Thursday, April 30, 2009

Apa nak Jadi ni???

1. Perhimpunan Agong dicemari dengan Rasuah.

2. Kabinet yang dilantik terdiri dengan orang yang terlibat dengan rasuah.

3. Kes agama, lantik orang-orang yang tidak layak dan dipengerusikan oleh org yang memang tidak layak.

4.

5.

6.

7. Dan seterusnya... "satu malaysia" tgh tunggu apa lagi huru hara yang nak dibuat...

Kerajaan Melantik Musti Baru bagi "Satu Malaysia"

Tan Sri Dr Koh Tsu Koon telah dilantik mempengerusikan Jawatankuasa Khas bagi membahaskan Isu Agama anak pasangan yang bertukar agama berikutan Kes K Pathmanaban atau nama Islamnya Mohd Ridzuan Abdullah.

Persoalan yang timbul adakah orang-orang yang dilantik dalam Jawatankuasa ini layak membahaskan perkara ini? Mari kita teliti:

Koh Tsu Koon
Ijazah dalam bidang fizik daripada Universiti Princeton University tahun 1970
Ijazah Phd bidang ekonomi dan Sosiologi oleh Universiti Chicago

S Subramaniam
Ijazah perubatan dan Pembedahan daripada di Universiti Singapura pada 1978.
Diploma dalam bidang Perubatan Dermatology di Universiti Wales.

Shahrizat
Universiti Malaya dalam bidang undang-undang pada tahun 1973 dan dianugerahkan Ijazah LLB (Hons) pada tahun 1976.

Jamil Khir Baharom
Ijazah dalam bidang Syariah dari Universiti Malaya pada 1986
Sarjana Pengajian Islam (Pengurusan Ekonomi Islam) dari The Graduate School of Islamic and Social Science di Virginia, United States, 2000.

Kes undang-undang syariah. Seorang saja yang berkelayakan dari segi akademik iaitu Jamil Khir manakala Sharizat dalam bidang undang-undang civil. Lagi 2 doktor dan pakar fizik. Pengerusi pakar fizik. Kes adalah undang-undang syariah. Layak ke tak layak Jawatankuasa ni?? Jawapannya "satu Malaysia dah tau".

Kerajaan mana yang lantik??? Jawapannya "Satu Malaysia dah tau".

Persoalan yang timbul: kenapa tidak dilantik pakar2 akademik yang benar-benar berkelayakan. Ini yang kita tak tau kenapa. Adakah utk menjaga perpaduan sehingga melantik orang yang tidak layak menguruskan hal yang amat besar dan penting ini.

Atau perkara yang besar dan penting ini dianggap tak penting?? Ini yang kita tak tau.. negara sekular la bak kata Negarawan. Yang pasti seorang sahaja ahli yang arif dalam undang-undang syariah yg sorg lain sekular dan lg 2 bukan ahli undang2 pun...

Sapa yang sokong kerajaan ni?? "Satu Malaysia" dah tau apa kerajaan ni buat utk agama bangsa dan negara... nak subahat lg.. aku leh kompromi jika ekonomi dijadikan alasan utk menyokong kerajaan ini.. aku leh kompromi jika isu tanah utk menyokong kerajaan ini tp aku tak bodoh nak sokong kerajaan yang melantik orang yang tidak layak menguruskan Hal berkaitan agama yg menjadi asas kehidupan. Jadi jgn jadi bodoh subahat dengan benda2 macam ni..

TV- TV boleh sembunyi perkara ini daripada pengetahuan umum.. tp igt "yahudi dan musuh-musuh merancang, Allah juga merancang.. tetapi igtlah, perancang Allah perancang terbaik."

Baru beberapa bulan berkuasa, Ini lah satu malaysia yang ingin dibentuk. Jika org bukan islam membaca Al-Quran dihebohkan sebagai sesuatu yang salah. Nak raih sokong undi, ini yang dikata guna kepala lutut. Dia melantik orang bukan islam mengurus hal berkaitan agama... Ini lah "satu malaysia" namanya...

Bersedialah pemuda pemudi negara.. Tiupan "Satu Malaysia" akan bertiup menghancurkan jiwa sebagai mana yg belaku dalam perang salib dikala jatuhnya Bahdad di tangan British.. tp sejarah itu dilakukan oleh kafir... ada kisah Kamal Artartuk akan belaku di Malaysia??





Tuesday, April 28, 2009

Seronoknyer berada dirumah

Minggu yang menyeronokkan minggu ni bila berada dirumah.. byk menda yg aku slalu wat masa aku kecik2 aku dapat wat balik bile aku balik umah setelah tamat ijazah pertama aku..

Aku dapat kikis cat kat basikal aku yang skarang jadi basikal adik aku yang kecik, then spray cat balik.. best gila ah wat keje... masa kecik2 dulu aku slalu wat menda2 macam nie... sambil ayah aku tgk.... then nak tunjuk la kat ayah aku hasil keje seni aku terhadap basikal... bile tgk adik aku wat n ayah aku komen, baru aku paham.. ayah aku nak aku semua ade experince buat2 keje guna tangan sendiri.. jgn asyik kira nk upah orang je... bgus ooo pengalaman nie..

