Sunday, February 16, 2014

Melawat Blog Usang :-)

lama dh aku tak buat entry kat sini..

Thursday, March 11, 2010

Tahniah dan sedikit Iktibar.

Sekalung Tahniah kepada pasukan KDSP yang telah berjaya menewaskan pasukan PALAPES USM hari ini dalam bola sepak yang best. Tahniah juga kepada John dan rakan2 yang organise game td.
Secara umumnya ada anggota PALAPES yang sangat berbakat dan berkebolehan ketika beraksi di atas padang. Aku secara peribadi harap lebih banyak game dan permainan di organise mcam hari ni termasuk anggota ladies.
Daripada permainan dan sukan kita dapat melihat sikap dan peribadi seseorang dengan jelas. Ada orang yang baran dan suka marah2 dalam padang, mcam aku. Ada yang releks dan tenang ketika bermain, ada yang gelabah bewak.. tp bukan sikap2 ini yang aku nak ulas. Yang aku nak ulas adalah sikap putus asa.
Mudah saja, apabila pasukan lawan melepasi kita, kita terus tepuk kepala menyesal. Pas tak sampai terus terduduk menyesal konon nya, silap pas terus lompat dan duduk menyesal.. sedang pada perbuatan menyesal itu dilakukan, permainan masih berjalan. Ini menunjukan kita muda putus asa dalam mengusahakan sesuatu bila kita tersilap dan gagal pada awal.
Memang kita tersilap, tp kita masih ada peluang untuk membetulkan keadaan sehingga refree tiup wisel, bola gol, bola keluar. Once tersilap, kita cuba kejar balik, nak menyesal lepas pengadil tiup wisel atau pemainan berhenti. Disini kita melatih sikap dan diri kita agar berusaha sehingga habis sesuatu kerja.
Apa pun, aku ucapkan tahniah. Sedikit perkara yang aku kongsikan hari ini. Wassalam.

Wednesday, March 10, 2010

Ape yg isteri tak tahu tp suami amat menghargai..

Sudah la aku nak menulis di blog keramat aku nie...
hari ni aku nak kongsi benda menarik dalam hubungan berumah tangga, maklumlah nak kawin.. Bln February lepas aku g berkursus kat KL...
Aku duduk sebilik dengan bos aku, manager aku la... sebaya dengan bapak aku... aku check in hotel awal skit sbb aku g fligth awal nk round2 KL dulu...
Then agak2 lepas dinner bos aku pun sampai dengan manager2 lain.. aku je bukan manager... then bos aku pun masuk bilik aku... die letak la beg dia atas katil then bukak bag..
tersenyum dia bila dia buka beg... semua benda ada... daripada corton but (kapas korek telinga) plaster.. gula2... semua barang yg diperlukan ada dalam bag tu sehingga barang2 yg bg aku tak perlu bawak pun ada... yg paling menarik bila bos aku kata " ariff you tgk ini, semua benda ada dalam beg aku... syg btul bini aku kat aku... tgk plaster pun ade... bahagia ooo macam nie...."
seronok aku tgk.. bertapa bahagia nya sebuah rumah tangga walaupun dah berusia... kepada isteri2 atau bakal2 isteri.. mungkin semua anda buat itu amat dihargai oleh suami namun tak penah anda tahu... tp tetap ada di hatinya.....
Sekian cerita utk kali ini...

Thursday, November 12, 2009

Kenapa bayar lebih?

