ni.. tak kisah la cadang tu mcam gabungan bank ke.. then apa-apa je lah..

8. Kita lihat mcam mana mahasiswa di Indonesia membina sendiri jambatan di negera mereka. Mereka memainkan peranan aktif membangunkan fizikal negara mereka. Di jepun, kereta-kereta keluaran jepun di design oleh mahasiswa di Universiti mereka, kemudian membuat kajian.Mereka Juga memainkan peranan aktif dalam bidang mereka.

9. Kita yang bakal menghadapi masalah ini nnt. Dapat memainkan peranan kita secara aktif dalam membantu kerajaan menghadapi krisis ini. Bukan sahaja dalam bidang ekonomi,tp dalam bidang lain yang memerlukan setiap komponen masyarakat memainkan peranan, kita perlu melibatkn diri. Kawan-kawan di Universiti lain, kalu berminat dengan idea ini, ambil saja tanpa perlu mintak izin. Kawan-kawan di USM, kalu berada pada kedudukan yang mampu utk membuat perkara ini, aku sedia menerang dengan lebih detail perkara ini ;)

"Mahasiswa Komponen Penting Negara"

Saturday, October 25, 2008

sepintas lalu...


Sedar atau tidak kekadang kita selalu merungut.. kenapalah aku diuji smp mcm ne.. kekadang sampai kita rasa mcm tak sanggup dan diuji.. kita lupa yang semua manusia ni tak semuanya bertuah.. kadang-kadang tuah untuk kita tu sekejap je.. baru nak rasa manisnya dah diragut.. pahitnya yang kekal..
Org tua-tua selalu berpesan " Allah tak uji kita kalau kita tak mampu".. namun kita tetap rasa tak mampu nak hadapi tiap ujian yang diberiNya.. selalu kita kata " kenapa aku?? Why ME??"
Sekadar berpesan.. galilah hikmah yang terkandung disebalik tiap peristiwa yang terjadi.. kadang-kadang kita meminta bunga dan rerama.. tapi Allah kurniakan kita kaktus dan ulat.. namun kalau kita selalu sabar dan redha.. Allah akan gantikan kaktus dan rebut ia bersama ulat.. dari ulat keluarkan rerama cantik.. usaha, doa dan tawakal.. kembalilah ke jalanNYA.. Insyallah.. dari kaktus dan ulat akan hasil bunga dan rerama...
LaYaNzZZz...

Daripada:
Ratu Lanun
Black SHEPP

Thursday, October 23, 2008

Teruskan atau Mansuhkan AUKU??

1. Aku tertarik dengan isi yang diceritakan kepada aku oleh seorang sahabat yang pergi ke forum yang membincangkan auku di USM Induk semalam. Ape yang dibincangkan adalah mansuh atau teruskan AUKU... aku pun tanya, takdak bincang mengenai pinda ka?? die pun senyum.. die kata ada penal yang juga seorg peguam stresskan pasal pinda, tp maklum la majlis yang telah dirancang oleh pihak tertentu kata nya.. aku pun tersenyum.. :) Aku rasa aku ingin melahirkan pendapat aku mengenai isu ini.

2. Kita perlu fahami kenapa AUKU diwujudkan. AUKU diwujudkan oleh Tun Dr Mahathir ketika beliau menjadi Menteri Pendidikan dahulu. Dalam menjadikan Malaysia sebuah negara yang kuat, rakyatnya perlu berilmu. Pada masa ini, bilangan orang melayu yang memiliki ijazah sgt sedikit. Orang melayu di Universiti tempatan juga cenderung kepada politik, jadi tujuan penubuhan AUKU ini adalah supaya fokus pelajar di Universiti adalah untuk mendapatkan ijazah dengan cemerlang. Baru kedudukan negara lebih kuat.