Malam semalam plak mak aku wat pizza, mcam aku kecik2 dulu, mak aku slalu wat kan pizza kat kami adik beradik.. maklumlah masa tu duduk langkawi mane ade pizza hut.. dalam kesibukan mak aku keja kat kilang simen tu, sempat gak die belajar wat pizza utk anak2 die yg mmg suka makan... terharu bila tgk mak aku usaha wat nak bg anak2 die makan.. daripada tak reti nk masak piza skrang dah master macam2 masakan... best2.... tq mama...

Yg paling best bile mak aku pangil tlg masak.. nak wat camne ... takde anak pompuan... sebab mak aku slalu ajak lah, aku dah pandai masak... ngorat bakal isteri pun dengan masakan resipi mak ( moi sup n keteow singapore) ... terbukti resipi mak aku berjaya membantu aku memikat si die.. hehehheheh... bgus nie aku tahu ape yg perlu bile g beli barang2 dapur nnt.... tq mama

Pagi2 plak follow bapak aku g JPJ and PUSPAKOM setelkan hal keta... macam kecik2 dlu gak.. suke menyebuk bila ayah aku g pejabat kerajaan ni.. suka la aku main kat tali utk beratur tu... best2... kali ni plak baru aku sedar macam mane bapak aku arrange idup aku dari pada aku kecik masuk sekolah rendah, menengah, matrik then U.. dah nak abes....

Mcam mane dia ajar aku wat duit simpanan, mcam ne die tunjuk cara organise duit... paling aku terharu skali bile dengar secara tak sengaja die cakap kat dealer keta.. my son already finish study, so i want to give him a car and good foundation to start his life... after 3 year hope he can survice comcortablely... perh.. terharu giler....

mmg dari kecik benda2 faundamental macam duit tabung haji ayah aku sediakan... amounce duit poket die bagi ckup2 untuk makan tp mmg tak ckup utk enjoy.. sbb ayah aku particular pasal duit, jadi aku tak berani nak mintak duit lebih melainkan utk yuran n buku.. jadi aku terpaksa organise duit btul2... tak makan, makan sehari sekali.. pinjam duit... tp sgt berbaloi sbb byk pengajaran yg aku dapat... apa yang peting.. ialah ayah aku ajar.. buat yang menda penting dahulu before menda takpenting.. contohnya antara belajar n berseronok... aku boleh je beseronok takyah belaja masa sekolah.. nk je aku g jejalan kat queen bay.. tgk wayang tiap2 minggu.. makan secret recipe.. tp aku tau semua menda ni aku leh wat bile aku dah keje... duit yg ayah aku bg skrang bukan utk berseronok.. tp utk aku belajar.. bukan sahaja aku belajar benda akademik... tp juga pengurusan duit and hidup.. ape yang ayah aku ajar... what i am now...

Aku masih teringat masa sekolah, ayah aku selalu pesan... masa belajar.. belajar.. masa main.. main betul2... (main malaysia nnt abah belikan kasut adidas yang mahal)... tp jgn main-main... sume org ada 24jam.. tp angah dah guna masa besembang dalam kelas tu utk main band n ragbi.. no more masa utk bersembang n main dalam kelas.. masa tu kena guna utk completekan home work... aku amalkan kata-kata ayah.. akhirnya aku dapat macam2 pengalaman yg org lain mungkin terlepas.. aku boleh berbangga dengan penglibatan aku daripada sekolah, matrik and kat U... tq abah....


Berada di rumah setelah abes belajar membuka mata aku mcam mana parents aku organise, arrange, didik kami adik beradik utk hadapi hidup yg mencabar ni.. byk menda lagi yg aku tak dapat nak ukirkan dalam entry kali ni... apa yg telah abah n mama aku lakukan akan aku amik contoh utk membesarkan anak2 aku nnt..... :))






Sunday, April 26, 2009

Farewell Dinner EE batch 2005-2009










" Rindu nyer saat nie"... sedih sedih.. isk... isk... isk..

Thursday, April 23, 2009

Student of Electric, Electronic, Mechatronnic 2005-2009

Laporan Perlawanan Terakhir dari Desert Field

Perlawanan hari ini merupakan perlawanan terakhir di Desert Field, kejayaan yang membanggakan kepada pasukan DF 1 yang dibarisi oleh Kilau, kimul, hakim, yusri, rusdan dan rezmy (abg kedai).. manakala pasukan DF2 dibarisi oleh Pejal sebagai captain, Mijie belacan sebagai stricker gagal, Pak Aji sebagai Stricker dan defence yg gagal juga, Faris , Ihsan, Piji... Pasukan DF1 telah menewaskan DF2 dengan jaringan yang cukup membanggakan..