Hari aku nak kongsi cerita pasal harga minyak. Td masa makan char keteow dengan member aku, die citer pasal keta yang takleh guna ron 95. Kerajaan malaysia ni bijak, dengan kempen guna RON 95 kononnya prestasi lebih meningkat sedangkan satu dunia tau minyak RON 95 rendah kualiti daripda RON 97. Signifikasinya, prestasi kereta yg guna RON 95 juga rendah berbanding yang guna RON97.
Nampaknya dengan kempen RON 95 lebih baik utk kereta tempatan. Kerajaan berjaya mengaburi rakyat yang perlu bayar harga lebih untuk sesuatu yang lebih rendah kualitinya. Sepatutnya dengan RM1.80 leh dapat minyak RON97, tp skrang dapat RON95. Pelikkan, takda sapa pun bising. Salah, sebenarnya ramai gak yang bising, Kerajaan BN perlu lebih berhati-hati kerana senjata ini akan digunakan dalam pilihraya akan datang.
Konsep satu malaysia: Apa jadi, rakyak kena dulu.

Monday, September 28, 2009

Orang lain ingin berkerja demi keluarga

Sejak aku bekerja masalah yg sering diutarakan adalah MC yg kerap oleh operator dan pekerja yang akan menggangu produktiviti syarikat. Bila aku balik raya kat umah, ade kerabat aku pun kena penyakit MC ni. Bila ditanye kenapa amik MC?? dia jawab sbb b4 tu weekend 2 hari then amik 2 hari MC terus sbb tak larat nak rehat. Pada masa ni aku tak rasa apa-apa dalam jiwa aku. Tp hari ni ada 2 peristiwa yg buat aku kecewa bila ada org yg dapat kerja dan mengsia-siakan peluang itu.
Peristiwa yang pertama hari adalah apabila ada seorang pekerja kontrak berbangsa india masuk pejabat dan cari bos utk mengambil tanda tangan hadir kerja. Pekerja kontrak ni bukan hari2 dapat datang kerja tp bila dipangil baru datang dan dibayar gaji hari. Pekerja ni masuk then minta bos tolong signkan.. Bos aku seorg yg baik, die jawab boleh2.. then terus sign tanpa banyak bicara.. Kemudian pekerja ni tanya, "Bos esok ada kerja tak".. aku tersentak dengan pertanyaan itu.. daripada nada pertanya. Aku rasakan dia mengharapkan ada kerja utk dia esok. Daripada pandangan mata kasar aku, umur die dalam lingkungan 40an, mencari rezeki utk anak2.. namun bos aku tak sampai hati nak kata tak dak.. so dia kata esok tak tahu lagi macam mana.. dia tunduk bagaikan kecewa dengan jwapan itu.. teringat aku dengan org-org yg suka MC walaupun bekerja.. Agaknya mcam mana dia menyara keluarga dengan gaji harian macam tu.. tak dapat aku nak bayangkan.
Ptg sikit ada satu lagi peristiwa, seorg pekerja yang kira senior la dalam kilang. Pekerja yang baik.. setahu aku, dia tak penah amik MC.. Hari ni dia loading asid ftty dalam tank.. tp tetiba host besi dalam tekanan tinggi tu pun membidas tulang rusuknya.. bunyi mcam melutup.. Dia tak bernafas seketika menahan hentakan kuat host td ke tulang rusuk kiri dia. Dia bergerak dalam menahan sakit ke pejabat, then bos aku suruh aku bawak dia p clinic penal utk check. Aku pun terus amik kunci kereta and bergerak ke kereta. Masa nak masuk kereta, nampak keperitan masa nak duduk. Aku bayangkan mesti sakit dalam badan ni, semcam je dia bernafas. Then dia bercakap, mcam mane ni takleh kerja.. tersentak aku, dalam sakit2 nak kerja lagi.. then dia kata dia risau tak leh kerja.. mcam mane nak sara family kat umah... sayu hati aku dengar seorg yang bergelar ayah cakap mcam tu.. sanggup hadapi risiko bekerja utk anak2 hidup selesa. Tp bila aku jejalan kat shoping complex, aku tgk anak2 hp cangih habis.. seluar dan baju berjenama habis... gaya dan lagak mcam duit depa yg cari.. sedangkan duit tu mai dari ayah dan mak yang berkerja menyabung nyawa.. kecewa dan sedih aku rasa.
Berbalik pada cerita pekerja tadi, lepas sampai di clinic then wat x-ray.. Sah tulang rusuk kiri dia patah.. mujurlah tak tersusuk dalam peparu.. dia cakap lagi.. nasib baik.. kalu dak sapa la nak bela keluarga dirumah.. sayu dan insaf aku dengar kata-kata ikhlas seorang ayah.... Alhamdullillah die selamat kena tahan kat hospital bukit mertajam.. menurut Dr 3 minggu takleh kerja.... kita doakan dia cepat sembuh..
Aku kongsikan kisah ini supaya kita dapat amik renungan dan iktibar bersama.