3. Aku merujuk kepada tulisan tunku abdul rahman dalam buku 'Sebelum dan Selepas 13 Mei' yang menyatakan kecenderungan pelajar terutama melayu di Universiti tempatan terhadap politik dan ini akan menyebabkan hasrat negara untuk melahirkan mereka yang berilmu akan terbantut. Jadi Inilah tujuan asal AUKU ditubuhkan.

4. Kawan aku balik daripada Oversea kata, di Universiti luar tiada AUKU pun. Aku pun tanya di eropah tu dah brapa lama Universiti merka wujud??. Ratusan tahun dah. Maknanya mereka ada tradisi dan kematangan yang beza dari kita daripada kecendurangan politik. Cuba tgk sekitar kita, kawan2 kita.. adakah kita dah cukup matang dan cukup bertanggungjawab nak bicara soal politik ni???

5. Selain itu, ada mengatakan bahawa AUKU ni digunakan sebagai senjata politik oleh pihak tertentu. Aku tak berminat nak bincangan benar atau tidak dakwaan ini. Sebab yang kempen mintak mansuhkan terus pun adalah permainan politik pihak tertentu.

6. Universiti kita semakin hari semakin lama tempoh penubuhannya dan objektif melahirkan graduan terutama melayu yang berilmu juga sekarang tercapai. Kematangan pelajar pun semakin matang dan setiap isu. Jadi persoalan yang ditimbulkan adalah samada perlu diteruskan AUKU ini atau Mansuhkan.

7. Pada pendapat aku, tahap kematangan kita belum lagi mencapai tahap dimana AUKU perlu dimansuhkan. Lihat saja sekeliling kita. Apa yang aku cadangan ialah kita Pinda AUKU ini bersesuai dengan tahap kematangan UMUM pelajar kita. Aku ulangi tahap kematangan UMUM. Semakan terhadap AUKU ini perlulah dibuat sebagai contoh setiap 10tahun dengan kajian yang tidak dipengaruhi oleh faktor2 kepentingan politik.

8. Macam nak wat kajian tanpa faktor politik?? mesti berat kepada kepentingan politik punya lah.. kata kawan aku.. Jadi aku cadangan untuk menubuhkan badan untuk mengkaji ini, kita pangil kedua-dua belah pihak kerajaan dan pembangkang utk sama-sama memilih ahli dalam badan ini untuk membuat kajian. Dalam perbincangan ini, kedua-dua pihak ini mesti ada rasa bertanggungjawab demi melahirkan warga negara yang berkualiti bukan atas dasar politik semata-mata.

9 Kesimpulannya aku cadang pindaan perlu dilakukan kepada AUKU bukan mansuhkan atau teruskan seperti sekarang.

"Kematangan selaras dengan Tanggungjawab"


Wednesday, October 22, 2008

Berkayak


Aku dapat 1st, Syam 2nd & DIn Last


Walaupun renyai2... hujung tp seronok gak berkayak... Insyallah Minggu depan, Hari rabu kita berkayak lagi.. Percuma.. hhehhehe.. utk riadah dekat tasik.... Mai la minggu depan... Progam bawah Unit sukan, Ratu Lanun Handle (Kak Sal), Aku tlg run je...

"Open Talk" MPP

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Perhatian kepada semua pelajar USM Kampus Kejuruteraan, Majlis Perwakilan Pelajar akan mengadakan satu ’open talk’ antara MPP bersama semua pelajar berkaitan dengan Pelan Transformasi USM-APEX. Diharap semua pelajar yang berminat dapat sama-sama berkongsi idea dan pendapat bernas untuk disampaikan kepada pihak pentadbiran universiti. Maklumat ‘open talk’ adalah seperti berikut:-

Tarikh : 22 Oktober 2008
Tempat : DK 7
Masa : 2.00ptg- 4.00 ptg

Datang lah beramai utk kita sama-sama membantu saudara-saudara kita di MPP dalam ruang yang ada ini. Group 'API' mai tau.. Eldest pun mai ek.. kita tlg apa yang daya..

Peta Pelawat