Kekentalan Kimul dan Hakim di barisan pertahanan menyebab kan Pak Aji dan Mijie belacan pulang menagis sampai hingus terkeluar.. Kehebat Kimul dan Hakim juga menyabab pasukan DF2 merasa sia-sia membeli mijie belacan dan Pak Aji, ini di burukkan lagi dengan setiap peluang di SiA-sia kan.,,

Di barisan tengah pula, DF1 di kawalan oleh rezmy,rusdan dan yusri yang bertindak sebagai midfield stricker.. menyebab kelincahan Ihsan terus ilang dibanyang kehebatan mereka.. Hari ini merupakan Hari malang bg faris kerana acap kali terjatuh dan merembat diri sendiri.. Ini merupakan punca-punca kalahan DF2... selain itu, mis kick sering dilakukan faris.. dengan kata lain sia-sia jugak faris di beli oleh DF 2..

Pada babak kedua, Pak Aji telah bertukar posisi ke penjaga gol.. namun seperti dijangka, pemain yang sia-sia ni terus menghampakan.. kilau yng bergerak selaku sayap kanan manakala yusri kadangkala bergerak sebagai sayap kiri .. terus memilukan hati Pak Aji.... dijangka Pak Aji dan Mijie belancang akan menangis tanpa henti malam ni...

Sekian laporan daripada Desert Field.


Wednesday, April 22, 2009

Satu lagi Episod yang akan berakhir

Lagi 13 jam aku akan menghadapi paper terakhirku di USM ni... benda sedikit menganggu ketenteraman jiwa aku masa 1st year bila tgk senior2 dah abes belajar.. Bilalah masa aku akan tiba.. lg 16 jam utk aku tidak berada dibawah sistem pembelajaran secara formal. Lepas ni tak tahu lagi kalu jalan terbaik masa tu sambung, insyaallah aku sambung.

Aku ingin merakam terima kasih kepada mereka2 yg mewarnai hidup aku kat sini:

Kepada senior-senior yang membantu ketika pendaftaran

Memberi peluang aku mengetuai bacaan ikrar pada MSS 2005/2006

Memberi aku perluang menari dalam variasiswa

Kepada pegawai-pegawai senior dalam PALAPES yg membentuk diri aku. dan Intake 19 Navy USM... maaf atas segala caci maki ketika latihan.. kepada junior komited lah dengan latihan...

Kepada senior-senior ragbi yang menjaga aku masa first.. kelas malam tetap dalam igtan...

Kepada kawan-kawan yang bersama run Phantom 10's 2005 dan 2006, Masai, Sitai, Ongeng, Korea, Ala, Fiza, Sara, sarah, Aimi, Aroy, dan ajk2 yang lain. Maaf kan aku.. sbb aku suka marah2... tq kerana bantu aku perbaiki tq...

Maaf kepada adik2 intake 2006/2007 masa aku jadi PPMS time aku marah2 ampa... tindakan yang jahatkan.. biasa la abg Jahat.. hehehheeh.. Sory...

Kawan sepelatih dalam team SUKMA Penang.. great memories playing together..

Kawan-dalam EKSPEN.. afiq, zool, dan lain-lain.. maaf kepada AJK dan adik2 atas kesalahan2 aku...

Team Jokers dan Team Jaya Ragbi.... Tq dan maaf atas segala kekasaran dan maki hamun dalam padang dan luar padang.

Kepada penghuni Jaya aku pohon ampun dan maaf sepanjang menjalankan tugas sebagai ExCO sukan dan pengarah TOT jaya... Tq kepada MT dan MPDJ dan pengawa... maaf atas segala kesilpan dan kekurangan terhadap tugas yg diamanahkan... kepada staf desa.. tq..

Kepada pelajar2 EE.. aku mintak ampun dan maaf atas kegagalan aku mentadbir SEE sebagai Vice president & President.. Tq kepada senior yang memberi ruang dan peluang kepada aku...

Kepada Ahli kelab ragbi yang memberi sokong dalam menjayakan kejohanan ragbi USM.. terima kasih dan sorry atas angin aku yg tak menentu... AKu harap ampa teruskan Kejohanan ini...

Kepada AJK Futsal Toyol, Mas, Fizi, Mat Pit, Arip Fiona, Mok, And Zool.. tq ampa mmg komited dengan tugas.. dan sory lagi.. kepada reff TQ.. kepada perserta tq kerana join..

Kepada AJK F E C Keep it up the good work as well as EKSPEN or CF..

Kepada Kawan-kwan EE... Tahniah sebb dah nak abis.. mintak ampun atas segala kesilapan...

Kepada Pensyarah2 terima kasih atas ilmu yg di curahkan...

Kepada pegwai-pegawai dan staf di semua jabatan USM... tq.. n sory andai diri ini melangar peraturan... hhehhehehe

Kepada adik2 dan kawan-kawan yang masih meneruskan pelajar.. belajar sungguh2.. main sungguh2.. tp jgn main2....

TQ Semua... :)

Peta Pelawat