Thursday, November 12, 2009

Kenapa bayar lebih?

Hari aku nak kongsi cerita pasal harga minyak. Td masa makan char keteow dengan member aku, die citer pasal keta yang takleh guna ron 95. Kerajaan malaysia ni bijak, dengan kempen guna RON 95 kononnya prestasi lebih meningkat sedangkan satu dunia tau minyak RON 95 rendah kualiti daripda RON 97. Signifikasinya, prestasi kereta yg guna RON 95 juga rendah berbanding yang guna RON97.
Nampaknya dengan kempen RON 95 lebih baik utk kereta tempatan. Kerajaan berjaya mengaburi rakyat yang perlu bayar harga lebih untuk sesuatu yang lebih rendah kualitinya. Sepatutnya dengan RM1.80 leh dapat minyak RON97, tp skrang dapat RON95. Pelikkan, takda sapa pun bising. Salah, sebenarnya ramai gak yang bising, Kerajaan BN perlu lebih berhati-hati kerana senjata ini akan digunakan dalam pilihraya akan datang.
Konsep satu malaysia: Apa jadi, rakyak kena dulu.

Monday, September 28, 2009

Orang lain ingin berkerja demi keluarga

Sejak aku bekerja masalah yg sering diutarakan adalah MC yg kerap oleh operator dan pekerja yang akan menggangu produktiviti syarikat. Bila aku balik raya kat umah, ade kerabat aku pun kena penyakit MC ni. Bila ditanye kenapa amik MC?? dia jawab sbb b4 tu weekend 2 hari then amik 2 hari MC terus sbb tak larat nak rehat. Pada masa ni aku tak rasa apa-apa dalam jiwa aku. Tp hari ni ada 2 peristiwa yg buat aku kecewa bila ada org yg dapat kerja dan mengsia-siakan peluang itu.
Peristiwa yang pertama hari adalah apabila ada seorang pekerja kontrak berbangsa india masuk pejabat dan cari bos utk mengambil tanda tangan hadir kerja. Pekerja kontrak ni bukan hari2 dapat datang kerja tp bila dipangil baru datang dan dibayar gaji hari. Pekerja ni masuk then minta bos tolong signkan.. Bos aku seorg yg baik, die jawab boleh2.. then terus sign tanpa banyak bicara.. Kemudian pekerja ni tanya, "Bos esok ada kerja tak".. aku tersentak dengan pertanyaan itu.. daripada nada pertanya. Aku rasakan dia mengharapkan ada kerja utk dia esok. Daripada pandangan mata kasar aku, umur die dalam lingkungan 40an, mencari rezeki utk anak2.. namun bos aku tak sampai hati nak kata tak dak.. so dia kata esok tak tahu lagi macam mana.. dia tunduk bagaikan kecewa dengan jwapan itu.. teringat aku dengan org-org yg suka MC walaupun bekerja.. Agaknya mcam mana dia menyara keluarga dengan gaji harian macam tu.. tak dapat aku nak bayangkan.
Ptg sikit ada satu lagi peristiwa, seorg pekerja yang kira senior la dalam kilang. Pekerja yang baik.. setahu aku, dia tak penah amik MC.. Hari ni dia loading asid ftty dalam tank.. tp tetiba host besi dalam tekanan tinggi tu pun membidas tulang rusuknya.. bunyi mcam melutup.. Dia tak bernafas seketika menahan hentakan kuat host td ke tulang rusuk kiri dia. Dia bergerak dalam menahan sakit ke pejabat, then bos aku suruh aku bawak dia p clinic penal utk check. Aku pun terus amik kunci kereta and bergerak ke kereta. Masa nak masuk kereta, nampak keperitan masa nak duduk. Aku bayangkan mesti sakit dalam badan ni, semcam je dia bernafas. Then dia bercakap, mcam mane ni takleh kerja.. tersentak aku, dalam sakit2 nak kerja lagi.. then dia kata dia risau tak leh kerja.. mcam mane nak sara family kat umah... sayu hati aku dengar seorg yang bergelar ayah cakap mcam tu.. sanggup hadapi risiko bekerja utk anak2 hidup selesa. Tp bila aku jejalan kat shoping complex, aku tgk anak2 hp cangih habis.. seluar dan baju berjenama habis... gaya dan lagak mcam duit depa yg cari.. sedangkan duit tu mai dari ayah dan mak yang berkerja menyabung nyawa.. kecewa dan sedih aku rasa.
Berbalik pada cerita pekerja tadi, lepas sampai di clinic then wat x-ray.. Sah tulang rusuk kiri dia patah.. mujurlah tak tersusuk dalam peparu.. dia cakap lagi.. nasib baik.. kalu dak sapa la nak bela keluarga dirumah.. sayu dan insaf aku dengar kata-kata ikhlas seorang ayah.... Alhamdullillah die selamat kena tahan kat hospital bukit mertajam.. menurut Dr 3 minggu takleh kerja.... kita doakan dia cepat sembuh..
Aku kongsikan kisah ini supaya kita dapat amik renungan dan iktibar bersama.