Saturday, September 26, 2009

Sibuk tak dapat Nak Study

"Sibuk nnt tak sempat nak study" ayat yang slalu aku dengar bila aku tanya adik2 atau kawan2 aku kenapa tak involve dengan persatuan atau kelab di sekolah atau di Universiti. Balik raya baru ni kawan adik aku, baru form 2 study kat kolej sultan abdul hamid, sekolah aku gak.. aku tanya la dia join pancaragam ka dak.. dia kata " join sart then keluar". Aku tanya kenapa, dia jawab " sibuk nak study". Teringat aku alasan bila kawan2 aku di USM dulu tak dapat bagi komitmen dengan kelab atau pun PALAPES dengan alasan yang sama.

Aku rasa aku, macam tak btul ja alasan yang depa bagi.. aku rasa aku lg sibuk dengan PALAPES kelab2, ragbi dan MPD, kalu masa sekolah dulu dengan Pancaragam, pengawas, kelab, olahraga, ragbi dan macam-macam. Aku dapat simpulkan daripada pengalaman aku takdak la sibuk menganggu pelajaran. Aku rasa masa aku dipenuhi dengan aktiviti yang bermakna dan membentuk diri aku. Yang paling penting pengalaman yang aku dapat dalam setiap aktivi yang aku join. Berijazah dan dapat kerja yang baik juga.

Pada pemerhatian aku, sebenarnya bukan alasan sibuk takdapat study. Tetapi sibuk tak leh main game, sibuk tak leh hang out dengan kawan-kawan, sibuk nak penuh kan zaman remaja dengan benda yg di pangil "trend". Keinginan semua ini yang membawa kepada perasaan tertekan bila join aktiviti atau persatuan. Terikat dengan tugas2 persatuan, displin terlalu ketat.Sebenarnya satu kerugian, bila dah kerja mana ada perluang nak merasai semua ni. Aku dapat rasa kan keutungan aku join bila sembang dengan rakan sekerja yang dulu tak penah join apa2 masa study. macam kosong ja hidup dia b4 ni.

Jadi kesimpulan coretan aku hari ini. isilah pengalaman hidup anda jika berpeluang. Keinginan untuk mengisi kehendak remaja tu, kadangkala sementara dan membuang masa.

Tuesday, August 4, 2009

Majlis Persanding Kapten Shazwan, Ajutan PALAPES USM


Selamat Pengantin baru diucapan kepada Kapt Shazwan yang baru melangsungkan perkahwinan dengan pasangan nyer. Semoga berbahagia ke anak-anak, cucu-cucu, cicit-cicit, piut-puit... Aku share sedikit gmbar2 masa Sword Barrel Kapt Shazwa yang diadakan di 2 Div, Penang




Friday, July 31, 2009

Babak yang ringkas tp penuh makna

Aku br sudah tgk Kylie xy.. aku tertarik dengan satu babak.. babak ni bukan cerita pasal Kylie dan bukan citer pasal Jessi.. tapi babak ni cerita pasal member diorg yg aku tak igt nama dia...

Mamat ni sorg yang malas belajar dan tiada matlamat dalam hidup dia... mamat nikagum dengan kylie yg bijak dalam segala benda.. dan cadangkan kylie jadi Dr... Kylie pun tanya kenapa, mamat ni jawab supaya dia boleh selamat kan member girl diorg yg ade sakit yg kritikal la... then kylie kata, awk yg patut jd... mamat ni jawab, tapi aku bodoh, sains pun cukup2 makan ja lulus tak mcam ang...

