Monday, January 26, 2009

Tahniah kepada AJK kejohahan Ragbi USM Joker 10's 2009

Aku ingin merakamkan tahniah kepada jawatan kuasa kejohanan r edisi ke 4 kerana telah berjaya menganjurkan kejohanan pada kali ini dengan meriah dan teratur. Tahniah kepada pengarah Saudara Wan Muhammad Arif atau dikenali sebagai toyol kerana berjaya memimpin AJK sehingga berjaya. Kejohanan padaagbi USM joker 10's 2009 kali ini telah disertai oleh 18 kelab dan 12 pasukan sekolah. Penaja Utama kejohanan adalah Carisbrook of New Zealand

Kejohanan kali ini di menangi oleh JLJ (tentera darat) A dengan membelasah Taiping tiger 40-0. JLJ ini merupakan johan antara rejemen askar melayu. Saingan yang berkualiti dan pengawalan bola yang menarik oleh kedua-dua pasukan amat mengagumkan. Namum ketangkasan JLJ gagal di tandingi oleh taiping tiger.

Bagi ketegori sekolah MCKK mengalahkan anderison pada pelawanan akhir. Pada peringkat separuh akhir MCKK berdepan King Edward ke -7 dengan saingan yang sangat mendebarkan dan klasik.

Majlis penutup disempurnakan oleh En Muhammad Hanif Ketua Unit Sukan USM dan Ketua Penolong pendaftar USM Kampus Kejuruteraan En. Mahizan Mahmud.
























"Syabas Jokers"

Thursday, January 22, 2009

Pembentukan Pasukan Varsity

Tertarik dengan pelbagai komen dalam entry sebelum ni, melihatkan fokus kita tak jelas selepas sukad. Sebagai mantan MPD dan pemain USM dalam sukan Ragbi dan membantu menguruskan pasukan lain di peringkat desa, aku melihat fokus kita seharusnya membina pasukan USM yang mantap dalam setiap permainan. Apa yang belaku terutama dalam hoki wanita adalah perasaan cemburu dan iri hati. Aku tak paham puncanya. Krisis yang belaku pada sukad kita bawa kepada pengawa untuk diperbaiki setiap kelemahan yang wujud dalam mesyuarat pengawa-pengawa. Sebagai captain dan pemain varsity yang senior kita tak harus fokus kepada masalah ini. Yang perlu kita fokus adalah mengenal pasti bakal-bakal baru yang berkualiti daripada sukad lepas untuk diserapkan dalam team USM.

Dalam pembinaan team yang bagus tiada senior dan junior. Yang penting kemahiran dan komitment yang ada pada setiap pemain sama ada 1st year atau pun master. Sebagai pengurus atau captain kita perlu sedar cabaran utama kita adalah menyatukan 4 kampus tetapi kampus di Bertam mungkin tiada pemain. Jadi fokus lebih kepada di Kesihatan, Kejuruteraan dan Induk. Kita mempunyai kemudahan contoh ragbi di Kejuruteraan dengan pelbagai alat latihan, hoki di Induk, Bola baling di mana-mana pun boleh, renang di Induk. Disini kita tgk fasiliti ada cuma halangan utama adalah jarak setiap kampus. Kita jgn merungut jauh, pikir macam mana nak selesaikan pekara ini.

Kita perlu atur jadual latihan seoptimum mungkin supaya setiap pemain yg dikenal pasti dapat bersama dalam latihan, kita akui mmg ada halangan seperti kelas, masa exam belainan di setiap kampus. Ini semua masalah, kita perlu merempuh dan mengatasi halangan ini. Mengatur masa latihan, sumber kewangan, perlawanan persahabatan dan lain-lain. Sesuatu sukan tak semestinya hanya belatih di Stadium, meningkatkan daya tahan otot, boleh di lakukan di mana-mana, pasukan itu boleh ke kelantan sebagai mana yang dibuat oleh team olahraga lepas dan datang ke kampus kejuruteraan utk membina pasukan varsity. Pada pendapat aku, Unit Sukan dan desa perlu duduk semeja utk saling bantu membantu membina pasukan varsity ini. Ini pada peringkat persediaan pasukan.


Bila menghadapi kejohanan, selalunya kita akan berdepan dengan pemain yang terlibat dengan latihan industri dan exam. Perkara ini juga masalah, kita jgn merungut tentang masalah, kita perlu selesaikan masalah, sebagai contoh exam.. perkara ni kita bawa kepada pentadbiran universiti untuk menyelaras masa exam supaya pemain-pemain yang bagus dapat mewakili Universiti. Begitu juga halnya dengan Latihan Industri daripada beribu budak USM mesti ada idea utk solution ini, disini perlu MPP main peranan, sukan merupakan penglibatan pelajar yang paling ramai.

Benda asas, seperti pengangkutan, coach dan sumber kewangan mesti jelas supaya kita dapat membina pasukan USM yang mantap. Kalu kata bus USM penuh, org yang bertanggungjawab mencari pengankutan tidak boleh bg alasan kata bus dah tempah abes, Ya mmg bus ditempah abes, kita bukan banyak bus, benda lain yg banyak, so cari la pengangkutan yg available.. Org akan kata aku pandai cakap, btul.. but aku dah provekan, team ragbi p main diterengganu dengan duit sendiri then baru dalam claim, itu pun bus kena bayar sendiri, bukti check akaun kelab ragbi, tetiba je kena bayar bus di Terengganu, but aku berjaya bawak team induk dan engin ke terengganu.. jika aku sebagai student boleh buat, sebagai staf atau pengawai should done batter then me.. sebenarnya boleh buat, cuma nk atau tidak.. Selama 4thn aku kat sini, kita mmg mempunyai pemain yang bagus, tp hanya beraksi diperingkat sukad. Ini satu merugikan. Semua pihak, unit sukad, captain pengurus pasukan, desasiswa dan MPP perlu memainkan peranan utk kita bina kembali kegemilangan USM dalam sukan.