Saturday, September 26, 2009

Sibuk tak dapat Nak Study

"Sibuk nnt tak sempat nak study" ayat yang slalu aku dengar bila aku tanya adik2 atau kawan2 aku kenapa tak involve dengan persatuan atau kelab di sekolah atau di Universiti. Balik raya baru ni kawan adik aku, baru form 2 study kat kolej sultan abdul hamid, sekolah aku gak.. aku tanya la dia join pancaragam ka dak.. dia kata " join sart then keluar". Aku tanya kenapa, dia jawab " sibuk nak study". Teringat aku alasan bila kawan2 aku di USM dulu tak dapat bagi komitmen dengan kelab atau pun PALAPES dengan alasan yang sama.

Aku rasa aku, macam tak btul ja alasan yang depa bagi.. aku rasa aku lg sibuk dengan PALAPES kelab2, ragbi dan MPD, kalu masa sekolah dulu dengan Pancaragam, pengawas, kelab, olahraga, ragbi dan macam-macam. Aku dapat simpulkan daripada pengalaman aku takdak la sibuk menganggu pelajaran. Aku rasa masa aku dipenuhi dengan aktiviti yang bermakna dan membentuk diri aku. Yang paling penting pengalaman yang aku dapat dalam setiap aktivi yang aku join. Berijazah dan dapat kerja yang baik juga.

Pada pemerhatian aku, sebenarnya bukan alasan sibuk takdapat study. Tetapi sibuk tak leh main game, sibuk tak leh hang out dengan kawan-kawan, sibuk nak penuh kan zaman remaja dengan benda yg di pangil "trend". Keinginan semua ini yang membawa kepada perasaan tertekan bila join aktiviti atau persatuan. Terikat dengan tugas2 persatuan, displin terlalu ketat.Sebenarnya satu kerugian, bila dah kerja mana ada perluang nak merasai semua ni. Aku dapat rasa kan keutungan aku join bila sembang dengan rakan sekerja yang dulu tak penah join apa2 masa study. macam kosong ja hidup dia b4 ni.

Jadi kesimpulan coretan aku hari ini. isilah pengalaman hidup anda jika berpeluang. Keinginan untuk mengisi kehendak remaja tu, kadangkala sementara dan membuang masa.

Tuesday, August 4, 2009

Majlis Persanding Kapten Shazwan, Ajutan PALAPES USM


Selamat Pengantin baru diucapan kepada Kapt Shazwan yang baru melangsungkan perkahwinan dengan pasangan nyer. Semoga berbahagia ke anak-anak, cucu-cucu, cicit-cicit, piut-puit... Aku share sedikit gmbar2 masa Sword Barrel Kapt Shazwa yang diadakan di 2 Div, Penang




Friday, July 31, 2009

Babak yang ringkas tp penuh makna

Aku br sudah tgk Kylie xy.. aku tertarik dengan satu babak.. babak ni bukan cerita pasal Kylie dan bukan citer pasal Jessi.. tapi babak ni cerita pasal member diorg yg aku tak igt nama dia...

Mamat ni sorg yang malas belajar dan tiada matlamat dalam hidup dia... mamat nikagum dengan kylie yg bijak dalam segala benda.. dan cadangkan kylie jadi Dr... Kylie pun tanya kenapa, mamat ni jawab supaya dia boleh selamat kan member girl diorg yg ade sakit yg kritikal la... then kylie kata, awk yg patut jd... mamat ni jawab, tapi aku bodoh, sains pun cukup2 makan ja lulus tak mcam ang...

Dalam Episod ni Jessi nak perhatian so dia tunjuk la dia boleh terjun bangun, tp dihalang oleh Kylie... mamat ni tanya, mcam mana Kylie buat, dia jawab awk patut mula dengan asas iaitu badan manusia terdiri daripada 50% air.... mamat ni pun balik study...

Then pada minggu career, mamat ni terserempak dengan pengetua kolej dia, pengetua kolej dia kata "minggu career ni bukan utk org yg takde masa depan".. dengan nada yg tegas dan serius mamat ni jawab "mmg sebelum sy malas dan takde mase depan, tp sy dah sedar, ada matlamat dan sy akan berubah".. pengetua kagum dengan kata-kata tu.. then masa mamat ni cakap macam tu girl yg sakit tu ade tepi dia....

Lepas pengetua tu blah... girl tu tanye.. apa matlamat awk, mamat tu jawab.. "awk boleh pangil sy Dr ..... (nama mamat tu) lepas ni..." girl tu tanye kenapa nak jadi Dr?? mamat tu jawab " sy nak jadi org yg selamatkan awk"... girl tu kata lagi " byk lagi tahun yg awk perlu habiskan utk jadi Dr".... mamat tu pun jawab dengan tegas kat girl tu " Jadi awk perlu bertahan sampai ke tempoh tu.."....

Demikian lah cita-cita seorang kawan kepada kawan.....



Tuesday, July 28, 2009

iPod untuk dijual RM1000




Dilengkapi dengan Protected Film depan dan belakang bersama cover... berminat hubungi aku segera... rm1000 shj..


Peta Pelawat