Dalam Episod ni Jessi nak perhatian so dia tunjuk la dia boleh terjun bangun, tp dihalang oleh Kylie... mamat ni tanya, mcam mana Kylie buat, dia jawab awk patut mula dengan asas iaitu badan manusia terdiri daripada 50% air.... mamat ni pun balik study...

Then pada minggu career, mamat ni terserempak dengan pengetua kolej dia, pengetua kolej dia kata "minggu career ni bukan utk org yg takde masa depan".. dengan nada yg tegas dan serius mamat ni jawab "mmg sebelum sy malas dan takde mase depan, tp sy dah sedar, ada matlamat dan sy akan berubah".. pengetua kagum dengan kata-kata tu.. then masa mamat ni cakap macam tu girl yg sakit tu ade tepi dia....

Lepas pengetua tu blah... girl tu tanye.. apa matlamat awk, mamat tu jawab.. "awk boleh pangil sy Dr ..... (nama mamat tu) lepas ni..." girl tu tanye kenapa nak jadi Dr?? mamat tu jawab " sy nak jadi org yg selamatkan awk"... girl tu kata lagi " byk lagi tahun yg awk perlu habiskan utk jadi Dr".... mamat tu pun jawab dengan tegas kat girl tu " Jadi awk perlu bertahan sampai ke tempoh tu.."....

Demikian lah cita-cita seorang kawan kepada kawan.....



Tuesday, July 28, 2009

iPod untuk dijual RM1000




Dilengkapi dengan Protected Film depan dan belakang bersama cover... berminat hubungi aku segera... rm1000 shj..


Thursday, July 16, 2009

Teka teki dari Radio Semalam

masa aku dengar radio dengan aidil smlm balik daripada pejabat ada teka teki.. berbunyi:

"Huruf apa yang cantik dan hemsem?"

jawab-jawab...

Monday, July 13, 2009

Orang yang berjaya..

Td masa makan tgh hari dengan Meor di Nasi Campur Awet Muda, Sg Dua, masa aku tgk2 orang bayar kat kaunter aku teringat satu cerita masa aku matrik dulu..

Masa tu aku di matrik kedah, changlon, time tu dah masuk sem 2.. aku mcam biasa aku suka makan tengah hari lewat dalam pkul 4 ptg baru p lunch.. wat mcam mana time tgh hari ramai sgt org dan aku suka membuta time tu....

Then masa aku makan kat situ, mak cik tokey cafe mai duduk dekat aku.. dah settle kira duit and kemas kot... tunggu masa dinner satgi dia pun bercerita pasal benda yang belaku pg tadi..

Ada seorang mamat ni datang cari dia... dia cakap nak bayar utang... mak cik tu pun terkejut sejak bila mamat ni berhutang ngan aku.. tgk pakai kemas, keta dia pun leh tahan besar gak.... mak cik tu pun tanya brapa??? mamat tu jawab rm2000 lebih.. terkejut mak cik tu.. byk tu...

Then mamat tu pun cerita, masa dia study kat matrik (matrik penang kalu tak silap aku) dulu dia susah, family die susah, so dia mmg takde duit langsung nak bayar makan.. jadi setiap kali masa makan dia akan amik makanan dan catat setiap harga makanan yg dia ambil... dia tunjuk buku 555 dia yg dah buruk tu kat mak cik tu... dia niat dalam hati dia, bila dia ada duit nnt dia akan bayar balik semua ni... tp yg die pun pelik, tak de sape2 pun perasan...

Before ni mmg makcik cafe tu buka cafe kat matrik penang... dia pun terkejut... bile mamat ni datang, die tanye la dah keje ke?? mamat tu jawab alhamdullilah berkat makanan yg makcik hidang sy dah jadi engineer dan ada syarikat sendiri.. dah lama sy cari makcik.. Then mamat tu bayar hutang dia rm 2000 lebih tu dan bg extra rm1000 utk student yang mmg takde duit....