"martabatkan sukan USM"

Tuesday, January 20, 2009

Ruang lepak-lepak di pejabat Jaya




Ingin berehat dan membaca akhbar & majalah tempat berhawa dingin dan selesa???

TIADA BAYARAN DIKENAKAN!! Semuanya percuma

Bahan bacaan yang disediakan:

Akhbar :
Utusan & New Straits Time

Majalah :
Reader’s Digest & Dewan Masyarakat

Datanglah ke Pejabat Jaya, ruang ini dibuka kepada semua Pelajar.

Monday, January 19, 2009

Sukad di Kampus Induk 2009

Semalam selesai sudah SUKAD sidang 2008/2009 yang diadakan di Kampus Induk, Pulau Pinang yang mana Johan Lelaki dan Wanita di rangkul oleh Murni Nurani. Manakala naib Johan Lelaki Jaya dan Ketiga Lembaran. Monopoli sukan masih di bawah kampus cawangan walaupun fasiliti sukan kurang berbanding kampus Induk.

Pada kali ini pasukan Jaya menjadi Johan acara bola Tampar untuk kali ketiga berturut. Kalah pada set pertama dengan 25 - 23 kepada Lembaran. Pasukan Jaya Bangkit menang 3 set berturut utk memastikan kemenang mutlak acara bola Tampar milik Jaya. Lembaran menjadi Naib Johan dengan memberi saingan yang sangat berkualiti. Bak kata penyokong "ni bukan level sukad dah ni, mcam sukan SEA dan ni". Tahniah kepada pasukan dari Kampus Engineering. Bola Tampar wanita menyaksikan pasukan Jaya terkandas di peringkat separuh akhir menentang pasukan Saujana. Perlawanan sehingga ke Rubber set amat memdebarkan.

Dalam acara bola keranjang pasukan Jaya Tewas kepada pasukan Lembaran pada peringkat separuh akhir. Pasukan Jaya pada awalnya mendahului dengan baik namun tertewas juga akhirnya. Pada peringkat akhir pasukan lembaran tewas kepada pasukan PETAS yg diwakili oleh pemain USM. Bagi bola keranjang wanita, pasukan Jaya berjaya melayakan diri ke peringkat akhir. Satu pencapaian yang membanggakan, namun diperingkat akhir pasukan Jaya bertemu pasukan PETAS yang juga pemainnya mewakili USM, pasukan Jaya dibelasah teruk oleh PETAS, namun perkembang positif bg pasukan Jaya kerana kebanyakan pemain masih muda.

Dalam acara softball pasukan Jaya tewas kepada Bakti di peringkat Separuh akhir. Namun menurut pengawa Jaya, kita mempunyai bakat-bakat yang baik utk dimajukan. Bagi acara kriket pula, Jaya ungul dengan kilauan Emas. Kedua-dua sukan ini akan dibanggunkan di peringkat kampus sebagai yg dibuat dengan pasukan hoki yang menjalani latihan di bawah jurulatih bertauliah di Induk setiap minggu dengan desa membiayai kos pengangkutan. Acara tenis Jaya mendapat tempat ke-2 seperti biasa.

Bagi acara Hoki, hasil daripada program pembangunan Pasukan Hoki Jaya dan Lembaran Lelaki serta Hoki wanita Jaya menunjukkan peningkatan yang mengagumkan. bermula daripada tahun lepas, pasukan ini mempunyai jadual latihan setiap minggu bersama jurulatih En. Ahmad Falawi di Induk. Hasilnya pasukan Jaya bertemu pasukan Lembaran pada perlawanan akhir, namun pengalaman dan skil yang ada pada pasukan lembaran telah membawa mereka sebagai JOhan dengan membenam pasukan Jaya dengan 5-0. Diperingkat lain, pasukan-pasukan desasiswa lain tidak berjaya mencapai tahap kedua-dua pasukan ini.

Bagi Hoki wanita, pada awalnya pasukan Jaya telah berjaya masuk ke peringkat Final. Namun bantahan dibuat oleh pasukan Murni Nurani yang bertemu Jaya di peringkat Separuh akhir. Mereka membantah gol meraka yg dibatalkan oleh pengadil dan Gol Jaya yang didakwa dilakukan di luar kotak D. Juri yang terdiri daripada pengawa berkecuali bersidang, dan memutuskan bahawa kedua-dua pasukan perlu mengambil stroke penalti sekali lagi. Pada kali ini pasukan Jaya tewas. Keputusan yang diambil Juri adalah kerana pengadil gagal memberi maklumat yang konsisten dalam siasatan bantahan. Dengan kata lain, pengadil perlawanan itu yang sengal dan durjana. hahahahhaha..

Di pihak juri mereka perlu membuat keputusan bg bantahan namun terdapat kekurangan teknikal kepada juri untuk membantu membuat keputusan. Tiada guide line kepada juri utk membuat keputusan. Sebagai contoh, keterangan daripada yangterlibat telah diambil namum tiada bukti kukuh atau video rakanman perlawanan. Juri tiada rujuk utk membuat keputusan berdasarkan apa yang ada seperti mengekalkan keputusan perlawan kerana tiadak cukup bukti. Jadi Juri terpaksa membuat keputusan berdasarkan budi bicara dan dipengaruhi oleh Pasukan Murni yang membayar untuk bantahan.

Bagi acara-acara lain, diunguli oleh PROTES. hahahahhahaha....

[bersamabung.. aku g kelas jap]

"Majulah Sukan dengan PROTES"

Peta Pelawat