Peristiwa tu mmg menyedarkan aku bahawa aku cukup dalam keadaan selasa utk berjaya.. org yang dalam susah pun berjaya.. takan aku tak leh berjaya... sekian cerita yang aku kongsi utk har ini..


Tuesday, July 7, 2009

TESCO yang pelik..

Setiap kali aku p TESCO, tak kira lah TESCO Alor Star ka TESCO Penang ka, TESCO Extra ka, TESCO Seberang Jaya ka.. Benda ni pasti belaku.. Apakah benda itu???? bila kita dah beratur di Kaunter panjang-panjang, tp kalu malam dia cepat sikit sbb Q buster berfungsi tp siang kena beratur panjang. Then time nak bayar, mesti ada item yang aku amik tak dak kod bar.. Jadi takleh bayar atau aku kena g amik item tu yang ada kod bar.

Selalunya aku tak amik item tu, malas ma nak cari.. dah la TESCO tu 'kecik'.... yang musykilnya runner takdak ka??? and kenapa benda ni slalu terjadi??? Aku tak dapat nak ulas daripada pihak TESCO, sbb aku pun tak tau macam mana item2 ini di selengara... cuma yang aku dapat beri komen di Pihak penguna mcam aku..

Kepada pengguna, lepas ni kalu membeli belah di TESCO, pastikan barang2 yang diambil tu mempunyai KOD BAR, kalu tidak takleh nak bayar atau kena p amik barang yang sama yg ada kod bar ( kena tunggu lagi) ...Itu saja yang mampu dilakukan setakat ini... sekian...


Monday, July 6, 2009

Ayat-ayat daripada Syurga Cinta

Hari ni aku bangun terus tengok cerita 'Syurga Cinta'.. Satu cerita yang menarik dan memberi pelbagai peringatan.. Teringat beberapa ayat dalam cerita ni... disusun semula... :)

Kepada wanita:
"Jadilah wanita umpama bunga dalam Kaca, tidak mudah didekati, hanya mereka yang benar-benar mampu dapat menyentuhnya."

Kepada yang ingin bercinta:
"Jodoh itu ade 3 jenis:"
"Jodoh yang diilhamkan syaitan, kamu berjumpa dengannya, berpegangan tangan, berhibur dengannya dan kemudian tidur dengannya, dia kemudiannya hamil dan kamu menikahinya"
"Jodoh yang diilhamkan Jin, Kamu mencintanya, tetapi dia tidak mencinta kamu, kamu menyihirkannya dan membomohkan nya untuk berkahwin dengan nya."
"Jodoh yang diilhamkan Allah, kamu bertentang mata dengannya, lahir perasaan cinta dihati kamu terhadapnya dan lahir perasaan cinta darinya terhadap kamu, kamu meminangnya untuk dijadi permaisuri rumahtangga mu"

Kepada Lelaki:
"Cinta bukan untuk mainan, cinta bukan untuk dipersendakan, cinta yang diperlukan wanita adalah cinta yang iklas datang dari hati. Cinta yang bersedia untuk hidup semati."

Kepada semua:

"Percintaan adalah permulaan Jodoh"


Friday, July 3, 2009

Jamuan Makan malam di BNS TURAG

Lama aku tak update story dalam blog... bz dengan mcam2 kerja... Hari ni aku nak kongsi pengalaman aku menghadiri jamuan makan malam di BNS (bangladesh Naval Ship) Turag pada awal Mei dulu.

Kapal ini baru selesai exersice di Singapore bersama navy daripada beberapa negara lain, dan singah di pelabuhan butterworth.. dan secara tradisinya, jamuan makan malam akan diadakan, Panglima Wilayah Laut 3 turut dijemput.. Aku mewakili pegawai staf KD Sri pinang telah berpeluang ke majlis ini .

Persahabatan turut terjalin dengan pegawai Navy dari Bangladesh, iaitu Leftenan Imtiaz dan Leftenan Muda Saiful.. Aku bawa depa round2 penang dan introduce Laksa dan Nasi Lemak.. dan masa nak balik aku beli durian bagi kat Lt M saiful.. Alhamdullillah.. kami still berhubung melalui YM dan email.. turut bersama aku ke Kapal ni ialah Sobra, Ana dan Wati.. Dibawa adalah beberapa keping gambar ketika di atas BNS TURAG.:

Sunday, May 24, 2009

Teka teki yang aku dapat hari ni..

Teka teki yang diberi oleh staf awam di KDSP td..

Ada seorang mamat ni.. dia pi melepas dalam sungai.. then "tropedo" yang dilepaskan hanyut.

Soalan: Kenapa "tropedo tu hanyut"???

Friday, May 15, 2009

Bukan sekadar Kerusi Batu

Hari aku nak share cerita pasal kerusi batu. Bukan sekadar kerusi mencantikan halaman rumah. Namun ada cerita disebalik kerusi batu ni.

Isnin lepas aku balik umah di alor star. Then pada hari selasa menghampiri tengahhari.. suddenly ada hon lori berbunyi kat luar rumah.. aku pun jengok kat luar rumah, tgk2 ada lori yang penuh dengan kerusi batu.. igtkan parents aku beli kerusi batu baru... aku pun pangil la ayah aku....

Then ayah aku pun g kat lori tu. Then ayah aku beli kerusi tu.. aku still tak tau apa ceritanya... rupa-rupanya .... abg-abg yang dtg jual ni dari Pengkalan Kubur, Kelantan.. Perh jauh tu.. jadi ayah aku jemput la depa minum teh...

So depa pun cerita.. depa market kan kerusi batu ni keluar dari kelantan utk cari rezeki.. kagum aku dengar.. kesunguhan org2 muda mengusaha peniagaan ni.. dengan mengunakan lori 3tan.. depa bawak 28 set kerusi batu yang berat nya 7tan.. drive daripada kelantan, bayang kan jalan berbukit-bukit dan bengkang bengkok dengan beban 7tan.. then bermalam di masjid2.. di siang hari, depa p sekolah-sekolah, rumah-rumah utk jual kerusi batu ni... kesungguh depa sgt mengangumkan... ini yang dinamakan usaha utk berjaya.. peristiwa yg jadi depan mata aku ni membuatkan aku bersemangat utk menghadapi cabaran yang bakal mendatang.

semogo kisah yang aku kongsi ni, memberi semangat kepada kawan-kawan yang ingin terlibat sebagai usahawan..




Thursday, April 30, 2009

Apa nak Jadi ni???

1. Perhimpunan Agong dicemari dengan Rasuah.

2. Kabinet yang dilantik terdiri dengan orang yang terlibat dengan rasuah.

3. Kes agama, lantik orang-orang yang tidak layak dan dipengerusikan oleh org yang memang tidak layak.

4.

5.

6.

7. Dan seterusnya... "satu malaysia" tgh tunggu apa lagi huru hara yang nak dibuat...

Kerajaan Melantik Musti Baru bagi "Satu Malaysia"

Tan Sri Dr Koh Tsu Koon telah dilantik mempengerusikan Jawatankuasa Khas bagi membahaskan Isu Agama anak pasangan yang bertukar agama berikutan Kes K Pathmanaban atau nama Islamnya Mohd Ridzuan Abdullah.

Persoalan yang timbul adakah orang-orang yang dilantik dalam Jawatankuasa ini layak membahaskan perkara ini? Mari kita teliti:

Koh Tsu Koon
Ijazah dalam bidang fizik daripada Universiti Princeton University tahun 1970
Ijazah Phd bidang ekonomi dan Sosiologi oleh Universiti Chicago

S Subramaniam
Ijazah perubatan dan Pembedahan daripada di Universiti Singapura pada 1978.
Diploma dalam bidang Perubatan Dermatology di Universiti Wales.

Shahrizat
Universiti Malaya dalam bidang undang-undang pada tahun 1973 dan dianugerahkan Ijazah LLB (Hons) pada tahun 1976.

Jamil Khir Baharom
Ijazah dalam bidang Syariah dari Universiti Malaya pada 1986
Sarjana Pengajian Islam (Pengurusan Ekonomi Islam) dari The Graduate School of Islamic and Social Science di Virginia, United States, 2000.

Kes undang-undang syariah. Seorang saja yang berkelayakan dari segi akademik iaitu Jamil Khir manakala Sharizat dalam bidang undang-undang civil. Lagi 2 doktor dan pakar fizik. Pengerusi pakar fizik. Kes adalah undang-undang syariah. Layak ke tak layak Jawatankuasa ni?? Jawapannya "satu Malaysia dah tau".

Kerajaan mana yang lantik??? Jawapannya "Satu Malaysia dah tau".

Persoalan yang timbul: kenapa tidak dilantik pakar2 akademik yang benar-benar berkelayakan. Ini yang kita tak tau kenapa. Adakah utk menjaga perpaduan sehingga melantik orang yang tidak layak menguruskan hal yang amat besar dan penting ini.

Atau perkara yang besar dan penting ini dianggap tak penting?? Ini yang kita tak tau.. negara sekular la bak kata Negarawan. Yang pasti seorang sahaja ahli yang arif dalam undang-undang syariah yg sorg lain sekular dan lg 2 bukan ahli undang2 pun...

Sapa yang sokong kerajaan ni?? "Satu Malaysia" dah tau apa kerajaan ni buat utk agama bangsa dan negara... nak subahat lg.. aku leh kompromi jika ekonomi dijadikan alasan utk menyokong kerajaan ini.. aku leh kompromi jika isu tanah utk menyokong kerajaan ini tp aku tak bodoh nak sokong kerajaan yang melantik orang yang tidak layak menguruskan Hal berkaitan agama yg menjadi asas kehidupan. Jadi jgn jadi bodoh subahat dengan benda2 macam ni..

TV- TV boleh sembunyi perkara ini daripada pengetahuan umum.. tp igt "yahudi dan musuh-musuh merancang, Allah juga merancang.. tetapi igtlah, perancang Allah perancang terbaik."

Baru beberapa bulan berkuasa, Ini lah satu malaysia yang ingin dibentuk. Jika org bukan islam membaca Al-Quran dihebohkan sebagai sesuatu yang salah. Nak raih sokong undi, ini yang dikata guna kepala lutut. Dia melantik orang bukan islam mengurus hal berkaitan agama... Ini lah "satu malaysia" namanya...

Bersedialah pemuda pemudi negara.. Tiupan "Satu Malaysia" akan bertiup menghancurkan jiwa sebagai mana yg belaku dalam perang salib dikala jatuhnya Bahdad di tangan British.. tp sejarah itu dilakukan oleh kafir... ada kisah Kamal Artartuk akan belaku di Malaysia??





Tuesday, April 28, 2009

Seronoknyer berada dirumah

Minggu yang menyeronokkan minggu ni bila berada dirumah.. byk menda yg aku slalu wat masa aku kecik2 aku dapat wat balik bile aku balik umah setelah tamat ijazah pertama aku..

Aku dapat kikis cat kat basikal aku yang skarang jadi basikal adik aku yang kecik, then spray cat balik.. best gila ah wat keje... masa kecik2 dulu aku slalu wat menda2 macam nie... sambil ayah aku tgk.... then nak tunjuk la kat ayah aku hasil keje seni aku terhadap basikal... bile tgk adik aku wat n ayah aku komen, baru aku paham.. ayah aku nak aku semua ade experince buat2 keje guna tangan sendiri.. jgn asyik kira nk upah orang je... bgus ooo pengalaman nie..

Malam semalam plak mak aku wat pizza, mcam aku kecik2 dulu, mak aku slalu wat kan pizza kat kami adik beradik.. maklumlah masa tu duduk langkawi mane ade pizza hut.. dalam kesibukan mak aku keja kat kilang simen tu, sempat gak die belajar wat pizza utk anak2 die yg mmg suka makan... terharu bila tgk mak aku usaha wat nak bg anak2 die makan.. daripada tak reti nk masak piza skrang dah master macam2 masakan... best2.... tq mama...

Yg paling best bile mak aku pangil tlg masak.. nak wat camne ... takde anak pompuan... sebab mak aku slalu ajak lah, aku dah pandai masak... ngorat bakal isteri pun dengan masakan resipi mak ( moi sup n keteow singapore) ... terbukti resipi mak aku berjaya membantu aku memikat si die.. hehehheheh... bgus nie aku tahu ape yg perlu bile g beli barang2 dapur nnt.... tq mama

Pagi2 plak follow bapak aku g JPJ and PUSPAKOM setelkan hal keta... macam kecik2 dlu gak.. suke menyebuk bila ayah aku g pejabat kerajaan ni.. suka la aku main kat tali utk beratur tu... best2... kali ni plak baru aku sedar macam mane bapak aku arrange idup aku dari pada aku kecik masuk sekolah rendah, menengah, matrik then U.. dah nak abes....

Mcam mane dia ajar aku wat duit simpanan, mcam ne die tunjuk cara organise duit... paling aku terharu skali bile dengar secara tak sengaja die cakap kat dealer keta.. my son already finish study, so i want to give him a car and good foundation to start his life... after 3 year hope he can survice comcortablely... perh.. terharu giler....

mmg dari kecik benda2 faundamental macam duit tabung haji ayah aku sediakan... amounce duit poket die bagi ckup2 untuk makan tp mmg tak ckup utk enjoy.. sbb ayah aku particular pasal duit, jadi aku tak berani nak mintak duit lebih melainkan utk yuran n buku.. jadi aku terpaksa organise duit btul2... tak makan, makan sehari sekali.. pinjam duit... tp sgt berbaloi sbb byk pengajaran yg aku dapat... apa yang peting.. ialah ayah aku ajar.. buat yang menda penting dahulu before menda takpenting.. contohnya antara belajar n berseronok... aku boleh je beseronok takyah belaja masa sekolah.. nk je aku g jejalan kat queen bay.. tgk wayang tiap2 minggu.. makan secret recipe.. tp aku tau semua menda ni aku leh wat bile aku dah keje... duit yg ayah aku bg skrang bukan utk berseronok.. tp utk aku belajar.. bukan sahaja aku belajar benda akademik... tp juga pengurusan duit and hidup.. ape yang ayah aku ajar... what i am now...

Aku masih teringat masa sekolah, ayah aku selalu pesan... masa belajar.. belajar.. masa main.. main betul2... (main malaysia nnt abah belikan kasut adidas yang mahal)... tp jgn main-main... sume org ada 24jam.. tp angah dah guna masa besembang dalam kelas tu utk main band n ragbi.. no more masa utk bersembang n main dalam kelas.. masa tu kena guna utk completekan home work... aku amalkan kata-kata ayah.. akhirnya aku dapat macam2 pengalaman yg org lain mungkin terlepas.. aku boleh berbangga dengan penglibatan aku daripada sekolah, matrik and kat U... tq abah....


Berada di rumah setelah abes belajar membuka mata aku mcam mana parents aku organise, arrange, didik kami adik beradik utk hadapi hidup yg mencabar ni.. byk menda lagi yg aku tak dapat nak ukirkan dalam entry kali ni... apa yg telah abah n mama aku lakukan akan aku amik contoh utk membesarkan anak2 aku nnt..... :))






Peta Pelawat